Kasut vs Dompet

Haters Gonna Love Mission

 

Kasut vs Dompet;

 

Belikan Chen dompet baru. Deal.

 

Setelah bersetuju dengan Chen, anda memaksa diri anda membeli dompet baru buatnya. Semasa sedang melangkah ke kedai LV, anda ternampak seseorang.

 

Anda bercadang untuk meminta pertolongannya memandang dia adalah kawan baik Chen. Mungkin dia akan membantu.

 

“Maafkan saya. Awak Yixing kan?”

 

Anda berasa bangga pula menjadi haters. Anda tetap mengenali mereka dengan tepat tanpa bantuan sesiapa.

 

Yixing kelihatan biasa saja apabila anda menegurnya malah dia berasa gembira. Tiba-tiba sahaja, dia menarik anda mengikutinya.

 

Yixing membawa anda masuk ke dalam kedai Adidas dan anda sendiri tidak tahu mengapa. Anda mahu ke kedai LV tadi…

 

“Awak boleh tolong saya pilihkan kasut yang cantik tak?” tanya Yixing. Anda mencebik. Ada suara rupanya ingat takde dah tadi, main tarik orang je budak ni.

 

Anda tersenyum. “Dengan satu syarat.”

 

Dia memandang anda dengan serius. “Syarat apa?”

 

“Tolong saya carikan dompet baru untuk Chen.”

 

Dia tergelak kecil lalu mengenyitkan mata kanannya. “Ok. Deal!”

 

Anda sangat gembira apabila bersama dengan Lay. Anda lebih suka memanggilnya Yixing kerana anda berpendapat apabila kita memanggil seseorang itu dengan nama sebenarnya, dia akan lebih diberkati.

 

Anda dan Lay telah membeli dua pasang kasut menari setelah Lay berjanji akan mengajar anda menari dalam masa terdekat ini. Anda sudah lama ingin menari dan tidak sangka pulang bercuti ke Korea pada bulan ini amat memberi tuah.

 

Sebagai balasan, Lay membawa anda pergi membeli dompet baru untuk Chen. Lay bukanlah seorang yang pandai memilih namun, pendapatnya bernas. Berbeza dengan Lay yang anda kenal selama ini.

 

“Terima kasih banyak-banyak, Xing. Awak dah banyak bantu saya hari ni. Balik nanti, jangan lupa serahkan dompet tu kepada Chen okey?”

 

Sebelum pulang juga, kalian sempat bertukar nombor telefon dan Lay berjanji akan mulakan kelas menarinya esok.

 

Anda pula terlupa bahawa esok merupakan hari ulang tahun anda dengan teman lelaki anda.

 

Aku perlu…

 

AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?