Kenangan Terindah

Haters Gonna Love Mission

 

Finale Zitao;

 

“Macam mana kalau saya kata orang yang awak suka tu ada dekat sini?”

 

Anda menggeleng kepala. “Tidak mungkin…”

 

Dia hanya tersenyum sebelum membuka cermin mata hitamnya. Anda terkejut melihatnya. Walaupun anda adalah haters EXO tetapi anda masih minat salah seorangnya.

 

“Huang Zi Tao…” anda menyebut nama penuhnya dengan penuh gembira.

 

Dia tersengih sambil membelai rambut anda. “Date with me?”

 

Of course!

 

 

 

Anda memeluk Tao dengan erat sekali. Tao telah membawa anda ke rumah hantu yang dia sendiri pun takut. Tetapi, disebabkan andalah Tao tiba-tiba je jadi berani.

 

Anda merenung Tao dengan hairan. Bukankah Tao sangat takut dengan rumah hantu? Tao pula kelihatan tenang saja. Anda mula cuak takut-takut ada hantu yang menyergah anda daripada tepi. Anda menutup mata sambil memegang tangan Tao erat.

 

 

Anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Kyungsoo?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

 

Disebabkan hantu menyergah anda dari tepi, anda terus pengsan di bahu Tao. Maka terpaksalah Tao membawa anda keluar.

 

Anda terasa seperti ada orang yang sedang mendukung anda semasa anda separuh sedar daripada pengsan tadi. Anda merasakan badan Tao sangat hangat dan terasa dilindungi olehnya.

 

“Awak…” Tao memanggil anda dengan suara sensualnya. Aduh, cairnya…

 

Anda membuka mata perlahan-lahan dengan harapan kalian sudah keluar dari rumah hantu tersebut. “T-tao? Awak ke tu?”

 

Tao mengangguk lalu membelai rambut anda. “Awak ni buat saya terkejut saja. Saya tak sangka pilihan kita untuk ke rumah hantu tu merupakan satu pilihan yang salah.” Ujarnya dengan nada kecewa.

 

Anda pun memegang pipi Tao. “Zitao, awak tak salah. Kita boleh cuba dating dekat tempat lain.”

 

Dari jauh, anda terdengar bunyi loceng. Anda menarik tangan Tao lalu mengajaknya pergi ke situ. “Kita nak ke mana ni?”

 

Akhirnya kalian berdua berhenti di hadapan gerai ais krim. “Jom makan ais krim!”

 

Anda pun memilih ais krim strawberi manakala Tao memilih ais krim coklat. Kalian berdua mengambil tempat duduk di sebuah kerusi panjang di taman tema itu.

 

Tanpa anda sedar, mulut anda sudah comot dipenuhi ais krim. Tao tertawa melihat anda. “Awak kenapa? Ada apa-apa tak kena ke dengan muka saya?”

 

Dia hanya menggeleng. Ketika anda cuba untuk mengelap mulut anda, Tao telah mencium bibir anda. “Erm, sedap. Rasa strawberri.” Katanya.

 

Muka anda pula sudah merah seperti tomato. Cepat-cepat anda menghabiskan ais krim tersebut. Semasa Tao tidak memandang, anda memegang bibir anda lalu tersenyum.

 

Tao membawa anda ke sebuah kedai kamera. Katanya dia ingin membeli sebuah kamera polaroid. Anda hanya mengangguk dan menunggu Tao.

 

Selesai membeli, dia mengajak anda untuk berselfie. Pada mulanya, anda agak kekok untuk berselfie kerana anda bukanlah jenis perempuan yang suka berselfie. Semasa punat kamera itu ditekan, Tao mencium pipi anda.

 

“I love you.”

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?