Our Love Journey : Chapter thirty-eight

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

I Don't Care!

Sumin menyapu sedikit syampu ke rambut Minhyun sementara kanak-kanak itu sibuk bermain buih di dalam tab mandi. Kemudian, Sumin membersihkan badan Minhyun. Minhyun terus menggosok rambutnya. Dia sempat meniru gaya rambut Luhan, Kai dan D.O dalam lagu Overdose. Tidak dilupakan 'air bang' terbaru mak ciknya, Soojung.

Sumin ketawa melihat telatah anaknya dan dia sempat mengambil beberapa gambar sebelum memuat naiknya ke Instagram. Sumin mengambil shower dan membilas rambut Minhyun membuatkan kanak-kanak itu memuncungkan mulutnya. "Mama. Bila Minhyun boleh jumpa papa?"

"Entah. Papa sibuk sekarang,"

"Tapi... Minhyun nak jumpa papa,"

"Malam ni kita pergi jumpa papa. Sekarang, Minhyun pergi sekolah dulu. Okey?"

"Okey!"

"Mama. Kita nak pergi merompak ke?" Minhyun bertanya sambil mengeluh.

"Kalau kita tak pakai macam ni nanti papa Minhyun dalam kesusahan. Minhyun nak?"

"Tak nak. Tapi, panaslah mama,"

"Sekejap je. Tahan eh,"

Sumin membetulkan skarf dan topi yang dipakai Minhyun. Kemudian, dia menyarungkan cermin mata hitam dan couple snapback yang dibelinya dulu bersama Baekhyun. Sumin dan Minhyun berpakaian serba hitam ketika itu.

Mereka memutuskan untuk menaiki pengangkutan awam untuk ke SME. Sumin memegang erat tangan Minhyun apabila dia merasakan ada orang yang mengikutnya. Namun, apabila dia menoleh, dia tidak nampak sebarang kelibat.

Mereka berdua terpaksa melalui sebuah jalan yang gelap kerana lampu jalan itu rosak dan masih belum dibaiki. Sumin dan Minhyun menyanyi kecil kerana teruja ingin bertemu Baekhyun. Tanpa disedari mereka, tiga orang lelaki semakin mendekati mereka. Tiba-tiba, mulut Sumin ditekup dari belakang bersama tangannya. Minhyun pula diangkat oleh salah seorang lelaki tersebut.

Belum sempat mereka diheret ke dalam kereta, Sumin terlebih dahulu memijak kaki dan menyiku rusuk kanan penyerang itu. Tidak cukup dengan itu segala ilmu pertahanan dirinya tidak sengaja dikeluarkannya. Hapkido, taekwondo, wushu, dan judo. Lelaki yang memegang Minhyun itu segera meletakkan kanak-kanak itu dan meluru ke kawannya dengan niat untuk membantu. Malangnya, belum sempat niatnya tercapai, dia pula menjadi mangsa kombinasi empat seni memperta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak