Our Love Journey : Chapter sixteen

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

This Is My Dream

Baekhyun dan Sumin bersiap-siap sebelum menuju ke mansion Oh untuk makan malam bersama keluarga Sumin. Mereka tiba agak awal memandangkan tiada aktiviti yang hendak mereka lakukan di rumah mereka. Sebaik sahaja Baekhyun selesai meletakkan kereta di garaj, Sumin terus berlari masuk ke dalam rumah. Baekhyun mengikutnya sambil tersenyum melihat telatah Sumin.

“Eomma! Appa! Unnie! Oppa!” jerit Sumin semasa dia melangkah masuk. Dia memeluk ibu bapanya. “Mana cermin mata Sumin?” tanya Encik Oh apabila dia perasan Sumin datang tanpa memakainya. “Sumin decide tak nak pakai lagi. Pakai masa belajar je,” jawab Sumin. “Akhirnya anak eomma dah pandai bergaya,” kata Puan Oh. “Eomma!”

Sumin menjerit lagi. “Oppa!” dia berlari ke atas dan menuju ke bilik Sehun. “Kamu pergilah ikut dia, Baekhyun. Budak tu memang manja,” ucap Encik Oh kepada Baekhyun sebelum Baekhyun melangkah naik ke atas. Dia menuju ke bilik Sehun.

“Ayo waddup,” sapa Sehun ketika Sumin dan Baekhyun masuk ke biliknya. “Kau dah kena pengaruh Kris ke?” tanya Baekhyun. “Whatever,” jawab Sehun dengan nada berkelas seperti diva. “Oppa buat apa?” tanya Sumin. “Macam biasa,” jawab Sehun sebelum masuk ke sebuah bilik sederhana kecil yang terdapat di biliknya. “Oppa jom,” Sumin menarik tangan Baekhyun untuk menuruti langkah Sehun ke bilik itu. “Nak buat apa?” tanya Baekhyun. “Main game,”

“Oppa main cheat!” marah Sumin. Sehun menjelirkan lidah dan terus menekan beberapa kod yang dikenali sebagai cheat code.

“Game je pun,” kata Sehun.

“Oppa!” jerit Sumin apabila dia kalah sekali lagi setelah Sehun menggunakan cheat code lagi. Sehun hanya ketawa melihat muka masam Sumin.

“Malas layan oppa. Layan Soojung unnie lagi bagus,” kata Sumin. Game controller di tangannya dihempas ke lantai.

“Yah!” marah Sehun sebelum Sumin menghempas pintu biliknya.

“Kau nak ikut dia ke nak main dengan aku?” tanya Sehun kepada Baekhyun apabila dia sedar bahawa dia dan Sumin telah mensisihkan Baekhyun yang duduk di sofa ketika mereka sibuk bermain game.

“Takkan aku nak masuk bilik Soojung. Memang aku kenal dia dah lama tapi tak bermakna aku boleh ketepikan fact yang dia tu perempuan,” kata Baekhyun. Game controller  yang dicampakkan Sumin diambil.

“Betul juga kan? Lagi pun aku yakin sekejap lagi Sumin kena tendang keluar sebab lagi pagi tadi angin Soojung tak baik,” kata Sehun.

“Habis lah Sumin,” Baekhyun tergelak. Mereka berdua tenggelam dengan keseronokan bermain game.

“Unnie!” panggil Sumin ketika dia melangkah masuk ke bilik kakaknya. Dia melihat Soojung sedang tidur di katilnya. Dia memanggil Soojung sekali lagi. Akhirnya Soojung berjaya dikejutkan tetapi jelingan Soojung membuatkannya menelan air liur. *Mati aku*

“Nak apa?” tanya Soojung dengan suara yang dingin.

“Unnie marah ke?” tanya Sumin. Dia menyusun kata-katanya dengan berhati-hati supaya Soojung tidak mengamuk.

“Keluar,” arah Soojung. Sumin keluar dengan perasaan terluka apabila kakaknya menyuruhnya keluar. *Angin dia tak baik rasanya* Sumin cuba berfikiran positif. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik Soojung dan menuju pula ke sebuah bilik lain.

Dia duduk di kerusi dan meletakkan kepalanya ke meja sambil memikirkan perangai Soojung. Air mata jatuh mengalir di pipinya. Dia hanya termenung. Perlahan-lahan matanya tertutup dan dia terlena di bilik itu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak