Our Love Journey : Chapter thirty-three

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Cheer up, Minhyun!

"Hyung, betul ke kami boleh balik awal? Cuti seminggu juga?" tanya Chen kepada Jaeryung. Jaeryung hanya mengangguk.

"SM beri cuti seminggu sebab lagu terbaru kalian dapat tempat pertama di semua carta muzik. Igeon overdose!" Jaeryung menepuk tangan dan bersorak. Exo turut serta dan akhirnya mereka ketawa bersama.

"Eomma aku ajak makan malam dekat rumah aku. Jom?" ajak Sehun. Mereka sedang duduk melepak di asrama mereka sambil menonton filem Transformers: Revenge of the Fallen. Masuk hari ini, sudah dua hari sejak mereka bercuti.

"Ada apa? Jarang dinner rumah kau," tanya Xiumin.

"Sumin kan baru balik. Eomma aku nak buat majlis sikit. Bawa baju sekali kita tidur sana," jawab Sehun. Mereka hanya mengangguk. Masih bermalas-malasan. "Sekarang! Kita tolong eomma aku sekali," Exo mula merengek. Baekhyun tersenyum.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau semua," ujar Baekhyun.

"Apa dia?" Chanyeol menyoal.

"Aku nak minta tolong kau semua tolong aku dapatkan Sumin semula. Boleh? Sekarang RaAe pun dah tak ada. Aku tak nampak sebarang masalah pun,"

"RaAe memang tak ada. Tapi Baekhyun, Minhyun nak campak mana?" tanya Sehun, cuba menguji Baekhyun.

"Entahlah. Aku tak rasa Minhyun tu satu masalah bagi aku. Aku tak tahu kenapa," Baekhyun mengangkat bahu. Exo berpandangan antara satu sama lain.

"Memang kami nak satukan kau berdua tapi kami terlupa fasal Minhyun. Tapi Sehun, mana ayah dia?" Kyungsoo berkata. Baekhyun terus memandang Sehun. Benar kata Kyungsoo, mana ayah Minhyun?

"Suami Sumin tinggalkan dia masa dia mengandungkan Minhyun," jawab Sehun. Dia memandang Baekhyun yang kini sudah termenung. *Kau lah suami yang tinggalkan dia tu* Sehun tersenyum. "So Baekhyun, don't worry bro! Ada peluang," Baekhyun tersenyum.

Sumin mengemas semula biliknya setelah menghantar Minhyun ke tadika. Dia menyimpan beberapa gaun yang sudah pendek di dalam sebuah kotak. Buku-buku lamanya di susun dan juga disimpan di dalam kotak. Dia mengemas pula laci meja belajarnya.

Sekeping gambar semasa hari perkahwinannya dan Baekhyun dijumpainya. Dia membelek gambar tersebut. *Sampai sekarang aku tak tahu apa maksud pandangan mata dia* Setitik demi setitik air matanya jatuh. Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.

Puan Oh masuk ke bilik Sumin dengan riak risau terpamer di wajahnya. "Sumin menangis ke? Cuba kongsi. Eomma tak nak Sumin sedih," pujuk Puan Oh. Dia segera mengetuk pintu bilik Sumin apabila dia mendengar bunyi orang menangis.

"Sumin rindu dia," luah Sumin. Tangisannya menjadi-jadi. Dia menghulurkan gambar tersebut kepada Puan Oh.

"Kalau Baekhyun minta satu peluang, Sumin nak bagi?" tanya Puan Oh. Dia mengusap rambut Sumin. Sumin terdiam sebentar.

"Tak, Sumin tak akan bagi,"

"Kenapa? Sumin cakap Sumin rindu dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak