Our Love Journey : Chapter eighteen

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Driving Me Crazy

Tepat 11 pagi, Baekhyun dan Sumin sudah menjejakkan kaki ke tanah Jeju-do. Mereka dijemput oleh seorang pemandu yang berkhidmat untuk keluarga Oh dan menuju ke rumah percutian yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Rumah percutian yang terletak di tepi pantai itu cukup untuk menenangkan hati mereka. Pemandangan laut yang biru, burung-burung berterbangan dan beberapa pengunjung yang riang menjalankan aktiviti mereka. Melihat semua itu membuatkan mereka tidak sabar untuk menerokai Jeju-do.

Setelah berehat sebentar, mereka keluar untuk menikmati makan tengah hari memandangkan jarum jam sudah menunjukkan jam 2 petang. “Kita nak makan apa?” tanya Baekhyun. “Dah nama pun dekat pulau. Seafood la,” jawab Sumin.

Mereka bergerak ke sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis makanan laut yang sekali pandang sahaja sudah tahu tahap kesegarannya yang terbaik. Sebaik sahaja Baekhyun bertanya kepada Sumin hidangan apa yang ingin dinikmatinya, terus gadis itu memilih pelbagai menu. Baekhyun hanya menggeleng. *Big-eater Sumin is back*

Dia bersyukur sekurang-kurangnya Sumin tidak seperti kebanyakkan gadis yang sanggup menahan lapar demi menjaga bentuk badan mereka yang kononnya dikatakan meletup itu. Sumin juga bukan gadis yang berpura-pura apabila di depan lelaki yang disukainya. Jika perwatakkannya lasak, maka lasaklah semua yang dilakukannya. Ada gadis yang lasak tetapi di depan lelaki idamannya, ibarat gadis Korea terakhir.

Mereka selesai makan dan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pantai. Jam menunjukkan jam 4 petang dan cuaca hari itu redup dan berangin. Sesuai untuk mereka menikmati pemandangan pada ketika itu.

Mereka berdua bergelak sambil bermain air.  Keseronokkan bermain air menyebabkan mereka membiarkan baju mereka basah sehingga lencun. Seperti biasa, muka Baekhyun yang ibarat terlebih daya tarikan itu menarik minat beberapa gadis lain. Sekumpulan gadis yang hanya memakai bikini mendekati mereka berdua. Tidak dinafikan badan mereka memang meletup, muka mereka memang cantik tetapi apakan daya, perangai mereka membuatkan mencelakan kecantikan yang ada pada mereka.

“Hai, oppa,” salah seorang gadis itu menegur mereka menyebabkan Baekhyun dan Sumin berhenti bermain. Gadis itu mempunyai kecantikan paling meletup berbanding gadis lain. Badannya lansing dan ketinggiannya juga mencapai 167 cm.

“Yes? Boleh saya tolong?” tanya Baekhyun dengan sopan walaupun dalam hatinya seperti mahu menggalikan lubang kubur untuk gadis-gadis itu kerana menganggu permainannya bersama Sumin. Dia tahu apa yang dimahukan gadis itu tetapi di matanya Sumin mempunyai lebih daripada kecantikan yang dimiliki mereka.

“Nak join kami tak? Kami perempuan jadi kami takut ada lelaki yang cuba kacau kami. Maklumlah kami ni cantik. Kalau perempuan yang dengan oppa ni lain lah. Lelaki pandang terus lari,” gadis itu berkata sambil tersenyum kepada Baekhyun tetapi menjeling Sumin.

“M

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak