Our Love Journey : Chapter nineteen

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Black Short Dress?! y!

Sumin duduk di atas katil dengan muka seposennya. Mati kutu. Itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan keadaan dirinya. Hari sudah lewat malam (sebenarnya baru pukul 8 malam), tetapi Baekhyun masih belum pulang. Siang tadi mereka menghabiskan masa bersama melawat muzium teddy bear dan terus pulang selepas makan tengah hari. Kemudian Baekhyun keluar tanpa memberitahu tujuannya. Dia risau Baekhyun telah pergi meninggalkannya.

"Grrr~~~ " Perutnya berbunyi. "Lapar~~~Nak makan," rengeknya seorang diri. Dia baring dan berhasrat ingin tidur tanpa makan malam kerana malas mahu makan seorang diri. Bosan tiada yang mengusiknya. Baru sahaja matanya hendak terlelap, pintu rumah peranginan itu berbunyi. "Sibuk betul la," bisiknya. Dia yakin itu bukan Baekhyun memandangkan suaminya mempunyai kunci sendiri. Dia membuka pintu dan tepat jangkaannya. Seorang budak perempuan sedang berdiri di depannya sambil memegang beberapa beg kertas dan beg silver. *Beg silver?* Beg tersebut mengingatkannya kepada beg make up yang selalu dibawa oleh make up artist.

"Boleh saya bantu cik?" tanya Sumin dengan sopan.

"Nama saya Ha MinAh. Suami puan arahkan saya untuk dandan puan," kata gadis itu.

"Suami saya?" Sumin bertanya semula dan gadis itu mengangguk. Jam di pergelangan tangan dikerling MinAh.

"Saya cuma ada satu jam. Jom puan," MinAh menarik tangan Sumin dan mengarahkan Sumin duduk di hadapan cermin. Sumin hanya menurut.

"Awak panggil saya puan buatkan saya rasa tua. Boleh saya panggil awak unnie? Awak boleh panggil saya Sumin,"

"Boleh Sumin," MinAh tersenyum.

Sumin memandang mukanya yang telah siap disolek. Seksi. Perkataan pertama yang terlintas di fikiran Sumin yang mengambarkan mukanya. Rambutnya diikat menonjolkan leher jinjangnya. Matanya diperincikan dengan eyeliner dan bibirnya dioleskan gincu berwarna merah. Sekali pandang pasti ramai yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak