Our Love Journey : Chapter thirteen

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Happiness

Keesokan harinya mereka berdua bersiap-siap untuk keluar setelah selesai menikmati sarapan pagi. Baekhyun turun dahulu ke ruang tamu sementara menunggu Sumin bersiap. Dia hanya berpakaian ringkas pada hari itu. Baekhyun tidak sabar untuk melihat rupa Sumin.

Sumin duduk di menghadap almari bajunya. Dia masih buntu dengan apa yang mahu dipakainya. Dia selalunya tidak risau tentang cara berpakaiannya kerana deria fesyen miliknya berada pada tahap memuaskan tetapi hari ini merupakan hari yang istimewa untuknya. Memandangkan cuaca pada hari itu tidak terlalu sejuk, dia memutuskan untuk memakai gaun.

Setelah selesai menukar baju, dia duduk di meja soleknya. “Sehari tanpa cermin mata tak membunuh,” bisiknya perlahan. Cermin mata besar miliknya ditanggalkan. Dia membuka laci dan mengambil lens berwarna coklat gelap yang dibelikan Soojung ketika mereka membeli-belah bulan lepas. Setelah memakai lens tersebut, dia meletakkan sedikit bedak di mukanya dan mengoleskan pelembap bibir pada bibirnya. Rambutnya dibiarkan lepas.

Dia turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu. Pada ketika itu, bunyi tapak kaki Sumin menarik perhatian Baekhyun. Ibarat melihat perkara pelik, mulutnya terbuka sedikit.

“Pelik ke? Kalau pelik Sumin tukar baju. Nanti malu oppa,” kata Sumin. Belum sempat dia memusingkan badannya, Baekhyun menghalangnya.

“Eh tak! Jangan tukar baju. Perfect. Boleh tak lepas ni tak payah pakai cermin mata?” tanya Baekhyun. Pipi Sumin mula bertukar merah.

“Entah,” jawabnya ringkas.

“Dah jom pergi!” jerit Baekhyun dengan teruja.

Mereka menuju ke pusat membeli-belah dan di sana sahaja, kaki Sumin bagai hendak tercabut apabila semua kedai akan mereka masuk. *Aku ingat unnie punya gila shopping dah tak ada yang boleh tanding, rupanya mamat ni lagi teruk* dia ketawa di dalam hati. Mereka membeli beberapa barangan couple seperti sneakers, sweater, tshirt, snapback, beg, phone case, aksesori, jaket, dan bermacam-macam lagi. Mereka juga tidak lupa membeli beberapa helai baju untuk diri sendiri.Setelah puas membeli-belah, mereka ke XOXO Cafe. Kafe tersebut merupakan kafe yang hanya membenarkan pasan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak