Our Love Journey : Chapter twenty-nine

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Divorce

Perjalanan pulang ke mansion Oh hanya ditemani dengan esakkan Sumin. Sehun yang memandu memerhati keadaan adiknya sekali-sekala manakala Soojung tidak henti-henti memujuk Sumin. Mereka bertiga basah lencun akibat hujan.

Tiba-tiba Sumin pengsan dalam pelukan Soojung. Soojung panik dan terus meletakkan tangannya di dahi Sumin. "Oppa! Pergi hospital sekarang. Sumin pengsan,"

"Hah? Okey okey," Sehun memecut kereta yang dipandunya. Lima minit kemudian, mereka tiba di hospital berdekatan. -- Sumin terpaksa ditahan di wad kerana suhu badannya yang panas. Sehun dan Soojung duduk di ruang menunggu sementara menunggu ibu bapanya tiba. Ketika sibuk menunggu seorang doktor mendekati mereka.

"Anda berdua ni penjaga Puan Sumin ke?" tanya doktor tersebut.

"Ya, doktor. Kami keluarga dia," jawab Soojung.

"Encik ni suami dia ke?" soalan seterusnya ditujukan kepada Sehun.

"Kenapa ek?" tanya Sehun.

"Tahniah encik. Isteri encik disahkan hamil tujuh minggu. Kandungannya masih di peringkat awal jadi saya harap perkara macam ni takkan berlaku lagi. Puan Sumin tidak boleh terdedah kepada sebarang penyakit atau kandungannya akan bermasalah. Jangan biarkan dia stress," doktor itu meminta diri dan berlalu. Sehun dan Soojung berdiri tegak sambil memandang satu sama lain.

"Kita tak salah dengar kan?" mereka berkata serentak. "Yeay. Kita akan ada anak buah!" sambung mereka.

"Maaf encik, cik. Sila senyap. Ramai pesakit sudah tidur," marah seorang jururawat membuatkan mereka tersengih dan menunduk meminta maaf. Sewaktu ibu bapa mereka tiba, mereka berdua tidak berhenti tersenyum.

"Sumin yang demam ke kamu berdua yang demam? Yeobo tengok budak berdua ni. Menakutkan. Senyum lagi tadi," Encik Oh berkata.

"Appa, eomma. Chukkae!" ucap Soojung dengan ceria.

"Kenapa?" tanya Puan Oh sambil mengerutkan dahi.

"Tak lama lagi, eomma dan appa akan dapat cucu!" Sehun tersenyum.

"Omo! Betul ni?"

"Ekspresi muka kitaorang berdua ni tak cukup ke nak jadi bukti?" tanya mereka berdua serentak.

"Omona! Memang betul-betul chemistry kembar kamu berdua ni. Terkejut eomma. Anyway, Baekhyun dah tahu?"

"Belum. Sebenarnya ada benda jadi tadi jadi kami cadang nak suruh Sumin yang beritahu,"

"Apa yang jadi?"

Semua yang berlaku di beritahu mereka kepada ibu bapa mereka. Ugutan RaAe semasa di padang bola juga diceritakan mereka. Puan Oh mengenggam penumbuknya tanda geram. Encik Oh yang sudah sedia maklum hanya mampu menenangkan isterinya.

"Dia dah melampau. Kesian Sumin dan Baekhyun," Puan Oh berkata sambil mengesat air matanya.

Sumin tersedar daripada pengsannya dan mengharapkan semua yang berlaku semalam hanya mimpi. Namun hatinya hancur apabila hanya keluarganya yang ada di wad itu. Kelibat Baekhyu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak