Our Love Journey : Chapter fifteen

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Shocking Night

Sepanjang minggu itu semua pelajar senior sibuk membuat persiapan. Ada yang masih mencari pasangan, ada yang sibuk memikirkan pakaian yang akan dipakai dan ada yang patah hati kerana si idaman menolak atau sudah ada pasangan.

Namun untuk Exo, masing-masing sudah siap sedia. Sepanjang minggu mereka hanya pergi ke sekolah dan belajar tanpa perlu pening-pening memikirkan majlis tersebut. Amber sudah tentu malas untuk hadir. Luhan sudah mempunyai Seulgi. Baekhyun dan Sumin. Soojung mengajak teman lelakinya, Minhyuk. Ahli yang selebihnya, lebih suka datang seorang.

Setelah seminggu berlalu, hari yang dinantikan telah tiba. Seawal jam 4 petang, Baekhyun telah membawa Sumin ke pusat membeli-belah. Mereka menuju ke sebuah salon kecantikan. Baekhyun mengarahkan beberapa orang pekerja untuk menguruskan Sumin sementara dia diuruskan oleh pekerja lain.

Bermula dengan solekan, Sumin disolek dengan solekan nipis. Cermin matanya ditanggalkan. Dia agak risau kerana ini kali pertama dia akan ke sekolah tanpa memakainya. Dia memakai lens berwarna coklat. Eyeliner disapukan pada matanya untuk menjadikan matanya lebih bundar walaupun matanya sudah semula jadi bundar.

Pekerja itu beralih pula ke pemilihan pakaian. Sumin mencuba beberapa jenis gaun dan akhirnya memilih sehelai gaun separas lutut. Gaun itu ringkas, catchy tetapi dalam masa yang sama tidak terdedah. Setelah menukar pakaiannya, pekerja itu menukar gaya rambut Sumin. Rambut coklat melebihi bahunya dipinkan sedikit dan selebihya dibiarkan lepas.

Beberapa jam berlalu dan akhirnya Sumin telah siap sedia. Baekhyun telah menunggu di sofa yang terdapat di salon itu. Baekhyun juga seperti Sumin. Pakaiannya ringkas. Rambutnya ditolak ke belakang dan diwarnakan hitam. Dia berdebar untuk melihat diri Sumin setelah siap didandan.

Bunyi derapan tapak kasut menarik perhatian Baekhyun. Dari kaki sehinggalah ke muka pemilik bunyi itu ditatapnya. “Bila masa oppa tukar warna rambut?” tanya Sumin.

“...”

“Oppa?”

 “...”

“Yah!” jerit Sumin apabila melihat Baekhyun masih terpaku. Baekhyun tekejut.

“Yes? Sumin tanya apa?”

“Oppa dah kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Cantik Sumin,” pujinya membuatkan Sumin tersipu-sipu malu dan  pipinya juga semakin merah.

“J-jomlah,” ajak Sumin. *Macam mana aku boleh gagap?* Baekhyun ketawa kecil.

Pasangan itu tiba di sekolah pada pukul 7:45 malam. Ketika mereka masuk, semua mata memandang mereka.

“Siapa yang datang dengan Baekhyun tu?”

“Cantiknya,”

“Park Sora, out!”

“Aku sokong dia dengan perempuan ni daripada dengan Sora,”

“Itu bukan Oh Sumin ke?”

“Oh Sumin, nerd tu?”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak