Our Love Journey : Chapter nine

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

The Truth

"Sumin?" Baekhyun mengangkat kepalanya. Riak hampa jelas di wajahnya apabila melihat Sumin masih terbaring tidak sedarkan diri. Dia memandang tangan yang memegangnya. "Sorry buat kau terkejut. Kau balik dulu. Mandi, tukar baju," Sehun tersenyum. "Tak nak! Aku tak nak tinggalkan Sumin. Kalau kau nak balik kau balik lah. Aku nak jaga Sumin," Baekhyun masih berdegil dan kembali membuang pandangannya kepada Sumin.

"Kalau kau tak nak balik untuk mandi atau tukar baju, at least pergi kafe dulu untuk makan," Sehun membalas. Dia faham perasaan Baekhyun. Dia dan Soojung yang menjaga Sumin ketika ibu bapa mereka sibuk bekerja dan ke luar negara semasa mereka kecil dulu.

"Siapa nak jaga Sumin? Kalau dia bangun masa aku tak ada macam mana?" "Baekhyun. Aku dan Sehun ada untuk tengok-tengokkan dia. Dia adik kami. Jaga diri kau. Aku tak nak wad kosong di sebelah kau pula yang duduk sebab sakit," Soojung menyampuk.

Semua yang ada sebentar tadi telah pulang dan mereka berjanji untuk melawat pada esok hari. "Okey. Kau berdua pun. Jaga diri," dengan itu Baekhyun bergerak ke kafe untuk 'menikmati' makan malamnya. Setelah menghabiskan dua keping sandwich dan sebotol jus epal, dia pergi ke tandas untuk membasuh muka. Kemudian, dia cepat-cepat kembali ke wad Sumin.

"Sumin-ah. Unnie dan oppa nak cakap tahniah. Walaupun Sumin sakit, tapi itulah yang buatkan Baekhyun cuba terima Sumin. Mesti Sumin suka kan? Yalah. Lelaki yang Sumin suka selama sebelas tahun dah ambil langkah pertama untuk balas perasaan Sumin," Soojung berkata selepas dia dan Sehun selesai mengelap badan Sumin.

Dia dan Sehun sedang berdiri di pintu ketika Baekhyun meluahkan perasaannya. Namun, itu jugalah yang berlaku ketika itu apabila Baekhyun hendak membuka pintu tetapi dia terdengar kata-kata Soojung. *Sebelas tahun dan aku layan dia teruk macam tu?* Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

Lelaki yang berpakaian serba hitam itu melangkah masuk ke dalam sebuah apartmen yang usang dan kecil. Apartmen murah atau boleh dikatakan percuma. "Yah, Kim Myungsoo! Apa dah jadi ni?" jer

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak