Our Love Journey : Chapter thirty-two

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Back

Exo baru sahaja pulang dari konsert mereka di Jepun. Lapangan terbang penuh dan padat dengan beratus-ratus Exo-L menyebabkan keadaan agak sesak. Perut mereka berbunyi tanda lapar.

"Jaeryung hyung! Kami lapar. Boleh singgah kafe dulu?" tanya Kris.

"Bubble tea please!" jerit Sehun dan Luhan serentak.

Jaeryung mengangguk tanda setuju. Semasa di dalam kapal terbang, mereka terlalu penat untuk makan dan hanya tidur sepanjang penerbangan. "Jom. Hyung belanja," mereka bersorak dan bergerak ke sebuah kafe yang agak kosong.

Sumin melihat Minhyun yang tidur lena di sebelahnya. Dia tersenyum. Berbulan-bulan dia menanggung perit ketika mengandungkan Minhyun. Sembilan jam dia bertarung nyawa demi melahirkan anaknya. Kini, semuanya tidak sia-sia.

Byun Minhyun seorang kanak-kanak yang bijak. Dia cepat belajar dan sangat disenangi. Dia tidak banyak meragam dan selalu menceriakan Sumin. Minhyun juga sangat comel. Mukanya seiras Baekhyun. Jarinya runcing dan cantik. Sangat sempurna.

Mereka berdua tiba di Korea setelah beberapa jam penerbangan. Sumin menarik dua bagasi besar milik mereka berdua. Dia menerima projek tersebut dan bercadang untuk terus menetap di Korea dan mendirikan cawangan studionya di Seoul. Studionya di UK diamanahkan kepada setiausaha merangkap kawan baiknya, Eva.

"Mama, mama," Minhyun menarik hujung blaus yang dipakai Sumin. Sumin membuka cermin mata hitamnya dan membongkok untvj memandang Minhyun.

"Ya, sayang. Nak apa?"

"Minhyun haus," Minhyun mengusap lehernya. Sumin tersenyum. Mereka menuju ke sebuah kafe yang berdekatan.

Sumin memegang tangan Minhyun ketika membuat pesanan. Tiba-tiba Minhyun merentap tangannya dan berlari ke satu sudut. "Appa! Sehun appa!" jeritnya. Sumin mengejar anaknya. Berderau darahnya melihat Sehun memeluk Mi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak