Our Love Journey : Chapter twenty-four

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

Fever vs. Accident

Baekhyun cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya ibarat digam. Peluh menitik di dahinya seperti orang kepanasan tetapi dia merasakan badannya seperti di dalam ais. Seluruh tubuhnya sakit-sakit dan dia mula mengerang perlahan.

Sumin terjaga apabila dirasakan bahagian katil di sebelahnya bergerak-gerak. Bunyi mengerang juga didengarinya. Dia menoleh ke sebelah dan melihat Baekhyun seperti menahan sakit. Dia mula risau.

"Oppa, oppa. Kwaenchana?" Sumin cuba mengejutkan Baekhyun. Egonya yang tinggi ditolak ke tepi. *Sekarang bukan masa untuk pentingkan diri*

"Sejuk," Baekhyun menjawab. Sumin menaikkan suhu penghawa dingin apabila mendengar jawapan Baekhyun. Dia meletakkan tangan kanannya di dahi Baekhyun manakala tangan kirinya di dahinya. Cuba membezakan suhu badan mereka. *Bingo! Panas*

Dia mengerling jam di dinding. 6:15 pagi. Sumin mengambil termometer di dalam laci. 40 darjah celcius. Dia cepat-cepat mengambil besen yang diisikan air sejuk dan sehelai tuala kecil. Dia membasahkan tuala tersebut dan meletakkannya di dahi Baekhyun. Selang 30 minit kemudian dia menukar semula tuala tersebut.

Suhu Baekhyun telah menurun kepada 38 darjah celcius tetapi keadaannya masih tidak mengizinkan untuk dia bangun ke sekolah. Sumin ingin mengambil cuti walaupun dia mempunyai ujian matematik tetapi Baekhyun menghalangnya. Setelah puas dipujuk, akhirnya Sumin ke sekolah seorang diri dengan ditemani Soojung.

"Ingat makan bubur atas meja tu. Jangan lupa makan ubat. Mandi sekali. Kalau ada apa-apa call," pelbagai pesanan diberikan kepada Baekhyun sebelum beredar. Baekhyun tersenyum melihat Sumin.

Sepanjang hari di sekolah Sumin hanya berdiam diri sambil memandang handphonenya. Dia tidak fokus di dalam kelas. Sulli yang faham keadaannya hanya menyalinkan nota untuk Sumin. Setel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak