Our Love Journey : Chapter twenty-six

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

The Worst Thing

RaAe duduk sambil menghirup Caramel Latte yang dihirupnya sambil menunggu kedatangan Baekhyun. Dia sudah tidak mampu untuk meneruskan dendamnya tetapi padanya sesuatu yang dimulakan mesti dijalankan sehingga tamat. Dia teringatkan kakaknya yang telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Api kemarahan mula marak dalam dirinya. Air mata yang jatuh dikesatnya kasar.

Setelah lima minit menunggu, Baekhyun tiba. "Kau lewat lima minit. Kau patut tahu aku tak suka menunggu," ucapnya disambut dengan jelingan maut Baekhyun. "Kau nak apa? Dah buat keputusan ke?" sambungnya.

"Aku dah decide nak terima tawaran kau. So, kau better lupakan kau punya fu*king dendam dan tinggalkan Korea," balas Baekhyun. --"Kau sanggup ke buat macam tu pada dia?"

"Aku lagi sanggup ceraikan dia daripada tengok dia terseksa dengan dendam kau yang b*d*h tu," -- "Aku akan tunaikan janji aku tapi lepas kau bercerai,"

Baekhyun kembali ke hospital selepas pertemuanya dengan RaAe di kafe sebentar tadi. Dia memegang tangan Sumin dan membenamkan mukanya ke tangan Sumin. Perlahan-lahan dia menangis teresak-esak.

"Sumin-ah. Sedarlah. Oppa nak luangkan masa buat kali terakhir dengan Sumin. Oppa terpaksa lepaskan Sumin sebagai seorang isteri demi keselamatan Sumin. Percaya pada oppa yang oppa sayangkan Sumin. Oppa minta maaf," ucap Baekhyun. Puan Oh yang datang melawat terdengar luahan Baekhyun.

"Apa maksud kamu nak lepaskan dia? Kamu nak ceraikan dia ke?" tanya Puan Oh. Baekhyun terkejut dengan soalan mengejut daripada seseorang yang tidak disangka.

"Saya terpaksa. Itu aje jalannya,"

"Apa maksud kamu?"

"Seperti yang eomma tahu saya pernah belajar di Sidney dulu..." segala yang berlaku antara dia, Rachel dan RaAe diberitahu Baekhyun kepada Puan Oh. Puan Oh hanya mengangguk.

"Dia beri tawaran pada saya. Ceraikan Sumin dan dia akan berhenti dengan dendamnya dan tinggalkan Korea. Kalau tak, dia akan terus sakiti saya dan Sumin. So, untuk hentikan semua ini, saya ambil keputusan untuk ceraikan Sumin," selesai sahaja Baekhyun bercerita, pintu dikuak dan lapan belas orang remaja meluru masuk ke dalam wad Sumin.

"Betul ke apa yang kami denga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak