Our Love Journey : Chapter thirty-seven

Our Love Journey
Please Subscribe to read the full chapter

1000 Shippers

Mata Sumin dan Sulli membulat apabila memandang tajuk utama di laman web berita idol di Korea.

|| Exo Baekhyun sedang hangat bercinta! Kekasihnya dipercayai adik kepada Exo Sehun dan Fx Krystal, Oh Sumin yang juga merupakan photograher terkenal ||

Sumin mengambil ipad tersebut dan berlari ke bilik latihan Exo dengan diikuti Sulli. Dia ke SME adalah untuk menerima bayaran projek jam Baby-G dan berhasrat untuk bertemu kawan baiknya Sulli untuk makan tengah hari. Namun, pelannya ditukar apabila dia mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Oppa! Eotteokhae?!" jerit Sumin dengan panik.

"Kenapa? Minhyun sakit ke?" tanya Lay. Exo yang sedang berlatih menari terkejut dan serta merta berhenti.

"Tengok ni!" ipad tersebut diberikan kepada Baekhyun. Seperti Sumin dan Sulli, mata Baekhyun juga membulat. Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar. Lee Soo Man masuk dengan muka yang bengis bersama pengurus Exo, Han Jaeryung.

"Explain!" tengking Lee Soo Man. Mereka hanya terdiam. "Nafikan berita ni. Baekhyun dan Sumin-ssi. Saya nak awak putus! Jaeryung, awasi mereka,"

"Tak nak!" bantah Sumin.

"Berita ini dah mempunyai banyak bukti kukuh. Gambar-gambar dan video kami semua dah tersebar. Kami mengaku kami bercinta. Tolong sediakan sidang media. Bagi saya peluang untuk selesaikan masalah ini," Baekhyun memohon. Lee Soo Man hanya diam.

"Dia ke bekas isteri kamu?" Baekhyun hanya mengangguk. "Fine! Jaeryung, aturkan satu sidang media. Baekhyun, jika awak tak dapat deal dengan fan, saya minta awak tamatkan hubungan awak dan Sumin," ucap Lee Soo Man sebelum beredar. Baekhyun terduduk.

"Oppa! We are one! Ingat tu! Sumin yakin kita boleh atasi halangan ni," pujuk Sumin. Mereka semua berpandangan sebelum tersenyum.

"We are one!" sorak mereka.

"Jangan lupa kami!" Soojung, Amber, Victoria dan Luna muncul di muka pintu. "Lagi sekali,"

"WE ARE ONE! BAEKSU SARANGHAJA!"

Sidang Media di Hotel M

"Adakah benar anda berdua bercinta?" tanya seorang wartawan.

"Ya. Kami mula bercinta sejak 5 tahun lepas," jawab Baekhyun.

"Adakah anda bercadang untuk memulakan alam perkahwinan dalam masa terdekat?"

"Soal itu kami belum fikirkan lagi,"

Pelbagai soalan dijawab Baekhyun dengan tenang sementara Sumin hanya berdiam diri. Tangan mereka erat berpegangan. Walaupun sedikit, perasaan gugup mereka masih dapat dikawal.

"Kami bantah! Perempuan macam dia tak layak bersama Baekhyun oppa," sampuk seorang peminat. Peminat yang lain menyokong dan mula mengutuk Sumin.

"Entah-entah oppa kena ugut. Perempuan tu nampak macam terdesak je,"

"Silap hari bulan kita dapat tahu dia lagi tua daripada oppa,"

Belum sempat Baekhyun menjawab, mikrofon ditangannya dirampas Sumin. "Saya tak terdesak. Hubungan kami ikhlas da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLoveable
#1
Chapter 66: yeay~ author pon masuk contest tuh ? japp nk pi suscribe cepat2 ^^ goodluck dan jawapannya Tidak..hehhehe biar cerita sedih sikit >,<
hanbinhaera #2
Chapter 65: Serius, ff author gila daebakkkkkk. Saya nak sequel ngan special series! Nak jugak ff sehun tuuuuuuu. And update lah secret memoriesssss T_T kbai, sayang author❤
_Chestnut
#3
Chapter 64: Me ❤❤❤❤ i wanna special series
chichisakura99 #4
Chapter 65: Memang daebaklah citer ni. Sy mmg tabik la kat author-nim sbb blh bt ending mcm ni. Klau sy mmg sy x nk amik risiko bile hero dgn heroin akan bercerai sbb x tau nk satukan diorg mcm mane. Ape2 pun citer ni mmg TERBAEKKKK!!!!!!!
LyanaLya #5
Chapter 64: Wahh ending dia daebak!! Part yg paling best bila ex-schoolmate dorng datang untuk sokong baeksu couple. Waah terharunya! Serious, beruntung kalau ada kawan macam tu. hahaha! Anyway, saya setuju kalau awk buat special series xD
eunhye99
#6
Chapter 64: Meee . Sy nakk special series
ExoLoveable
#7
Chapter 64: sedih dh abis ....... saya sokong special series !! Im Yang Rae Haters !!
aty_izzaty
#8
Chapter 62: Chapter 40:Daebak la citer ni..masa Baekhyun dgn Sumin cerai tu,air mata melimpah keluar..sad part tu mmg best!ex-schoolmate tu,aq dpt bayang dorang,baeksu dgn org yg dlm tu ada dpn mata..serius best!fighting unnie!^^
dhiya_arisa #9
Chapter 63: saya rasa seronok baca cite awak