Tujuh.

Mula.

Baru setengah jam cerita ni main, aku terasa nak buang air. aku memandang Hani yang sedang lena tidur di bahuku. Aku menolaknya sedikit untuk memudahkan aku keluar tanpa mengejutkan dia. Penghawa dingin di dalam wayang ni sejuk dan aku pulak hanya pakai baju satu lapis. Sepatutnya dua tapi disebabkan aku kesian tengok Hani yang kesejukan tadi, jadi aku bukak baju sejukku dan beri kepada dia. Cerita hantu ni tak seram langsung. Aku membuka spek mata Hani sebab dia dah tidur lalu memasukkannya ke dalam kocek baju sejukku yang dipakai dia.

Setelah selesai membuang hajat, aku kembali semula ke wayang. Tapi yang peliknya Hani takde. Aku keluar balik untuk tengok nombor bilikku dan nombor kerusiku, memang betul tapi mana Hani? Aku pergi tak sampai lima minit.  Aku keluar dari panggung itu dan pusing setiap bilik panggung yang lain untuk mencari Hani. Takde. Aku nak cuba call dia, tapi Hani takde handphone. Aku menanyakan kepada pengawal di situ. Dia kata tadi ada seorang perempuan muda menangis dan menjerit jadi mereka bawa dia keluar. Aku berlari ke tempat yang ditunjukkan. Aku terkejut apabila melihat Hani yang sedang nangis bersendirian. Aku menghampirinya. Dia pada mulanya terkejut kemudian dia memandangku dengan betul dan terus memeluk. Dia menangis dalam pelukanku.

“Kyungsooo, mana kau pergi.......” dia menangis macam budak kecik.

“Dah, dah. Aku dah ada ni, kat sini....” aku menepuk belakang badannya.

“Kyungsooo, aku takut.....” dia memang dah besar, tapi jiwa dia macam budak kecik.

“Shhh, shhhhhh”

“Jangan tinggalkan aku lagi.....”

“Ye ye ye, dah jangan nangis. Shhhhhhhhh” aku menepuk bahunya. Setelah beberapa minit tak berjawab, aku memeriksa dia.

“Ish, tertidur rupanya.” Aku mengendong dia di belakangku.

Aku memegang peha Hani apabila dia seperti ingin jatuh ke bawah.

“Hani, kau ni harap je pendek tapi gemuk.” Aku mengomel semasa berjalan keluar dari pusat membeli belah itu. Aku membaringkan dia di suatu kerusi kemudian mencapai telefon bimbitku lagu menghubungi Suho Hyung.

“Hello Hyung?”

“Ye, Kyungsooku. Kenapa?”

“Hyung, boleh tak hyung dapat ambik kami kat tempat yang kita selalu pergi tu.”

“Kyungsoo, mian. Hyung ada kelas kejap lagi. Hyung minta maaf sangat.”

“Ah, takpelah. Nampaknya terpaksalah saya gendong Hani balik rumah.”

“Kenapa pulak? Kenapa dengan Hani? Apa dah jadi?” Suara hyung kedengaran risau dan bergetar.

“Dia pengsan,” aku menceritakan segala apa yang jadi. Habis bercerita hyung terus memarahiku.

“Tulah kau, hyung dah kata jangan bawak dia tengok cerita hantu. Dia tu dahlah penakut. Haa, kan dia dah pengsan.” Aku dimarahi teruk di dalam telefon itu jugak. Ni baru hyung, kalau aku telefon appa tadi, mesti lagi teruk aku kena.

“Haa ni, hyung ada benda kat dalam bilik hyung atas meja untuk kamu berdua. Nanti ambillah. Ucapkan selamat hari jadi hyung kat Hani ye, annyeong!” talian di matikan.

Aku menggendong Hani berjalan ke rumah. Nak naik teksi duit tak cukup, nak naik bas, bas tak datang kat kawasan ni. Aku takde pilihan lain.

Aku masih ingat kali pertama aku berkenalan dengan Hani iaitu 10 tahun yang lalu. Dia pemalu dan suara dia perlahan bila bercakap dgn aku pada mulanya. Aku yang tegur dia sebab aku nak pinjam pen dia. Tapi lepastu aku tak pulangkan, aku simpan sebab tu lambang cinta pertamaku, ahak. Kami jadi kawan baik lepastu, masa tu Shinhye belum pindah ke situ lagi jadi kami macam belangkas. Dia selalu lepak dengan kami bertujuh. Kami panjat pokok, dia panjat pun pokok. Masa 10 tahun, Shinhye pindah ke situ. Dia terus lupa aku lepas Shinhye ada tapi aku tak. Aku selalu hadiahkan dia apa-apa bila dia dapat markah tertinggi untuk matematik, bila dia menang 4x100, bila dia dapat keputusan yang baik.  Masa kami 12 tahun, dia rabun, dia pakai spek masa dalam kelas je. Dia pernah pakai masa keluar daripada kelas tapi aku gelakkan dia teruk sampai dia malu. Sebenarnya muka dia ok je bila dia pakai spek Cuma spek tu menghalang dia serlahkan kecomelan dia. Aku nak tengok dia yang comel... Dia tak pakai dah lepastu dia merajuk tiga hari. Aku pujuk dia dengan aiskrim aiskrim cornetto black forest. Coklat black forest, kek black forest, tu semua feveret dia.

Bila 15 tahun, dia pakai spek sepenuh masa. Pada mulanya aku tak setuju, aku suruh dia bukak dan suruh dia pakai kanta mata je. Tapi dia taknak, dia kata power dia dah teruk sangat. Aku pernah ambil spek dia dan keesokkan harinya dia tak datang sekolah. Aku rasa bersalah sangat, aku pun ke pergi ke rumah dia dengan membawa kek black forest buatanku sendiri. aku melihat dia sedang duduk dan membawa dulang ubat kepada ayahnya. Haritu barulah aku tahu yang ayah Hani sakit. Hani tak pernah bagitahu aku, dia memang pandai menyorokkan benda dari aku. bila aku pulangkan speknya, dia amat berterima kasih kepadaku sbb dia ingat dia cuai sangat dan dia tertinggal di mana-mana.

Hah, akhirnya sampai jugak kat rumah. Lenguh kaki aku berjalan mengendong Hani yang 45 kg ni. Aku membaringkan dia dan menukarkan pakai dia. Aku buka baju dia, tahi lalat kat leher dia.............sungguh mengancam. Bukan sebelah, tapi dua-dua belah leher dia ada tahi lalat. aku menghampiri lehernya dan kemudian baju dalam dia....... Hahaha tolong jangan terkejut, aku bergurau je. Aku harap aku dapat buat macam tu... aku terus baring disebelah dia lepas aku membuka seluarku. Aku hanya pakai seluar di rumah. Apa aku kesah, rumah aku jugak.

Keesokkan harinya aku bangun dari tidur, aku tengok Hani masih tidur dengan baju semalam. Aku mengejutkan dia supaya menukar baju terlebih dahulu. Aku menolak bahunya perlahan, takde jawapan. Aku menolak bahunya lagi kali ni lebih kasar daripada tadi, takde jawapan jugak. Aku fikir dia tidur mati jadi aku menolaknya kasar, kali ni aku mendengar rengekan kecil darinya. Aku memegang dahinya, panasnya. Lehernya jugak panas. Aku segera ke bilik air mengisi air di dalam bekas dan mengambil tuala untuk di letakkan di dahi Hani. Bajunya aku selak, sebab nak basahkan badan dia. Bukan sebab aku gatal, tak. Hani merengek kesejukan. Perasaan bersalah menghantuiku. Kalau aku tahu dia akan demam panas macam ni, takkan aku bawak dia pergi tengok cerita hantu tu. Aku ajak sebab aku nak dia berlindung kat aku bila dia takut nampak hantu tu. Aku suka, bila dia mintak tolong aku, peluk lengan aku, sorok belakang aku. sebab aku rasa macam hero. Tapi ni lain pulak yang jadi.

“Hani, sorry.....”

Keesokkan harinya Kai datang ke rumah aku dengan tujuh yang lain, termasuk Shinhye. Aku pesan kat Kai supaya jangan ajak Mirae. Aku bagitahu Kai pasal Hani demam. Haritu juga hari jadi Kai. Demam Hani dah reda sikit. Mereka membawa macam-macam makanan dan bubble tea. Kami bersembang macam orang yang baru menang loteri di dalam bilikku. Shinhye dan Hani hanya tergelak kecil bila kami buat lawak.

“Jom main game truth or dare.” Ajak Baekhyun tiba-tiba.

“Ok, jom jom jom.” Aku sungguh teruja. Jarang dapat main game ni dengan Hani. Hani mesti main punya bila dorang semua ni ajak. “Ok, semua setuju?” Mereka yang lain  mengangguk kecuali Hani.

“Hani?” aku bertanya, kemudian memberi isyarat kepada yang lain untuk memujuk Hani.

“Jomlah Hani,”

“Haah Hani, bukan selalu.”

“Betul tu Hani, aku pun main.” Shinhye juga bersuara.

“Haah, Shinhye pun main tu Hani. Jomlah.” Sambung Chanyeol dan memandang Hani dengan clown smilenya. Shinhye memandang Chanyeol yang berada di hadapannya kemudian menunduk hormat beberapa kali, nampak kejanggalannya dengan Chanyeol.

“Ok, jom.” Aku bangun lalu mengambil botol kosong dan meletakkan di tengah-tengah bulatan yang mereka baru buat. Disebelah kanan aku ialah Hani kemudian Shinhye kemudian Tao, Chen, Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan Kai di sebelah kiriku.

“Sehun, kau mula dulu.”

“Okay, ohorat.” Dia memusingkan botol itu. Botol itu berhenti di hadapan kai.

“Truth.” Jawab Kai terus.

“Kau ada suka sesiapa tak sekarang?” 

“Takde. Sekarang giliran aku.” botol itu berhenti di hadapan Hani. Kai tersenyum nakal dan yang lain bersorak. Aku menjeling mereka.

“Truth or dare?”

“Dare.”

“Tapi harinikan hari jadi aku, boleh tak aku nak dua-dua?” Hani seperti berfikir kemudian mengangguk.

“Bagitahu aku bila last kiss kau?”

“err, semalam?” semua memandang dia terkejut, semalam dia ada cium aku ke? “Err jap, cium mana? Pipi ke....?”

“Mulutlah, kau ni asal bele sangat.” Perli Chen.

“Oh, haritu, masa kahwin.” Dengar je jawapan Hani, mereka semua bersorak.

“Eleh, tu pun cepat......” aku merungut memang masa kami kahwin tu, dia cium aku sepantas kilat. Aku pada mulanya nak menahan kepala dia supaya terus cium aku tapi cepat sangat, aku pun tak sempat nak bertindak.

“Hahaha, tapi dapat jugak kan?” usik Chanyeol.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !