Tujuh belas.

Mula.

“Sudahlah tu, Kyungsoo.” Suho oppa menenangkanku. Dan hampir seminggu  setengah Hani hilang. Appa ada cuba cari tapi tak jumpa jugak. Macam-macam kami buat. Hani tetap kami tak jumpa. Appa ada upah penyiasat tapi mereka pun tak dapat cari Hani. Aku ada juga cari dia dengan dorang berenam. Lay dengan Shinhye pun join kadang-kadang. Lay kata dia orang last Hani jumpa sebelum hilang. Tiap-tiap malam aku menangis sambil pegang baju dia. Takkanlah dia hilangkan diri sebab merajuk dengan aku sbb tak jawab soalan terakhir dia. Tapi aku rasa macam tulah penyebabnya, mungkin dia fikir aku ada apa-apa dengan Mirae ke.

‘Do Hani, mana kau? Kau dah makan? Kau tidur lena tak? Kau selamat tak? Siapa yang temankan kau bila kau takut?’ soalan tu selalu bermain dalam fikiranku. Esok keputusan peperiksaan kami keluar dan akan tentukan sama ada kami layak sambung belajar atau tak. Aku taktahu macam mana nak hadapi esok. Mesti bertubi-tubi soalan akan diajukan kepadaku berkaitan dengan Hani. Macam mana kalau keputusan aku teruk? Siapa nak pujuk aku? siapa nak nangis dengan aku?

“Do Kyungsoo.” Namaku dipanggil pengetua Seok Jin. Aku berjalan ke meja yang didudukinya. Dia menghulurkan tangannya seperti ingin berjabat tangan denganku. Aku memandangnya dengan muka kosong. Aku gagal ke? Cikgu ni nak perli aku ke? Itu yang sedang bermain di mindaku. Dia menguntumkan senyuman dan mengucapkan “Tahniah,” kepadaku.

“T-tahniah? Siapa?” aku memandang belakangku, takde sesiapa. Jadi dia tahniah kat aku? aku meletakkan tapak tanganku di dada dan bertanya “S-siapa? Saya ke?” Cikgu Seokjin mengangguk dengan senyuman masih dibibir. Aku menyambut huluran tangannya.

“Walaupun tak cemerlang tapi awak lulus dan takde yang gagal.” Dia kemudian menghulurkan slip keputusanku. Wow, boleh tahan jugak aku ni. Aku memandang keputusanku dan cikgu Seokjin silih berganti sambil tersenyum. Aku menunduk hormat kepadanya. Dia menepuk bahuku.

“Terima kasih, Tuan pengetua!” aku segera berpaling.

“Oh ye, Kyungsoo,” aku berpaling kepadanya semula apabila aku dipanggil. “Awak kenal Im Hani tak?”

Aku mengangguk.

“Tolong berikan kepada dia ye.” Dia menghulurkan keputusan Hani kepadaku. “Saya dah panggil nama dia banyak kali tapi dia tak muncul-muncul, jadi saya ingat dia mungkin tak datang. Saya pun nak balik rumah dah ni. Rumah awak dekat dengan dia kan?”

Ye, Hani tulis alamat rumah sama denganku Cuma nombor rumah lain dan nombor rumah yang dia tulis tu tak wujud. Aku mengangguk sekali lagi.

“Ini amanah tau, baiklah saya pergi dulu.” Cikgu Seokjin hilang dari pandangan. Aku memeriksa keputusan Hani. Agak cantik jugak, macam aku Cuma dia dapat B english dan aku A untuk english. Matematik tambahan dia pun E walaupun dia pandai math... aku berjalan ke tepat kawan-kawanku berkumpul.

“Weh Kyungsoo, asal dia panggil kau?” tanya Chanyeol segera.

“Haah weh, asal? Seram oh kitorang tengok.” Kata Tao pulak.

“Sejak bila dia sedar yang kau ni wujud?” tanya Chen.

“Sejak aku dapat keputusan yang cantik, takde gagal...” aku menunjukkan keputusanku ke mereka. Mereka segera memandang keputusanku.

“Weh bapak ah, macam mana kau boleh lulus matematik tambahan?” Sehun menolak bahuku. “Kau math pun lemah.”

“Aku bukan lemah, aku Cuma tak suka.”  Jawabku poyo. “Tengok, aku lulus en?”

“Lulus kau pun E jugak.” Chen mengejek.

“Eleh, daripada korang.”

“Tapi apa-apa pun tahniah Kyungsoo!” Chanyeol memaut leherku dan mengusap rambutku.

“Daebaklah kau.” aku tersenyum apabila dipuji. Aku terlupa tentang Hani sekejap.

“Ni mesti sebab Hani tolongkan.” Kata Tao. Yang lain menyikunya, menumbuk kepalanya, menolak kepalanya. Badan aku keras seperti batu apabila nama Hani disebutkan, air mata yang ingin mengalir ditahanku. Aku melihat keputusan Hani di tangan kananku. Tak kurang hebatnya. Aku melihat Lay dan Shinhye memandangku dengan sayu. Muka simpati. Lay menghampiriku.

“Aku harap kau kuat, tabahkan diri tau.” Lay menepuk bahuku dan berlalu pergi. Aku nampak Shinhye memandang aku sedih dan mengikuti Lay. Mereka turut terasa kekosongan sepertiku.

“Mana Im Hani ah?  Tak nampak pulak dia harini.” Mirae menyoalku. Mirae sorang je yang tak tahu pasal benda ni. Aku tak rasa dia kena tahu. “Biarlah dia. Oppadeul, jom sambut!”

“Jommmmm!!!” mereka semua berlari keluar dari kawasan sekolah bersama-sama.


“Wah, bagus bagus...” Suho memandangku dan keputusanku silih berganti sambil tersenyum. “Bangga hyung ada adik macam ni.”

Aku hanya tersenyum kepadanya.

“Kau nak ambik bidang apa nanti?”

“Adik taknak.”

“Kau biar betul? Macam mana kalau Hani balik? macam mana kau nak sara dia? Omma dengan appa jugak ke?” Aku taknak kalau, aku nak betul-betul jadi. Aku memandangnya kosong.

“Adik ingat nak jadi chef atau disebabkan adik ambil lukisan kejuruteraan, adik nak jadi jurutera kat pelantar minyak.” Kerja kat pelantar minyak tu memang impian Hani. Hani lagi? Tapi aku minat, takpayah nak berkomunikasi dengan orang sangat. Aku tak suka kerja yang kena jumpa orang selalu. Kalau kat situ aku Cuma buat kerja kat situ tak perlu jumpa klien ke apa.

“Hyung sokong kau jadi  jurutera. Rugilah keputusan macam ni jadi chef.”

“Omma pun.” Aku memandang omma yang ingin duduk di sofa sebelah kami.

“Appa pun.” Appa duduk di sisi omma. Wah, harini semua cuti sebab aku nak ambik keputusan ke?

“Jadi, kamu akan ambik bidang kejuruteraanlah? Bagus jugak, appa suka. Appa suka anak-anak appa berjaya...” appa memandang hyung.

“Adik ingat nak pergi universiti yang dekat-dekat sini je.”

“Yang tu... appa rasa tak boleh.” Aku mengerutkan dahi dan memandang appa.

“Kenapa?” kenapa tak boleh? Kan, senang. Hyung boleh, aku tak boleh pulak.

“Kita kena pindah dari sini.” Lagi bertambah kerutan di dahi mendengar jawapan apa. Mataku semakin aku bulatkan.

“Kenapa pulak?” aku hampir hilang sabar. Aku tak tahu kenapa aku begini.

“Appa ditukarkan.”

“Macam mana kalau Hani datang cari kita? Macam mana kalau dia tengok kita dah takde? Mesti dia ingat kita tinggalkan dia. Macam mana kalau-”

“Sudah tu, Kyungsoo! Kamu kena teruskan hidup.”

“Habistu selama ni adik buat apa? Adik mati ke?”

“Adik!” marah omma.

“Dahlah tu. Nanti kita datang sini selalu.” Suho hyung meletakkan tangannya dibahuku.

“Appa tahu kamu sedih, tapi kita pun kena teruskan hidup...”

“Appa tak faham, appa tak faham perasaan adik.”

“Appa faham, appa, omma, hyung kamu, kami pun turut terkesan tau. Kami pun rindu dia. Dia jela anak perempuan yang pertama kami ada.” Aku memandang appa dingin.

“Kena ke kita pindah?”

“Appa minta maaf, tapi ye, memang kita kena pindah. Sebenarnya appa dah tahu dari minggu lepas, tapi masa tu kamu masih terkejut lagi. Jadi apa rasa biarlah dulu, lagi pun mana tahu Hani nak balik ke.” Dengar je jawapan tu, aku terus bangun dan lari masuk ke bilik. Pintu dikunciku.

“Kyungsoo...” aku mendengar hyung memanggilku. Dan cuba untuk memulas tombol pintuku. Pintuku diketuk beberapa kali. “Bukak pintu ni.... adik.... Kyungsooo....”

Aku mendiamkan diri dengan harapan hyung takkan ganggu aku lagi.

“Kyungsoo, bukak. Kalau tak aku bukak guna kunci.” Aku mendengar bunyi kunci. Aku segera membuka pintu.

“Apa?” aku memandangnya dingin. Dia meluru masuk ke bilikku kemudian menutup pintu dan duduk di tepi katil bersamaku.

“Hyung harap kamu boleh terima. Appa pun takde pilihan. Bos appa bagi tempoh sampai minggu depan je. Rumah ni pun kerajaan kasi kan, appa pun kena ikut jela. Lagi pun dah lama kita duduk sini.” Dia memandangku dan mengusap belakang badanku. “Dah, sekarang ni kemas barang-barang ni semua. Minggu depan lori datang nak bawak barang-barang ni pergi sana.”

Dia bangun dan menuju ke pintu. “Kemas tau, barang Hani sekali.” Aku mengangguk sebagai tanda faham. Kalau tak suruh pun, aku tetap akan kemaskan untuk Hani.

“Kamu tahu hyung dapat kerja tu.” Pintu dibukanya.

“Tak.” jawabku malas.

“Kerja impian hyung, jadi cikgu.”

“Yeke?” aku bangun dan segera memeluk hyung. “Tahniah!”

“Terima kasih.”

“Nanti adik masakkan untuk hyung. Hyung cakap je nak makan apa.”

“Betul ni?” aku mengangguk. “Tapi kat sini tak bolehlah. Kat rumah baru kang.” Hyung berpesan. Aku hampir terlupa yang kami akan berpindah.

Selesai mengemas barang-barang di bilik tidur aku dan Hani, aku ke bilik lamaku untuk mengemas barang-barangku di sana. Kenapa aku tak kasi dia masuk sini? Kenapa aku nak kami tidur kat bilik tamu je? Sebab bilik ni ada sejuta satu rahsia aku. aku membuka laci di almariku dan mengambil sebuah album gambar. Aku menyelak setiap helaiannya. Gambar pertama aku dan Hani. Masa ni kami lapan tahun, hari sukan dan appa Hani tak dapat datang jadi aku ajak dia duduk untuk makan dengan aku dan keluargaku, dia Hani menurut. Masa ni dia menang lumba lari. Tapi sayang, takde orang nak sambut kemenangan dengan dia. Dia makan makanan yang omma bawak setelah dipaksaku beberapa kali. Omma menangkap gambar aku memarahinya dan jugak sewaktu aku memujuknya kerana dia hampir menangis setelah dimarahi. Tembamnya aku kat gambar ni, patutlah dulu Hani selalu ejek aku bulat. Aku ingat sebab mata aku. Hani pulak dia comel kat gambar ni dengan cekak barbienya.

Aku menyelak helaian seterusnya. Gambar ni masa kami baru rapat dengan Sehun, Kai, Chen, Tao, Baek, dan Yeol. Mereka sedang tergelak dalam gambar. Chanyeol pakai spek mata dan telinga dia capang giler macam Yoda. Chen pulak tersenyum macam dinosoaur. Baekhyun pulak sedang berposing dengan spek mata hitam bulatnya. Sehun tersenyum dengan lolipop di mulut. Tao dia tengah membetulkan rambutnya. Kai pulat tengah duduk disebelahku dengan tersenyum. Hitam, sejak kecik. Masa ni hari anugerah cemerlang, Hani yang duduk disebelahku jugak tengah memegang piala, piala sebab dapat nombor satu dalam kelas. Sehun pun sama pegang piala macam Hani tapi dia punya warna perak sebab dia nombor dua. Nombor tiga tak lain dan tak bukan, Chanyeol. Aku lembab sikit dulu, aku mengaku.

Gambar kali ni kami bersembilan, masa ni Shinhye baru pindah. Shinhye berada di tengah antara aku dengan Hani. Tangannya diletakkan di bahu kami. Asalnya aku kat tengah tapi dia terus tolak aku dan duduk kat tengah, dia kata takde siapa boleh usik kawan baik dia. Dalam gambar ni aku menjeling dia dan tak senyum, muka cebik. Hani hanya tersenyum biasa. Chanyeol berdiri dibelakang Shinhye, dia dah mula tinggi sejak umur 10 tahun lagi. Kami yang lain pendek lagi masa ni, Chanyeol kan memang gergasi.

Aku membuka helaian seterusnya. Ni gambar masa kami pergi lawatan ke Zoo negara. Dalam gambar ni Baekhyun menarik rambut Hani dan Hani memegang penumbuknya sambil memandang Baekhyun di sebelahnya. Masa ni Baek pendek dari dia. Dan aku, aku hanya tersenyum sambil meletakkan tanganku di bahu Hani. Chanyeol pula sedang memandang Shinhye sambil tersenyum. Aku melihat Shinhye yang tersenyum manis di gambar ini. Sehun pulak tersenyum sambil tangannya di pinggang Tao. Mereka tengah main masa ni. Kai dan Hani tersenyum biasa. Chen tersenyum sseperti biasa; dinosoaur. Selekeh semua masa ni, aku pun...

Gambar seterusnya ialah masa Hari Usahawan. Kumpulan kami menang masa ni. Masa ni semua dah besar. Jadi gambar kami agak matanglah sikit. Kami duduk dengan teratur dan berdiri dengan teratur. Hani dah pakai spek mata masa ni tapi dia bukak sebab nak tangkap gambar dan Shinhye duduk di tengah dengannya dan dgn piala di tgn mereka, yang lelaki pula berdiri di sekeliling. Kami semua menunjukkan thumbs up dan gambar ni agak buruk sebab Suho hyung yang ambik. Muka Tao hampir tak nampak sebab dia hujung sangat. Kami jual sweet potato cheese stick, sandwich Hani, spaghetti kimchi aku, dan sedikit jajan.  Chanyeol tak lagi dengan spek matanya yang buruk tu. Aku dah cakap, masa ni semua dah hensem. Hani yang dulu tinggi daripada aku sekarang dah terbantut. Dia yang paling ketot.

Aku menyimpan album gambarku. Dan mengambil sebuah kotak yang besar. Di dalam kotak tu terdapat hadiah-hadiah yang Hani beri kepadaku. Pembungkus gula-gula pun ada, jam yang dah habis bateri, novel, walaupun tak banyak... aku mengambil kertas yang berlipat dan membukanya. Kertas apa ni eh? Oh, koleksi surat-surat yang tak pernah berjaya aku nak kasi kat Hani! Aku membaca ayat-ayatku di dalam surat-surat tersebut. Jiwangnya eiuw. Aku mencampakkan surat-surat tersebut ke dalam kotak itu semula dan mula mengemas.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !