Dua puluh empat.

Mula.

“Kyungsoo...” aku rasa badan aku digoyangkan beberapa kali dan mendengar Hani memanggilku. “Kyungsoo, bangunlah....”

“mmmmmmm”

“Aku rasa aku dah nak beranaklah.” Aku membuka mata dan duduk. Aku memandang ke kakinya, ada darah! Alamak, aku memakai seluar dan mengambil baju sejuk untuk dia. Aku membawa dia masuk ke keretaku dan duduk di tempat pemandu. Aku menekan minyak beberapa kali tetapi kereta tak berjalan. Rosak ke? janganlah.... Oh, kunci! Aku masuk ke dalam semula. Hani dah terjerit-jerit. Aku dengar pintu bilik dibuka, “Kyungsoo, kenapa ni?” omma menegurku tetapi aku terus mencari kunci kereta aku. “Kyungsoo? Kenapa Hani jerit-jerit tu?” hah, jumpa pun kunci.

“D-dia nak terberanak!” aku berlari ke luar dari rumah.

“Apaaaaaaa?” omma menjerit, aku dah tak hiraukan sesiapa aku terus ke kereta dan memandu ke hospital.

“Tolong, bini saya nak terberanak!” aku menghampiri seorang nurse. Dia kelam kabut mengambil kerusi roda dan menolaknya ke keretaku. Dia menyuruh aku tunggu kejap sementara dia panggil doktor. Aduh, cepatlah sikit, bini aku dah tarik baju aku sampai kain ni jadi panjang //faham tak? Maksudnya bila kita tarik baju, baju tu akan kembang or memanjang or paling senang korang cubalah tarik baju korang tapi jangan suruh aku bertanggungjawab kalau baju korang jadi buruk//

“Encik, doktor semua ada pesakit sekarang ni. Encik nak saya panggil doktor pelatih kami atau encik nak tunggu doktor kami habiskan kerja dengan pesakit lain?“

“Doktor pelatih? Isteri saya bukan experiment tau!” aku menggeleng.

“Tapi kami akan panggil doktor pelatih terbaik kami.”

“Ei, apa-apa jelah. Cepat!” aku membenarkan sebab Hani dah gigit tangan aku, tarik rambut aku, pukul badan aku. nurse itu berlari ke seorang lelaki berkot putih. Doktor tu ada lesung pipit, dia tersenyum dan mengangguk. Nurse itu kemudian datang ke aku dan menolak masuk ke bilik kecemasan. Doktor tu memandangku sekilas. Aku ternampak nametagnya, ZYX?


Selama beberapa jam kat luar aku asyik fikirkan Hani dan dalam masa yang sama cuba nak ingat pasal doktor tu. Macam pernah nampak tau. Seorang lelaki berkot keluar dari bilik kecemasan, lelaki tadi yang dia nampak nak rawat bini dia.

“Ummm siapa suami Do Hani?” suara ni! Aku memandang dia dan berdiri dihadapannya. “Err kau- jadi memang betullah tu Hani, satu sekolah dulu!” dia tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk berjabat. Aku menjabat tangannya laju.

“Um isteri kau selamat lahirkan bayi lelaki, tahniah....” dia menepuk tangan dan mencapai tanganku dan berjabat, tak malu ke lelaki ni... aku mengintai-intai ke dalam bilik tersebut. Tetapi Lay menarikku, “Tak boleh tengok lagi, kami kena uruskan dorang dulu. Lagipun bini kau tak sedar lagi.”

Aku memandang tangannya dengan tajam, gay ke laki ni..... dia segera melepaskan tanganku kemudian meletakkan tangannya di bahuku pula serta merta membuat kami berjalan beriringan, macam kawan baik.

"Lama tak dengar cerita..... kau macam mana sekarang?" tanyanya mesra. "Macam mana kau boleh jumpa Hani? Hani hilang kat mana?"

"Aku......." dia memandangku dgn muka ingin tahu dan tersenyum. "Ehem, aku dah kahwin, macam yang kau tengok. Sekarang aku kerja dekat pelantar minyak. Pasal Hani tu................ dia accident, dan kami jumpa dia kat satu pulau ni."

"Aaaah~ macam tu. okaylah. kau taknak tanya pasal aku?"

"Er, ok. Kau macam mana?"

"Aku macam ni jela, tunggu nak jadi doktor sebenar."

"Maksud aku, kau dah kahwin?"

"Oh, belum. calon pun takde. aku rasa aku tak boleh lupakan Hani lagilah," aku memandangnya terkejut. "hahaha, tengok muka kau hahaha. aku gurau je. tapi aku memang takde calon lagi..."

"Takde langsung?" dia menggeleng, "kat tempat belajar pun?" dia menggeleng lagi. "Mungkin aku salah soalan. ummm kat sini?"  dia memandangku terkejut.

"Pandai kau teka eh." dia memandang ke arah lain. "Ada sorang doktor pelatih ni, satu universiti dengan aku tapi rupa-rupanya dia tunang orang..." dia mengeluh. tiba-tiba seorang perempuan berambut panjang berjalan dengan laju di koridor hadapan kami dengan tangannya menutup mulut. pada aku dia nampak sedih. kami memandang dia sehingga dia hilang dari pandangan. Lay kemudian memandang aku dan senyum, "Tulah orangnya. Cantik kan?" aku memandang dia terkejut. aku menolak bahu dia laju.

"Weh weh weh, nilah peluang kau!" dia memandangku bele. 

"Peluang apa?"

"Kau tak nampak ke dia macam sedih?" dia menggeleng. "Pergi kejar dia, pujuk dia! Cepat! Sekarang!" Lay memandang aku dan tempat perempuan itu menghilang silih berganti. dia kemudian menepuk tangan dan berdiri. dia memegang bahuku sebelum berlari ke tempat gadis itu menghilang.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !