Lapan belas.

Mula.

“Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi, Do Kyungsoo. Selamat hari jadi....” Chanyeol datang dengan kek di tangan. Harini dorang ajak aku pergi kedai mak Chanyeol sebab hari jadi aku, dahlah jauh dengan rumah baru aku ni. Selamat omma boleh hantarkan.

“Buat hajat,” arah Baekhyun. Aku memegang tanganku dan membuat hajat. ‘Aku nak Hani, aku nak hidup bahagia dengan dia, dapat anak, berjaya dalam hidup, jadi lelaki kool yang bekerja, aku nak persahabatan kita semua kekal.’ Aku meniup lilin yang mempunyai dua batang dihadapanku. Mereka bersorak apabila kek ditiupku. Mereka memotong kek dan membahagi lapan. Shinhye bersama kami harini, Mirae dah pindah ke Tokyo sebab appa dia nak kembangkan bisnes kat sana. . Tapi selalu jugak Mirae ni call aku. Aku duduk di kerusiku. Kini, aku genap 19 tahun. Dan, dah  genap sebulan Hani hilang. Memang mulutku tak lekang daripada senyuman tapi aku menangis dalam hati. Sungguh, aku rindu Hani. Kali ni aku sambut hari jadi tanpa Hani. Selalu kami sambut sama-sama. Hani, bogosipeo... selalu aku buli dia, tapi sekarang takde siapa aku nak buli.

Walaupun kami dah pindah tapi rumah lamaku agak dekat juga dengan rumah baruku. Aku selalu datang ke rumah lamaku. Aku menyesal pergi kem tu, sungguh. Kalau aku tak pergi Hani takkan bosan, dia takkan keluar rumah, dia takkan hilang. Semua salah aku. aku patut jawab soalan terakhir yang dia tanya tu, kenapalah aku pergi letak telefon. Kenapaaaaaaaaa!!!! Aku benci diri aku.

“Kyungsoo,” Kai datang dan duduk disebelahku. “Aku pun rindu dia.” Kai menggosok bahuku. Aku memandang Kai kosong. “Aku pun rindu Kyungsoo, mana dia pergi ah? Aku rasa dia hilang jugaklah.” Dia ketawa sedikit.

“Selalu bila hari jadi kau, kau paling kalut. Kau selalu bising mintak idea kat kitorang.” Kai tersenyum sambil mengimbas kembali. Ye, memang aku yang paling kalut duk pikir apa nak kasi kat Hani. Tapi kalini tak, sebab Hani takde. Aku nak kasi hadiah kat sape lagi...

“Makanlah. Nanti kau lapar.” Kai menghulurkan spaghetti di atas meja. “Balik nanti kita pergi rumah Hani, kita tengok dia ada kat sana ke tak.”

“Haah Kyungsoo.” Shinhye duduk disebelah kananku dan tersenyum. “Aku pun rindu dia. Tapi, kita kena makanlah. Nanti kesian Hani tengok kita tak sihat..”

 

Aku pergi ke rumah lamanya dengan mereka bertujuh. Noona tersenyum apabila melihat kami.

“Kawan Hani kan?” tanyanya. Kami mengangguk. Aku ternampak bertimbum kotak di ruang tamu rumahnya yang kecil.  “Wah, ramainya. Tapi mana Hani?” dia memanjangkan kepalanya untuk mencari Hani.

“Hani dia hi-“ aku menyiku Baekhyun.

“Hani dia tak sihat. D-dia err kat rumah. Haa, kat rumah.” Aku menipu dia. Dia memandangku aneh kemudian tersenyum kembali.

“Tapi kenapa kamu semua ke sini?”

“Kami nak tanya Hani ada dtg sini tak?”

“Wah, sampai ramai macam ni nak tanya benda tu je?” noona ketawa, kami juga ketawa tapi dengan namun terpaksa. Cuba untuk sorok. “Takde.” Dia melihat ke arah jam. “Alamak, kejap lagi oppa balik rumah. Baik kamu semua balik.”

Kami semua bangun dan menuju ke pintu selepas menunduk hormat. Haih, cepatnya.

“Tapi sebelum tu tolong bagi ni kat Hani,” dia menghulurkan sepucuk surat kepadaku. “terima kasih sebab jaga adik noona ye.” Dia menunduk hormat kemudian menutup pintu rumah.

“Macam mana ni...” Shinhye bersuara. “Dia takde balik sini pun.” Mukanya muram.

“Kyungsoo,” Chen meletakkan tangannya dibahuku. “Aku rasa dia memang dah takde...” aku menolaknya ke dinding dan memegang kolar bajunya.

“Kau pahal ah?” aku ingin menumbuk mukanya tapi di halang Chanyeol.

“Kyungsoo, ingat siapa yang kau ada masa susah.” Aku melepaskan kolar bajunya. Memang betul, doranglah yang ada waktu aku susah dan senang.

“Mian,” Chen meminta maaf kepadaku. “Aku, aku Cuma penat...”

Ye Chen, aku pun penat. Selama sebulan ke hulu ke hilir cari dia yang aku dah tak boleh nampak.


Aku sambung belajar ke universiti, bidang kejuruteraan. Sehun bidang perniagaan. Kai dah masuk maktab tentera. Tao pulak pilih seni reka dan fesyen. Chanyeol pilih bidang perguruan. Baekhyun pilih bidang reka cipta. Chen bidang kesasteraan. Kami semua dah berjauhan. Tak sangka secepat ni. Rasa macam baru semalam kenal dorang, baru semalam kami masuk sekolah menengah. Tapi tak, semua tu perasaaan je. Sedangkan dah tiga bulan Hani hilang.

Aku duduk sebilik dengan Taehyung, muka dia macam Baekhyun tapi perangai dia lain sikit daripada Baekhyun, Baek annoying, dia ni annoying jugak Cuma kurang. Nampak je macam innocent tapi awek dia mak oi ramai giler. Orang kaya. N pun satu bilik dengan aku. dia selalu buli aku... kadang-kadang suruh aku masakkan ramenlah, rotilah. Yang buat aku marah, dia suruh masak masa malam-malam buta. Dia ingat aku takde kelas ke esok. Aku jugak sebilik dengan Taemin, muka dia macam Kai. Hilang rindu aku kat Kai sikit tapi dia ni macam gay. Aku agak takut sikit dengan dia sebab takut dia raba aku. tapi aku paling ngam dengan dia. Dia ni ada perangai Chen dengan Sehun, suka bergurau dan suka kenakan orang.

Aku berkawan rapat dengan Shinhye dan Geum Jandi kat sini, sebab dia jela yang aku kenal kat sini dan kawan yang aku baru buat. Aku dahlah susah nak buat kawan. Chanyeol selalu datang sini sebab Shinhye, nasib baik universiti dia dekat je dengan universiti kami. Mesti korang ingat dorang dah bercinta kan? Tak. Kat sini ada sorang lelaki nama Kim Woobin yang minat kat Shinhye jugak. Aku tak faham asal lelaki yang minat Shinhye ni semua tinggi-tinggi. Dorang selalu sibuk masa aku tengah belajar dengan Shinhye dan Jandi. Dorang dahlah tinggi and there’s me, the smallest one. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !