Lima.

Mula.

Aku memandang Hani, dia pegang tangan Lay! Tak guna betul. Hey, laki ni kena dengan aku kang. Siap dia! Mirae juga telah bangun untuk ke tandas. Aku memandang roti yang Hani bagi. Comelnya gigitan dia, macam tuan dia.

“Kau dah kenapa senyum kat roti?” Tanya Chen tiba-tiba.

“Ke teringat kat tuan punya roti tu?” Usik Sehun.

“Kalau taknak aku makan....err ok ok kau makanlah.” Chanyeol yang bangun untuk capai roti itu duduk semula apabila Kyungsoo memandang dia.

“Kau, kenapa tak bagitahu benda betul je. Biarlah Mirae tu berhenti berkepit dengan kau. Kau tak rindu nak berkepit dengan Hani?” Kali ni Kai pula bersuara. Aku memandang Kai kosong sambil mengunyah roti. Sungguh, aku rindu nak macam dulu dengan Hani. Walaupun sekarang dah kahwin, tapi rasa dia lain. tak sama macam kat sekolah. Kalau kat sekolah aku rasa macam boleh lindungi dia, boleh jaga dia. Aku tak bagitahu Mirae sebab appa dia mintak aku jaga dia. Sebab? Anak dia ni liar, nakal, suka buat benda bukan-bukan, pernah cuba dan bunuh diri, bergaul dengan kutu masyarakat lepas mak dia meninggal. Tapi appa dia cakap lepas kenal dengan aku, dia jadi baik. Lepas aku selamatkan diri, tapi bukan aku sorang je yang selamatkan, kami bertujuh. Yang pelik kenapa dia nak aku. Mungkin sebab aku tegur dia supaya jangan buat macam tu kot. Mirae dah banyak kali cakap dia suka aku. aku taktahu nak buat apa. Aku tak suka dia, sikit pun tak. Kalau nak dibandingkan perasaan aku kat dia dengan perasaan aku kat Hani jauh beza, macam langit dengan bumi.

“Haah, kau tak rindu ke? Aku rindu dengan Shinhye....” Aku tersenyum memandang Chanyeol. Chanyeol menjuihkan mulut dia. Chanyeol dah lama suka Shinhye dia selalu bagitahu Shinhye walaupun pada mata orang lain tu macam gurauan tapi tidak pada kami bertujuh. Aku punya kes lain sikit, aku selalu rapat dengan Hani, selalu usik dia tapi aku tak pernah bagitahu atau tunjukkan yang aku suka dia. Aku pernah cuba nak bagitahu, aku dengan Kai rancang macam-macam tapi keesokkan harinya Hani tak datang sekolah dan terus tak datang. Ye, masa tu ayah dia mati dan aku tak tahu lagi. Aku cuba telefon dia, tapi tak berjawab. Lepas seminggu dia tak datang sekolah aku pun pergi ke rumah dia. Aku nampak semua berpakaian hitam dan Hani menangis. Aku masuk ke dalam dan duduk disebelah Hani. Dia memandang aku dan terus memelukku.

“Kyungsoo, appa aku, appa aku dah mati.......” aku menepuk belakang badannya beberapa kali. Aku dapat rasakan yang baju aku basah dek air mata Hani. Tapi takpe, janji Hani tak sedih lagi.

“Aku dah takde siapa-siapa lagi....” Tapi kau ada aku. Aku selalu ada untuk kau, Im Hani.

“Oppa,” Aku terdengar suara Mirae, aku segera pandang ke arah dia. Eh, dah balik dari tandas?

“Eh, dah pergi tandas ke?” Dia mengangguk. Aku memandang depan aku, kosong. Tak guna punya kawan, tinggalkan aku macam tu je. Aku bangun dan menuju ke kelas. Mirae bercerita dengan aku, aku hanya dengar sambil lewa, bila dia tanya aku jawab “Ha, betul-betul.” Kemudian mengangguk. Fikiran aku kusut bila fikirkan pasal Hani. Dulu bukan main susah nak dapat dia, tapi senang nak rapat dengan dia. Orang biasa daripada kenalan ke kawan ke bercinta ke kahwin, tapi aku daripada kenalan ke kawan ke kahwin. Kami dah skip satu urutan, mungkin agak susah. Sekarang ni bukan main susah nak rapat dengan dia lepas dapat dia.  Kalau Mirae takde, mesti senang. Tapi Mirae lah rapat dengan aku lepas Hani berhenti sekolah. Mirae panggil aku oppa sebab aku tua 12 bulan dari dia. Aku tak suruh, tapi dia yang nak panggil aku oppa. Tapi bukan aku sorang je dia panggil oppa, mereka berenam jugak.

Shinhye yang selalu senyum dan ketawa pun muram dan selalu duduk sorang-sorang. Chanyeol selalu jugak temankan dia, tapi dia macam janggal dengan Chanyeol dan diam je. Bila aku ikut Chanyeol dengan dia, barulah dia akan bercakap. Tapi dia selalu bercakap pasal Hani. Bila Chanyeol menyampuk dia terus diam, hahaha kesian Chanyeol. Sebenarnya dulu dorang pun rapat macam aku dengan Hani tapi lepas Chanyeol asyik usik Shinhye dengan bagi hint hint yang dia suka Shinhye, Shinhye terus rasa janggal dengan dia. Chanyeol selalu kenakan aku senyap-senyap, dia ingat aku tak perasan. Tapi ni Do Kyungsoo lah, takkan pernah termakan dengan usikan dia. Dia cemburu sebab Shinhye bercakap bila dengan aku tapi tak bila dengan dia.

Aku selalu jugak ke rumah dia masa balik sekolah, rindulah konon. Tapi dia jarang kat rumah, noona kata dia kerja kat satu kafe. Aku pun pergilah ke kafe tu, cantik dia pakai baju pekerja tu dan ikat rambut belakang. Dia jarang ikat rambut. Aku memandang dia yang tengah cuci lantai. Dia memakai topi jadi mungkin tak perasan aku. tapi aku dah panggil dia banyak kali, dia tetap tak layan. Takkanlah aku dah silap orang, aku kenal Hani ok. Pergi mana-mana pun dia tetap paling pendek dan kat dahi dia macam ada garis hitam tapi tak jelas sangat. Aku rasa macam dia mengelak dengan aku. aku berdiri dan datang ke arah dia.

“Im Hani,” dia terus mengelap lantai.

“Hani,” tak hiraukan aku lagi.

“Weh pendek kau-“ aku belum menghabiskan ayatku tiba-tiba seseorang memanggil dia.

“Im Hani, lantai ni kotor lagi. Macam mana kau lap ni!” Kata seorang perempuan yang memakai baju yang sama dengan dia tetapi dengan tanda nama Supervisor. Supervisor itu memandang aku dan kemudian memandang Hani. Aku nampak Hani mengetap bibir dan segera ke tempat yang dikatakan kotor itu dan terus mengelap. Memang itu Hani dan dia cuba untuk mengelak daripada aku? Im Hani, kenapa kau buat aku macam ni. Apa salah aku? aku pun keluar dari kedai itu.

Keesokkan harinya hari cuti dan aku ke sana lebih awal. Aku ternampak Hani dengan pakaian kerjanya, sendirian. Dia sedang mengelap meja.

“Hani,” Hani memandang aku dan melarikan diri ke bilik yang tertulis PEKERJA SAHAJA dan menutup pintu bilik tersebut. Aku cuba untuk memulas tombol itu, berkunci.

“Hani, kenapa kau mengelak dengan aku? Apa salah aku?”

“Pergilah, Kyungsoo. Aku banyak kerja  ni.”

“Tak, nanti bos kau datang aku nak buat kecoh biar kau kena buang. Baru tahu!”

“Jangan!” Jerit Hani dari dalam.

“Kalau taknak, keluar sekarang pastu bagitahu aku kenapa kau kerja kat sini, kenapa kau dah tak pergi sekolah, kenapa kau mengelak daripada aku?” aku terdengar bunyi pintu dibuka. Hani keluar dan duduk dikerusi. Aku juga duduk.

“Sekarang bagitahu aku,” aku memandang dia serius. Dia menarik nafas panjang.

“Aku kerja sebab aku kena bayar balik hutang appa aku kat oppa aku.”

“Oppa kau? Maksud kau lelaki yang kahwin dengan noona tu?” dia mengangguk kemudian menyambung.

“Appa aku kan sakit lepas unnie kahwin, jadi dia yang tanggung semua. Aku tak pergi sekolah sebab dia tak kasi, dia suruh aku kerja. Aku takde pilihan lain kalau nak tinggal kat rumah tu lagi... Aku Cuma ada unnie aku dengan anak buah aku tu je... Appa Cuma tinggalkan rumah tu sebagai harta...” Air matanya mengalir, aku menghulurkan sapu tanganku.

“Tapi kenapa kau mengelak daripada aku? kau takut aku gelakkan kau?” dia mengelap air mata menggunakan sapu tangan aku dan menggeleng.

“Oppa tak kasi aku jumpa kawan aku. kalau dia tahu aku kena belasah. Ni, tengok ni.” Dia menyisir bajunya yang berlengan panjang ke belakang sikit untuk menunjukkan kesan lebam dia tangannya. Aku bersimpati dengannya. Ni mesti sebab aku cuba untuk bercakap dengan dia semalam.

“Ni sebab aku tegur kau ke semalam?” Dia mengangguk.

“Bos aku bagitahu dia, dorang kawan baik.”

“Oh, so kita boleh jumpa kat luarlah ye?” dia menggeleng laju kemudian dia mengangguk laju pulak.

“Ok, aku akan pastikan yang kita takkan dikesan. Eh dahlah, nanti bos kau datang. Kau dahlah tak kemas tempat ni lagi.” Dia mengangguk menyambung kerjanya. Aku memandang dia. Kemudian bosnya datang, aku meminta kerja di lepas waktu sekolah. Aku diterima. Aku terus mencapai mop dan mengelap lantai kemudian menghampiri Hani senyap-senyap.

“tapi kalau kita rakan sekerja, kena marah tak?” Hani memandang aku dengan muka tidak percaya.

Aku sungguh gembira sebab dapat jumpa dengan Hani selalu. Kami memang rapat sebagai kawan kerja. Hani selalu suruh aku ceritakan pasal sekolah. Dia memang kaki sekolah walaupun dah berhenti. Aku kadang-kadang bawak kerja rumah pergi situ dan belajar sama-sama dengan dia masa rehat ataupun masa takde pelanggan. Benda yang aku selalu bawak mesti matematik, subjek kegemaran dia dan subjek yang paling aku benci. Apa yang best sangat dengan matematik pun aku tak tau. Dahlah susah sangat, guna jela kalkulator. Ni nak kira guna otaklah itulah inilah. Tapi aku bawak kerja sekolah bahasa inggeris jugak, so aku boleh action dengan Hani. Disebabkan sebutan inggeris aku macam ada fleunt.

“Cinderella.”

“Shin-de-ri-la.”

“Sin,”

“Shin,”

“Ei, sin lah, sin, sin, SIN!”

“Shin, er Shin. Ehhhh, SIN! Haa, sin!”

“Charasseo, Sin-der-re-la.”

“Le,”

“Ei, pendeknya lidah kau ni Hani. Benda senang je ni! Lidah tu kena bergetar sikit, rrrrrrra”

“ghaaaaaa,”

“Ra, ra lah, RAAAAAAA!!!!!”

“Ra!” Aku memandang dia tak percaya. Dia ni nak aku jerit baru nak faham ke apa?

“Wah, charasseo! Now say Sin-de-re-la, Cinderella.” Aku menggosok kepalanya bagi rambutnya rosak.

“Yah,” dia menolak tanganku.

“Stupid, done(dont) do dad(that)!” dia membetulkan rambutnya semula.

“What? Listen to your seonsaengnim. Now say that word.” Aku tersenyum.

“Sin-de-ghe, eh sin-der-re-la, cinderella!” dia ketawa kecil, kemudian menge-pat bahu dan kepalanya.

“Oppa, Kyungsoo oppa.” Aku memandang ke kiriku tempat di mana Mirae berdiri tadi. Mana? Tadi dengar suara dia. Aku pusingkan kepalaku untuk mencari Mirae. Ah kat situ, kat depan pintu kelas. Aku terlajak rupanya. Aku pun masuk ke kelas. Aku melihat Hani, Shinhye dan Lay sedang gelak. Bahagianya dia. Sikit pun tak nampak risau masa aku takde. Aku duduk di tempatku apabila Puan Song Jihyo masuk ke dalam kelas bagi mengajar matapelajaran matematik. Ah, sudah... bosanlah aku jawabnya. Aku mengeluarkan buku teks dan buku latihan. Dia membuat kerjanya di depan. Aku juga membuat kerjaku di belakang, baling pemadam. Aku memotong pemadam aku sehingga menjadi dadu yang kecik. Ye, aku memang bosan. Subjek lain aku boleh hadap, tapi bukan matematik. Aku melihat Baekhyun sedang fokus memandang hadapan, begitu jugak Mirae. Kai? Dia tengah tidur beralaskan beg. Tao? Dia tengah membetulkan rambutnya di depan cermin menggunakan handphonenya. Sehun pulak dan Chanyeol pulak hilang entah ke mana. Chen pulak tengah menari-nari sambil duduk, as expected from chensing machine hahaha. Kelas ini menempatkan 25 orang murid. Bermula dengan hujung belakang kelas belah kiri ialah Kai kemudian Tao, Sehun, dan Chen. Di depan Chen ialah Baekhyun kemudian Chanyeol disebelahnya dan Mirae dan aku. Di depan aku ada orang cina sesat, Hani comelku dan Shinhye. Seterusnya ialah pelajar kelas ini yang lain.

Aku mencampakkan pemadam yang aku dah potong kecik-kecik ke Hani. Hani tak perasan, ish tak guna. Aku mencampakkan lagi, kali terkena pipinya. Dia memegang pipinya. Aku buat-buat tak tahu. Dia mencari-cari gerangan yang berbuat demikian. Aku baling lagi, kali ni kena kepalanya, “Aduh,” Aku terdengar dia mengaduh. Sakit ke? Tapi asal comel sangat. Haish, tak boleh jadi ni. Aku baling pemadam lagi, alamak terkena Lay.  Lay memandang aku kemudian cakap, “susah pakcik menoreh getah sebab nak buat pemadam ni, janganlah membazir...” Lay mengutip pemadam yang aku dah potong kecik-kecik tadi. Heh, cakaplah miskin, tak mampu nak beli pemadam. Tak payah nak berlagak baik konon kesian kat pakcik penoreh getah. Dia memandang aku sekali lagi, aku memandang dia dengan muka apa-kenapa-pahal dengan kening terangkat konon bukan aku yang buat.

“Baiklah kamu, yang mata bulat tu,” Aku memandang ke depan. Alamak, aku ke? Aku menunjukkan tangan kiriku  di dada dan memandang Mirae dengan mata yang hampir terbeliak, seperti bertanya kepada dia dan dia mengangguk. Aku memandang Puan Jihyo dengan aksi yang sama lagi, Puan Jihyo mengangguk dan berkata, “Ye, kamu.”

Aku bangun dengan muka yang tak percaya dan berjalan ke depan. Aku melihat Hani memandang aku dengan muka cemas melalui ekor mataku. Puan Jihyo menghulurkan kapur kepadaku. Alamak, soalan ni ada pie(π) lah pulak. Ah, tak sukanya. Aku mengambil kapur itu dan memandang Puan Jihyo dan papan hitam silih berganti kemudian aku memandang Hani seperti meminta bantuan kepadanya. Mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu tetapi tidak aku dengar. Aku memandang Puan Jihyo.

 “Cikgu, saya tak tahulah.”

“Berdiri kat luar sampai masa saya habis.” Dia yang sedang menulis sesuatu di bukunya dengan riak yang tenang tanpa memandang aku. Aku pun berjalan ke luar dari kelas. Sampai masa dia habis? Matematik dahlah tiga masa harini. Kelas pun baru je mula.

“Saya baru ajar tahun lepas dan kawan kamu dah lupa. Sekarang, siapa nak jawab?” aku masih mampu mendengar suara Puan Jihyo dari luar. Dia ajar tahun lepas kot, bukan tahun ni. Benda yang cikgu ajar pagi tadi pun aku dah lupa, apa lagi tahun lepas.

“Baik, kamu.” Kata Puan Jihyo dari dalam. Aku hanya berdiri kosong mengadap koridor.

“Saya tak tahu, cikgu.” Aku terdengar suara yang amat aku kenali, Hani? Eh tak, Mirae. Kemudian dia mendengar bunyi tapak kaki keluar.

“Oppa!” Tegur Mirae. “Oppa, saya sengaja angkat tangan masa cikgu suruh jawab tadi. Tapi saya pun tak tahu, jadi saya pun keluarlah. Dapat temankan oppa.” Dia memeluk lengan kananku. Aku hanya tersenyum. Aku memang jarang bercakap dengan dia. Cuma dia yang suka bercerita, aku hanya diam. Tapi aku jadi sebaliknya bila dengan Hani, Im Hani, budak pendek yang comel sangat. Dia tinggi paras leher aku je. Pendek tak? Aku ni dikategorikan pendek tapi dia lagi pendek. Dia ada tahi lalat kat rahang kanan, kecik je tahi lalat tu, kalau tak tengok muka dia betul-betul mesti tak perasan. Dia pun ada lesung pipit tapi sikit je. Jarang nampak dia senyum sampai nampak lesung pipit. Mata dia bulat tapi tak sebulat aku, Cuma bulat macam Chanyeol je. Ye, aku masih fikirkan Hani walaupun Mirae kat depan aku. Biarlah, bukan isteri orang lain, isteri aku jugak.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !