Sembilan belas.

Mula.

Tujuh bulan dah berlalu lepas Hani hilang, Im Hani... aku ada call omma minta perkembangan pasal Hani, tapi omma kata takde perkembangan lagi. Sekarang dah cuti semester. Dorang yang lain pun cuti jadi dorang ajak pergi bercuti kat satu pulau. Aku pun setuju jela. Shinhye dia pergi jugak, tapi kali ni dia bawak Jandi. Dia dulu pernah terlanggar bahu senior perempuan, pastu senior tu simbah ramen cup kat kepala dia. Dorang pun bergaduhlah. Teruk jugak senior tu kena dengan Jandi ni sebab dia ada tali pinggang hitam tau, jangan main-main.

Kami semua berkumpul di jeti dengan beg dan barang masing-masing.

“Hi, Shinhye. Hi, Jandi.” Chanyeol menegur Shinhye dan Jandi yang sedang berdiri sambil menikmati angin pantai.

“Hi,” balas Jandi. “Kau nak apa ah, capang?”

“Hek eleh, tegur pun tak boleh.” Aku rasa Shinhye bawak Jandi sebab nak perlindungan daripada dia. “Kau yg menyibuk kat sini.”

“Eh, aku takdenya nak pergi kalau Shinhye ni tak pujuk aku.”

“Dahlah, aku datang sini nak hilangkan stress. Korang pulak buat tambah...” Shinhye merungut.

“Sorry, Shinhye. JanDA ni...”

“Eh korang, bot dah sampailah!” Jerit Baekhyun. Mereka semua segera mengangkut barang masing-masing bersedia untuk turun. Kami menyarungkan jaket keselamatan. Chanyeol turun dulu kemudian menghulurkan tangannya kepada Shinhye bagi membantu Shinhye.

“Hati-hati. Lelaki kena tolong perempuan.” Pesan Chanyeol sambil memegang pinggan Shinhye.

“Terima kasih.” Ucap Shinhye kepadanya apabila dia selama turun ke bot. Dia menuju ke bahagian depan dan hujung belah kanan. Chanyeol mengambil barangnya dan Shinhye kemudian duduk di sebelah Shinhye. Jandi berdehem, “Ehem, aku ni pun perempuan. Taknak tolong ke?”

Chanyeol hanya menjelingnya. Aku melihat Jandi cuba sedaya upaya untuk turun. Dia tersadung dan terjatuh. Chen yang berada di belakangnya segera membantunya, “Kau ok?” dia mengangguk kemudian Chen membantu dia bangun.

Chen duduk di sebelah Chanyeol dan Jandi duduk di sebelah Chen. Kami yang lain duduk di sebelah kiri yang masih kosong.

“Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” jerit Jandi. Chen disebelahnya dah gelak.

“Hahaha, best kan?” Jandi mengangguk laju. “Aku Chen. Apa nama ka-”

“Tipu, nama kau Jongdae. Kim. Jong. Dae.” Chanyeol yg berada di sebelah Chen mengacau Chen.

“Kau kenapa? Ish, diamlah.” Dia menjeling Chanyeol kemudian memandang Jandi semula dan tersenyum. “Apa nama kau?”

“Nama aku Geum-Jan-Di. Hi Jongdae, gembira jumpa kau.” Jandi menghulurkan tangan. Chen  menyambut tangannya dan tersenyum. Pelik, Chen tak marah bila Jandi panggil nama betul dia. Sedangkan kami panggil dia akan marah.

“Aku pun.” Balasnya. Ceh, titik perkenalanlah tu...


Aku berkongsi bilik dengan Sehun. Kalau Kai ada mesti kami kongsi bilik ni tiga orang. Kai kat maktab tentera, cuti dorang tak sama macam budak u macam kami ni. Tapi aku tak tahu bila dia cuti. Aku mengambil katil disebelah kanan yang menghadap pantai.  Wah, cantiknya. Sehun meletakkan barang dia di tepi katil dan baring.

“Wah, sedapnya. seminggu tanpa assignment. Ah, aku nak tinggal sini terus!”

“Hahaha, aku pun!” aku juga melontarkan diriku ke katil.

“Eh, nak makan apa-apa tak?” Sehun menyoalkan sambil melihat buku menu yang baru diambilnya dari meja lampu tepi katilnya. “Wah sedapnya, nak tak?”

“Ada apa?”

“Buljjajang, jjajangmyeon, udon, curry ramyeon, soba...”

“Aku nak curry ramyeon.”

“Ok, set.” Dia mencapai telefon. “Hello, ni bilik 9801, kami nak order 2 set curry ramyeon....Hah...ok...Terima kasih.” Dia kemudian bangun lalu membuka baju dan masuk ke tandas selepas tersenyum-senyum memandangku. Asal dia ni...

Beberapa minit loceng berbunyi. Oh, dah sampai? Cepat jugak.

“Sehun, curry ramyeon kau dah sampai!”

“Haa.” Jawabnya pendek. Kurang hasam!

“Eh, siapa nak bayar ni?”

“Kaulah.” Aku dapat mendengar dia sedang ketawa di dalam. Ei budak ni, patutlah tersengih-sengih tadi.

Aku mengambil dompetku dan membuka pintu. Aku menyuruh orang tersebut meletakkan di atas meja mekap kemudian mengeluarkan duit dari dompetku. Aku memandang susuk badannya yang kecil dan molek. Dejavu, aku rasa dejavu. Dia pakai topi, dia pakai spek, dia pendek, tapi rambut dia pendek dan dia ada tahi lalat kat dua-dua belah leher dia. Aku menutup pintu. Dia segera berpaling ke arahku. Betul, tekaanku tepat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !