Dua puluh satu.

Mula.

Aku datang dengan dress pinjaman Shila unnie, dia dah tak muat sebab tu dia kasi aku pinjam. Aku menunggu dengan Shinhye, kawan dia, Baek, Chen, Yeol dan Tao. Tapi mana Kyungsoo? Aku bersembang dengan Shinhye dan ceritakan semua benda. Aku pun berkenalan dengan kawan dia yang comel ni, Geum Jandi. Ramah Jandi ni, aku yang rasa janggal pulak. Aku melihat jam, dah lewat setengah jam. Kyungsoo tak macam ni. Aku ingin ke bilik dia tapi dihalang mereka. Dorang kata mungkin Kyungsoo nak buat suprise.

“Siapa ada bawak powerbank? Handphone aku matilah, aku tak sedar.” Tanya Baekhyun. Dorang ni baru balik daripada snorkeling tadi. Mandi pun tak lagi. Dorang kata Kyungsoo tak ikut. Aku memberikan powerbankku.

“Terima kasih.” Dia mencucuk powerbank ku ke handphonenya. “Eh, Kyungsoo ada mesej akulah.” Dia memandangku. “dia kata ‘weh, sorry tak dapat join korang. Aku kena balik  jumpa Mirae. Cakap aku kena balik kuliah balik ke apa ke kat Hani, tapi jangan bagitahu aku pergi rumah Mirae kat Hani.’ Ark-“ Baekhyun menekup mulutnya apabila menyedari dia terlepas cakap. Aku bangun daripada kerusiku dan berlari ke rumah.

“Hani! Tunggu!” Shinhye mengejarku. Tapi tu membuat aku lari semakin laju. Penat aku mintak Shila unnie yang baru balik daripada kerja mekap aku. penat aku belajar ‘catwalk segera’ untuk tunjukkan kat dia. Penat aku pakai dress, yang memang sekali seumur hidup aku pakai. Alih-alih dia balik nak jumpa cinta hati dia. Aku rasa dikhianati, ditipu, aku rasa hina. Aku rasa bodoh sebab percaya dia. Aku tak patut cerita segala-galanya kat dia. Aku patut abaikan dia. Aku tak patut. Aku mengelap air mataku. Biarlah orang nak kata aku giler ke apa, aku tak kesah. Aku memegang kasut tumit tinggi di tangan dan berlari anak ke rumah. Aku masuk dan segera berlari ke bilikku. Mirae, Mirae, Mirae, bini kau yang kau dah terpisah tujuh bulan ni tak penting berbanding Mirae tu. Im Hani takde perasaan, dia Cuma robot pada pandangan kau kan!

Bilikku diketuk, suara Shila unnie dan Kris oppa silih berganti memanggilku dan memujukku untuk membuka pintu tapi tak aku hiraukan. Aku nak tenangkan diri lepas kena tinggal, lepas kena tipu. Malam tu aku tertidur dengan air mata, mekap dan dress itu.


Aku datang balik lepas dua hari hilang. Aku ingat Hani akan sambut aku dengan baik tapi tak, dia jadi dingin balik dengan aku. Aku tambahkan lagi sehari untuk pujuk Hani dan aku dah berjaya pujuk Hani balik rumah. Sebenarnya bukan aku, aku mintak Kris hyung dan Shila noona pujukkan dia. Susah giler nak pujuk dia, dia jadi kebal lepas kemalangan tu kot. Aku amat berterima kasih kepada Kris hyung. Dia baik tapi tegas, kelakar pun ada. Aku pun berterima kasih kat Shila noona jugak. Sebab dorang, aku dapat jumpa dengan bini aku balik, sebab dorang aku dapat bini aku balik, sebab dorang bini aku nak ikut aku balik. Sharang jugak, sebab sudi ceriakan hidup Hani masa aku takde. Hani memeluk Shila noona lama, noona tepuk belakang badan dia.

“jangan merajuk lama sangat, tak elok.” Pesan noona kepada dia sambil mengelap air matanya. Dia kemudian memandangku “Kamu pun, jangan tinggalkan dia lagi, kalau tak-“

“Hyung wushu kau.” Kris hyung memotong ayat noona, Hani tergelak. Begitu jugak aku.

“Ye, saya faham.” Aku tersenyum, “Tak akan!” aku membuat tabik hormat tentera.

“Hani, kalau dia buat Hani lagi, ni oppa ada. Oppa wushu dia ke galaxy.”

“Eleh, oppa reti ke wushu tu. Nak buat naik mengejut pun tak boleh...” Hani mengejek hyung.

“Ei, janganlah cakap kuat-kuat. Oppa baru nak action.”

Kami semua tergelak, hyung memandang kami dengan muka apasal-korang-gelak.

“Dahlah, kami balik dulu. Kesian Suho hyung tunggu kami. Terima kasih hyung, noona, Sharang.” Aku menunduk hormat sekali lagi. Hani memeluk Kris hyung pulak dan kemudian Sharang.

“Jangan lupa bayar tunggakan bil sebab jagakan dia untuk kau.” Kris hyung memesan.

“Bil? Ada ke? berapa? Banyak ke?”

“Ish, apa cakap macam tu. Jangan diikutkan sangat hyung kamu ni. Dah cepat, nanti lama pulak hyung kamu tunggu.” Shila noona menjeling Kris hyung.

“Terima kasih, terima kasih.” Aku keluar rumah dengan beg-beg yang banyak. Mostly beg Hani lah, biasalah orang perempuan. Hani mengambil begnya yang berada di tanganku dan menariknya dengan berat.

“Kita belum habis lagi!” dia berjalan mendahuluiku dgn begnya yang berat tu. Merajuk lagi ke? Alahai.


 

“Oppa, Suho oppa!” Hani berlari ke dia dan memeluk Suho hyung sekejap. “Apa khabar? Sihat?”

“hahaha, oppa yang patut tanya Hani tau. Ei, beratnya.” Suho hyung memandang Hani dan gelak semasa mengangkat beg Hani. “Dah Hani pergi masuk.”

Hani pun masuk ke dalam. Aku ternampak seorang perempuan di dalam. Siapa tu? Setelah semua beg diletakkan di dalam bonet aku masuk ke kereta.

“Annyeonghaseyo.” Perempuan yang duduk di tempat sebelah pemandu tu menyapaku. “Nama noona Park Chorong.”

Aku menundukkan kepala kepadanya dan senyum. “Dae Annyeonghaseyo, Suho namja dongsaeng, Do Kyungsoo.”

Dia memandang ke depan bila Suho masuk.

“Haa Kyungsoo, Hani, kenalkan ni Park-“

“Junmyeon, aku dah tahulah.”

“Oh, dah kenal? Wah, bagus bagus. Tak payah susah-susah nak kenalkan lagi.”

“Yeoksi, Park Chorong.” Chorong noona memeluk tubuhnya dan meletakkan tangan pistol di dagu.

“Tapi kau tahu tak apa hubungan dorang?”

“Sama macam kita?”

“Cuba lagi...”

“Kawan?” hyung menggeleng. “Ummm...”

“Kami suami isteri.” Aku meletakkan tanganku di pinggang Hani. Hani menjelingku dan bila sedar yang Chorong noona pandang dia, dia cepat-cepat senyum.

“Oh yeke? Wah, tahniah tahniah.” Dia menghulurkan tangan daripada depan kemudian memusingkan badannya ke depan semula. “Selamat pengantin lama semoga ke anak cucu, bahgia kekal abadi....” dia menyanyi.....suho hyung pun join. Hani menepis tanganku setelah Chorong noona tidak pandang ke belakang lagi. Kemudian mereka menyanyi lagu Give It To Me yang disiarkan di radio bersama-sama, Chorong noona menggerakkan tangan ala-ala Sistar, hyung pun sibuklah.

Tiba-tiba kereta brek mengejut. Aku meletakkan sebelah tangan di depan dada Hani bagi mengelakkan dia terjatuh dalam masa yang sama aku cuba untuk melawan inersia dengan memegang pemegang di pintu. Aku memandang dia untuk memastikan dia selamat. Kepala dia digerakkan sedikit serta matanya dan seperti menunjukkan sesuatu. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan, tangan aku yang ada kat dada dia! Aku cepat-cepat mengalihkan tanganku. ”Sorry ye, Myeon ni nak terlanggar- Uuuuuuuuuuu, kau patut tengok apa yang baru jadi tadi, Myeon.” Aku memandang Chorong noona, dia nampak ke? aku memandang Hani jugak, muka dia dah merah.

“Kenapa? Apa yang jadi?”

“Hahaha, Kyungsoo dia...” aku membulatkan mata sebesar-besarnya apabila Chorong noona nak bagitahu benda yang memalukan tu ke hyung. Dia tergelak-gelak memandangku.

“Apa? Apa?”

 “Nanti aku cerita.” Dia tergelak kecil.


“Kyungsoo, balik pun kamu, baru ingat nak balik- Omo, Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” omma jerit macam orang giler bila nampak Hani, bingit telinga aku. dia memeluk Hani mencium pipinya beberapa kali. “Kamu tahu adik dia macam orang giler cari kamu, appa kamu pun, mereka macam orang giler. Omo, comelnya kamu rambut pendek. Omma nak kamu ceritakan semuanya kat omma sekarang...”

“Oppa pun nak tahu.” Hyung menyibuk, lagi. “tapi kita kena tunggu appa baliklah sebab appa mesti nak tahu jugak. Takkanlah dia nak ulang dua kali.”

“appa dah balik pun.” Appa keluar dari bilik.

“Appa? Bila appa balik?” Soal ku datang.

“Tengahari tadi. Hah, sekarang ceritalah.”

Petang tu rumah kami riuh pasal Hani je. Reaksi omma sangat melebih-lebih, hyung pun sama. “Omo, yeke?” “Omo, kesiannya...” “Omo, omooooo!” Tapi mereka sangat sedih bila tahu yang Hani keguguran. Omma menepuk bahu Hani beberapa kali dan memeluk dia. “Takpe Hani, cuba lagi ye.”


Kami masuk ke bilik setelah meluangkan masa bersama keluarga mertuaku. Aku melabuhkan punggungku di tilam.

“Hani,” Kyungsoo menghampiriku. Aku berjalan ke bilik air. jujur aku masih marah dengan dia. Bila dia menghampiriku aku akan lari ke tempat lain. aku cuba berlagak macam kami ok depan keluarga dia.

Dah seminggu aku kat rumah ni dan dah seminggu aku merajuk.

“Hani,” Kyungsoo melutut dibawah semasa aku sedang duduk di atas tilam. Aku memandangnya sekilas kemudian memusingkan kepalaku ke arah lain. “Maafkan aku, tolong jangan tak hiraukan macam ni lagi. Aku dah tak sanggup lagi...”

Aku memeluk tubuh, memang pada mulanya aku nak maafkan dia tapi bila fikir dia tinggalkan aku sebab Mirae perasaan benci, marah, cemburu semua datang. Dia menarik tanganku. Aku menepis kasar.

“Apa yang kau marah kan sangat? Apa salah aku-“

“Apa salah kau? Kau janji dengan aku nak makan dengan aku lepas lama kita terpisah. Lepastu kau balik macam tu je macam takde apa yang jadi sedangkan kau tinggalkan aku, lagi, kau dah buat aku terpinga-pinga macam orang bodoh sebab Mirae lepastu kau datang balik merayu-rayu kat aku balik lepastu kau suruh Kris oppa dan Shila unnie pujuk aku, kau dah bagi aku harapan masa kat hotel tu, tapi kau tinggalkan aku....aku malu, Kyungsoo, aku malu, aku rasa bodoh, bodoh sangat-“ Kyungsoo bangun dan memelukku. Aku telah tersedu-sedu kerana menangis.

“Tak, kau tak bodoh. Aku minta maaf.” Suara dia tersekat-sekat. “Aku pergi kejap je sebab-“

“Kejap pun, kau dah janji...”

“Mirae dia terkunci kat dalam bilik dia sendiri. dia baru balik dari Tokyo masa tu, dia masak air pulak.”

“Alasan...”

“Mana ada, aku tak tipu...”

“Habistu kenapa tak suruh Suho oppa je? Appa ke? kan boleh? Dorang lagi dekat.”

“Aku panik sangat masa tu. Rumah dia pun seberang laut sana je.”

“Oh dekat jela, lagi senanglah.”

“Bukan, bukan macam tu...”

“Habistu?”

“Mirae terkurung kat dalam tu, kalau air dia dah masak tapi api tak ditutup, kan boleh terbakar. Aku Cuma takut dia-“

“Yela, sayangkan dia sangat...”

“Bukan macam tu, aku sayang kau tau. Dia...” Aku memandang muka dia, muka dia kelihatan sedih dan nampak ikhlas. Rasa bersalah menyelubungi diriku. Kenapa aku berperangai macam budak-budak? Aku patut maafkan dia, tapi dia tinggalkan aku haritu, tak, dia tinggalkan sebab nak selamatkan nyawa orang. Kau tak rindu ke dia? Dah lama kau tak jumpa dia, dia pun cari kau bagai nak rak. “Dia tu aku anggap macam-“

“Kyungsoo, aku mintak maaf. Kali ni aku minta maaf betu-betul. aku tak patut hukum kau macam ni aku minta maaf aku Cuma tak boleh kawal perasaan cemburu aku ni je...” aku membalas pelukan dia. Dia menepuk belakang badanku kemudian meleraikan pelukan dan memegang bahuku.

“Cemburu tandanya sayang...” aku tergelak sedikit. “Hah, cuba senyum macam tu. Aku rindu nak tengok. Dah, janganlah nangis lagi. Tengok mata kau, dah bengkak...” aku mengelap air mataku dengan lengan bajuku. Kyungsoo menahan tanganku yang ingin terus mengelap dengan baju, dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan mengelap air mataku.

“Mulai sekarang, nilah permulaan kita.”

“Baru permulaan? Ingatkan dah nak pengakhiran...” dia menjelingku.

“Aku sayang kau, tau...” lagi sekali aku menolak pipinya. Dia tergelak. “Kau tak sayang aku jugak?”

“Tak,” aku tergelak kecil.

“Yeke?” dia merapatkan mukanya ke mukaku. Aku bergerak ke belakang perlahan-lahan, dia semakin rapat dan rapat dan aku terlanggar dinding, dan cukup belakang aku bergerak ni. Macam mana nak lari ni? Aku dah tak boleh larilah ni, bila aku dapat rasa nafas dia dipipiku, aku memejamkan mata.....................................................


“Hani,” Kyungsoo menghulurkan sepucuk surat kepadaku. “Unnie kau kasi.”

“Apa ni?” dia mengangkat bahu. Aku memandang dia dan sampul surat itu silih berganti dan membuka sampul tersebut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !