Sepuluh.

Mula.

“Kyungsoo, cuba laju sikit.” Marah Cikgu Jongkook dan memukul bontotku apabila aku antara yang terlembab dalam tekan tubi. Tangan aku tak kuat sangat, macam kaki aku. Aku melihat Lay dan pasangannya, Sehun.

“45, 46, 47...” Aku mendengar Sehun mengira. Dah banyak tu? Aku? aku baru....

“19... 20... 21... sepatlah sikit Kyungsoooooooo... 22...” kira Tao. Aku memandangnya dingin. “Apa? Apa? Dahlah lembab, ada hati nak pandang aku macam tu. Jangan pandang aku!” Tao memarahi aku dan memandang ke tempat lain.

“Baik, sekarang saya nak kamu semua lumba lari.” Cikgu Jongkook kemudia meniup wisel. Semua pelajar lelaki beratur. Disebabkan pelajar lelaki di dalam kelas kami ialah 15 orang daripada 25 orang pelajar, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama telah berlari. Kini kumpulan kedua pula iaitu aku, Sehun, Chen, Yeol, Tao, Baek, Kai dan ye, tepat sekali, Lay.

“Ingat, siapa menang nombor satu, saya belanja awak VIP kad untuk makan dekat Eureureong Kafe.”

“whoa!!!! Aku mesti menang!”

“Bolehlah kami ajak satu kelas makan sana. Tapi bergantung kepada si pemenanglah. Saya dapat sebab saya kawan baik dengan Encik HaHahahahahaha *krik krik* ha-ha-ehem, baiklah mari kita mulakan.” Kami berdiri di hadapan lorong masing-masing.

“Fighting!” Jerit Chanyeol.

“Ye, hwaiting!” jawab Baekhyun.

“Satu, dua, mula!” aku berlari selaju mungkin. Kali ni aku takkan biarkan Lay kalahkan aku lagi. Aku selalu menang lawan dengan dorang berenam, so kalau dengan Lay ni, mesti lagi senang.

“Yay!” jeritku bila aku menang yang pertama. Hahaha, puasnya hati aku. dahlah dapat VIP kad, lepastu dapat kalahkan pesaing aku. “Cikgu, mana benda tu cikgu?” aku memandang Cikgu Jongkook sambil menghulurkan tangan.

“Belum lagi.” Aku dapat mendengar tawa Tao. Aku menjelingnya. Chanyeol disebelahnya menyikunya beberapa kali apabila nampak mukaku yang dingin ini.

“Maksud cikgu?”

“Kamu kena lawan dengan lagi dua orang yang menang nombor satu dan nombor dua dari kumpulan pertama. Kejap, dalam kumpulan kamu, siapa yang menang nombor dua?” kami semua mengangkat bahu.

“Biar saya tengok rekod...” Cikgu Joongkook membuka buku rekod di tangannya. “Baiklah,  dia.........ummm jap, mana ye? Hmmm-“

“Baca jela dari bawah sampai atas, Cikgu.” Kai memberi idea.

“Haah, cikgu saya sokong. Mesti saya first.” Kata Chanyeol poyo.

“Kyungsoo lah first,”

“Memang kamu first,” Aku memandang cikgu terkejut. Bukan aku ke yang first? Apa ni?

“Aku dah cakap, well...”

“Dari bawah.”

“Hahaha, first dari bawah hahahahahah.” Tao gelak seperti orang gila.

“Harap kaki je panjang. Tapi-“

“Jangan nak mengata orang, Kim Jongin, kamu nombor tujuh.”

“Cikgu, jangan sebut nama penuh saya...”

“Tulah korang, kutuk lagi orang pendek. Tengok kitorang.... atas korang.”

“Kamu memang betul-betul atas mereka, Byun Baekhyun, tahniah kepada orang pendek.”

“Jangan nak kutuk orang kaki panjang sangat eh, Sehun dengan aku atas korang tau.” Tao mempertahankan maruahnya sebagai kaki panjang.

“Oh Sehun, keempat.”

“Yehet!” mereka yang lain menepuk bahu Sehun, ada juga yang bermain dengan rambutnya dan telinga.

“Eleh, baru nombor empat.” Tao mengejek Sehun.

“Diamlah kau.”

“Jadi, siapa Zhang Yixing?”

“Saya, cikgu.” Lay mengangkat tangan.

“Aku nombor dua ke? Omoooooooooooooooooooooooo!!!! Weh, aku kedua weh!!! Kalau aku dapat hadiah tu aku nak makan sorang-sorang. Aku kena berusaha untuk saringan kedua ni!” Tao tersenyum macam orang gila.

“Maaf Huang Zitao, awak ketiga.” Senyumannya hilang serta merta...

“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA”  yang lain berdiri dan mengejek Tao semula. Aku melihat Tao menjeling mereka.

“Eh jap, jap, aku second lah!” keadaan sunyi sepi apabila Chen bersuara tiba-tiba. “nama aku tak kena sebut lagi kot.”

“Oh Kim Jongdae, saya hampir terlupa...”

“Takde Oh kat depan. Nama keluarga saya Kim, bukan Oh, bukan Oh Kim.” Oh god, aku benci dorang. “Dan tolong jangan sebut nama penuh saya, cikgu.”

“Awak nombor lima, KIM JONG DAE.” Tao tergelak mendengar nama betul Chen disebut. Tapi pada kami nama betul dia memang kelakar.

“Kenapa cikgu....................”

“Lay, kau second! Bapak ah, bapak power!!!” Chanyeol memaut leher Lay, begitu jugak Sehun.

“Kau memang yehet lah!”

“A-aku? Aku apa?”

“Kau secondlah, bele. Kau antara calon yang akan dapat makan Eureureong kafe.” Jelas Baekhyun. Mereka melambungkan Lay ke udara. “Kaulah harapan negara Lay!”

Ceh, baru menang second kot. Mesti sebab dorang nak gi situ jugak sebab kalau aku dapat, mesti aku akan pergi dengan Hani je. Sana tu ramai artis datang, jadi kami jakun sikit. VIP kad tu artis je selalu dapat.

“Lay, fighting!”

“Jia you, Lay.”

“Fighting!”

“Hwaiting, Encik Zhang.”

Pelbagai sorakan diberikan kepada Lay, hampeh betul dorang ni... Bini aku kau nak, kawan aku pun ambik jugak ke hah Lay? Aku memandang dingin mereka semua.

“Err Kyungsoo, f-fighting!” Chanyeol baru nak bagi aku semangat lepas aku jeling dia.

“Mian, hwaitinggg!” Chen pun sama.

“Satu, dua, tiga!”


 

Cuba teka siapa menang? Siapa boleh bawak Hani pergi Eureureong kafe? Cuba teka cuba teka cuba teka?

BUKAN AKU. heh.

Lay, Lay menang. Aku kalah. AKU KALAH WEH. Aku tak percaya, masa saringan  pertama aku menang weh. Permainan dunia.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !