Dua puluh tiga.

Mula.

‘Hani, kau tak nak sambung belajar?’ Kyungsoo telefon aku malam ni sebab dia dah jarang balik rumah , last dia balik pun bulan lepas. Dia pun dah jarang call aku, tahun ni tahun akhir dia dan dia ada peperiksaan besar. Jadi hubungan kami agak renggang. Aku terkejut bila dia ajukan soalan macam tu. Tak pernah sangka dia akan tanya. Dia dah nak habis belajar baru nak tanya...

“Apa kau merepek ni ah? Aku tengah boyot ni kau pergi tanya. Dulu masa aku tak boyot kau taknak tanya.”

‘Ala boyot kecik je, belum besar lagi kan. Baru sebulan kan.’

“Memanglah baru sebulan, tapi nak membesar jugak kan?”

‘Oh haaa, betul jugak. Aku terlupa Aesoo pun boleh membesar...’

“Aesoo? Kau panggil benda ni Aesoo?”

‘Oklah sikit daripada kau panggil dia benda.’

“Ish, yela.... kau dah baca buku ke? Esok kertas terakhir kan?”

‘Haah esok kertas terakhir, tapi aku rasa aku tak perlu kot baca buku sebab semuanya dah ada kat dalam ni, otak aku, hahaha, aku kan genius...’

“Eh, jangan nak bajet sangat eh. Kang gagal baru tahu......”

‘Janganlah cakap macam tu... aku dah baca-‘

“Kyungsoo!” jeritku dan berlari ke bilik air. “Uwek *muntah*”

‘Hani? Hani? Helo? Hani? Kau okay tak? Hani?’

“*muntah* o-okay, *muntah balik*”

Tut tut tut talian dimatikan. Aku terduduk di tepi mangkuk tandas. Teruk alahan aku sejak mengandung ni.

“Hani?” omma masuk ke bilik air di mana aku berada. “Omo, teruknya alahan kamu ni... kesian kamu.” Omma membantu aku bangun dan menghulurkan tisu kepadaku.

“Terima kasih.” Kami berjalan keluar dari bilik air dan kini duduk di birai katil.

“Kamu tahu, adik risau sangat dengan kamu. Dia telefon omma tadi, paksa omma pergi tengok kamu cepat. ‘Cepat omma, cepat, cepatlah sikit, Hani tak boleh tunggu lagi tu. Cepat. Bahaya omma. Cepat!’ banyak kali dia cakap cepat.” Omma kemudian tergelak. “Sayang betul dia dengan kamu. Sejak kecik lagi... omma ingat lagi masa sekolah rendah, hari-hari mintak omma duit nak belikan gula-gula untuk kamu- eh, omma dah terpesong jauh ni. kamu ok?”

“O-oklah sikit...” entah kenapa aku dah tak rasa loya macam tadi, nampaknya Aesoo pun tertarik nak dengar cerita pasal appa dia. “tapi omma apa yang omma cakap tadi?”

“Kamu tak tahu?” aku menggeleng. “Adik tak bagitahu lagilah ni... kalau macam tu omma tak bolehlah nak bagitahu.” Omma ketawa.

“Tapi omma, dia macam taknak bagitahu...” omma ketawa lagi.

“Omma bergurau jela. Omma pun rasa macam tu. Kamu ingat lagi tak masa kecik dia suka kacau kamu.” Aku mengangguk, memang dia suka kacau aku masa kecik. Dia selalu ambik pensel warna aku, tolak tangan aku masa aku tengah tulis, tarik rambut aku tapi dia baik dengan aku. “Masa ada hari sukan yang kamu menang tu, dia tarik omma pergi ke kamu tau, lepastu bisik kat omma suruh tangkap gambar kamu berdua...” aku tersenyum, tak pernah aku sangka Kyungsoo suka aku sejak kecik. Dahlah aku selalu kejam dengan dia. Bila teringat balik layanan aku kat dia, aku rasa bersalah.

“Dia selalu cakap ‘nanti dah besar adik nak kahwin dengan Im Hani tau omma’. Gambar yang omma tangkap masa hari sukan tu pun dia paksa omma cuci. Omma dahlah tak senang sangat masa tu tapi sebab anak, dia pun sampai menangis guling kat lantai masa omma kata omma takde duit nak cuci gambar tu. Masa kawan perempuan kamu yang cantik tu- siapa nama dia?”

“Shinhye?”

“Haa, dia tulah. Haa masa dia pindah, kamu dah tak rapat dengan dia kan? Dia menangis cerita kat omma, dia kata budak perempuan tu rampas Hani dari dia. Dia siap suruh omma ke sekolah untuk marah budak tu, tapi omma tak buatlah lepas omma tahu bapak dia orang yang besar. Tapi bila dia dah besar sikit, dia dah tak ceritakan sangat kat omma. Dia lebih suka cerita kat hyung dia. Tapi kamu tahulah Suho tu, dia pulak cerita kat omma pasal adik.” Air mata aku dah bergenang. Kenapa aku sensitif sangat ni? Aku tak selalu macam ni...

“Takpelah Hani, orang mengandung memang sensitif sikit. Nak menangis, menangislah, omma faham... kamu nak omma sambung ke berhenti?”

“Sambunglah omma...........” omma ketawa sambil meletakkan kepalaku ke bahu dia. Dia membelai-belai rambutku. Air mata aku semakin laju, aku pun rindukan belaian seorang ibu...

“Masa kamu tak datang sekolah lama tu kan, dia selalu tak lekat kat rumah. Dia asyik merayau cari kamu. Kadang-kadang hyung dia jadi mangsa temankan dia, kadang-kadang tu omma. Appa dia, dia tak berani nak ajak sebab appa dia tu garang sikit. Bila dia dah jumpa kamu, dia ada mintak izin omma nak kerja. Omma tak kasi tau, tapi dia janji dia akan dah keputusan peperiksaan yang baik, omma pun izinkanlah. Kamu tak tahu pulak masa kamu hilang tu kan, dia tak lalu nak makan, taknak keluar bilik, lepastu dia-“

“Ommmmmmmmmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” aku dengar suara Suho hyung  terjerit-jerit memanggil omma. “Omma, omma kat mana?”

“Ye, suho. Omma kat bilik adik ni haa...” omma berjalan keluar dari bilikku. Aku pun begitu. Aku nampak oppa tengah termengah-mengah dan tangannya diletakkan di pinggang.

“Omma....Chorong....dia nak...beranak.......dah” suara hyung tersekat-sekat.

“YEKE?” omma berlari ke bilik Suho oppa.

“Bukan! Dia bukan kat dalam bilik, dia kat dapur.”

“Hah? Dapur?” omma berlari ke dapur pulak. “Hani, kamu sediakan barang-barang Chorong unnie kamu ni dan barang baby sikit. Suho, kamu pergi panaskan enjin kereta.” Aku dah suho oppa mengangguk dan buat seperti yang diarahkan.

Kami dah sampai ke hospital. Appa dengan uniform polisnya pun baru sampai. Chorong unnie, dia dah dimasukkan ke wad kecemasan. Air ketumban dia pecah, baby dah sesak nafas. Suho hyung dimarahi doktor kerana lambat bawak dia ke hospital. Suho hyung dari tadi mundar-mandir di depan bilik kecemasan unnie. Sesekali dia mengintai. Aku hanya duduk dan berdoa di dalam hati. Dah 3 jam kami tunggu, tapi masih tiada khabar berita daripada doktor. Jam pun dah pukul 2 pagi, suho oppa menyuruh aku dan omma pulang ke rumah dahulu. Biar dia tunggu unnie. Kalau ada apa-apa, dia call.

Pagi-pagi lagi kami dikejutkan dengan berita kelahiran cucu sulung keluarga Do. Kami segera ke hospital. Kami menghampiri suho oppa.

“Oppa? Mana baby?”

“Dia kat dalam tu,” oppa menunjukkan ke arah cermin bilik yang lutsinar. Wah, comelnya. Muka dia macam oppa, kulit putih tapi hidung dia macam chorong unnie. Omma dan appa dah terlompat-lompat di depan bilik itu. Aku tersenyum-senyum melihat baby itu dan oppa silih berganti, rasa macam tak sabar nak beranak jugak. Tapi kenapa omma muram?

“Oppa,” dia memandang aku sekilas. “Mana Chorong unnie?” aku baru sedar yang terlalu sibuk dengan baby sampai terlupa dengan Chorong unnie.

“Dia....” oppa mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

“Kenapa oppa? Apa yang jadi? Takkanlah.....” oppa menggeleng lagi.

“Dah, jangan nak berguraulah suho. Appa dah tanya doktor, doktor kata dia stabil Cuma tak sedar lagi.” Oppa tergelak-gelak memandangku dan menunjukkan jari telunjuknya ke aku. aku menolak bahunya. Jadi betul-betul kang baru tahu.

“Apa nama dia?” tanya omma.

“Ummmmm Do Namja?” oppa memandang omma serius.

“Namja? Dia perempuan kan. Apa kamu mengarut ni!” omma terjerit kecil dengan jawapan oppa. Lagi sekali oppa ketawa. “Perangai dia macam lelaki betul-betu kang baru tahu.”

“Takdelah, Do Eunji. Chorong pilih. Dia kata perempuan nak Eunji, kalau lelaki dia nak Namja.”


Chorong unnie dan Eunji dah balik rumah, Kyungsoo yang baru balik pun excited dapat anak buah. Dia asyik dukung je budak tu, cium pipilah. Kadang-kadang dia suruh aku tangkap gambar dia dengan Eunji. Aku tak tahu kenapa dengan budak kecik pun aku nak cemburu tapi dia memang jarang layan aku sejak Eunji ada. Ada satu malam tu dia nak tidur dengan Eunji, lepastu bilik Eunji nangis masa malam dia kejut aku suruh tidurkan budak tu balik, ada ke patut. Aku pun tidurlah dengan air mata, sampai hati kau Kyungsoo. Aku dahlah tengah bunting.

Perut aku dah nak masuk lima bulan, tapi Kyungsoo kena pergi tinggalkan aku lagi sebab dia dapat kerja kat pelantar minyak tu! Aku gembira tapi dalam masa yang sama, aku sedih. Aku nak bermanja dengan siapa lagi kang? Hmph. Aku cemburu jugak dengan dia, dari kecik aku nak kerja kat situ tapi sebab aku ni kurang bernasib baik, tak dapatlah. Aku sekarang kerja dengan omma kat saloon rambut dia sebagai juruwang. Nak aku jadi pendandan rambut memang taklah, aku pun tak reti nak ikat rambut sendiri dengan betul. Kyungsoo mencium dahiku dan memelukku lama.

“Jaga diri, jaga makan, jaga Aesoo, jangan sedih-sedih, jangan tertekan, jangan buat kerja berat, jangan keluar rumah sorang-sorang...” aku mengangguk dan memeluk dia erat. “Lagi tiga bulan aku baliklah, lepastu kita cuti puas-puas eh?” aku meleraikan pelukan.

“Yela, tiga bulan tu kejap je kan... kau pun jaga diri, jaga makan, yang penting jaga mata.” Aku menunjukkan kedua jariku di matanya. Dia tergelak kecil.

“Omma, jaga dia elok-elok tau...”

“Yela, omma tahu.”

“Eunji pun,” dia mencuit hidung anak buahnya yang berada dalam dukungan Chorong unnie. “Tengok-tengokkan ahjuhma kamu, ucu nak pergi lama ni.” Budak itu tergelak kecil seolah-olah faham. “Hyung,” mereka membalas anggukan. Dia kemudian menunduk hormat secara formal. “Doakan saya!”

“Fighting adik, buat betu-betul. ni kerja pertama kau, kerja impian kau jugak. Yang penting, hormat semua orang. Tak kira tua atau muda, dorang tetap sunbae kau.” Kyungsoo mengangguk. Appa memasukkan bagasi Kyungsoo ke bonet kereta. Kyungsoo melambai-lambai kami.

“Jaga diri!” jerit Chorong unnie. “Eunji, babai ucu.” Dia menggerak-gerakkan tangan Eunji. Aku melambai dia jugak dan melihat kereta appa berlalu pergi...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !