Dua puluh dua.

Mula.

Dah beberapa minggu aku bercuti. Kadang-kadang Mirae ada call ajak pergi jalan, tapi aku passkan kat Kai yang baru balik dari maktab lepas beberapa hari kami, budak u, bercuti. Kai dah lama suka Mirae sebenarnya, dia baru cerita kat aku baru-baru ni. Sampai hati dia, kata kawan en tapi aku tak merajuklah, apa lelaki merajuk ei. Aku terus pass Mirae kat dia, macam main bola pulak. Dan tak sangka, dorang dah bercinta sekarang, hahaha. Shinhye pulak asyik kacau je, call Hani lah, ajak Hani pergi jalanlah, lepak rumah dialah. Rumah Jandi jauh, kat Pulau Jeju, jadi Hani yang rumah dekat nilah jadi mangsa. Dorang berenam selalu jugak lepak kat rumah kami. Maksud aku bertujuh dengan Shinhye. Kalau takde ‘gangguan’, aku dengan Hani akan masak sama-sama untuk makan malam atau sarapan atau makan tengahari.

Suho hyung selalu bawak Chorong noona datang rumah, mereka pun dah bertunang baru-baru ni. Tinggal nak kahwin je belum. Chorong noona jadi jururawat kat hospital dekat-dekat dengan rumah kami. Hyung jumpa dia masa lima tahun lepas, masa tu hyung hantar sorang makcik ni ke hospital. Jodoh beribu-ribu kali jodoh, makcik tu mak Chorong noona. Hyung selalu lawat makcik tu kat hospital, kadang-kadang dia bawak aku sekali. Aku pernah jugak terserempak dengan Chorong noona beberapa kali, masa tu Chorong noona belum jadi jururawat lagi. Tapi tak sangka... Lama jugak hyung nak ayat Chorong noona ni, dalam tiga tahun, dan akhirnya..... dapat jugak hyung hahaha. Selamat hyung ada geng perangai sengal macam dia. Kalau tak, akulah jadi mangsa.


“Hani, jom pergi Namsam tower.” Aku mengajak Hani sebab ni minggu akhir aku kat rumah, nanti nak balik u dah.

“Kau biar betul?” aku mengangguk. “Omo, jom jom jom!!!! Jap, aku siap jap. Kau pun siaplah cepat.”

“Aku dah siaplah.”

“Seriously......?” dia memandang aku dengan muka selenge. “Hitam atas bawah?” aku mengangguk lagi.

“Black is cool right? It just you who dont know. Youre really lack in fashion.”

“Excuse me, you just said I have no taste in fashion? Youve better watch your mouth. I do know fashion. Come in, I’ll choose another top for you.” Dia membuka almari. Aku dah ternganga, dia lagi fasih english dari aku. “What are you looking at? Omg, look at your closet, all black? Omg Do Kyungsoo, you must be kidding me... oh, you shouldve to close your mouth.”

“Hani, is this really you? Wait, who are you? Where’s my honey, Hani? Where did you hide her?” aku memegang kedua pipinya. Dia menepis tanganku dgn lembut.

“I’ve learned a little bit about fashion and a lot about english from Kris oppa. Kris oppa live in Canada before, so his english is really fluent like mat salleh, yknow. And he’s really nice brother and teacher, did you know that? Shila unnie is very lucky to have him as husband.”

“Wahhhhhhh, dae to the bak!” aku menepuk tangan, kagum. Aku mengepat kepalanya.

“Enough, aku kena pilih kau kau baju ni.” Dia membelek-belek almarinya. “You know what, i already miss them. We should visit them sometimes... can we?” Aku mengangguk dan memandang dia dengan muka youre-the-most-fantastic-thing-in-my-life. Yeah, she is.

Kami dalam bas ke Namsan Tower. “Wahhh, Kyungsoo tengok tu, kita dah nak sampai!!!” Hani terlebih teruja sebab dia tak pernah ke sana. Beberapa orang memandang kami dengan muka jelek kerana mulut Hani terlampau bising. Hani kalau dia mood baik dan teruja, macam nilah jadi dia. Otak jadi mereng. Aku tersenyum melihat dia yang excited. “Wah, dah sampailah. Jom turun...” dia menarik tanganku turun daripada bas. “Wahhhhhhh, tak sangka aku dapat sampai ahhhhhhhhhhhhhh Kyungsoo terima kasih!!!!” dia memaut lenganku dan berjalan ke tempat kereta kabel. Dia mengeluarkan pen semasa kami di dalam kereta kabel. KYUNGSOO X HANI. Dia menulis perkataan tersebut kemudian ketawa. Macam-macam budak ni. Dia melihat ke bawah beberapa kali dan ke luar. Kereta kabel tu bergoyang-goyang sebab dia yang tak reti nak duduk diam, sekejap berdiri, sekejap duduk.

“Kyungsoo bagi kamera kau, aku tangkap gambar kau.” Aku menanggalkan tali kamera di leherku dan menghulurkan kepadanya. “Ok posing, satu dua tiga.” Dia menangkap gambarku beberapa kali.

“Hani, sini.” Dia datang ke aku, aku mengambil kamera di tangannya dan memaut lehernya. “Hana dul set, kimchi.....” kami berselca beberapa kali. Tiba-tiba kereta kabel terhentak kuat dan berhenti bergerak. Aku tengok kat luar dah hujan.

“Kyungsoo, kenapa ni? Otteoke?” Hani telah berdiri dan duduk beberapa kali dan melihat ke bawah. “Alamak, tingginya. Macam mana ni Kyungsoo.” Aku pun sebenarnya panik. Aku cuba nampak tenang depan dia sebab kalau dua-dua panik, susah.

‘DI HARAP PARA PENUMPANG DI DALAM KERETA KABEL DAPAT BERTENANG. KERETA KABEL AKAN TERHENTI APABILA HUJAN. MAAF DI ATAS KESULITAN INI DAN SILA TUNGGU SEHINGGA HUJAN BERHENTI.’ Suara lelaki dari lubang pembesar dapat didengar dengan jelas. Aku memandang Hani dengan muka tenang; lega; gembira.

“Bukan rosak, Cuma berhenti sebab hujan...” dia mengangguk “Hani,”

“Mmm?”

“Boleh tak aku tahu bila kau mula suka aku?” dia memandang mukaku pelik.

“Apasal kau tanya ni...”

“Saja je.”

“Kau ni perasanlah, pernah ke aku cakap aku suka kau?” Krekkkkkk, dengar tak bunyi hati aku patah.

“Ahhh... ok.” Aku berlagak selamba. Malunya, dia tak pernah suka aku....

“Hahaha,” aku terdengar dia ketawa. “Aku bergurau je. Tapi lepas aku bagitahu, kau pulak eh?” aku menangguk laju dan senyum semula. Pandai bergurau eh... dia menutup muka beberapa kali dan memandangku malu-malu.

“Masa........*flashback*

Harini hari terakhir aku sebagai pelajar 14 tahun, sekarang masa Cikgu Kim Youngmin, aku kurang gemar dengan cikgu ni. Dia ajar sejarah, aku yang kurang suka sejarah bertambah tak suka bila dia mengajar. Pagi tadi aku datang bulan, rasa macam banyak yg keluar. Aku berdiri beberapa kali. Alamak, ada benda merah di kerusiku! Aku mengambil tuala wanita di dalam begku dan memasukkan ke dalam beg yang mempunyai baju sukanku. Shinhye tak datang harini, jadi terpaksalah aku buat semuanya sendiri.

“Cikgu, izinkan saya ke tandas.” Aku meminta izin kepada Cikgu Youngmin. dia sedang menulis sesuatu di papan putih. Lama aku berdiri di situ, tapi dia terus menulis. “Cikgu, izinkan saya ke tandas.” Aku cuba sekali lagi kerana takut dia tak dengar tadi, tapi kali ni lebih tinggi nadaku. Dia memandangku sekilas.

“Tak boleh, duduk.” Dia berkata dengan nada yang tegas. Dia terus menulis. Aku kembali ke tempat dudukku.

Tak, tak boleh jadi ni, macam dah banyak sangat keluar ni. Aku kena ke tandas. “Cikgu, saya kecemasan sangat ni. Saya kena ke tandas sekarang jugak.”

“TAK BOLEH, DUDUK!” aku menunjukkan jari telunjuknya ke aku. Nak tak nak aku terpaksa duduk.

Aku menyalin notanya dengan keadaan yang tak selesa. Aku kena bertindak, aku kena bagitahu perkara yang sebenar. Biar dia kasi. Aku berdiri, “Cikgu, saya datang bulan, saya dah bocor, saya kena pergi tandas sekarang.” Aku meninggikan suara aku lagi, biar kedengaran tegas dan penting.

Dia memusingkan badannya dan menolak spek matanya ke bawah. “Saya, kata, duduk.” Dia memusingkan badannya lagi sekali dan tulis lagi. Semua mata memandangku. Aku dengar juga beberapa orang perempuan berbisik kata cikgu ni jahat, kejam. Ada jugak yang kata aku tak tahu malu. Aku dah mati akal, aku memang terdesak  yang teramat.

“Cikgu,” seorang lelaki di sebelah kanan ku berdiri, dia Do Kyungsoo. “Dia dah bocor dah cikgu masih tak benarkan dia ke tandas? Cikgu takde isteri atau mak atau adik perempuan? Macam mana kalau mereka bocor dan cikgu mereka tak benarkan mereka ke tandas?” Kelas menjadi sunyi sepi. Cikgu Youngmin memusingkan badannya perlahan ke belakang dan bercekak pinggang.

“Aku dah kata, duduk.” Dia masih teruskan menulis di papan putih. Tanganku ditarik seseorang, ohoo, do kyungsoo, lagi. Dia menarik aku keluar daripada kelas dengan laju tanpa menoleh ke belakang dan membawa aku ke tandas perempuan.

*end of flashback* masa tulah...... aku sangat berterima kasih kat kau.” Aku tersenyum memandangnya. Tak sangka..... “Kyungsoo, telinga kau....merah...” aku memegang telingaku dan menundukkan mukaku. Telinga aku selalu mengkhianati aku dulu. Aku sebenarnya tengah blushing.

“Sekarang, kau pulak.” Aku memandang muka dia dengan senyuman tak lekang dari bibir. Bangga dalam masa yang sama. Aku melihat keluar, oh hujan dah berhenti!

“Tengok Hani, hujan dah berhenti!”

“Eyyy jangan nak mengelak- eh, haahlah dah berhenti! Kita pun dah jalan balik!” dia kembali teruja. Dan nampaknya dia dah lupa pasal benda tu. Haaa, selamat aku daripada malu seumur hidup.


“Kyungsoo nak tu,” Hani menunjukkan ke sosej panjang yang digolekkan di dalam bekas kaca. “Nampak sedaplah.” Aku menggeluarkan dompet, aku nampak Hani sedang terlompat-lompat bila dapat melihat seluruh bandar Seoul. “Neomu yeppeudaaaaaaaaa..........”

“Nah,” aku menghulurkan sosej yang telahku beli tadi, aku beli dua, satu untuk aku, satu untuk dia.

“Oh, go-ma-wo, hahaha. Terima kasih,” dia makan dengan laju kemudian menarik tanganku ke kawasan muzium. Dia menghampiri seorang lelaki tua yang sedang duduk dengan memegang pan kecik dan mengacau benda yang di dalam pan itu.

“Ahjuhssi, apa ni?”

“Ppokki.” Jawab ahjuhssi itu pendek. “Kamu ni pasangan bercinta ke?”

“Takdelah, kami dah kahwin.” Aku tolong jawabkan.

“Oh yeke? kalau macam tu ambillah dua, ahjuhssi belanja.”

“Oh yeke? terima kasih ahjuhssi.” Hani mengambil dua ppokki yang dah siap dan memberi satu kepadaku. “Ahjuhssi, boleh tak saya nak cuba buat?”

“Boleh je, anak muda yang berbudi bahasa  macam kamu ni mesti boleh...” dia menghulurkan pan dan chopstick kepada Hani. “Haa, kacau je, kacau.” Hani mengacau ppokki yang belum siap itu atas api.

“Nak kacau sampai bila ni?”

“Sampai masak. Memang lenguh sikit tangan.”

“Ahhh, saya dah penat ni....”

“Haa dah nak siap, nanti kamu hentakkan kat papan ni tau.” Hani menangguk. Dia kemudian buat seperti yang diarahkan.

“Wahhhhhh....cantiknya!” aku mengambil ppokki yang baru dibuatnya itu dan makan. “Yah, nak buat susah tau, kau habiskan macam tu je?” Hani memarahi aku. Dia memukul badanku beberapa kali, ahjuhssi itu dah gelak besar melihat gelagat kami,

“Sudahlah tu, ahjuhssi buatkan untuk kamu.”

“Eh, pakcik takpelah. Susah-susah je, dahlah penat nak buat. Nah,” dia menghulurkan sejumlah wang yang besar. “Ambillah, terima kasih bagi saya cuba masak. Terima kasih, terima kasih.” Dia menunduk hormat beberapa kali dan menarik aku pergi.

Aku membawa dia masuk ke lif, bila pintu lif ditutup, “Hani, galaxy, galaxy!” aku menunjuk ke arah atas lif.

“Wahhh......” dia kagum, “Cantiknya.........”

“Mestilah.”

“Aku nak pergi galaxy lah.” Aku tergelak mendengar ayat terakhirnya. Sesampai di tingkat paling atas, kami pergi melihat mangga cinta yang ditulis oleh pasangan-pasangan yang pernah ke sini. Ada yang tulis ayat jiwang sampai aku tergelak, geli rasanya. Yang mengejutkan aku terjumpa mangga CHANYEOL X SHINHYE yang berwarna pink. Nampaknya Chanyeol betul-betul serius sukakan Shinhye sampai tulis kat situ... aku menunjukkan kepada Hani, dia kemudian ketawa dan mengambil gambar mangga tersebut. Aku pun ada beli mangga, warna hijau, warna kesukaan kami. Aku menulis nama aku dan Hani kemudian meletakkannya di sebelah Chanyeol punya mangga.

“Hani Kyungsoo, Manse, Manse, Manse!” aku melaungkan perkataan tersebut dan mengangkat kedua belah tanganku ke udara. Hani memandang aku dengan muka apa-kau-buat-ni dan pandang ke arah lain. dia kemudian berdiri di atas kerusi berbentuk love itu dan meletakkan kedua belah tangan di tepi mulutnya.

“KYUNGSOO HANI, MANSE, MANSE, MANSE!” aku terkejut dengan perlakuannya. Beberapa pasangan memandang Hani dan tergelak dengan perbuatannya. Aku menarik dia turun.

“Hani, turun!” dia tergelak kecil.

“Bestnya.”


Aku menghantarkan gambar mangga CHANYEOL X SHINHYE ke group chat kami berenam, Lelaki Sejati.

T : Wah, taksubnya si Chanyeol ni.

K : Giler ah. *emotion terkejut*

S : Lelaki ni memang kelakar ah. *emotion gelak*

B : Aku pun tak sangka...

S : Jap, Chanyeol mana? Dari tadi tak balas, malu ke apa.

C : Kenapa dia buat macam tu -.-

B : Aku rasa dia dah pengsan sebab malu sangat.

Aku : Terkejut jugak kot sebab terkantoi, hahaha.

CY : Yo whassup semuaaaa! *emotion peace*

C : Whassup? Tak malu ke?

CY : Malu apa? Apa ni... *emotion bele*

T : Cuba baca dari atas.

CY : Jap

CY : WEH BAPAK AH SIAPA BUAT TU?!

Aku : Kaulah kan. Eleh, pura-pura pulak.

CY : Tak, buat apa aku nak buat? Ke kau yg buat kan... terima kasih, Kyungsoo...

K : Aku tak rasa Kyungsoo sebaik tu nak buat utk kau.

S : Haah, bukan Kyungsoo ni kedekut ke dengan kau?

Aku : Memang bukan aku pun. Takde masa aku nak buat untuk dia. Baik aku buat 100 mangga untuk aku dengan Hani.

B : Eyyyyyyyy *emotion senyum malu*

CY : Sumpahlah bukan aku.

C : Habistu siapa? Takkanlah Shinhye. Dahlah Chanyeol....

CY : Ye, memang bukan aku.

K : Susahlah nak percaya sebab kau ni suka bergurau, suka berlakon.

S : Tapi boleh jadi Shinhye jugak...

T : Takkanlah, Shinhye pun tak layan dia sangat. Kau ingat dia nak buat ke benda tu.

Aku menutup telefon ku. Aku mengalihkan perhatian aku ke Hani yang sedang mengemas almari. Aku nak minta dia tanya Shinhye. “Hani,”

“Apa?”

“Boleh tolong tak?”

“Bergantung kepada apa yang mintak tolong aku buat lah. Kalau suruh aku ambik air memang taklah, aku tengah kemas almari ni.”

“Tak, bukan. Kerja ni senang je...” dia memandangku dengan muka dingin.

“Kalau senang kenapa suruh aku?”

“Sebab aku tak boleh buat, kau je boleh.”

“Yela, nak apa?”

“Hehehe, tolong tanya Shinhye pasal mangga tadi.” Dia mengangguk dan meneruskan kerjanya. Aku berjalan ke arah dia dan menolong dia mengemas almari. Aku memegang tangannya memberhentikan dia dari terus mengemas almari dan menghulurkan telefon dia. “Nah, buatlah sekarang. Aku tolong kemaskan.” Dia memandangku dengan muka suspicious kemudian mengambil telefon dia.

“Nak tulis apa ni? Ke nak terus tanya?”

“Eh tak, kau hantar gambar tu dulu lepastu kau cakap ‘Ni kau yang buat ke?’ kalau dia cakap tak, kau tanya banyak-banyak kali.” Dia mengangguk dan menghantar gambar tersebut. Dia kemudian membantu aku sementara menunggu Shinhye membalas mesejnya. Telefonnya berbunyi.

“Shinhye telefon...” dia memandangku. Aku menunjukkan isyarat supaya menjawab. “H-hello?”

‘Haniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii macam mana kau boleh jumpa mangga tu omo macam mana omo otteoke omooooo’ aku dapat mendengar Shinhye menjerit. Kami dah tergelak kecik.

“Jadi kaulah yang buat benda?”

‘Haah..... ei, malunya! Jangan bagitahu Kyungsoo eh?’

“Ala macam mana aku tak boleh bagitahu dia, dia yang jumpa tau. Bukan aku.”

‘Yekeeeeeeee? Omo omo omo, tolong cakap kat dia jangan bagitahu Chanyeol tau.’ Aku meletakkan tangan di mulut bila dia cakap macam tu. Aku. baru. Je. Tanya. Chanyeol. ‘Omo, malunya.........Hani, tolong!!!’ Hani yang nampak reaksi aku begitu dah tahu yang aku dah bagitahu Chanyeol.

“Hah, tapi Chanyeol dah tahu....”

‘Dia dah tahu? Alamak, macam mana ni.......... bertambah malulah aku dengan dia, bertambah seganlah aku dgn dia, bertambah janggallah aku....’

“Ala tapi kau pun dah lama suka dia kan?” Lagi sekali aku terkejut mendengar perbualan mereka.

‘Yela tapi dia tak pernah pun ajak aku jadi awek dia ke, ajak dating ke, takkanlah aku nak jadi perigi cari timba.’ Oh, jadi selama ni Shinhye tunggu benda tulah? Hahaha, senang, beres! Aku mengemas almari cepat-cepat dan mengambil telefonku.

Lelaki Sejati

Aku : Korang mesti tak percaya apa yang aku baru dengar.

T : Apa apa? *emotion muka tertanya-tanya*

B : Haah weh, apa benda. Macam best je.

C : kau dah kenapa...

Aku : Hehehe *emotion senyum jahat*

S : Apa, cepatlah.

CY : Menyampah aku dgn Kyungsoo ni...

Aku : Takpelah, Chanyeol cakap macam tu en. Tak jadi ah...

K : Ala, kabut ah kau Chanyeol.

CY : Yela yela, aku jela yg salah. Hmph *emotion sedih*

Aku : Cerita ni ada kena mengena dengan gambar tu, Chanyeol, Shinhye, hahaha.

C : kenapalah kau tak straight to the forward je.

Aku : Ok, aku cerita. Shinhye dah lama suka Chanyeol.

T : bapak ah, biar betul? tak percaya aku...

S : Wahhhhhhhhhhhhhhhhh, aku dah agak!

B : Aku bau.........cinta *emotion love*

CY : Janganlah main-main, bodoh -.-

Aku : Aku tak main-main...........

K : dari perlakuan Shinhye yang segan dengan Chanyeol aku dah agak.

S : Tapi asal dia tak pernah bagitahu Chanyeol.

T : takkanlah timba nak cari perigi.

C : Perigi cari timba lah, Tao. Dia taknak jadi  macam perigi cari timba. Takkan tu pun tak tahu.

Aku : Haah, dia sebenarnya tengah tunggu kau ajak dia, tapi kau tak pernah ajak.

CY : Tak pernah? Tapi dah banyak kali kot.

K : Cara kau tu macam tak serius kot. Cuba cakap macam lelaki sejati.

CY : Oklah bye, aku nak jadi lelaki sejati.

Aku : Eh, tapi janganlah korang  heboh-hebohkan pulak...

T : Nak hebohkan kat siapa je......

S : Okbye Chanyeol, aja aja fighting!

B : Go go go kawanku!!!

T : Hwaiting~~~~~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !