Sembilan.

Mula.

“Soo, jomlah buat ni dengan aku.” aku mendengar Hani memanggilku untuk membuat kerja rumah sama-sama di meja belajar. Aku segera bangun dengan tab masih di tangan lalu duduk bersama-sama dengan dia.

“Buat apa?” Aku melihat buku yang dikeluarkan. Aku nampak dia tersengih.“Math? Ei, taknaklah.”

Aku bangun balik, tapi tangan aku ditarik dan tab aku dirampas. Aku memandang Hani, dia sedang memandang aku dengan muka yang kau-duduk-cepat-sebelum-aku-belasah-kau.

“Kau nak Puan Jihyo denda kau kat luar lagi ke ah?” Aku duduk semula lalu mencapai pensel dan menjawab semua soalan sehingga siap.

“Nah, dah siap.” Aku berdiri lalu meletakkan buku latihanku yang telah siap dijawab di atas buku Hani di hadapannya. Dia menjelingku kemudian meneliti jawapanku. Aku mengambil tab aku senyap-senyap.

“Soalan nombor 12 salah.” Dia membulatkan kesalahanku.  Alamak! Kena ubah topik ni.

“Uuuuu cantiknya klip rambut ni, Hani.” Hani memegang-megang klip rambutnya dan tersenyum. Yes, berjaya tukar topik, selamat aku. Tak payah nak buat lagi.

“Cantik kan? Lay kasi.” dia memandang aku kemudian menekup mulutnya dengan mata terbuka luas apabila dia terlepas cakap. Kejap, dia cakap siapa?

“Siapa kasi?”

“Eh, takde siapa. Aku beli ni, betul!....”

“Ray? ke Lay? Oh, Lay! Budak cina tu kasi? Budak baru tu?” aku memandang dia dgn muka ingin tahu. Dia mengangguk perlahan. Aku meletakkan tab ku di atas meja belajar dan kembali duduk.

“Dia kasi sebab harijadi aku...” dia membuat muka kerang busuknya.

“Kau dia kasi, aku dia tak kasi pulak. Macam mana pulak dengan Kai?” bertubi-tubi soalan aku ajukan. Berani mamat ni kasi hadiah kat bini aku. Tak guna betul mamat ni.

“Yela, korang pun bukannya baik sangat dengan dia. Buat apa dia nak kasi.”

Aku memandang dia kemudian tersenyum, dia yang seperti nampak idea jahatku segera memegang klip rambutnya dan menjauhkan kepalanya daripadaku. Kami bergelut untuk dapatkan klip rambut itu dan dia mengalah apabila rambutnya ditarikku. Dia menjeling aku dengan memuncungkan mulutnya sekali apabila klip rambutnya dirampas. Apa yang special sangat. Ni je si Lay tu mampu kasi? Heh. Aku boleh beli 10 lah. Aku bangun.

“Kyungsoo? Kau nak pergi mana?” Hani memandang aku cemas apabila aku semakin menghampiri tong sampah depan di bawah meja belajar. “Kyungsoo kau jangan....” aku mencampakkannya ke tong sampah dengan muka selamba. “Soooooo!!!!!!” kemudian aku mengambil tab ku semula dan menuju ke katil. Aku nampak Hani melutut di tong sampah seperti cuba untuk mengambil klip itu. Kadang-kadang dia menjelingku, aku berpura-pura tak bersalah.

“Kau ni Kyungsoo, betullah...!”

“Eleh, aku boleh belikan kau 10 lah.”

“Memanglah, tapi aku nak guna sekarang. Tengok rambut depan aku ni halang aku nak buat kerja tahu tak!”

“Kalau macam tu kutip jela.”

“Kau........................AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH! Ei, Ei, Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!” dia menjerit dan menggengam tangannya.

“Hani, kyeopta!” Aku hanya mendapat jelingan tajam daripadanya dengan hidung dikembangkannya. Puji pun kena jeling... “Ok, ok, sorry esok balik sekolah kita beli. Sekarang ni kau pergi ambil getah dalam laci tu, aku ikatkan rambut kau.”

Dia masih menjelingku tetapi masih bergerak ke laci. Dia kemudian menghulurkan getah itu kepadaku dan duduk di hadapanku. Dia membelakangi ku.

“Hani, pusinglah.” Dia ni ingat aku nak ikat rambut ponytail ke apa. “Aku nak ikat apple hair.” //Luhan apple hair// Dia kemudian memusingkan badannya. Omo, tahi lalat dia! Sungguh, aku nak sangat!!! Aku nak dia sangat-sangat. Dan dada dia, seksinya dia malam ni!!! Aku memejamkan mata untuk menenangkan diriku sendiri sambil berbisik ‘Kyungsoo, jangan. Sabar. Tahan... Ye, aku kena sabar. Aku kena tahan.’

“Kyungsoo?” Aku membuka mata bulatku apabila dia memanggil namaku. “Kenapa kau pejam mata- Ingat Mirae lah tu.”

“M-mana ada!” Aku kelam kabut apabila Hani menuduhku. Aku segera mahu menegakkan kebenaran.

“Aik, selalu berkepit kat sekolah pun nak rindu ke.”

“Taklah. Aku tengah-“ aku menekup mulut apabila aku menyedari sesuatu. Dia, dia cemburu! “Hani, kau cemburu eh.....”

“M-mana ada!” Dia pandang ke arah lain, avoid eye contact with me.

“Ye lettew.” Aku mencuit pipi kanannya dengan senyuman di bibir. Macam mana tak senyum, dia comel betul. aku tak tipu. Dan cemburu, tandanya sayang kau tau! “Eleh, ngaku jela....”

“Bila aku dengan Lay, semua tak boleh. Bukannya kitorang berdua, tapi bertiga.” Senyuman aku hilang, hilang serta merta bila dia sebut nama lelaki tu. “Eh, dahlah. Cepat ikat rambut aku ni. Aku nak buat kerja ni.” Dia segera menukar topik bila dia tahu dia dah tersalah topik.

“Yela, bukak spek dulu.” Dia membuka spek matanya dan aku mula mengikat rambutnya.

“Hah, dah siap.” Aku meletakkan tanganku di bahunya kemudian menjauhkan  badanku sedikit bagi melihat mukanya dengan jela. Comelnya “Jom ambik gambar.”

Aku mengambil handphoneku duduk di sebelah dia dan melagakan pipi kami.

“Ish, taknak lah.” Dia menolak pipiku. Memang susah nak selca atau bergambar dengan dia. Masa kahwin haritu pun kena marah dengan jurugambar tu. Aku rasa dia insecure kot. Dia berdiri.

“Ala, satu je.” Dia termenung sekejap dan kemudian duduk semula di sebelahku. “Ok, hana, dul, set *klik*” aku membuat pose biasaku, senyum dan tunjukkan dua jari di pipi kananku. Hani menunjukkan dua jari di antara mata kirinya yang sedap terpejam dan mulut dingangakan //wink//

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !