Dua belas.

Mula.

Aku teringat dulu masa sekolah menengah kelasku adakan jamuan akhir tahun dengan membuat kem di tepi pantai. Ada yang bukan budak kelas kami, Kim Namjoon pun join sekali. Kami ajak dia sebab bapak dia askar, jadi dia familiar sikit dengan khemah-khemah ni. Pagi tu aku, Kyungsoo, Chen, Tao, Kai, Sehun, Baekhyun, Suzy, Jia, Fei, Min semua berkumpul di rumah appa Shinhye dengan beg kami. Kami jela yang pergi daripada kesemua budak kelas kami. Kami buat kem sebab nanti kami dah masuk sekolah tinggi, jadi mungkin ada yang berpisah. Appa dan oppa Shinhye, Park Yonghwa hantarkan beg kami ke rumah nenek Shinhye yang dekat dengan pantai tu dengan kereta mereka masing-masing. Kami hanya perlu bawak barang yang berharga dan pergi dengan keretapi. Walaupun appa dia dengan Yonghwa oppa boleh hantar Shinhye tapi dia tetap nak naik keretapi jugak. //tolong bayangkan ni ktm yang tempat duduk dia panjang tu tau// Dalam keretapi Kyungsoo cuba untuk duduk disebelahku tapi Namjoon menolak Kyungsoo dan dia duduk di sebelah kananku. Aku nampak Kyungsoo menggepal tangan selepas ditolak tetapi Sehun segera memegang bahunya dan menyuruh dia duduk di sebelah Namjoon. Shinhye pulak duduk di sebelah kiriku sambil menyandarkan diri di dinding dan memandang keluar dengan teruja, dia jarang dapat naik kenderaan awam sebab appa dia tak kasi. Chanyeol? Dia pendiam sikit harini mungkin sebab oppa Shinhye yang lagi satu, Park (Choi) Minho ada dengan kami dan Minho duduk sebelah Chanyeol. Namjoon tersenyum-senyum memandangku dan mengelipkan matanya beberapa kali, dia mengajak aku bersembang. Kami pun bersembanglah benda yang remeh-temeh, pasal warna dinding keretapi pun kami sembangkan. Aku pun mengambil headphone dan mp3 yang Shinhye hadiahkan kepadaku dan mendengarnya, pura-pura tidur. Bosan jugak bersembang je.

Aku tersedar apabila pipiku dicucuk beberapa kali, kasarnya tangan si pencucuk ni. Dan aku merasakan ada bahu yang menampung kepalaku. Aku membuka mataku perlahan-lahan dan memandang pemilik tangan dan bahu tersebut, “Hah, sedar pun.” Garaunya suara dia. “Sakit bahu saya tau...”

Aku segera mengangkat kepalaku dan memandang dia, terkejut aku, macam mana aku boleh tertidur kat bahu dia. Malunya. Aku menjauhkan diri daripada dia dan menundukkan kepala sikit “Sorry, tak sedar...” aku memandang Shinhye, dia dah tidur sambil tersandar kat dinding kemudian aku memandang Kyungsoo, dia pun tengah tidur dengan Sehun.

“Awak,” Namjoon menghalang muka Kyungsoo dengan kepalanya. “Tersenyum sorang-sorang ni kenapa? Gembira ada saya ye?” dia ketawa.

Kenapa aku rasa janggal sangat ni. Kat sekolah selalunya tak, ketawa dia menyeramkan... Shinhye, aku perlukan Shinhye, aku rasa sangat tak selesa. Aku mengejutkan dia.

“Shinhye, bangun...” Aku menggoncangkan badan Shinhye perlahan. Takde pergerakan. Tanganku ditarik.

“Janganlah kacau dia tidur. Belum sampai lagi.” Namjoon dia tersenyum. “Jomlah sembang dengan saya lagi.” Aku mengangguk perlahan dan tersenyum keltat.

“Awak ada suka sesiapa tak?”.......................................................................................................

Keretapi itu dipenuhi dengan kejanggalanku dan tawa Namjoon yang menakutkan. Segala yang aku jawab dia akan gelak dan cakap “Comel macam Kak Ton.” Kak Ton mana pun aku tak tahu.

Hidup aku kembali tak janggal bila Shinhye bangun, dia penyelamat aku!


Masa malam pertama kami di sana. Aku tak boleh tidur disebabkan terlampau teruja. Malam tu Cuma aku, Shinhye, Chanyeol, Namjoon, Kyungsoo saja yang berjaga. Kami duduk di atas tikar antara empat khemah bertemankan api dalam sangkar //yang orang kampung selalu pakai tu//. Dua khemah lelaki, dua khemah perempuan. Aku berkongsi khemah dengan Shinhye dan Suzy. Kyungsoo berkongsi khemah dengan Tao, Sehun dan Kai. Chanyeol asyik dengan gitarnya dan menyanyi pelbagai lagu jiwang. Aku pulak yang menyampah. Kyungsoo pun join dia.

“I wanna be a billionaire so freaking bad,
buy all of the things i never had,...” Mereka berduet menyanyikan lagu itu. Aku melambai-lambaikan tanganku dan menyanyi bersama mereka apabila sampai part korus, Shinhye juga begitu. Namjoon menyanyi part rap.

“Woi, bisinglah! Tidurlah gila!” Aku mendengar Min memarahi kami dari dalam khemah. Aku dan Shinhye terkejut lalu segera masuk ke dalam khemah kami. Tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada yang lain. Min, kalau dah mengamuk, mau satu kem ni tak tidur.

Keluarga Shinhye pun join kem ni tapi dorang tidur kat rumah nenek Shinhye yang jauh dia dalam 3km. Shinhye macam biasa, nak dengan kami.


Keesokkannya waktu petang kami mandi laut, bestnya. Bila ada ombak besar yang datang aku menjerit “OB(Ombak.Besar), OB, OB....!” aku sungguh gembira. Aku kadang-kadang ke tengah sikit tapi Kyungsoo selalu marah aku dan tarik aku ke tempat cetek balik. Tapi aku tetap degil, aku pergi jugak. Aku tak faham kenapa dia nak marah, lepastu dia tak tarik dah, dia join sekali. Aku pakai bikini. Takdelah, aku pakai seluar track panjang dan baju lengan pendek je. Shinhye dia pakai bikini. Aku takde bikini sebab jarang mandi lautkan. Min, Jai, Fei, Suzy pun pakai bikini. Yang lelaki semua pakai seluar pendek je tapi Kyungsoo pakai baju. Aku mandi dengan gembira tiba-tiba,

“Hani, awak ni comellah. Saya suka awak, rasa macam nak rogol je awak ni.” Namjoon menghampiriku. Min yang di sebelahku dan memandangku terkejut. Masa ni Shinhye dan naik atas. Yang laki lagi tujuh orang tu dan tiga orang perempuan yang lain mandi jauh sikit daripada aku. aku tak sedar yang Namjoon dekat dengan aku.

“Eleh, kau takkan berani.” Kata Min sambil memegang bahuku.

“Kau cabar aku?”

“Alah, kau takkan beraninya nak buat.”

“Kau nak aku buat betul-betul? kalau nak aku buat betul-betul boleh je.” Mereka saling menjerit. Badan aku masa tu dah keras macam batu. Aku membuka mataku luas-luas, terkejut, tergamam, takut, semua ada. Tiba-tiba yang lain datang menghampiri kami.

“KAU TAK BERANI!”

“AKU NI LELAKI, PANTANG DICABAR, BODOH! KAU NAK AKU BUAT KE?”

“Takpe Hani, aku ada...” aku menundukkan mukaku.

“KAU NAK AKU BUKTIKAN AKU BOLEH JE- ADUH, siapa baling ni?” aku memadang muka Namjoon. Ada pasir di kepalanya. Dia memandang sekeliling.

“Kau kalau nak gaduh cari lawan kau, bukan dengan perempuan.” Kyungsoo membaling pasir kepadanya lagi. Namjoon jugak baling pasir kepada dia semua. Mereka berenam yang lain membaling pasir kepada Namjoon. Aku segera bangun daripada berendam di dalam air tu dan lari ke darat mendapatkan Shinhye, Min ada memanggilku tapi aku sangat takut pada masatu.


Malam kedua ni appa Shinhye ada buat bbq dan majlis hari jadi Minho oppa. Appanya membakar ayam dan burger. Aku dan Kyungsoo menggoreng kentang dan roti burger, aku membuat burger special //burger dibalut dgn telur// buat mereka semua. Omma Shinhye asyik memuji burgerku. Kyungsoo bangun untuk ke tandas. Aku menggorengkan kentang, menyambung kerjanya. Tiba-tiba Namjoon duduk di sebelahku untuk membantuku, aku segera bangun. Aku takut sangat masa tu. Bila Namjoon dekat dengan aku, aku kan cari Chanyeol atau Sehun atau Kai atau mereka yang lain. Sungguh, aku takut bila teringat apa yang dia cakap petang tadi. Macam mana kalau dia buat betul-betul? macam mana kalau dia buktikan kata-kata dia?

Malam tu sebelum tidur, kami berjaga lagi, tapi kalini ada Baekhyun dan Chen. Aku tak boleh tidur disebabkan kata-kata Namjoon siang tadi. Aku duduk berdekatan dengan Baek, Chanyeol, Chen dan Kyungsoo, apabila mengantuk aku menyuruh Kyungsoo tidur di sebelah khemah kami disebabkan aku tidur paling hujung dan dekat dengan pintu. Shinhye memang nak tidur tengah je, Suzy pulak dan lama tidur kat hujung tu. Kenapa aku suruh Kyungsoo sebab masa tu Chen dan Baek dah baring kat tikar tu dan Chanyeol hanyut dengan gitar dia.

“Kyungsoo, kau tidur sini je tau.”

“Baring sini je, jangan pergi mana-mana tau.”

“Biar kau je tidur sini, jangan orang lain tau.”

“Kau tidur sebelah aku tau.”

Aku berpesan kepadanya banyak kali. Aku cuba untuk tahan air mataku. Jawapan Kyungsoo sama ada anggukan atau “Ye, aku ada. Dah jangan risau.”

“Macam mana kalau dia buat jugak?”

“Dia takkan berani. Kau jangan risau, aku ada. Dah, tidur.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !