Sahabat.

Please Subscribe to read further chapters

Description

This story actually really happened to Chanyeol but his friend not lah Baekhyun. But he and his friend bergaduh sebab benda yang tah pape. Tapi sebab benda tah pape tulah menyebabkan mereka terpisah and never met again... Kawan dia tu jugaklah yang ajar dia main gitar sampai dia mahir. Aku selit-selitkan kisah benar dengan fiksyen sikit. Dan mana aku tahu pasal Chanyeol dengan kawan dia ni? Hahaha sebab aku tengok semua video exo lah, daripada radio ke variety shows.




CHARACTERS

Park Chanyeol

 


Byun Baekhyun

Foreword

Chanyeol membetulkan rambut di hadapan cermin poket, rambutnya ditiup-tiup, disikat, disapu gel dan berdiri di sebelah Chanyeol seorang lelaki yang pendek sedang membuat muka menyampah. Dia memeluk tubuh sambil memandang Chanyeol.

“Lama lagi….?”

“Jap, jap. Dah nak si-“

“BANYAKLAH KAU DAH NAK SIAP! DAH SEPULUH MINIT KAU BUAT BENDA SAMA TU JE!” Baehyun menengking Chanyeol. Muka Baekhyun merah padam. Chanyeol tergamam dengan perbuatan Baekhyun lalu segera menyimpan cermin ke dalam poket blazernya.

“Oh- ok- err jom.” Chanyeol memberi isyarat supaya Baekhyun jalan dulu tapi Baekhyun hanya memeluk tubuh tanpa memandang Chanyeol. Mulut Baekhyun dimuncungkan.

“Ala, sorrylah…. Ok, kita pergi cepat. Kang tak sempat.” Kini Chanyeol menolak tubuh Baekhyun pulak. Hampir terjatuh Baekhyun dibuatnya.

”Ish sia-“

“Aip, tak elok mencarut... Cepatlah, harini hari Khamis kau tahu tak? Cepat!” Baekhyun memandang Chanyeol seketika.

“Haahlah, bodohlah kau ni! Cepatlah nanti Taeyeon noona-” Baekhyun dah lari tinggalkan Chanyeol.

“Cepat je dia ni kalau pasal Taeyeon noona. Tapi dia panggil aku apa tadi- Jap, dia panggil aku bodoh?! Tak guna punya Bacon. Weh Bacon, aku tak bodohlah.” Chanyeol pulak lari mengejar Baekhyun.


Baekhyun mengintai-intai dari tingkap atas, itu pun atas bantuan Chanyeol. Dia sedang memijak belakang badan Chanyeol sementara Chanyeol dalam kedudukan merangkak. Baekhyun terlompat sikit apabila Taeyeon berjaya memukul bola semasa bermain bola baling. Dan beberapa kali juga Chanyeol mengerang kesakitan. Inilah rutin mereka tiap hari khamis, takde makanan untuk hari khamis semuanya sebab Taeyeon kesayangan Baekhyun, lagi-lagi tahun ini merupakan tahun terakhir untuk Taeyeon. Chanyeol takde minat sesiapa? Tipulah kalau takde. Dia minat Dara. Tapi malang seribu kali malang bila Dara bercinta dengan Donghae. Dara dan Donghae dua-dua sama umur dengan Taeyeon. Masa Chanyeol tahu Dara bercinta dengan Donghae, dia menangis hahahahahahahahhaahhahahahahahaha dan Baekhyun pun gelak teruk macam tu sebelum pujuk Chanyeol. Baekhyun dengan Chanyeol bukannya takde peminat, mestilah ada hensem kot, tapi dorang tu tak secantik dan semenyerlah Taeyeon dan Dara. Peminat Chanyeol masih boleh tahan lagi berbanding dengan peminat Baekhyun. Peminat Baekhyun sampai datang ke rumah mintak restu mak ayah Baekhyun untuk bercinta!

Mereka selalu berdua je, macam kembar siam. Kat mana ada Chanyeol kat situ ada Baekhyun. Mereka jugak merupakan ahli kelab muzik sekolah di mana Taeyeon dan Dara pun ada.

Taeyeon sebenarnya dah tahu pasal Baekhyun cuma dia tunggu tindakan Baekhyun je, yela takkan perigi nak cari timba? Semua sebab Hyoyeon, dia selalu terserempak dengan Chanyeol dan Baekhyun menghendap mereka bersembilan. Ada satu masa tu ahli kelab muzik kena buat persembahan kat atas pentas dan lepas habis persembahan semua kena berkumpul kat atas pentas. Baekhyun berdiri belakang Taeyeon. Hyoyeon yang berdiri di sebelah Baekhyun asyik memerhatikan Baekhyun. Hyoyeon sedar yang Baekhyun asyik curi-curi pandang Taeyeon. Yoona dan Yuri pun perasaan, masa tu Baekhyun tak sedar yang dia sedar diperhatikan. Chanyeol jugak selalu hantarkan surat bagi pihak Baekhyun kepada Taeyeon.


Satu hari di rumah Chanyeol.

“Weh, Chanyeol.”

“Um.” Jawab Chanyeol endah tak endah. Chanyeol sedang leka dengan gitarnya, mata dipejam sambil kepala ke atas dan tangan memetik gitar.

“Weh, aku nak cakap ni.”

“Apa? Cakap jela.” Chanyeol memandang Baekhyun sekejap kemudian hanyut semula dengan gitar.

“Aku ingat nak cakap terus dekat Taeyeon noona.” Chanyeol berhenti memetik gitar dan memandang Baekhyun dengan muka terkejut.

“Kau biar betul?”

“Betullah. Ni Baekhyun lah, Fearless Baekhyun. Mestilah.”

“Macam mana kalau dia-”

“Now or never?”

“Suka hati kaulah.” Chanyeol bermain memetik gitar semula.

“Ok jom.” Baekhyun menarik tangan Chanyeol.

“Sekarang?” Chanyeol masih terpinga-pinga.

“Cepatlah!” Baekhyun menarik tangan Chanyeol.

“Jap ah, bagi aku pakai baju dulu.”

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 7: Chanyeol jdi c gu ka? haha btw,sya bole paham jln crite ni. n best *thumb up >< update lgi okey
93Hanafayana #2
Chapter 7: Hahahha Chanyeol buat lawak...boleh pulak salah pakai kasut...btw keep update..