Perasaan.

Please Subscribe to read further chapters

Description

Cerita ini mengarut dan sekadar suka-suka je. 

 

 

 

Poster by -BlueSky

Foreword

Kami berlatih bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan di Malaysia kelak, tanah tumpahnya darahku. Aku rindu tempat asalku dan tak sabar nak buat persembahan kat sana. Tapi dalam masa yang sama aku takut dan risau kalau-kalau aku terjumpa dengan kenalan lamaku. Aku memang dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di sana. Aku tipu semua orang, basically everyone. Aku cakap aku dari China but in fact I’m Malaysian. Masa aku debut aku ada jugak dengar desas desus kata aku ni orang Malaysia. Kawan lama aku jugak ada telefon aku dan tanya kenapa aku tipu. Aku terpaksa jelaskan kepada dia dan meminta dia merahsiakan hal ini. Tiba masanya akan aku jelaskan kepada semua. Aku tipu dorang sebab Malaysia bukan satu negara yang terkenal dan pada aku agak teruk. Kami sangat mundur dan tak se-gah China. Disebabkan aku pandai bertutur dalam bahasa Mandarin, jadi aku mengaku yang aku adalah Chinese. Pada mulanya aku nak berterus terang tapi kami makin dikenali di mata dunia dan aku takut peminat kami yang baru menjadi ini akan tinggalkan kami. Aku mesti rasa bersalah seumur hidupku kalau dorang tinggalkan exo sebab aku.

Members semua dah tahu dan mereka terkejut, sangat terkejut. Tao pada mulanya marah dengan aku sebab rasa dikhianat. Yela, kami dah kenal hampir tiga tahun tapi baru sekarang aku bagitahu. Dia tak bercakap dengan aku seminggu, dia selalu ajak aku mandi jugak tapi seminggu tu langsung tak. Tapi lepastu dia boleh terima, dia minta maaf kat aku.

Haa~ akhirnya sampai jugak kami kat Malaysia. Kami naik KLIA express untuk ke KL Sentral. Aku kenallah semua tempat kat KL ni, Times Square, Mid Valley, Ampang Point. Kat Ampang lah tempat aku selalu lepak, sebab sana tu dipanggil Korean Town. Banyak kedai korea kat situ. Dari kecik lagi aku bercita-cita nak pergi Korea. Tapi mak dan ayah aku macam tak benarkan je. Ayah paling ketara, dia suruh aku ambil alih syarikat dia. Aku sikit pun tak minat dengan bisnes tu. Aku nak jadi penyanyi, antarabangsa. Macam Bi Rain. Aku suka dia sangat-sangat.

Dalam KLIA Express ni penuh orang, ada yang tangkap gambar. Aku tak tahu exo sepopular ni kat Malaysia. Aku ingat peminat kat sini sikit je. Aku sedikit terganggu dengan perlakuan seorang pengawal, dia menolak seorang gadis yang cuba untuk menghampiri kami. Pada aku tak perlu kot sampai tolak, cakap jela elok-elok. Aku risau kalau-kalau aku terserempak kawan sekolahku. Aku cuba untuk mengurangkan rasa berdebarku dengan bercakap dengan Minseok. Minseok yang sedar aku macam tak selesa asyik pesan “Takpe, jangan risau. Kitorang ada, rilek lah.” Kalaulah aku boleh rilek.

Kami naik kereta sewa untuk ke hotel. Aku membuka tingkap untuk menghirup udara segar di Malaysia. Wah, banyaknya bangunan. Dah berapa lama kau tinggalkan Malaysia ni? Baru lima tahun kan? Sungguh aku rindu bandar ni. Aku menghirup sedalam-dalamnya udara Malaysia ni, entah bila lagi aku boleh ke sini lagi. Tiba-tiba ada seseorang dari kereta sebelah memanggilku “Luhan, Luhan! Luhan oppa! Annyeonghaseyo! Syuhada imnida!” dia seorang gadis yang berkaca mata dan bertudung. Ni mesti orang melayu. Aku tergelak kecil semasa dia melambai-lambaiku. Sehun disebelahku jugak tergelak dan kami melambai dia semula. Dia menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Mestilah teruja, hahaha. “Dah, dah, dah.” Tingkapku dinaikkan, manager hyung yang buat. Aku cuba untuk menurunkannya semula tetapi berkunci. Aku melihat gadis itu memuncungkan mulutnya, sedih. Sorry, saya harap awak takkan tinggalkan kami dan saya harap awak tahu bukan saya yang naikkan tingkap ni.


Aku sedang menyusun ayat untuk diucapkan kepada para peminat kami nanti. Aku nak bagitahu dorang benda yang betul. Aku harap aku tak buat keputusan yang salah. Mereka yang lain sering datang kepadaku untuk menterjemahkan perkataan hangul ke melayu. Tergelak aku bila dengar dorang cakap, pelat. Lagi-lagi Tao, “Saya zinta kamwuu”.

Persembahan kami dah tamat, kami takde peluang langsung nak berinteraksi dengan peminat kecuali masa persembahan 3.6.5. masa reherseal macam panjang je masa yang dia beri kepada kami tapi bila siaran langsung, hampeh. Segala apa yang kami hafal semalam memang sia-sia. Aku takde peluang untuk berterus terang dengan para peminat. Paendeul, mianhaeyo.


Kris failkan saman ke atas syarikat pengurusan kami. Aku baru tenangkan Tao dan Lay yang menangis dengan teruk lepas dengar berita tu. Selalunya Kris yang akan tenangkan Tao dan aku tenangkan Lay. Tapi kalini aku terpaksa tenangkan kedua-duanya. Chen dan Minseok pun sedih, aku tahu dari riak wajah dorang. Tapi dorang kalau sedih tak senang nak nangis, dorang lagi suka nangis dalam hati. Dorang dari tadi termenung. Aku ada cuba menghubungi manager hyung yang bersama dengan exo-k, dorang pun perlu ditenangkan. Lagi-lagi dorang akan buat persembahan secara langsung harini. Masa aku telefon dorang, aku dengar suara Sehun menangis kuat sangat, dan suara garau Chanyeol teresak-esak. Suho menjawab panggilanku tetapi dari nada suaranya aku tahu yang dia baru lepas menangis. Aku tak dengar suara D.O tapi aku rasa dia tengah tahan air mata. Dan aku dengar Baekhyun sedang menenangkan Kai. Suara Baekhyun sengau, aku risau dorang tak dapat buat dengan baik nanti.

Aku cuba hubungi Kris, tapi telefon dia mati. Kris ada berbincang denganku beberapa kali untuk menyaman mereka. Aku menolak, kerana aku sayangkan exo sangat-sangat. Sejak kebelakangan ni, dia selalu cakap pasal benda ni. Tapi dia berhenti bila aku mengamuk, aku tengking dia kata aku taknak. Aku taktahu dia akan buat jugak, aku ingat dia takkan buat. Dia ada cakap kalau aku taknak buat, dia akan buat sorang-sorang. Dia kata dia rindu mak dia sangat-sangat. Ada satu haritu, Kris asyik ulang-alik ke tandas. Aku pun tanya dia ok tak, dia kata tak dan dia mintak aku cakap kat manager hyung yang dia sakit. Manager hyung mengamuk dan paksa dia buat persembahan jugak. Masa kami reherseal buat kali terakhir, dia ada pegang dada beberapa kali. Aku agak risau tengok dia tapi apakan daya, aku jauh ditengah, dan dia dihujung. Aku berpesan beberapa kali kepada Chanyeol untuk tengok-tengokkan dia. Ada sekali tu mak dia jatuh sakit tapi manager hyung tak benarkan dia balik sebab kami ada jadual. Dia merayu-rayu sampai melutut, hyung  yang kesian pun hubungi pihak syarikat, tapi dorang pun tak benarkan. Dorang kata habiskan jadual dulu. Macam mana nak habiskan jadual sedangkan jadual kami dan ada untuk enam bulan akan datang. Entah bila kami boleh cuti...

“Luhan,” aku mengelap air mataku segera apabila mendengar suara manager hyung. “Hyung tahu kau sedih. Hyung pun sedih jugak.” Aku menggerakkan kepalaku ke kiri ke kanan dan mengangguk laju. Aku memang macam ni kalau cuba nak tahan air mata atau panik.

“Ye.” Aku masih mengangguk.

“Kau leader exo-m buat masa ni.” Aku memandang dia terkejut, kepala aku berhenti bergerak. “Kau ketua exo-m buat masa ni. Dah, hyung keluar dulu.”

“H-hyung!” pintu bilikku ditutup. Sepatutnya bilik ni aku kongsi dengan Kris, tapi Kris hilangkan diri sejak semalam. Aku tak percaya apa yang aku baru dengar. AKU JADI KETUA. Tak pernah aku idamkan jawatan ni. Aku rasa macam ada lima beban di bahuku, bahu terasa berat. Aku taktahu nak buat apa. Kris, kenapa kau pergi. Macam mana aku nak uruskan dorang? Aku perlu jawab bagi pihak dorang. Aku kena pastikan dorang sihat dan selamat. Aku kena pastikan dorang siap cepat. Aku kena keluarkan duit untuk dorang. Aku tak tahu macam Kris dan Suho tahan. Lagi-lagi Suho, macam mana dia uruskan 10 orang lelaki gila ni? (Aku tak gila.)

Aku bukak internet dan melihat notifications di weibo dan instagramku, penuh dengan kata-kata semangat daripada peminat. Tak kurang jugak yang kesal ‘We are one huh? But why file the lawsuit?’, tulah salah satu komen yang sangat mengguris hati aku. memang ‘Kita adalah satu’ tapi kami jugak manusia. Kami kenal erti penat, erti sakit. Kami dah cuba sedaya upaya untuk bertahan, tapi nampaknya Kris tak sanggup lagi. Aku takut kami kehilangan peminat, aku sangat takut. Dan nampaknya ketakutan aku berbuah, memang ramai yang dah tinggalkan kelab peminat exo. Sebab mereka rasa sangat dikhianati.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa semua benda jadi dengan sangat cepat. Kami baru saja debut 2 tahun yang lepas, kami dah menang MAMA, Melon Awards, terlalu cepat sangat kami mendapat penghargaan yang besar dan terlalu cepat jugak untuk kami berpecah? Aku takut, aku risau. Tapi kalau itu yang terbaik untuk Kris, aku terpaksa sokong dia. Kris, kalau suatu hari nanti kita dah tak bersama, aku harap kita masih boleh jadi kawan. Aku agak terkesan jugak dengan perlakuan Kris, kami dah berlatih bersungguh-sungguh sampai tak tidur sebab berlatih untuk konsert kami, konsert sulung kami yang kami impi-impikan selama ni! Tao rasa sangat-sangat-sangat dikhianati. Dia yang paling rapat dengan Kris, Kris yang selalu jaga dia dan Kris pernah berjanji untuk takkan tinggalkan dia. Tapi nampaknya janji tinggal janji kalau isu kemanusia nak ditegakkan.

Manager Noona paksa kami unfollow Kris di instagram, aku tak tahu kenapa kami disuruh berbuat demikian. Sehun mengepost gambar tanda soal di instagramnya, mesti sebab tertanya-tanya apa yang terjadi. Kris tak pernah bercakap pasal benda ni dengan Sehun sebab dia takut maknae kita ni menangis. Sehun selalu cakap, “Hyungdeul, kita jangan gaduh-gaduh eh. Aku harap kita boleh bahagia sama-sama.” Bila teringatkan pesanan maknae ni, hati aku tersentuh. Sehun sangat sayangkan kami semua, walaupun pada orang dia suka kacau hyung dia, tapi itulah yang maknae selalu buat kan?

Kami terpaksa menukarkan koreagrafi kami disebabkan ketidakmunculan Kris, last minute punya idea. Kami dah berlatih untuk konsert tu hampir dua bulan. Tapi,........


Harini hari pertama konsert sulung kami, aku sangat berdebar-takut-taksabar-gembira-teruja semua ada. Ada banner bertulis ‘Inilah permulaan kami di pegang oleh peminat’. Yeke ni permulaan kita? Aku rasa macam pengakhiran lepas Kris hilang... Nampaknya mereka cuba untuk lupakan Kris. Tapi takkanlah secepat ni?


Harini kami ada penggambaran Happy Camp, kalau diikutkan kali ni nak masukkan kali ketiga exo-m di rancangan tu tapi takkan terjadi tanpa Kris. Kris memang selalu buat lawak, walaupun bodoh tapi lawak. Exo OT12 pernah sekali je ke sana. Episod kali ni bertemakan Persahabatan. Kenapalah dorang buat tema ni, sedangkan kami, exo, kris, haih..... semasa kami ditemubual, aku kena tenangkan diri aku dan kurangkan pergerakkan kepalaku yang mengkhianatiku bila aku cuba berlagak tenang. Pengacara tu ada tersalah sebut 12 orang lelaki, keadaan menjadi sunyi sepi. Kami semua rasa janggal sebab kami pun takde jawapan tentang Kris. We’ve no idea too. Klip macam mana kami bangun semula selepas jatuh masa isu Kris ditayangkan. Tao menangis dengan teruk sekali, Lay pada mulanya cuba untuk menahan air mata tapi dia menangis jugak. Pihak produksi mula panik, penonton di studio menjerit “Jangan nangis, jangan nangis,” aku sedikit tersenyum dengan kata-kata semangat yang mereka berikan kepada kami. Ada jugak yang menangis sampai menjerit.


Hari pertama kami buat persembahan di China, entah kenapa aku berasa sedikit selesa di sini berbanding di Korea kerana ada yang memegang nama Kris, ada yang memegang banner ‘Kami percaya OT12’ terima kasih semua, kami pun harapkan benda yang sama. Kami pun nak OT12.


Salah seorang daripada members kami dah bercinta, ye, Baekhyun dan sunbae kami, Taeyeon noona. Mereka dah lama bercinta tapi baru sekarang terkantoi. Aku jangka akan lebih ramai yang tinggalkan kami, mungkin dorang fikir kami penuh dengan drama. Peminat Baekhyun memang ramai nak dibandingkan dengan kami semua. Aku ada terbaca yang fansite Baekhyun je dah 70 lebih daripada 120. Kau bayangkan betapa ramainya peminat dia. Jangkaan aku tepat, ramai yang tinggalkan kami sebab isu ni. Mereka kata Baekhyun terlalu awal untuk bercinta dan patut fokus pada karier. Ada yang mengamuk sebab Baek pernah kata akan bercinta pada umur 35 tahun,  dalam tempoh tu dia akan fokuskan pada kerja je. Yang paling aku terkejut dan kecewa bila ada yang bunuh diri. Sejak ada kes macam ni, aku jadi takut untuk ucapkan “Saranghae” kepada peminat. Aku akan ucap terima kasih je. Isu Kris masih kekal sebagai tanda tanya sama ada kepada peminat atau pun kami.


Bila manager hyung bagitahu yang kami akan ke Malaysia untuk konsert kami, aku sangat-sangat-sangat gembira. Ye, kali ni biar aku berterus terang dengan dorang dan aku harap kami berduabelas dan bukan sebelas.

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Best².......
Red_Velvet94 #2
mest best best?
allya_safia #3
*Saye bukan saue
allya_safia #4
Bile saue bacekan,nk nangis pon ade sbb terigtkan kris tuh.tpi,nk buat cammane dah die nk keluar exo kan?nak buat camane.tpi best cite ni.