Satu.

Mula.

“Jadi pada hyung, Hani dah cukup umurlah ye?” Oppa hanya tersenyum senget tanpa memandang Kyungsoo, dia kemudian menarik tanganku semula.

“AKU,” Oppa berhenti dan memandang Kyungsoo yang menjerit itu. Aku memandang Kyungsoo dengan muka baik-kau-pergi-sebelum-kau-mati. Mereka melepaskan pegangan tangan mereka. Kyungsoo hanya memandangku sekilas dan kemudian memandang oppa dengan mata bulatnya.

“Aku akan kahwin dengan dia, jadi tolong lepaskan dia. Aku akan tanggung dia.” Aku menepuk dahi, dugaan apalah pulak ni... Kusut kepala aku! Aku dengar tawa oppa, galak sungguh dia gelak.

“Aku serius, kita lawan. Siapa menang, dapat Hani.” Kyungsoo langsung tak senyum, dia nampak tekad. Dan Kyungsoo memang jarang begini.

*Buk* Oppa menumbuk pipinya Kyungsoo secara tiba-tiba. “Kau jangan nak berguraulah, bodoh! Budak ni dah jadi hamba aku, dia kena bayar hutang bapak dia.”

 Kyungsoo terjatuh ke tanah, dia segera bangun dan menumbuk oppa semula. Kyungsoo dahlah kecil jika nak dibandingkan dengan oppa aku. Dia cuma paras telinga oppaku saja.  Aku memejamkan mata aku dan menutup telingaku. Aku taknak menjadi saksi kematian Kyungsoo walaupun pada dasarnya aku disini. Aku masih mampu mendengar bunyi tumbukan mereka. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi, aku cuba untuk membuka mataku sedikit. Aku nampak seseorang menghulurkan tangannya. Tangannya berurat dan putih, oppa tak seputih ni jadi dia ni Kyungsoo? Aku memandang pemilik tangan tersebut, tepat sekali! Aku bangun dan memandang Kyungsoo terkejut. “M-macam mana?” Aku melihat muka dia, sedikit lebam. Aku cuba untuk memegang lebam di pipinya tetapi dia mengalihkan mukanya ke tempat lain.

“Macam mana aku boleh kalahkan dia?” aku mengangguk laju. “Aku buat benda yang aku selalu buat kat Chanyeol dengan Baekhyun...”

“Yang tangan kau kat leher tu?” aku masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Takkanlah semudah tu...

“Haah, macam ni....” dia meletakkan tangannya di leherku.

“Kyungsoo, err *batuk*” aku memukul tangannya yang melingkari leherku apabila aku hampir tercekik.

“Ok, aku percaya.” Setelah puas hati dengan jawapan yang diberi aku segera memeluk dia. Bukan gembira sebab nak kahwin dengan dia sebab dia selamat. “Err, sorry aku gembira sangat sebab kau selamat...” aku meminta maaf setelah pelukan dileraikan.

“Kau gembira nak kahwin dengan akukan? Hahaha, jom...” Kyungsoo menarik tanganku.

“Minseok, ambik aku kat tepi lorong tu..... Haa, sekaranglah bongok. Cepat.” Aku mendengar seseorang bercakap, aku hampir terlupa tentang oppa. Aku memandang ke arah suara itu dan melihat oppa sedang tersandar di dinding dengan muka yang teruk. Aku segera melutut dan memegang luka oppa, “Aduh, kau ni bodohlah. Sakitlah! Blah kau dari sini. Kau datang lagi, mati kau. Kau jangan harap dapat jumpa bini aku!”

“Oppa, mian. Hani nak jumpa unnie dengan....”

“Minseok, sini!” Aku nampak Minseok oppa, kawan oppaku datang ke arahku apabila dipanggil. Minseok oppa memapah oppaku. Dia tidak keseorangan, dia ditemani kawan berbangsa cinanya, Luhan oppa. Dia memandang aku sekilas dan tersenyum sedikit.

“Ingat, kau datang, kau mati.” Dia berpesan tanpa memandangku. Kyungsoo memegang bahuku, “Kau dah dengarkan, jomlah....”

“Tak, tak boleh. Unnie aku...”                                            

“Kau nak mati ke ah? Dah, jangan degil. Sebab kau degillah kau jadi macam ni.” Aku menjeling Kyungsoo.

“Apa kau buat ni ah? Sekarang ni macam mana?” Aku memukul kepalanya bertubi-tubi, aku cuma tinggi paras bahunya saja tetapi aku memang mampu untuk memukul kepala dia. Dia menghalang menggunakan tangannya. Dia kemudian memegang tanganku. Air mataku dah mengalir. Macam mana aku nak hidup, walaupun oppa aku selalu pukul aku tapi kat situlah shelter aku. Kat situ ada unnie aku dan anak buah aku, merekalah sebab aku hidup. Sekarang......

“Akukan ada, kau ni...”

“Kau ada apa? Kau ada untuk susahkan hidup aku?”

“Haah, dah jom.”

“Taknak!”

“Ha, pergilah balik sana kalau nak mati. Bodoh.” Kyungsoo jalan ke depan tanpa memandangku.

“Aku bodoh? Sebab kaulah aku jadi macam ni kau tahu tak!” Dia terus berjalan tanpa memandangku.

“Yah! Do Kyungsoo, yah!” Dia semakin jauh. Dan jauh... Dia berjalan masuk ke lorong kanan.

“Kyungsoo tunggu aku!” Aku mengejarnya masuk ke lorong tersebut. Gelap, kosong, sunyi, takde sesiapa.

“Kyungsoo...? Do Kyungsoo........? Jangan main boleh tak? Kyungsoo!” Aku cuba berjalan semakin dalam, cepatnya mamat ni jalan. Takkanlah dan lepas lorong ni, lorong ni panjang kot. Tiba-tiba bahuku di tepuk dari belakang.

“Adik manis, mawu paegi mana?” Aku memejamkan mataku dan melarikan diri.

“Adi-........Hani, kau nak pergi mana?” Aik, Kyungsoo? Aku berhenti lalu memusingkan kepalaku. Mana lelaki tadi........

“Dahlah kelakar, penakut pulak tu, hahaha” aku nampak Kyungsoo yang sedang ketawa. Jadi, tadi Kyungsoo jela. Dia berlari anak ke arahku, aku segera menunjal kepalanya. Dia kemudian menjentik dahiku.

“Kau....ni....memang....kan” aku memukul dia dengan tanganku mengikut jumlah perkataan yang aku sebutkan.

“Kaulah penakut, tulah, aku dah cakap ikut aku.” Dia kemudian melarikan diri.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

“Jadi Do Kyungsoo, appa nak kamu jelaskan.” Kata appa selepas balik dari kerja, ini mesti omma report ni. Ish, omma ni tau.

“A-adik n-nampak dia kat tepi jalan kena belasah dengan oppa dia, j-jadi adik tolonglah....” Aku tersenyum cemas, bilik ni beraircond tapi kenapa aku berpeluh jugak ni...

“Lepastu” tanya appa sambil mencapai tehnya.

“Hyung tu dah banyak kali pukul dia, appa. Adik dah tak sanggup nak....”

“Appa nak tahu macam mana isu kahwin boleh muncul, kamu masih sekolah Kyungsoo. Kamu ada lagi dua tahun. Kamu takkan boleh bersekolah kalau orang tahu yang kamu dah kahwin.” Appa kini memandang tepat ke arahku. Appa memanglah tak garang, tetapi dia sangat tegas. Dan ketegasan dia tu yang buat aku takut.

“Tapi appa, kami boleh rahsiakan.” Aku menggigit bibir bawahku.

“Tak semudah tu..........”

“Tapi adik yang akan tanggung.....”

“Ini bukan soal tanggung atau apa. Untuk tanggung dia, kamu, Suho hyung kamu, omma kamu, appa lebih daripada mampu. Ini soal kamu, tanggungjawab kamu, kekekalan perkahwinan kamu ni. Kamu masih mentah, terlalu mentah. Dan mampu ke kamu nak bertahan untuk tak buat benda tu? Perempuan tu sekolah lagi, tak boleh mengandung tau...”

“Tak, yang tu appa takyah risau.”

“Baiklah, jadi appa nak tahu apa masalah keluarga Ha......Ha apa?”

“Hani,” Appa mengangguk perlahan.

“Omma dia dah meninggal masa dia umur 2 tahun lagi, appa dia baru 6 bulan lepas meninggal. Lepas appa dia meninggal, dia dah tak pergi sekolah, abang ipar dia, yang pukul dia tu tak benarkan....”

“Jadi dah enam bulan dia tak ke sekolah? Ish, kenapa dia buat macam tu?”

“Dia kena paksa cari duit, hyung tu cakap dia kena bayar ganti rugi yang appa dia dah habiskan masa appa dia sakit. Im Hani tu bukan orang senang, jadi masa appa dia sakit hyung tu yang bayar semua dari duit hospital ke duit rumah.”

“Ah, jadi Hani sorang je kena  bayar? Unnie dia takpayah?”

“Um, nampaknya macam tulah.”

“Dah berapa lama lelaki tu kahwin dengan unnie dia?”

“Setahun kalau tak silap. Lepas mereka kahwin tu baru appa dia sakit.”

“Hmm, panggil Im Hani tu?”

“Tapi appa-“

“Kamu keluar, ada  benda appa nak bincang dengan dia.” Aku akur, aku pun berdiri untuk keluar daripada dapur. Tiba-tiba appa bersuara,”Kamu suka dia tak?” Aku tergamam. Kenapa appa tanya. Aku memandang appa dengan mata bulatku, kemudian tersengih dan ketawa malu.

“Ok, appa faham.” Apa tersenyum jugak. “Dah pergi panggil Hani.” Aku berjalan ke luar dari dapur.

“Hani, appa aku suruh masuk” aku memanggil Hani yang sedang duduk di sofa di ruang tamu dengan muka risau dan sedang bermain jari.

“Eh, kenapa aku pulak? Apa salah aku...”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zafalucky #1
nice story.... :D
haninad
#2
Chapter 27: Comellah ff ni.. Charaesso !! :))
baekielover #3
Chapter 27: Daebak......citer ni ...author..nim
xiuminnadz
#4
Chapter 26: anyway nice fanfic author nim
xiuminnadz
#5
Chapter 26: nak tahu surat yang suho bagi
yukiyuyana
#6
Chapter 25: Huaaaaa~ best cite ni. Wuwuwuwu congrates author. Cerita ni daebak gile,lawak ah macam macam la. Watak dia macam hidup
Snooww
#7
Chapter 24: Best la cite ni.. Tahniah d.o n hani!!
Gud luck n update soon..^~<
saidatulr #8
Chapter 24: Updaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!
baehwililly
#9
Chapter 24: Agagagaagg :v .. Lay jadi doktor ?? Wuuu mesti hensem an ?? Hahhaah .citer ni best btol !!
galaxy_hanhan
#10
Chapter 23: Lol daebak⁴ .. sedih pun ada xDD jeles dengan eunji ? parah tuu xDD update soon !