pasrah

aku suka kamu

Hakikatnya, dia begitu merindui lelaki itu, tapi sampai bila dia perlu hanyut dengan mainan perasaan sendiri? Sampai bila dia perlu berangan macam itu. Mungkin dia perlu kembali pada hakikat sebenar. Dia perlu menjauhkan diri dari lelaki itu. Bukan kerana benci, tapi takut,hatinya makin terluka. Kalau sudah parah, lagi sakit. Donghae mungkin tidak tahu. Dia sedaya upaya merubah dirinya menjadi yang terbaik didepan Donghae. Dia cuba memakai mekap, dan tidak memakai cermin mata, sebaliknya memakai kanta lekap.

 

Bersengkang mata mencari resepi terbaik untuk memasak makanan korea untuk Donghae walaupun dia sendiri tidak lalu untuk merasa makanan yang baginya masin dan tawar tu. Memang dia kadang kadang berangan mereka berdua seperti kekasih ketika makan bersama. Apatah lagi dengan cara Donghae melayannya. Dia seperti yakin Donghae sukakannya.

 

Tiap malam sebelum tidur dia akan menatap wajah Donghae di telefon dan membayangkan keadaan mereka berdua. Tapi itu hanyalah angan angan mat jenin Umaira. Tiada siapa tahu perasaan Donghae sebenarnya.

 

Umaira juga sebenarnya bimbang dengan kesihatan lelaki kesayangannya itu. Baru awal tahun hari tu Donghae dimasukkan ke hospital kerana demam panas berterusan dan masalah jangkitan pada usus. Satu badan dia sakit sakit.

 

 

Tapi masih juga dia kena pergi ke konsert konsert. Jadual Donghae sangat sibuk sampai dia tiada masa untuk dirinya sendiri. Umaira tahu sangat tentang itu. Walaupun mereka bukanlah selalu berhubung tapi dengan adanya twitter dan instagram membantu dirinya memantau aktiviti Donghae dari jauh.  Mahu menangis dia melihat keadaan Donghae ketika itu.

 

 Mukanya pucat sekali. Berselubung dengan pakaian tebal. Mungkin menahan kesejukan. Tapi tetap juga bersemangat di atas pentas.

 

Dan kini, Umaira masih lagi mahukan perhatian Donghae sepenuhnya? Umaira dapat merasakan dirinya kejam kerana menyeksa lelaki itu. Dia tahu Donghae benci bila berseorangan. Dia tidak boleh berseorangan. Tapi sebab Umaira Donghae sanggup memandu sejauh dua jam hanya untuk bertemunya. Daejon dengan Seoul memang agak jauh. Umaira sendiri tidak pernah ke sana. Mahal kot tambang bas pun.

 

Sekali lagi Umaira mengeluh. 'Maira, cukup cukuplah kau berharap. Kesian Donghae.' Dia patut hentikan Donghae dari terus melawatnya di Daejon. Selain untuk menghalang hatinya dari terus mengharapkan cinta Donghae, dia mahu lelaki itu fokus pada kerjayanya, dia sedar, mustahil yang amat untuk mereka bersama. Artis dan orang biasa punya jarak.

 

 Donghae milik peminat. Bukannya dia seorang, Umaira seolah olah tidak sedar akan perkataan Kun Fayakun. Dia tidak tahu, andainya takdir itu miliknya. Lewat petang itu, berat kakinya melangkah pergi dari taman itu seperti mana beratnya hati Umaira mencuba menerima keputusan yang telah dibuatnya.

 


p/s : Maira fighting!! jangan lemah semangat!! hae oppa ada untuk kamu!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok