rahsia terbongkar

aku suka kamu

                                   

 

Kesian pula dia tengok Maira. Ingin sekali dia katakan Donghae sukakan gadis tinggi lampai itu. Kenapalah Umaira tak pernah sedar akan hakikat itu? Dia yang perhatikan gelagat mereka pun sudah tahu. Pa ling dia pasti, Umaira suka dengan Donghae. Mana tidaknya, tiap tiap malam menghadap muka lelaki itu di laptop. Screen saver dia handphone juga gambar Donghae.

 

 

 

Dia nampak semua tu. Cuma dia buat buat biasa. Tapi makin lama dia tengok kawannya makin parah. Walaupun hanya beberapa bulan kenal dengan Umaira, sikap lurus bendul Umaira membuatkannya ingin sentiasa melindungi gadis naif itu. Dia yang sudah dua tahun di sini sudah masak dengan perangai kebanyakan peminat kpop idol.

 

 

 

 Kadang kadang dia join juga konsert kpop sekadar menghiburkan hati. Tapi untuk meminati dunia kpop, mungkin tidak. Dia tidak suka orang lelaki tergedik gedik menari atas pentas. Geli. Tapi bila melihat kesungguhan Umaira, dia tahu, perasaan Umaira bukanlah setakat suka.

 

 

 

Malah dia berani mengatakan Umaira sudah jatuh cinta, nampak sinar matanya ketika dia sanggup memujuk dirinya menemaninya ke pasar basah untuk membeli barang mentah. Pagi pagi lagi dia bangun memasak masakan Korea padahal Umaira sendri tak makan. Dari situ sahaja dia boleh menebak perasaan gadis itu

 

 

 

Tapi bagaimana dengan Donghae? Dia tidak pasti akan perasaan sebenar Donghae terhadap Umaira. Mungkin sahaja Donghae hanya mahu memainkan perasaan gadis itu. Dia punya firasat tidak elok. Masakan lelaki popular satu dunia betul betul ikhlas mendekati gadis seperti Umaira. Kalaupun betul, dia gembira bagi pihak Umaira.

 

 

 

Tapi bagaimana pula dengan reaksi peminat kalau mereka tahu? Silap silap teruk Umaira kena serang. Lagi pula, kpop idol sangat dikenali dengan sikap mereka yang suka mencari dan mencipta skandal. Dia bimbang, Umaira hanyalah satu permainan buat Donghae. Terlampau banyak perkara negatif berbanding positif yang boleh difikirkan.

 

 

 

"Kau cuba fikir Maira. Dia artis terkenal. Satu dunia mahukan dia. Dia boleh pilih sape pun. Jangan offend. Cuba fikir dari sudut aku ni. Kenapa dia pilih kau? Artis Maira, mereka sukakan orang seksi. Kau pula macam ni" Sarah cuba menapis sehabis daya. Dia tidak mahu Umaira terluka tapi dia perlu faham realiti

 

 

 

"apa masalah dengan cara berpakaian aku? Salah ke aku yang bertudung litup ni dekat dengan Donghae?" tba tiba Umaira baran kerana pemakaiannya dipertikaikan

 

 

 

"Jangan salah faham. Bukan macam tu maksud aku. Entahlah, susah nak terangkan. Kau banyak tengok video Donghae kan? Pernah kau cuba faham perangai dia sebenar? Kadang kadang Maira, tak perlu dekati orang tu untuk kita kenali dia. Cuba kau Kenal dia lebih rapat"

 

 

 

Umaira diam. Sarah mengambil peluang tu untuk menyamnbung kata katanya.

 

 

 

"kau lebih kenal Donghae dari aku. Tapi aku lagi kenal idol korea dari kau. Banyak sangat cerita pasal dorang dalam tangan aku. Kau fikirlah elok elok tentang masa depan kau. Jangan hanya sebab cinta, kau musnahkan impian kau kat sini. Hidup kau sendiri. Aku tak layak masuk campur. Aku tidak sebaik kau.  Aku tahu tu. Anggap jelah apa yang aku cakapkan ni dari kakak pada adiknya."

 

 

 

Usai sahaja bercakap, Sarah keluar  dari bilik Umaira. Dia dapat lihat wajah Umaira yang berubah bila disebut perkataan kakak dan adik. Biarlah dia melayan perasaannya. 

 

 

 

Betul anggapan Sarah, Umaira menangis sebaik sahaja pintu biliknya ditutup. Dia sedar dia hanya berseorangan di bumi Korea. Hadirnya Sarah sebagai kawan dari rumpun yang sama membuatkan dia merasa agak selamat. Sarah banyak membantunya dengan hidup barunya di situ. Dia menganggap Sarah rakan baik walaupun mereka hanya beberapa bulan hidup bersama.

 

 

Dia merenung wajahnya di cermin. Meraba seluruh mukanya. Walaupun mukanya tiada jerawat tapi lekuk parut dan pori pori wajahnya jelas kelihatan. Tiada apa yang istimewa tentang dirinya. Dia tidak cantik sperti mana semua scandal Donghae. Jauh berbeza. Dia tidak seksi. Akhirnya dia menangis sendiri. Menangis sampai sembab matanya.

 

 

Lamunan Umaira terhenti bila ada bunyi menandakan mesej masuk. Dari Donghae!

                              

 

"hi baby..oppa dalam perjalanan ke Osaka. Already miss u dear"

 

Dia menatap gambar itu sepuas hati. Sekali lagi air matanya  menitis. Berat betul ujian dia sekarang. Dalam diam dia mengakui yang perasaan suka terhadap artis dah berubah menjadi sayang kepada lelaki. Padahal dia dah berjanji dengan diri sendri takkan ada perasaan kat mana mana lelaki lain selain suaminya yang sah. Layanan Donghae terhadapnya membuatkan dia begitu terbuai buai, hanyut dengan perasaan sendiri.

 

Tapi dia tidak pernah ambil tahu apa perasaan Donghae yang sebenar terhadapnya. Mungkin kata kata sarah betul, Donghae hanya menganggapnya sebagai kawan. Semalaman dia memikirkan hal ini. Dia mengagahkan diri melihat semua video di youtube berkaitan scandal Donghae..Jessica, Yoona, banyak lagi. Ya, mereka jauh lagi cantik, sempurna berbanding dirinya. Mustahil untuk Donghae mempunyai perasaan lebih kepadanya,

 

"oppa…na pogoshippo.."

 


 

p/s : alolo~ kesian watak Umaira ni sebenarnya.. hanya disebabkan dia orang biasa, dia menjadi sangat timid. dalam angan angan seharian, yang pastinya kita tidak boleh lari dari realiti hidup

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok