bermula satu perkenalan~

aku suka kamu

Pagi pagi lagi ketika bangun, Donghae mencari makanan di dapur. Almaklumlah, semalaman dia tak makan gara gara terlampau excited untuk membuka akaun facebook. Dibuatnya ramen sekadar mengisi perut. Ahli lain masing masing samada menunggu untuk membasuh muka atau ada juga yang masih berlingkar di katil. Tiada jadual barangkali. 

 

Eunhyuk datang kesebelahnya dan membuka mulut. Lantas disuapkan ramen yang masih ada dimulutnya. "Semalam aku lihat bilik kau masih bernyala lampu. Kau tidur lewat ke semalam?Bukankah kau kata kau penat dan ingin tidur?" soalan Eunhyuk bertubi tubi. Dia mahu tahu kenapa sahabatnya itu agak lain dari biasa. Selalunya pasti dia akan mengeluh keletihan dengan tugas dan kerja yang tidak pernah henti. Namun sehari dua ni Donghae begitu bersemangat dalam semua benda yang dibuatnya. "Aku tengok kau dua tiga hari ni lainla. Apa apa nak kongsi dengan bff kau ni?" renung Eunhyuk.

 

 "Aku suka seseorang." ringkas, padat dan tepat jawapan Donghae membuatkan Eunhyuk tergamam sebentar. Setahu dirinya, Donghae masih lagi bersama Yoona. Ni apa dah jadi ni. Donghae bukanlah seseorang yang curang, playboy.

 

"Benda ni xconfirm lagi. Rileksla. Hahaha.. Nanti kalu dah betul betul menjadi, kau orang pertama aku akan kongsi. Okey?"  Donghae menutup perasaan curiga yang mula bertandang dalam hati sahabat karibnya itu.  Bukanlah dia mahu berahsia dengan Eunhyuk,namun semuanya masih terlalu awal untuk diceritakan. Eunhyuk pasti terkejut besar bila mengetahui kisah tentang malam konsert itu. Sekarang ni dia hanya perlu menunggu masa sahaja untuk mengetahui isi hatinya yang sebenar.

 

Tidak sabar untuk melihat respons Umaira, Donghae terus online menggunakan I phonenya. Hatinya melonjak kegembiraan bila inbox nya menunjukkan ada mesej baru masuk. Baru sahaja dia ingin membuka mesej tersebut, suara Eunhyuk menggesa dia supaya cepat membersihkan badan untuk ke studio.

 

 Dia melangkah ke bilik air dengan siulan dan mereka di luar hanya mampu menggeleng kepala mendengar suara pecah Donghae berkaeroke di pagi hari.

 

Malam itu seperti kebiasaan Umaira membuka laptop dan terus membuka akaun twitter untuk melihat TL. Mana tahu kot kot adalah barang sekeping dua gambar Donghae baru di post. Bila dipastikan tiada update terbaru mengenai penyanyi kesayangannya itu, barulah dia membuka facebook dan youtube. Inboxnya menyala menandakan ada mesej masuk melalui facebook. Dia menyangkakan mesej tu daripada ahli kumpulannya untuk berdiskusi mengenai assignments  ataupun projek mini.

 

Umaira hampir terjatuh daripada kerusi apabila melihat isi kandungan mesej yang diterimanya itu. Ianya daripada seseorang yang tidak pernah dia dapat mimpikan sekalipun. Ya, mesej itu daripada Lee Donghae. Penyanyi kumpulan terkenal diseluruh dunia. Dialah Lee Donghae. Dia begitu pasti kerana selama ni dia tidak pernah melihat gambar selca itu dan mesej dia..

 

 "hi, Umaira. Thanks for the origami. Nice to meet u ^^. Im really hope u enjoyed the time we had together at Malaysia. This is my private account. Please, do not give to others. Or then, they will catch me ^^" 

 

Masa tu dirasakan segala urat sendinya lemah tak bermaya. Tangannya terketar ketar menaip balasan untuk mesej itu.

 

"araa.. Thanks, Donghae shhii..:)"

 

 fuuhh…mesej yang ke 78 kali ditaip selepas mengeditnya. Mahu membalas mesej Donghae saja mengambil masa dalam dua jam. Tidak sabar menunggu balasan daripada Donghae. Namun dia faham, jadual seorang artis sangatlah padat. Umaira langsung tidak pernah menyangka dalam berpuluh puluh ribu, dia yang terpilih di mata Donghae.

 

Dia begitu yakin Donghae tidak akan mudah membalas mesej mesej peminatnya. Dia sendiri sebenarnya sebelum ni sudah beratus kali mention nama Donghae di twitter namun langsung tidak dibalas. Kali ni dia betul betl merasa istimewa. Hari ni sebenarnya hari yang sangat stress buat Umaira. Assignment nya terlampau banyak untuk disiapkan. Test dan kuiz menunggu hari sahaja. Tidak lama lagi, final pula menjelma. Tempat latihan industri pun belum difikirnya lagi.

 

Aduh, banyak betul masalah dia. Tapi bila buka laptop, masalahnya semua seolah olah hilang bila melihat mesej Donghae. Diikutkan hati, mahu sahaja dia printscreen mesej itu dan memberitahu seluruh dunia tentang perkara ni. Tapi dia harus akur akan permintaan Donghae.

 

Dia harus rahsiakan perbualan mereka. Walaupun dengan sahabat baiknya sendiri. Malam itu Umaira mula membuat segala tugasannya dengan senang hati. Malam itu juga dia tidur bermimpikan Donghae datang melamarnya. Eleh, tipu je tu.. padahal malam tu dia mimpi kena kacau ngan hantu sampai terbangun dia. Lupa belum solat Isyak lagi. Hehe..padan  muka.

 

Donghae membaca mesej pendek itu berulang kali. Maknanya, Umaira sedikit sebanyak pandai berbahasa korea. Bukannya apa, tetapi dia sangat sukar untuk berbahasa inggeris walaupun banyak kali diajar. Dia bukannya pandai macam Siwon. Ah, si perfect itu, apa sahajalah yang dia tidak mampu. Bisik hatinya. Mengukir senyuman riang, dia membalas mesej itu secepat mungkin.

 

" how did u know this is real me? How if im not Donghae? Your love Donghae?"

 

"Because u are the only one person I've ever give the origami."

 

"Who knows, maybe im just the manager of suju. :p "

 

" I just know it..Donghae cant really speak in english, and Donghae is the one always saying those words..B)"

 

"what words?"

 

" Sarang, lovely, my love…hahaha"

 

"gotcha! ^^"

 

"it's ok. I cant really write and speak in english well too..:)"

 

" So how can we communicate each other after this?"

 

Waahh..Umaira terpempan dengan ayat terakhir Donghae. After this?? Maksud dia apa? Dia nak kawan dengan aku ke? Tapi kenapa? Mengapa? Pelbagai persoalan bermain dimindanya. Dia 'blank'. Tidak tahu bagaimana lagi untuk membalas mesej Donghae.

 

"oppa.."

 

" yes dear..;)"

 

" can I ask something oppa"?

 

"anything my love..;)"

 

Ya Allah..dia betul betul lemah semangat. Romantik betullah lelaki ni. Tidak tahu ke Donghae caranya hanya buatkan dirinya cepat sakit jantung? Lama lama boleh arwah aku macam ni.

 

" oppa..are u serious wanna be friend with me? Why?"

 

"im serious dear..dont ask me why. I really don’t know the answer. Haha"

 

"…….."

 

"Dear, talk to u later. Oppa wanna sleep..:)"

 

" oh..okay..goodnight oppa :)"

 

Donghae tahu dia harus memberi ruang pada Umaira untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku. Iyalah, kalau dia sendiri pun tentu dia tidak akan percaya benda ni. Tapi tu lah hakikatnya. Donghae betul betul mahu mengenali Umaira dengan lebih rapat. Dia mahu kenal personalti unik Umaira yang tidak pernah dilihat sebelum ni dari mana mana peminatnya.

 

 Hmm..kalaulah Donghae ni tahu si Umaira ni pun sama je tahap gediknya bila berhadap benda benda gini.  Control je semua tu. Tapi yang pentingnya,sejak daripada balasan mesej pertama lagi Donghae sudah menyemai perasaan suka yang kepada Umaira tanpa dia menyedarinya.

 

 Donghae sebetulnya tidak mahu tidur lagi tapi memandangkan dia perlu memberi masa kepada Umaira, dia terpaksa berundur dahulu. Donghae keluar daripada kamar untuk bersama dengan ahli yang lain di ruang tamu. Malam masih muda, masih ada Eunhyuk, Ryeowook. Shindong dan Sungmin di depan televiyen menonton siaran bola. Di tangan masing masing memegang minuman keras.

 

Donghae ke dapur untuk mengambil setin minuman keras untuk lepak bersama ahli di ruang tamu.

Malam mereka dihabiskan dengan berborak kosong dan bergelak tawa sehinggalah masing masing mabuk dan tidak sedarkan diri hingga ke pagi esoknya.

 

Sehari, dua hari, tiga hari.. Seminggu berlalu namun tiada sebarang mesej daripada Donghae menyebabkan hidup Umaira tidak menentu. Hampir setiap masa dia memikirkan apa kesalahannya hinggakan Donghae tidak memberi respon pada mesej mesej nya. Kalau diikutkan hati, ingin saja Umaira menghantar mesej kepada Donghae setiap minit, tapi dia sedaya upaya menahan dirinya berbuat demikian. Pasti Donghae sangat sibuk dengan jadualnya.

 

Dalam twitter juga tiada langsung sebarang update mengenai aktiviti harian Donghae. Justeru, Umaira memujuk hatinya untuk menerima hakikat itu. Haih, susah betul kalau orang dah angau ni. Rindu dia pada Donghae hanya dilepaskan pada video video yang terdapat di youtube dan gambar gambar Donghae di instagramnya sahaja.

 

Lagak Umaira seperti mereka berkasih pula sedangkan hanya hari itu mereka berbalas mesej bersama. Kadang kala dia terfikir, mungkin Donghae bosan atau terasa dengan sikap endahnya ketika bermain mesej tapi hanya Tuhan yang tahu betapa dia menahan dirinya untuk tidak kelihatan terlampau excited. Donghae tidak mungkin tahu betapa kuatnya dia menjerit didalam bilik setiap kali mendapat mesej dari lelaki itu. 

 

Manakan tidak, artis yang dipuja dalam senyap tiba tiba mempunyai masa untuk menghantar mesej, siap bertanyakan cara untuk berkomunikasi lagi. Mahu dia pengsan setiap kali menerima mesej Donghae.

 

Eunhyuk masuk ke bilik menunggu dan melihat Donghae sedang berbaring di atas sofa. Perlahan lahan dia mendekati sahabat baiknya itu dan mengusap bahu Donghae. Sebenarnya perbuatan sebegitu dianggap biasa oleh mereka. Namun dia sendiri tidak faham pemahaman sesetangah pihak mengatakan perbuatan memeluk, cium pipi dikatakan gay.

 

Pada mereka, semua tu adalah cara mereka mengekspresikan rasa sayang mereka pada kawan kawan. Namun lain pula pada pandangan orang luar. Tetapi masing masing tidak kisah. Sukar untuk memuaskan hati setiap pihak. Asalkan peminat mereka tahu dan faham itu sudah memadai. Panggilan Donghae mematikan angan Eunhyuk.

 

" Kau dah habis recording?" ujar Donghae.

 

"Sudah, aku datang ni jumpa kau la" Eunhyuk tersenyum sambil hulur secawan latte pada Donghae.

 

"hmm, penat sikit hari ni. Aku berlatih dari awal pagi sampai pukul 4 petang tanpa henti "

 

"Biasalah tu. Donghae, ceritalah pasal awek yang kau cakap hari tu "

 

"Oh, Umaira. " Donghae tersenyum simpul.

 

" Umaira? Dia dari Malaysia kan? Kenapa dia? Maksud aku, ramai lagi yang jauh lagi seksi, feymes, tapi kenapa dia yang kau pilih?" Eunhyuk sudah melihat gambar Umaira yang diperkatakan tu. Baginya, Umaira sangat biasa. Langsung tiada benda yang menarik untuk dilihat dari seorang yang kelihatan menutup seluruh tubuhnya dan hanya muka sahaja kelihatan.

 

" sebab dia istimewa. Sebab dia tutup semua. Aku nak tahu tentang itu. Kenapa dia tak tunjukkan pada semua aset yang dia miliki. Kau tahu, aku pernah cuba hulurkan tangan, tapi langsung dia tak sambut. Masa konsert haritu, aku perasan mata dia langsung tak berkelip pandang aku, senyumannya tidak lekang. Tapi dia langsung tidak melompat, menjerit seperti peminta lainnya. Dia hanya diam ditempatnya." beria ia Donghae menceritakan semuanya pada Eunhyuk. Dia mahu Eunhyuk lihat sebagaimana yang dia lihat pada Umaira.

 

"So sekarang ni kau Cuma berkawanla dengan dia? Sanggup pulak kau bukak akaun peribadi semata mata mahu chat dengan dia. Hahaha"

 

"kalu tidak macam mana lagi aku nak dekati dia? Cara tu je yang ada. Heechul yang ajar. Lagipun aku tak nak sasaeng tahu. Matilah aku kena kejar. "

 

"habis, kau percaya ke Umaira tidak akan bagi tahu sape sape pasal tu? Macam mana kalau dia heboh kat semua orang?

 

"then dia tak boleh mesej dengan aku lagi. Aku tahu Umaira cukup bijak untuk tahu semua tu."

 

" aku hairanla, macam mana kau boleh cakap dengan dia. Yelah, english kau bukannya elok. Faham pulak dia apa kau cakap. Hahaaha"

 

"Aku tak de lah tahu sangat. Tapi dia pun cakap dia ada belajar sikit sikit bahasa korea. Jadi kitorang saling bantu bantulah..alaa kau ni. Kitorang baru sehari berchatting. Mana aku kenal dia sangat. Banyak lagi masa untuk aku kenal dia. "

 

"apa apa jela Donghae. Aku cuma harap kau tahu apa yang kau buat sekarang dan ingat, kau ada Yoona. "

Selesai berkata demikian, Eunhyuk berlalu dari bilik itu. Eunhyuk perasan sesuatu pada Donghae sekarang. Sinar matanya menakutkan. Seolah olah ada sesuatu yang tidak elok akan terjadi.  Eunhyuk dah kenal Donghae lama sehingga dia dapat mengagak apa tindakan Donghae. Dia hanya mampu berdoa agar Donghae tidak melakukan sesuatu yang tidak masuk akal.

 

Kata kata eunhyuk mengingatkan Donghae tentang kekasih hatinya itu. Sudah lama dia tidak menghubungi Yoona. Masing masing sibuk dengan kerja. Jika tidak mereka pasti akan keluar makan senyap senyap atau dating di tenpat biasa. Donghae mencapai telefon peribadinya lantas mendail no kekasih hatinya itu. Rindu. Tersenyum lebar dia melihat panggilannya berbalas.  Wajah Umairah seakan akan pudar dari ingatannya. Dihiasi dengan wajah Yoona.

 

Dua minggu berlalu, Umaira mula menganggap semua yang berlaku hanyalah mimpi yang indah. Walaupun dia kerap membaca berulang kali mesej mereka, namun masa itu juga dia sedarkan dirinya bahawa Donghae dan dia umpama langit dan bumi. Tersangatla jauh bezanya. Baiklah dia belajar untuk final yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Tetapi dia masih lagi mendengar lagu lagu super junior sebagai pembakar semangat nya untuk belajar. Dia akan mengulang ulang lagu yang sama setiap kali. Baginya Donghae langsung tidak bersalah. Dia sentiasa sedar dirinya sendiri.  Tapi kejadian sebentar tadi sangat mengejutkannya. Pukul 2.30 pagi ketika dia ralit menyiapkan assignment. Tiba tiba chatbox berbunyi menandakan mesej masuk. Alangkah terkejutnya dia bila menyedari pengirim mesej itu.

 

" annyeong ^^"

 

Dengan terketar ketar, dia mebalas "annyeong oppa..:)" mula mula dia menyumpah dirinya sendiri kerana terlalu lemah dengah godaan itu tapi dia tidak kira, Donghae kott..gilalah dia kalau dia tidak membalas mesej itu

 

"pogoshippo..mianhe, oppa busy."

 

"kenchanaa oppa..i understand."

 

"so, what's up? dont u miss me?"

 

" na dum..pogoshippo oppa. I thought u mad at me"

 

"why should i? sorry to keep u waiting. Oppa's here now..:)"

 

Malam itu Umaira mengorbankan masa tidurnya semata mata untuk chating dengan Donghae walaupun dia sedar esok paginya dia ada presentation penting. Namun dia gagahi juga matanya untuk terus segar demi Donghae. Dia cukup bertuah Donghae melayannya bagai kekasih hati malam itu. Mereka bermanja dan Umaira merasakan seluruh hatinya tertumpah hanya untuk Donghae. Cintanya terus bertukar daripada peminat kepada seorang yang sangat istimewa.

 

Sama seperti Umaira, Donghae juga sebenarnya merasakan perkara yang sama. Donghae rindu akan Umaira setelah dua minggu malam itu berlalu. Malam itu dia menghantar mesej kepada Umaira dengan harapan dia akan membalasnya. Malam itu dia menghabiskan masa dengan Umaira tanpa sedar masa yang berlalu. Entah kenapa, hatinya memaksa untuk terus menerus berbual dengan Umaira. Semakin lama dia mengenali Umaira, semakin kuat ikatan antara mereka. Donghae sempat meminta no telefon Umaira untuk dia meneruskan perbualan melalui telefon. Tapi sayang, Umaira tidak mempunyai aplikasi Line mahupun Wassap atau dengan kata lainnya Umaira tidak mempunyai telefon pintar yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan mudah dan percuma. Dia pelik juga, ada lagi orang seperti Umaira yang memakai telefon lama.  Kecewa jua tapi tidak mengapalah.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok