hai~~

aku suka kamu

Di sebuah studio latihan, Donghae tersenyum sendiri bila melihat sekali lagi gambarnya di RT Umaira.  Hari ni dirasakan cukup indah baginya. Segalanya berlaku dengan penuh lancar walaupun dia kepenatan.

 

 

Dia sendiri sebenarnya berasa hairan dengan diri sendiri. Tidak memahami hatinya sendiri. Banyak lagi peminta di seluruh dunia RT benda yang sama, bagi hadia yang sama. Kenapa mesti Umaira juga yang dirasakan istimewa? Heechul datang disebelahnya sambil mengintai apa yang membuatkan dongsaengnya begitu asyik sekali. "Hyung, cuba tengok dia ni. Cantikkan? Hehe.." Heechul memandang pelik ke arah Donghae. Dia ni dah kenapa? Kalu tidak silap, pemakaian gadis itu mirip sebuah negara yang selalu dia kunjungi.

 

Tapi dia lupa. "biasa je. Tak seksi pun.." balas Heechul acuh xacuh. "Hyung, ada tak cara untuk kita berkenalan dengan seseorang tanpa semua orang tahu kita sebenarnya?" tanya Donghae. " senang je. Buat jelah akaun baru, guna nama biasa, eh..tapi kita kan artis, memangla semua orang kenal kita. Letak nama sendiri pun boleh. Tapi tak perlulah dedahkan sangat identiti tu kat orang lain, nanti semua peminat tahu." panjang lebar jawapan Heechul.  Jawapan Heechul seperti sinar baru dalam kehidupan Donghae.

 

Mukanya berseri seri. Dia tersenyum lebar. Sekarang dia tahu apa yang patut dilakukan nya. Tiba tiba kedengaran choreographer memanggil mereka semua untuk meneruskan latihan pada hari itu.

 

Malam itu usai semua jadual Donghae, dia terus memerap di dalam bilik untuk meneruskan hajatnya yang sejak petang tadi diidamkan. Ryeowook yang menyediakan makan malam juga tidak dilayannya. Diberinya alasan penat dan mahu tidur.

 Sedangkan hanya dirinya sebenar yang tahu apa aktiviti dia malam itu. Mula mula sekali dia sign up akaun facebook yang tidak pernah dimilikinya selama ni. Dia menggunakan namanya sendiri kerana dia begitu pasti ramai peminat dari seluruh dunia menggunakan nama yang sama.bukan dia tidak tahu tentang itu. Benda itulah yang sering mereka taruhkan sesama ahli. Mencari nama siapa yang paling banyak digunakan oleh peminat. Gambar pula, dia hanya mencari di internet dan memilih untuk menggunakan gambar nya yang biasa.

 

                         

 

 Mana boleh pakai gambar yang diambil sendiri ketika itu juga. Mahu identitinya yang sebenar terbongkar. Tujuan dia hanyalah mahu mendekati gadis yang sedikit sebanyak telah membuatkan fikiran dia terganggu itu. Dia yakin, pasti gadis itu tertunggu tunggu akan kehadiran nya. Kehadiran yang selama ini diimpikan oleh setiap gadis di luar sana. Tetapi peluang itu hanya diberikan kepada Umaira. Bila ditanya mengapa, hatinya seolah olah mengiakan bahawa dia telah mula menyukai gadis itu. Walaupun hanya sejam setengah mereka berjumpa. 

Seperti terdapat aura istimewa yang terpancar dari sinar mata gadis itu di konsert malam itu. Sinaran yang memaksa dia memikirkan tentang perihal gadis itu hampir setiap masa. Selesai sahaja akaun facebook dibuat, dia terus mencari nama Umaira bedasarkan emel yang diberi diatas kertas origami semalam.

 

Matanya membulat melihat profile picture Umaira. "Betulke dia ni orang yang aku jumpa malam tu?" bisik hatinya. Baginya, Umaira kelihatan sangat berbeza. Cermin mata nya juga tiada. Apa yang sama hanyalah tudung yang membalut kepalanya, tiada langsung gambar Umaira yang menampakkan mana mana anggota tubuhnya yang boleh Donghae lihat. Tapi dia kelihatan suka menulis status. Donghae tergelak sendiri bila melihat hidung Umaira yang sememangnya kembang sekembang taman bunga itu.

Sebab itulah dia juga hairan kenapa dalam banyak banyak wanita yang cantik, malah buah hatinya sekarang jauh lagi cantik daripada Umaira. Namun Umaira tetap muncul dalam ingatannya. Terus dia menambah kenalan di akaun milik Nur Umaira. Sambil itu dia menghantar private message mengandunigi selcanya yang tidak pernah di post dimana mana. Dia mahu Umaira tahu dirinya yang sebenar. Dihantar juga message "hi :) "

 

 dengan mesej dan gambar yang sama, Donghae membuka akaun twitter yang baru dan menghantar nya pada Umaira. Tetapi malangnya sistem twitter tidak membenarkan Donghae untuk menghantar sebarang DM kepada Umaira selagi mereka tidak follow each other. Dalam kehampaan, Donghae terpaksa menunggu balasan daripada facebook Umaira. Namun dia tidak lupa untuk follow akaun twitter Umaira.

 

 Dengan harapan Umaira dapat perasankan kehadirannya. Selepas sahaja siap kesemuanya, Donghae merebahkan tubuhnya di katil dan terus terlelap. Jadual harian yang sangat padat menuntutnya untuk terus dan terus bekerja sehingga dia kadang kala berasa seperti robot. Tidak mempunyai sebarang perasaan. Arrgghh!! Dia terus tertidur pulas malam itu. Tidak sabar menantikan hari esok.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok