oh oh!!

aku suka kamu

 

Semasa mula mula datang ke Korea Umaira langsung terlupa membawa sarung tangan dan pentup telinga. Akibatnya, dia menderita kesejukan. Nasib baiklah ada Donghae membantunya memberi kedua dua brang penting itu. Bergetar jiwa bila saat Donghae memakaikan Umaira penutup telinga berwarna biru gelap itu. Saat itu dirasakan Donghae begitu dekat dengan dirinya.

 

Walaupun untuk lima saat dan tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku, tapi hati dan jiwanya seakan mencair. Mukanya kemerahan menahan malu yang amat. Langsung ditundukkan wajah. Pada masa yang sama, Donghae begitu suka melihat reaksi Umaira sebegitu. Kelihatannya begitu suci. 

 

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia mencium dahi Umaira tapi dia tahu kalau tidak penampar, penyepak pasti akan singgah di mukannya. Umaira ni walaupun nampak lembut tapi tegas dan kasarnya boleh tahan juga. Pernah sekali Umiara menepis kuat tangannya bila dia cuba memegang jari runcing milik Umaira. Terkejut dia.

 

Nasib baik Umaira masih melayannya dengan baik dengan anggapan dia tidak tahu apa apa tentang Islam. Lama lama dia makin tertarik dengan agama Islam. Banyak perkara yang dipelajarinya. Umaira juga sentiasa berusaha menunjukkan contoh terbaik menunjukkan identitinya sebagai muslimah.

 

Petang itu dibawah pohon cherry yang sama Umaira bersendirian termenung. Teringat perbualannya dengan Sarah malam tadi. Sarah masuk kebiliknya ketika dia sedang belajar.

 

"Maira, aku ada hal nak tanya kau." riak wajahnya serius

 

Umaira mengangkat kening. "apa?  Asal serius sangat ni?"

 

"siapa lelaki yang selalu dengan kau bawah pokok cherry tu?"

 

Hatinya berdebar debar. Mana Sarah tahu ni?

 

"sape maksud kau? Kan ramai kawan lelaki aku. Salah seorang dari dorang la tu" hati hati Umaira menuturkan kata

" aku mungkin tak layan kpop Maira. Tapi orang macam tu. Aku tahu. Aku kenal."

 

Sah! Sarah ada nampak mereka berdua. Aduh, macam mana ni?

 

" so, apa tujuan kau datang bilik aku sekarang kalau kau dah tahu jawapan kau nak tanya?" Umaira cuba berlagak biasa

"Maira…"

"kami Cuma berkawan la. Mana ada apa apa."

 

"Kawan? Maira, kalau dah selalu berjumpa tu habis masa berdua dari pagi sampai ke malam. Bersusah payah kau masak makanan korea walaupun tekak kau takleh nak terima. Kawan?" sinis Sarah.

 

"Sarah. Aku dengan Donghae tak de apa apa lah. Ye, aku sukakan dia. Tapi mustahil kan dia nak pandang orang cam aku ni. Sebagai artis terkenal, pilihan dia banyak. Kami banyak habiskan masa sebab aku minta tolong dia ajar aku Hangul. Lagipun dia kawan korea aku yang pertama"

 

Susah bagi Sarah menghadam penjelasan Umaira. Kenapalah kawannya ni lurus sangat?

 

"Kau tak pernah bercinta eh ?" Sarah meneka.

"Eh, apa pulak kau ni tanya camtu pulak."

"Jawab jela aku tanya ni"

"Pernah. Masa aku sekolah dulu. Pastu masa aku matrik. Kejap je. Sekarang aku solo" jawab Maira dengan jujur

"Kau ni, nak cakap tak matang, tapi dah banyak bercinta. Tak kan lah kau tak faham lagi perangai lelaki?"

 

"Apa maksud kau ni?" sungguh Umaira kabur dengan kata kata Sarah

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok