hey, i like u!

aku suka kamu

                                                                

 

Pagi itu dia menghantar selca nya pada Umaira sebagai tanda semangat untuk Umaira meneruskan harinya. Mereka berjanji akan chatting lagi malam nanti. Lagipun masa di Seoul hanyalah sejam bezanya. Paling penting, dia sudah mula sukakan Umaira dengan serius. Masa yang dilalui hari itu dirasakan agak lama bagi Donghae. Dia sudah mula merindui Umaira. Dia merindui sifat malu Umaira, rendah diri,dan sopan Umaira. tetapi dalam malu Umaira terselit manja dia.  Fikiran Donghae hari ini dipenuhi dengan Umaira. Dia juga mengharapkan Umaira juga memikirkan benda yang sama. Dia mahu Umaira juga fikirkan dan rindukan dia seperti mana Donghae juga begitu.

 

Umaira merasakan harinya tidak sempurna hari itu. Hati dan fikirannya sentiasa pada Donghae. Kawannya mengajak dia makan juga ditolaknya. Agak mustahil bagi sesiapa yang mengenali Nur Umaira yang memang pantang menolak makanan itu. Tapi hari iu Umaira betul betul tidak lalu untuk makan dan berharap hari cepat malam supaya masa nya dengan Donghae. Dia ingin masanya dengan Donghae tiba dengan cepat. Moodnya untuk belajar tiada hari itu. Lantas balik ke bilik, dia membuka video super junior dan menonton wajah Donghae sepuas puas hatinya. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 12 tengah malam tetapi Donghae sudah menghantar mesej kepadanya.

 

"annyeong baby…;)"

"annyeong :)..you're early today"

" because I miss u so much :* "

Haih donghae ni kalu tak buat Umaira sasau memang tak sah.

 

"have u eaten? Don’t u busy? "

"im done with my work today..i've eaten too. How bout u?"

 

 

"masshiitaa..im too already had dinner. :).so what u do usually at times like this?"

"nothing, just playing instrument, sing, or work out."

"im always wondering how kpop idols are like.."

"haha..you couldn’t even imagine it.."

"btw oppa, mianhei.."

"why ?"

"because u had to write in English..i know its hard for u. sometimes I can write in hangul but not at some hard words"

"its okay, I will take it as my english lessons..haha..you're korean actually but its okay,,keep working on it"

"I will..i got some reasons to learn hangul now.haha"

"charandaa.."

 

Dan begitulah berlalunya malam itu buat Umaira dan Donghae. Mereka berbual, ber gurau sehingga malam kian berlalu diganti awal pagi. Ada ada saja benda yang mereka bualkan. Setelah 4 jam mereka mengahabiskan masa bersama, Donghae meminta diri untuk tidur. Dia perlu berlatih esok pagi. Umaira dengan berat hati menutup laptopnya dan terus berbaring. Walaupun sudah awal pagi, dia masih lagi tidak dapat tidur. Fikirannya sentiasa memikirkan Donghae.  Niat di hati ingin rasanya dia meminta panggilan video bersama Donghae tapi perasaan malu dan segan menguasai diri.  Sebetulnya dia masih belum spenuhnya apa yang dia alami sekarang ini. Umaira selalu bertanya pada dirinya sendiri, apa yang ada pada dirinya hinggakan Donghae memilih dia sebagai kawan dari beribu ribu peminatnya di luar sana.

 

Bermula daripada itu, hubungan mereka menjadi lebih rapat sehingga Umaira separuh mati tergila gilakan Donghae. Semuanya disebabkan sikap Donghae yang sangat mengambil berat dan manja. Sebenarnya Donghae juga merasakan hal yang sama seperti Umaira. Namun dia tidak menyedarinya. Dia suka akan sikap Umaira yang sangat menghormati dirinya sebagai artis. Umaira tidak seperti peminatnya yang lain yang kadang kala membuat dirinya ketakutan. Walaupun Umaira tahu banyak mengenai dirinya, namun dia langsung tidak menunjukkan sikap sayang yang ketara. Donghae juga suka dengan cara Umaira melindungi maruah dirinya. Teringat perbualan mereka semalam.

 

 

 

"maira, oppa wanna ask u something"

"yes oppa"

"I see your attire on concert last time. What was that called?"

"ohh..that's 'baju kurung'.  U saw what I wore?"

"yeah..its unique.never found that before."

"of course. Its Malay's costume."

"but I see many girls like u. but they do not wear same attire?"

"its like hanbok in Korea. Not everybody would wear it evertime. Plus, not suitable for that kind of event"

"then why u wore it?"

"just because..its comfortable for me..:)"

"its really suits u baby..i like the way u wore it..nice to see.."

"kamsahamnida..:)"

 

Haha.. Walhal Donghae tak tahu, Umaira bergegas ke konsert selepas menghadiri kenduri kahwin kawannya. Lepas itu terus sahaja dia mencari surau untuk solat manghrib memandangkan waktu sudah lewat benar. Walaupun Umaira tahu dia akan lewat masuk dalam konsert itu, namun tidak sekali kali dia mengabaikan solatnya. Tanpa sempat mengenakan sebarang mekap, dia terus mencari pintu masuk stadium. Sebab itulah malam itu penampilannya sangat selekeh. Dengan tudungnya lagi tidak sempat dikemaskan. Hanya pakai sarung dan betulkan tanpa bantuan cermin.

 

Tapi dia tidak kisah pun sebab selama ni pun memang itulah cara pemakaiannya ke kuliah setiap hari. Tidak disangka pula artis yang diminatinya itu perasan akan kehadirannya di situ. Dalam diam dia berterima kasih pada kawannya  kerana menasihatinya agar tetap menjaga sikap walaupun ketika berdepan dengan keadaan begitu. Dia bertekad akan tetap menjaga dirinya. Tidak akan sekali kali dia biarkan minatnya itu menumbangkan maruah gadis melayu, muslimah.

 

Bagi Donghae, dia semakin keliru dengan perasannya. Hatinya mula berdegup kencang setiap kali bermesej dengan Umaira. Tapi dia sedar, dia sudah mempunyai Yoona. Dia hairan dengan dirinya sendiri. "kenapa aku jadi macam ini? Apa istimewanya Umaira sehingga mampu membuatkan aku menghabiskan masa untuknya?" berkali kali dia menanyakan soalan yang sama kepada dirinya namun sepi, tiada siapa yang memeberi jawapan. 

 

Yang pasti, setiap hari semangat untuk bertemu Umaira semakin menggunung. Mula terbit perasaan rindu pada Umaira. Bukanlah dia tidak berusaha untuk menepis perasaan yang baru hadir itu, dua minggu dia menyepikan diri.cuba menahan diri daripada menghubungi gadis dari Malaysia itu. Dia menggunakan alasan sibuk bekerja untuk menutup gejolak rindu pada Umaira. Dia cuba menghabiskan masa dengan Yoona. Tapi setiap kali memandang Yoona hatinya teringatkan gadis itu. Dia juga lepak dengan trainees, makan dengan member dan dongsaeng.

 

Tapi semua tu tidak membantu Donghae untuk melupakan Umaira. Akhirnya, kerana terlalu rindu, dia memutuskan untuk membalas mesej gadis itu yang tidak dihiraukan pada mulanya. Dia bagaikan menemui ketenangan bila bersama Umaira. Umaira tidak pernah mendesak dia, sentiasa tenang dalam berbicara dan paling penting, Umaira tidak berlagak seperti peminatnya. Gadis itu terlalu biasa!

 

Pagi itu, dia menceritakan masalahnya pada member terdekat seperti Eunhyuk, Siwon, Heechul , shin dong dan juga Leetuk. Dia mahu meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya. Fikirannya sentiasa bermain main mengenai perkara ini. Sudah pasti kawan kawannya semua terkejut dengan penjelasan Donghae. Cuma Eunhyuk sahaja kelihatan tenang. Dia sudah mengagak perkara itu akan berlaku.

 

"habis tu kau nak buat apa sekarang?" ujar Eunhyuk.

 

"aku tak tahu. Aku buntu. Sebab tu aku panggil kalian semua. Aku nak selesaikan masalah hati ni."

 

"masalah ni Cuma kau yang boleh selesaikan Donghae. Kami hanya boleh bagi nasihat dan cadangan sahaja." balas Leetuk sambil menepuk bahu dongsaengnya.

 

"entahla hyung. Aku betul betul bingung. Kenapa aku boleh jadi macam ni. Kenapa aku sentiasa memikirkan gadis Malaysia itu. Padahal dia langsung tidak menepati citarasa aku. Dia tak cantik macam Yoona."

 

Umum mengetahui hunbungannya dengan Yoona lebih dari 6 taun.

 

"kau kena sedar, kau tidak boleh macam ni. Kau tahu kan apa kan jadi kalu sosangnim tahu? Matilah kita semua." Heechul membidas.

 

"hyung, fikirkan apa yang terbaik untuk hyung. Aku pun tidak pasti apa yang patut aku lakukan untuk membantu hyung. Fikirkan masa depan kita. Masih ada 5 tahun untuk kita habiskan contract. Lagipun bagaimana kalu saseng dapat tahu?" panjang bicara Siwon.

 

"tapi Shin Dong hyung dapat je couple. Sosangnim tak de masalah pun. Kenapa bila masa aku, aku tak boleh buat keputusan sendiri?"

 

"aku lain, peminat aku tidak lah segila peminat kau. Lagipun tengoklah, kami terpaksa menunggu lebih dari 6 tahun untuk kahwin" Shin Dong membalas.

 

Mereka dapat melihat betapa tegangnya muka Donghae masa itu. Mereka faham masalah Donghae. Tapi mereka tidak mahu Donghae terlalu hanyut dengan perasaan nya.

 

"Donghae, peminat is just peminat. Antara kita dengan mereka ada tembok besar yang tidak boleh ditembusi. Kau kena tahu itu. Mungkin, kau keliru dengan perasaan kau sekarang. Ambillah masa untuk tenangkan diri. Hyung yakin kau mampu atasi perasaan ni. Lagipun, kasihanilah Yoona. Dia terlalu sempurna. Hubungan kau dengan dia pun dah sampai tahap mana. Hargailah dia." lebar bicara Leetuk. Dia tidak sanggup tengok dongsaengnya merana macam lelaki tidak tentu arah begitu. Dia tahu dia perlu menasihati Donghae.

 

"jom, kita main game bersama? Sudah lama kita tidak meluangkan masa bersama sama kan? Jom laa.." Euunhyuk menarik tangan Donghae keluar dari tempat itu.

 

Kebetulan Donghae tidak mempunyai sebarang jadual buat masa sekarang, dia bercadang untuk merehatkan mindanya dengan bercuti. Dia tidak mahu berfikir tentang masalah yang dialami nya sekarang. Oh, dia tiba tiba teringatkan sesuatu.

 

Mungkin lebih elok jika dia mengambil kesempatan ini untuk meperbetulkan akalnya, memulihkan kembali atau mungkin juga dengan kata lain, memikirkan kembali hubungannya dengan Yoona. Dia menelefon Yoona dan mengajaknya bercuti bersama sama di tempat yang jauh dari hiruk pikuk kota. Yang menyebabkan hatinya bertambah rungsing.

 

  Gembira rasanya bilamana Yoona sanggup mengambil cuti untuk menemaninya walaupun dia tahu kekasihnya itu tersangatlah sibuk. Apatah lagi SNSD akan membuat kemunculan di tahun baru. Mereka bercadang untuk bercuti di sebuah pulau yang jauh dari Seoul. Hanya mereka yang tahu tempat istimewa itu. Yang pasti, tiada peminat dapat mengikuti dan menjejaki mereka. 

 

Sekali lagi, dia membuat kepuusan untuk meninggalkan Umaira. Dia pasti dalam 4 hari ini dia pasti akan lupakan Umaira. Dia harus lupakan Umaira. Umaira hanyalah mimpi. Itu yang disematkan dalam kepalanya ketika keluar dari asrama Suju ketika awal pagi.

 

Dalam Donghae berseronok bersama sama kekasih gelapnya, Umaira di Malaysia menerima berita yang sangat mengejutkan daripada pensyarah nya.

 

 Oleh sebab Umaira merupakan pelajar cemerlang selama dua tahun setengah berturut turut, pensyarahnya telah menghantar surat rekomendasi kepada Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) yang terletak di Daejeon, Korea Selatan untuk menerima Umaira sebagai salah satu pelajar pertukaran. Umaira akan berada disana selama setahun dimana pemindahan kredit dilakukan. Bermakna, Umaira tidak perlu memanjangkan tempoh pengajiaan, sebaliknya, dia akan belajar selama setahun di Korea dan melaksanakan praktikalnya juga disana.

 

Dia Cuma akan pulang menghabiskan semester terakhirnya di Malaysia di universitinya sekarang. Pada mulanya penasihat akademiknya itu mahukan Umaira belajar di German, atau Jepun, yang mana tarafnya lebih tinggi. Tetapi kerana persaingan yang sengit daripada pelajar cemerlang yang lain, Umaira mendapat tempat di Korea.

 

 Umaira sendiri sebenarnya tidak mengetahui akan tindakan pensyarah merangkap  penasihat akademiknya itu menghantar resume beserta transkrip Umaira ke institut tersebut.  Tidak disangka, universiti terbaik di Korea itu menerima Umaira sebagai pelajar pertukaran dengan biasiswa penuh. Umaira memang layak mendapat ni. Dia telah berusaha keras untuk memajukan dirinya dan juga mengharumkan jabatan kejuruteraan mekanikal di universiti itu.

 

Umaira memang tidak pernah menyangka dia akan mendapat peluang itu seumur hidupnya. Berkali kali dia menepuk dirinya untuk sedarkan diri. Manalah tahu kalau kalau semua ni hanyalah mimpi.  Segera dia menghubungi ibunya di kampung untuk memberi khabar gembira ini. Puan Rashidah benar benar bangga dengan anak sulungnya. 

 

Umaira telah membanggakan seluruh ahli keluarganya. Walaupun beliau selalu risau dengan perangai anaknya yang terlalu sukakan artis dari Korea, dia bangga kerana anaknya sampai sekarang masih mampu menjaga masa nya.

 

Setelah perbincangan dilakukan dengan pensyarah, Umaira mula membuat keputusan untuk belajar bahasa hangul dalam masa dua bulan yang ada ni.tidak lama sahaja lagi dia akan menghadapi peperiksaan akhir. Kemudian setelah tiga minggu, dia akan bertolak ke Korea untuk memulakan semester baru disana. Terlalu banyak benda yang perlu dilakukan mulai sekarang. Dia mula kalut. Itulah kelemahan utama Umaira.

 

Atas nasihat pensyarahnya, dia mula mengatur jadual. Dia perlu menyelesaikan semua perkara sebelum berangkat. Pemergiannya terlalu cepat untuk membuat persediaan penuh. Jadi, dia serahkan hal hal kemaskan barang kepada keluarganya di kampung. Sementara dia di sini sibuk mengejar deadline assignment, belajar dan belajar. Secara tidak langsung, dia mula melupakan mesej nya dengan Donghae. Bukan sengaja, tetapi kadang kadang dia terlampau penat untuk membuka komputer. Keluar awal pagi, balik ke bilik selepas Isyak, hanya Allah yang mengetahui penatnya badan dan otaknya ketika itu.

 

 Rakan rakan coursemate semuanya mengetahui perkara itu dan mereka semua mengucapkan tahniah dan berbangga dengan Umaira. Ada juga yang sedih, terutamanya rakan baiknya kerana terpaksa berpisah untuk masa yang lama. Umaira terharu dengan semua itu. Tapi dia juga gembira kerana dapat berdekatan dengan Donghae. Umaira tersenyum riang dengan angannya.

 

Dia ada juga membuka akaun facebook dan twitter untuk melihat perkembangan Donghae memandangkan tiada sebarang mesej daripada lelaki itu. Mengandaikan Donghae sibuk, Umaira langsung tidak menghantar mesej kepadanya. Cuma kadang kala dia menulis status dengan harapan lelaki itu akan membaca nya. 

 

Tidak mahu menganggu jadual padat lelaki itu, Umaira hanya mampu menahan perasaan yang membuak buak untuk bercerita dengan lelaki idamannya itu. Walaupun dia agak sangsi apa reaksi Donghae. Mungkin Donghae hanya bersikap biasa, dia sahaja yang mengharap lebih.

 

 Hmm..mungkin dia perlu menunggu Donghae menghantar mesej dulu. Tidak perlu tergesa gesa. Itu yang bermain diminda Umaira setiap kali mahu menghantar mesej kepada lelaki itu

 

Sementara itu di sebuah tempat di Seoul kelihatan seorang lelaki muda yang keluh kesah walaupun berada di tempat ramai. Kedinginan malam itu tidak dapat mendinginkan hatinya yang gelisah. Air kencing syaitan yang diminum juga bagaikan tidak mampu menghilangkan kekusutan minda. Dia fikir, percutian selama seminggu itu dapat membuatkan dia melupakan gadis itu tapi rupanya dia silap. Malah, jiwanya makin terseksa menahan rindu yang mendalam kerana tidak mendengar sebarang khabar dari insan bernama Umaira.

 

Umaira memang ada menulis status tapi harinya bagaikan tidak lengkap jika tidak bercakap berdua dengan gadis itu. Sudahnya, Donghae mengambil keputusan untuk pulang dan meninggalkan kawan kawannya yang masih lagi hanyut dengan kebisingan suasana di kelab malam terkemuka itu.

 

 Malam itu juga dia membuka akaun peribadinya dan menghantar mesej kepada Umaira. Dia amat berharap agar Umaira membalas dengan cepat kerana dia sudah tidak tahan menahan rindu yang membuak. Dalam beberapa minit sahaja mesejnya sudah mendapat balasan

 

 

"oppa!!"

"I miss u dear.."

"miss u too oppa..i know u busy.its okay oppa :)"

 

Sigh..kalaulah Umaira tahu apa yang dia buat sepanjang minggu lepas

 

"why u don’t message me?im waiting for u too"

"ooh..im afraid I would disturb u"

"its okay baby..im okay..:)"

"oppa..congrats for your comeback..eunhae..:)"

"thanks.did u watch our mv?"

"of course..love it! already download it..hehe"

"haha.."

"oppa. I wanna tell u something."

"what dear?"

"could u please teach me hangul?"

"of course. Why u suddenly asking that?"

"because..im gonna stay at korea for a year..:D"

"jijja?"

"yes..i got transferred here. Im gonna flight on february"

"awesome!"

"hehe..that's why im busy now. I need to learn hangul in class in just two mnth. I don’t know if I could make it"

"don’t worry dear..im here..Maira, u want have video chat with me?"

 

Ohh maaaiii…akhirnya!! Sudah lama Umaira mahu kata kata itu keluar dari mulut Donghae. Bukan dia tidak mahu mengajak, tapi dia segan. Nanti apa pula Donghae fikir pasal dirinya. Bila sudah diajak, apa lagi, memang bergegar la bilik Umaira sekali lagi dengan jeritannya.

 

 

 

 

Nasib baik roommatenya sudah pulang ke rumah memandangkan minggu itu merupakan minggu cuti belajar bermula. Apa lagi, dengan pantas dia menyetujui cadangan Donghae. Alahai, betapa teringinnya dia untuk memberitahu kawan kawannya tentang persahabatannya dengan idol korea yang terkenal di seluruh dunia ni. Tapi dia takut akan dua perkara, bagaimana kalau semuanya terbongkar? Nanti tiadalah peluang untuk dia berhubung dengan Donghae lagi.

 

Lagipun dia selalu mendengar cerita tentang sasaeng yang agak ganas bila mengetahui idol kesanyangan mereka mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Dia tidak mahu dirinya dan Donghae terlibat dalam masalah. Lagi satu, dia yakin tidak akan ada yang percaya padanya jika dia memberitahu kawan kawannya

 

. Umaira yang mereka kenali bukanlah seorang peramah dan mudah mesra dengan orang. Dia biasanya pendiam dan rapat dengan kawan rapatnya sahaja. Tidak ramai yang suka mendekati Umaira kerana boring dengan sikapnya.

 

Malam itu buat pertama kalinya Umaira melihat wajah dan bercakap dengan Lee Donghae daripada Super Junior. Idol terkenal di seluruh dunia. Ketar lutut, kaku, tergamam, semuanya berlaku. Sumpah, dia tidak pernah merasakan sebegini sepanjang 21 tahun hidupnya. Donghae tergelak bila melihat Umaira yang nampak sangat gelabahnya.

 

Beberapa kali dia menyuruh Umaira rileks tapi masih lagi Umaira macam itu. Donghae juga gugup sebenarnya. Entahla, dia sendiri tidak tahu mengapa. Sebelum ni dia dapat mengawal gemuruh dihadapan beribu ribu  peminat. Tapi kali ini lain, gementar juga dia. Tapi dia cuba membiasakan diri. Perasaan seronok dapat melihat Umaira sekali lagi  sekaligus melenyapkan gemuruh dirinya.

 

Umaira seperti malam itu juga, mukanya tanpa ada sebarang mekap, pucat sedikit tapi masih terserlah ayunya. Kepalanya ditutu dengan kain. Hanya menampakkan muka. Dia teringin melihat rambut Umaira. Apa yang disembunyikannya? Adakah rambutnya tidak cantik? Kenapa hanya jari jarinya sahaja kelihatan? Umaira menutupi lengannya dengan cardigan.

 

"maira..can oppa ask u something?"

 

masyaAllah, cair dia mendengar suara itu. Berkali kali dicubitnya peha agar dipastikan dia tidak bermimpi. Mulutnya juga tidak lekang dengan senyuman. Seolah olah tidak lenguh walaupun agak lama juga dia berkelakuan sedemikian.

 

"yes.."

"why u cover your hair? And your hand? Cant oppa see it?"

 

Dia lupa, lelaki itu bukan Islam. Manalah Donghae tahu akan semua itu. Dia perlu menerangkan semuanya dengan terang dan jelas

 

"oh, its because my religion don't allow me to open my aurat to just anyone."

"aurat? What is that? Why your religion doesn’t allow?"

 

Umaira mula menerangkan satu satu kepada Donghae. Dia mencari jalan terbaik agar lelaki itu mudah faham akan maksud dia.  Cukupla buat masa sekarang dia menerangkan asas agama islam kepada Donghae. Bangga bila melihat Donghae mengangguk angguk tanda faham.

 

"there's no one here. It’s just u and me. Can u show your hair?"

"miannhei oppa. But I cant..Allah always see me. He knows what we are doing and everything."

"so no man cannot see ur hair?"

"yup. Except for my muhrim and my husband."

 

 dia sudah menerangkan awal awal lagi maksud muhrim kepada Donghae. Donghae hampa, namun dia perlu menghormati pegangan Umaira. Dalam masa yang sama terbit rasa kagum dengan Umaira. Dia tidak mudah melepaskan pegangan walaupun dipujuk. Terselit ketegasan di balik kelembutan dirinya.

 

Malam itu mereka berbual mesra. Donghae mula menerima prinsip Umaira. Perbualan mereka tidaklah hanya pada agama sahaja, malah lebih lagi. Mereka berbual mengenai latar belakang masing masing. Umaira yang lebih banyak bercakap memandangkan dia sudah mengetahui hampir semuanya mengenai Donghae. Peminat sejati katakan. Haruslah tahu semua.

 

 Donghae lebih banyak mendengar, dia suka mendengar suara Umaira. Entah apa la kena dengan Donghae. Semua benda mengenai Umaira menarik perhatiannya. Mereka menghabiskan masa berbual hingga azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan kolej Umaira. Serentak itu, dia meminta diri untuk keluar dan menyarankan Donghae supaya berehat. Dia juga perlu solat dan tidur.

 

Minggu ini merupakan minggu yang sulit memandangkan minggu jhadapan dia akan menghadapi peperiksaan akhir untuk smester itu. Walaupun dia adalah pelajar terbaik namun dia tidak mudah alpa dengan ganjaran yang diberi Allah. Sebaliknya dia tahu dia perlu sentiasa bekerja keras untuk menjadi lebih baik. Donghae sempat meminta nombor telefonnya dan bercadang untuk berchatting melalui perkhidmatan mesej percuma. Namun sayang, telefon Umaira hanyalah model lama yang tidak mampu pun mempunyai applikasi sebegitu.

 

Terkejut juga Donghae mendengarnya. Tidak menyangka pada zaman ini masih ada lagi orang sepert Umaira yang tidak menggunakan telefon pintar.  Melepas lah hasrat  Donghae untuk terus menghubungi Umaira. Terpaksalah mereka berhubung melalui facebook dan twitter. Itupun Umaira mengatakan dia mungkin tidak akan membuka akaun facebook untuk tiga minggu kerana sibuk mengulang kaji pelajaran. Tapi atas pujukan Donghae dia berjanji akan membukanya setiap malam. Haih, susah betul kalau orang dah angau ni. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok