im sorry~

aku suka kamu

Dia hanya menukar seluar jeans dari seluar tidur. Baju pula hanya disarungkan sweater di luar manakala tshirt lengan pendek di dalam kerana tidak sempat untuk mencari baju yang lebih elok. Kemudian dia memakai tudung bawal berwarna kelabu muda. Sebelum keluar bilik sempat dia melihat penampilannya buat kali terakhir. 'ah, nice sangat padanan aku malam ni. Lantak la. Malam malam macam ni buka orang nampak pun' tshirt berwarna hijau bersama cardigan ungu dipadankan dengan jeans biru gelap.  Dia keluar tanpa memakai sebarang     mekap.  'lambat!' itu kata hatinya lalau terus berlari ke dapur mengambil makanan tadi

 

Bulat mata Sarah tengok cara Umaira. Dia pandang atas dan bawah. ' dia ni biar betul nak jumpa orang macam ni'

 

" kau ni betul ke nak jumpa Donghae macam ni? Aduhh.." Sarah menepuk dahinya sendiri.

 

" takde masa beb. Dia dah tunggu aku lama dah. Ala, malam camni takdenye orang nak nampak" Umaira mengeyit mata dan senyum lalu keluar tergesa gesa. Dia turun dengan tangga kerana dirasakan lif begitu lambat.

 

Termengah mengah nafasnya ketika sampai keluar bangunan apartmentnya. Mudah mencari kereta Donghae yang di parkir betul betul di hadapan pintu masuk. 'heisshh..cari nahas betullah Donghae ni'. Cepat cepat dia masuk kedalam kereta BMW putih. Sejenak kemudian kereta itu meluncur laju keluar dari kawasan perumahan itu.

 

Umaira diam sahaja di dalam kereta itu. Dia memandang ke hadapan dengan pandangan kosong. Cuba mengawal hatinya yang melonjak kegembiraan tatkala melihat wajah sang pujaan hati. Sekali sekala dia mengerling wajah tenang yang memandu itu. Rindu sungguh dia pada lelaki itu. Lelaki yang berjaya menawan seluruh hatinya.

 

 Alangkah indahnya jika Donghae turut merasakan apa yang dirasakan sekarang. Hatinya turut berdebar debar. Apa yang patut dikatakan nanti agar lelaki di sebelahnya tidak terasa? Dia tidak mahu Donghae membencinya. Tapi dia juga tidak mahu terus terusan mendera hatinya dengan bertepuk sebelah tangan. Dia kerap kali merasakan sakitnya mencintai sebelah pihak sahaja jadi dia tidak mahu lagi rasakan sakitnya perasaan itu.

 

Akhirnya Donghae menghentikan kereta di sebuah taman. Tidak ramai sangat pengunjung malam itu. Atau mungkin memang sengaja Donghae memilih tempat yang agak tersorok agar tiada yang tahu tentang kedatangannya.

 

Mereka keluar dari kereta lalu duduk di bangku yang berdekatan dengan kereta. Umaira mengeluarkan makanan yang di bawa dan menghidangkannya. Donghae hanya memandang bekas makanan dengan pandangan kosong. Selebihnya dia banyak memerhati wajah gadis kesayangan di hadapannya.

Dia sangat rindukan Umaira. Mahu sahaja dia memeluk gadis itu tapi dia faham, Umaira tidak suka.

 

"oppa, makanlah..saya hanya sempat buat kimchi jigae.mianhei."

 

Donghae tidak bergerak. Dia hanya memandang wajah Umaira dengan penuh perasaan.

 

"ammogo? Oppa dah kurus sekarang. Makanlah sikit" sebak Umaira melihat keadaan Donghae yang tidak bermaya dan pucat.

 

"I miss u baby. Kenapa Maira elakkan diri dari oppa sekarang? Maira dan bencikan oppa? Oppa ada buat salah ke? Bagi tahu, nanti oppa baiki. Jangan buat oppa macam ni sayang." Donghae memandang wajah Umaira dengan penuh pengharapan.

 

Umaira tidak sanggup melihat wajah itu. Dia memandang tempat lain. Lama mereka begitu. Akhirnya Umaira mengambil makanan lalu disuapkan pada Donghae. Donghae makan sambil matanya tidak putus putus memandang Umaira dengan eksperesi yang sukar ditafsirkan. Makanan yang dibawa akhirnya habis. Dia tahu Donghae kelaparan dari cara Donghae memakan nasi. Kemudian mereka sama sama memandang ke langit.

 

"sedap kimchi jigae Umaira. Lama oppa tak makan Umaira masak."

 

"gommapsinida..oppa, saya ada sesuatu nak bincang dengan oppa" dia memandang Donghae.

 

"apa dia sayang?"

 

"mianata..tapi saya rasa oppa patut berhenti dari terus datang ke sini. Kita perlu berhenti dari terus berjumpa macam ni" dia tunduk, tidak sanggup memandang wajah itu

 

Donghae terkejut mendengar kata kata itu " kenapa ni? Maira ada masalah ke? "

 

"ani, Cuma saya rasa kita dah lebih dari garisan masing masing."

 

"Maira..apa yang Maira cuba nak cakap ni? Oppa tak faham.." dia dapat rasa ada sesuatu buruk bakal diperkatakan.

 

"oppa..saya tak tahu memang cara oppa layan peminat macam ni atau apa tapi oppa kena tahu kadang kadang oppa dah melampaui batas. Oppa kena tahu, saya ni peminat. Perasaan saya terhadap oppa lebih dari oppa sayangkan peminat sendiri. Bila oppa buat semua yang pernah oppa buat selama ni, saya keliru. Lama lama saya rasa perasaan tu dah berubah. Bukan lagi sayang kepada idol tapi lebih dari itu. Tapi saya tahu perasaan ni saya je yang rasa. Oppa hanya anggap saya tak lebih dari peminat. Saya kenal Lee Donghae. Heart warming. Tapi saya dah tersalah anggap layanan oppa. Hati saya meminta lebih. Mianhei oppa. Biar saya rawat masalah hati saya sendri. Untuk itu, saya perlu jauh dari oppa. Saya perlu lupakan cinta saya pada oppa. Oppa hanya layak untuk bersama idol perempuan lain yang jauh lagi sempurna. Bukan orang macam saya ni"

 

Air mata Umaira tidak berhenti mengalir. Teresak esak dia menangis sambil meluah kan semua yang terbuku dalam hatinya. Itulah dia, tidak pandai menyorok perasaan sendiri. Dia dapat rasakan hubungan mereka akan terus berakhir selepas ini. Hatinya sakit. Seperti disiat siat.

 

Donghae hanya memandang Umaira. Dalam diam dia gembira. Gembira yang amat. Rupanya Umaira turut merasakan apa yang dia rasakan. Tapi takkanlah dia nak ketawa dihadapan orang menangis. Dia mencuba mengawal mukanya untuk jadi serius.     

 

" tarawwa.." Donghae bangkit dari bangku lalu mengajak Umaira menaiki kereta.

 

Umaira hanya mengikutnya. Donghae kelihatan tidak terkesan langsung dengan apa yang dia katakan. Sah, selama ni hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Dia cuba menahan air mata dari jatuh tapi tidak berjaya. Di dalam kereta tidak berhenti dia mengesat air mata yang jatuh. 'tolonglah air mata, tolonglah berhenti. Aku malu ni'..suaranya langsung tidak terkeluar. Hanya menangis dalam diam. Dia memandang keluar kereta.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok