i need an answer!

aku suka kamu

Beberapa minggu berlalu. Hampir dua bulan Donghae tidak datang menjenguk Umaira di Daejeon. Bukannya Donghae tidak mahu tapi setiap kali dia mahu pergi, Umaira akan memberi seribu jenis alasan. Terkini, lebih seminggu mereka langsung tidak berhubung hatta dalam mesej.

 

Umaira langsung tidak membalas mesej mesej yang di hantar. Dia tahu Maira sibuk dengan tugasan harian. Dengan kelas lagi. Dia juga sibuk. Tapi dia masih boleh curi sediki masa untuk menghantar mesej pada gadis itu. Kenapa Umaira sudah tidak menghiraukan dia lagi?

 

 Dua hari kebelakangan ni mood Donghae betul betul merundum. Dia selalu termenung dan persembahan di pentas sudah tidak selincah seperti biasa. Hatinya rindu. Rindu pada si dia. Tapi bagaimana pula dengan orang di sana? Adakah dia juga merasakan hal yang sama? Dia tidak fokus pada kerja dan latihan. Hatinya memberontak untuk berjumpa dengan Umaira.

 

Rindunya bagai tidak tertahan lagi. Mana mana dia lihat pasti akan terbayangkan wajah dan tingkah Umaira. Aahh..sakit betul dia ni. Sah dia dah tak betul. Semuanya disebabkan Umaira. Dan kini hanya Umaira seorang mampu ubatkan hatinya. Donghae bangun, ambil jaket dan kelaur dari bilik latihan.

 

Eunhyuk mengejar dari belakang "kyaa,,do odige?"

 

"aku kena selesaikan sesuatu. Aku akan balik sebelum esok jangan risau. Latihan kita dah habis kan."

 

"kau nak pergi jumpa dia ke? Nanti manager cari kau macam mana?"

 

"ne..aku kena selesaikan jugak hal aku dengan dia hari ni. Fikiran aku tengah serabut sekarang ni. Khalke" cepat cepat Donghae masuk ke dalam kerea lalu memecut laju menghala keluar dari bandar Seoul.

 

Umaira sedang bermain dengan piano. Cuba memahami not not yang diajar Ji Yong tadi. Susah baginya kerana piano agak sukar dipelajari berbanding gitar. Yong tetap sabar mengajarnya walaupun terpaksa berkali kali mengulang benda yang sama. Malu juga dia.

 

Diikutkan hati mahu dia berhenti belajar. Tapi mengenangkan Yong yang bersungguh sungguh mengajarnya dia jadi tidak sampai hati. Lagipun hanya dengan cara ini yang boleh membuatkan dia lagi dekat dengan Donghae. Tiba tiba bunyi deringan telefon buatkan fokus Umaira terganggu. Dia memeriksa telefonnya sebelum membiarkan deringan itu mati dengan sendiri.

 

Dia meneruskan permainan dan latihannya. Sekali lagi telefonnya berbunyi. Juga dibiarkan mati sendiri. Segala kelakuannya diperhatikan Ji Yong.

 

" dugu? Kenapa tak angkat telefon tu?" akhirnya Yong bersuara. Dia nampak perubahan ekspresi Umaira yang kelihatan seperti kaget dan gelisah ketika mendapat panggilan telefon itu. Sekilas nampak seperti ada gambar lelaki.

 

"ah? Oh..panggilan tak penting. Marilah kita sambung. Eh, macam mana saya nak pakai not G dan C sekali?" suara Umaira menjadi gugup. Dia mencuba untuk menukar topik.

 

Tiba tiba bunyi telefon kedengaran lagi. Mereka berpandangan. Umaira makin gelisah.

 

Mata Yong redup, dia tersenyum.  "kenchana, angkatla. Kesian orang tu. Mesti benda penting nak bagi tahu awak."

 

"mianhei.." Umaira menunduk tanda meminta maaf lalu keluar studio untuk menyambut panggilan Donghae.

 

"Yoboseyo.."

 

"Maira, kenapa tak angkat telefon oppa?" kedengaran suara Donghae jauh di talian

 

"anyya, Maira sibuk. Ada kelas ni." seperti dijangka, cair terus dia dengar suara Donghae. Dia agak gugup.

 

"oppa dalam perjalanan ke Daejeon ni. Dalam sejam lagi oppa sampai. Kita perlu berbincang."

 

"mworagoyo? Jigeum dangjang? Oppa, saya betul betul sibuk ni. Mana ada masa nak jumpa." Maira cuba mencari alasan

 

"tak kira. Sejam lagi oppa sampai depan rumah Maira,"

 

Talian terputus. Dia melihat jam di tangan. Oh, patutlah. Sudah menganjak pukul 7 malam. Dia ju ga perlu pulang untuk mandi dan solat. Tapi kenapa dia datang sekarang? Biasanya Donghae akan datang pagi jadi mereka akan menghabiskan masa hingga ke petang.

 

Malam malam macam ni macam mana mereka boleh duduk berbincang sekali? Haih… dia masuk ke dalam studio lalu meminta diri untuk pulang. Yong benarkan kerana dia tahu Umaira tidak pernah tinggal di kampus lebih dari 7 malam.

  

Dalam perjalanan pulang sekali lagi Umaira menelefon Donghae.

 

"oppa, phabmogojuseyo?"

 

"ani, na jeongmal baegopa" dari pagi dia tidak menyentuh apa apa makanan. Setelah menari sepanjang hari, minda dan fizikalnya amat penat ketika ini. Tangannya terketa ketar memegang stereng. Dikuatkan juga semangat untuk bertemu Umaira.

 

"kree..oppa nak makan apa? Nanti saya masakkan." kesian betul dia dengan Donghae. Balik nanti dia perlu masakkan sesuatu untuknya. Walaupun keadaan mereka begitu, rasa prihatin Umaira tidak hilang.

 

"hmm..kita makan kat luar jelah," dia tidak mahu menyusahkan Umaira sebenarnya

 

"anniyo,,saya akan masak. Oppa cakaplah mahu makan apa." Umaira berkeras juga.

 

"hmm..phab,,"

 

" kree..jumpa selepas ni. Kreum.." dia memutuskan talian.

 

Langkahnya pantas berjalan ke luar dari kampus itu. Hari semakin gelap. Tu la, tadi Yong ajak hantar pulang jual mahal. Dia tak mahu menyusahkan kawannya yang dah banyak susahkan diri demi dia. Usai mandi dan solat, Umaira ke dapur untuk memasak.

 

Kebetulan Sarah ada di ruang tamu menonton televisyen. Dua orang lagi housematenya tidak pula kelihatan. Mungkin malam ini mereka belajar di kampus. Umaira jarang bersua dengan dua orang lagi kawan serumahnya lantaran jadual masing masing yang sibuk.

 

Lagipun mereka selalunya berbahasa korea dan inggeris kalau berkomunikasi. Sarah yang mendengar bunyi bising dari dapur mengangkat punggung lalu masuk ke dapur. Dilihatnya Umaira sedang bertungkus lumus menyiapkan makan malam.

 

Tapi hairan, Umaira memasak makanan korea. Selalunya dia tak akan berbuat demikian melainkan…

 

"Maira, Donghae datang ke?" Sarah cuba serkap jarang.

 

"a ah..dia nak jumpa aku." Umaira tersenyum tawar sambil tangannya lincah meemtong sayur. Kadang kadang dia akan mengacau periuk. Kelihatan sibuk sungguh.

 

Sarah membantu Umaira mengacau dan merasa makanan. Rasanya lebih baik dari sebelum ini. "banyaknya kau masak. Kenduri ke apa?"

 

" tak adalah. Tadi dia cakap lapar. Aku tahu mesti dia tak makan lagi hari ni. Nanti kau pun makanlah."

 

"aku ingat kau dengan dia dah tak berhubung. Rasanya macam dah lama dia tak datang sini kan?" Sarah memandang Umaira. Raut wajahnya kelihatan tenang. Sedikit senyuman terukir tapi nampak seperti dipaksa.

 

"tadi dia call aku cakap dah on the way datang sini. Memang dah lama pun kami tak jumpa. Aku rasa ni kali terakhir untuk kami. Kalau boleh aku nak buat sesuatu istimewa untuk dia."

 

Sarah mengeluh. "kau….buat semua ni sebab apa yang aku cakapkan haritu ke?"

 

"betul kata kau Sarah. Aku dan dia lain. Kami jauh berbeza. Even antara kita pun, kau jauh lagi bagus dari aku. Aku tak nampak sebarang sebab untuk aku terus mengharap yang bukan bukan. Aku tak nak suatu hari nanti perasaan aku ni hancur hanya sebab angan angan yang mengarut ni, "

 

Umaira menghentikan aktivitinya dan tunduk. Dia cuba menahan perasaan sebak yang mula mendatang.

 

"kenapa kau jadi rendah diri sangat ni? Mana keyakinan kau? Setiap orang sama je Maira. Tuhan kurniakan kelebihan setiap insan berlainan, kau cantik seadanya. Mungkin Donghae nampak kelebihan kau tu. Mana tahu Donghae ikhlas. Tak ada yang mustahil dalam dunia ni Umaira." sarah menggeleng gelengkan kepala melihat Umaira yang seperti hilang semangat diri.

 

"orang melayu pun tak nak kat aku. Ni pulak orang korea paling terkenal? Berangan je cukuplah weh."

 

Sarah memeluk Umaira. " walau apa pun, aku tetap sokong kau. Apa apa yang terjadi, kalau kau perlukan teman, aku ada di sini. Ok?"

'Maira, satu hari nanti kau akan tahu betapa istimewanya diri kau. Aku doakan kebahagian kau.' dia mengucapkan kata kata itu tulus dari hatinya,

 

Tiba  tiba I phone warna emas milik Umaira berdering menandakan ada panggilan masuk. Melihat dari gambar yang keluar dari iphone sahaja Umaira sudah mengetahui siapa yang mendailnya.

 

"oh, dia dah tunggu aku kat bawah." Umaira mengukir senyuman sambil mengesat air mata yang bersisa. Dia meletakkan bekal bekal makanan ke dalam sebuah beg kertas lalu masuk ke bilik untuk bersiap ala kadar

 

"yoboseyo, oppa..tunggu saya lima minit lagi" terkocoh kocoh Umaira bersiap kerana tidak mahu Donghae menunggu lama. Bahaya risikonya nanti kalau ada orang yang nampak.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok