it's time!

aku suka kamu

Tersedak Eunhyuk mendengar kata kata yang keluar dari mulut Donghae. Matanya terbuntang memandang sahabat baiknya itu.

 

"kau biar betul. Serius?" ujar Eunhyuk tidak percaya.

 

"ya, aku serius. Aku betul betul cintakan Umaira. Aku nak dia bersama aku." balas Donghae serius.

 

"kejap kejap..budak yang dari Malaysia tu ke? Dia kan peminat kau!"

 

"ye, aku tahu. Tapi kau sendiri yang cakap dulu, ingat tak? Cinta tak kenal siapa. Dan sekarang, aku cintakan peminat aku"

 

"Dia? Kau pasti ke dia cintakan kau? Atau hanya sebagai peminat? Kau kena tahu beza dia Hae.."

 

" Biar dia terus menjadi peminat aku. Lagipun aku tak nampak sebarang perbezaan antara peminat dengan cinta. Kami dah kawan lebih lima bulan. Banyak perkara tentang siapa aku yang sebenarnya yang dia dah tahu."

 

sepanjang mengenali Umaira, Donghae memang tidak pernah menunjukkan sikap seorang idol. Dia hanya berlagak biasa. Apa yang dibuatnya selama ini lahir dari dirinya yang bernama Lee Donghae. Bukanlah Donghae yang satu dunia kenal. Dia sudah tebiasa beitu dengan orang yang dia rasa mesra. Aneh, dengan Umaira yang hanya baru dikenali sepanjang tempoh masa yang singkat, tetapi dia sudah bersikap begitu.

 

"hajiman,, kau tak rasa ke semua ni terlalu cepat? Maksud aku, tempoh masa perkenalan korang. Kau tak kenal dia sepenuhnya lagi. Kau tak tahu niat dia sebenar.  Hae yaah, dekat company kita banyak artis cantik dan seksi. Kau boleh pilih mana mana kau suka. Kau lagi kenal mereka dari dia kan Hmm?" Eunhyuk terus mencuba untuk menasihati Donghae. Harapannya Donghae akan berubah fikiran.

 

"Sebab aku terlalu jemu melihat yang cantik, yang seksi, yang hanya berselindung di sebalik mekap semata mata. Kau ingat aku tak tahu mereka semua macam mana? Depan semua orang gedik. Layan semua lelaki." Hujah Donghae.

 

"Bukan semua macam tu." kendur suara Eunhyuk. Dia agak terasa kerana IU kekasihnya juga seorang idol.

 

" Mianhei. Tu dari pandangan aku je. Betul tak semua macam tu. IU memang lain. Kau bertuah dapat orang macam dia. Maksud aku kebanyakan perempuan biasa. Ya, termasuk sebahagian peminat aku sendiri." Donghae cepat cepat memperbetulkan keadaan.

 

" habis apa yang kau nampak dekat perempuan tu sampai kau tergila gilakan dia macam ni?" Eunhyuk bingung sebenarnya dengan kisah kawan baiknya.

 

" Ingat lagi tak dulu apa kau pernah cakap? we don't need a reason to love someone, we just fell in love with them. all of a sudden." Donghae senyum membayangkan keletah Umaira.

 

" apa istimewanya dia berbanding semua gadis yang pernah kau jumpa sebelum ni?"

 

terdetik dia nak tahu. Sejauh mana hebatnya Umaira hinggakan kawan baiknya begitu gila bayang seperti ni. Setiap malam mesti bergayut kat telefon sebelum tidur. Telefon pula tak pernah berenggang dari tangan kecuali mereka bekerja. Kadang kadang tersengih sorang sorang sambil tengok telefon. Tak gila bayang ke namanya tu

 

"dia Cuma seorang gadis biasa yang tidak terlalu berusaha untuk menunjukkan semua yang perfect tentang dirinya. Pendek kata, dia sangat sangat biasa hingga aku sendiri yang perlu berusaha untuk cari apa keistimewaannya."

 

"Apa yang paling kau suka dengan dia?"

 

"dia banyak cakap. Suka buat lawak. Kalut. Kau tahu, ada satu hari tu dia datang jumpa aku selamba je tak pakai mekap apa apa. Memang nampak dengan jelas keadaan muka dia. Katanya tak sempat sebab dia baru lepas solat dan bimbang aku lama menunggu. Hahaha.." Donghae tergelak sendiri

 

Cara Donghae menceritakan tentang gadis tu. Dia nampak kebahagiaan yang terpancar dari seluruh muka Donghae. Mendengar namanya sahaja cukup buatkan lelaki itu gembira. Entah bagaimanalah kalau mereka berdua berjumpa.

 

" tapikan, aku kagum dengan dia. Dia sangat menjaga dirinya. Walaupun dia sukakan aku, tak pernah sekali pun dia bagi aku sentuh dia. Haritu aku kena tepis sebab tangan aku tersentuh dengannya. Katanya agamanya tidak benarkan dia buat camtu. Termasuklah dedahkan semua bahagian badannya. Katanya hanya suaminya yang sah boleh tengok semua tu. Semuanya hanya untuk suaminya agar dapat istimewa tu. Hebatkan dia? Lagi, setiap kali kitorang jumpa, dia akan bawa makanan dia masak sendiri. Camna aku tahu dia masak sendiri, sebab masakan dia tak sedap pun tapi dia tetap usaha baiki masakan korea sebab dia tahu aku suka. Tapi dia tak makan pun. Dia makan makanan dia je. Tapi dia sanggup masak untuk aku makan. Baikkan dia?"

 

Panjang lebar penjelasan Donghae sambil mulutnya tak berhenti tersenyum riang hanya dengan membayangkan semua tu. Eunhyuk dapat lihat semua tu. Dia akhirnya mengakui cinta Donghae. Mungkin dia patut membiarkan Donghae dengan cintanya.

 

Sahabatnya sudah dewasa dan matang untuk membuat keputusan sendiri. Eunhyuk tersenyum lalu mengajak Donghae keluar dari restoran itu. Mereka berjalan di sekitar pasar itu untuk mencari cenderahati untuk dibawa pulang. Manakala Donghae sibuk mencari bahan yang diperlukan untuk menjayakan misinya di Korea nanti.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok