look at me

aku suka kamu

  Pagi itu Umaira mendapat satu mesej daripda Donghae. Selca yang bercaption 'good morning dear!!have a nice day! ^^' sempat dia mejerit kecil sebelum menjadikan gambar itu sebagai wallpapernya                     

 

Tiga bulan selepas malam itu berlalu. Kini Umaira sudah mampu menyesuaikan dirinya dengan keadaan di sana. Bahasa hangulnya juga kini semakin baik. Hampir setiap malam dia berlatih dengan Donghae dan kelas harian yang banyak membantu dirinya untuk bertutur hangul dengan lebih baik.

 

 

 Pada masa yang sama hubungan Umaira dengan Donghae makin rapat. Paling kurang dua minggu sekali pasti Donghae akan datang melawatnya di Daejeon. Mereka akan  bertemu di bawah pohon di belakang KAIST dan menghabiskan masa berdua selama sehari dan barulah Donghae akan pulang semula ke Seoul. Tiada apa yang mustahak hendak diperkatakan.

 

 

Dia gembira. Tersangatlah gembira melihat Donghae tapi pada masa yang sama dia kesiankan lelaki itu. Umaira tahu Donghae tidak mampu memandu pada waktu yang sangat lama. Dia akan mudah berasa penat. Tapi masih lagi Donghae sanggup memandu jauh selama hampir dua jam semata mata berjumpa Umaira sedangkan mereka tiada apa apa hubungan

 

 

 

Setiap kali berjumpa Donghae selalu perhatikan Umaira tidak lekang dengan earphonenya. Selalu mendengar lagu daripada handphone nya. Bila ditanya, jawapannya mendengar lagu daripada suju atau artis kegemaran yang lain. Pada masa yang sama mereka akan makan bekalan yang di bawa Umaira. Kadang kadang bila Umaira sibuk, dia hanya membawa kopi. Donghae sangat sukakan kopi yang dibuat Umaira. Tidak terlalu manis dan tidak juga terlalu pahit. Rasanya sangat kena dengan seleranya. Dia belajar apa yang Umaira makan dan apa yang dia tidak boleh makan. Tapi apa yang diperhatikan, Umaira jarang makan makanan korea.

 

 

Alasannya tidak kena dengan tekak melayunya. Sebab itulah Umaira akan menyediakan dua jenis makanan, iatu korea dan melayu dan mereka akan makan bersama sama di bawah pokok itu. Dia sangat terharu bila Umaira sanggup belajar masakan korea dan juga cuba untuk memakannya. Dia juga berusaha untuk memujuk anak tekaknya supaya menerima masakan melayu. Agak sukar kerana lebih manis dan pedas. Citarasa mereka berdua memang berbeza. Kecuali kopi yang menyatukan selera Donghae dan Umaira.

 

 

 

Mereka hanya menghabiskan masa sehari suntuk di bawah pohon cherry. Bukan pokok ceri yang seperti di Malaysia yer. Oleh sebab Umiara tiba di Korea pada musim sejuk, beliau tidak dapat menikmati indahnya bunga pohon cherry yang menguntum di awal kedatanganya .

 

 

Tapi dia tidak kisah kerana masa yang diperuntukkan selama setahun cukup untuk dia menikmati segala musim yang ada di situ. Alhamdulillah. Dia bersyukur pada Allah. Di awal musim bunga itu, mereka berdua menikmati masa bersama sama hanya dengan makan, berbual dan bergurau antara satu sama lain. Keadaan yang biasa bagi mereka berdua.

 

 

Bukanlah mereka tidak mahu keluar berjalan jalan di bandar, tetapi Umaira sendiri mengelak apabila Donghae mengajaknya. Umaira begitu takut akan reaksi orang ramai. Dia tahu keadaan peminat di situ. Mereka kadang kadang boleh bertindak luar jangkaan.

 

 

Macam mana kalau ada peminat ternampak dia dan Lee Donghae, idol terkenal Korea malah seluruh dunia keluar bersama? Perasan malu dan tidak selamat sentiasa menyelubunginya. Langkah selamat, Umaira hanya mengajak Donghae berjumpanya di belakang KAIST. Agak jauh dari kedudukan kampus tapi masih lagi didalam kawasan KAIST, pemandangan di situ cukup indah buat Umaira. Tapi jarang pelajar yang datang kesitu.

 

 

 Di hujung jalan, terdapat kebun pir dan epal. Kata Donghae. Dia hanya percaya bulat bulat kerana seumur hidupnya tidak pernah Umaira melihat pokok itu. Makan je tahulah. Donghae juga kelihatan tidak kisah dengan tempat perjumpaan mereka. Malah dia kelihatan lebih gembira kerana privasinya lebih terjaga. Pelik, dua orang yang tidak pergi kemana mana dan hanya menghabiskan masa lebih 6 jam hanya berdua langsung tidak pernah berasa bosan. Tapi itulah hakikatnya bagi Umaira dan Donghae. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok