hello to the new world

aku suka kamu

Lama dia berdiri di hadapan pintu studio itu. Hatinya berkira kira sama ada mahu masuk ke dalam atau tidak. Hatinya mendesak unuk mengetuk pintu tapi akalnya mencegah. Dia takut. Tapi persembahan yang dia tonton semalam sangat mengujakan.

 

Dalam diam dia menanam impian untuk belajar memetik gitar. Walaupun terlalu mainstream seorang gadis bermain gitar tapi dia tiaa niat untuk menunjuk nunjuk kepada sesiapa. Dia mahu belajar untuk puaskan hati sendri. Ketika dia tercegat di situ tiba tiba ada suara memanggilnya di belakang. Terkejut, dia terus berpaling.

 

"err.annyeonghaseyo.." Umaira gugup. Rasanya lelaki itu budak kuliahnya. Dia juga yang bermain gitar semalam. Macam mana dia boleh ada di situ?

 

"What are you doing here? Don’t you wanna enter?" bertalu talu soalan dikeluarkan lelaki itu dalam inggeris

 

"tak ada apa apa. Err..saya pergi dulu. Kreum.." Umaira gelabah terus dia menunduk dan pergi.

 

" chakalmatt. Kenapa pergi? Tak nak masuk? Jom lah" lelaki itu menghentikan langkah Umaira.

 

 Dia berpaling dan tersenyum. " tapi saya bukan ahli kelab musik. Boleh kah?"

 

" Boleh saja. Jom masuk?" Yong membuka pintu studio.

 

Umaira kagum melihat segala instrumen muzik yang ada di situ. Dia melilau lilau di sekitar tanpa perasankan ada sepasang mata yang memerhatinya sejak tadi.

 

" So..boleh saya tanya kenapa awak di sini?" Yong memulakan bicara. Dia tertarik dengan personaliti Umaira. Tidak sangka boleh tahan fasih juga gadis itu dengan bahasa Hangul.

 

"Aaa… semalam saya ada tengok persembahan kamu. Pandai kamu main gitar." puji Umaira dengan ikhlas.

 

" gommawo. By the way, naneun, Jin Yong. No ireomni mwoni?"

 

" nan..Umaira..tapi awak boleh panggil saya Maira sahaja." Umaira tersenyum.

 

"Maira. Kenapa kamu datang ke sini? Cari saya ke?" Yong mengusiknya sambil tersenyum.

 

"Aaa.. Annymowni…nan, suka tengok Yong ssi main gitar. Nan, mahu belajar main gitar. Boleh?"

 

mukanya penuh mengharap. Dia rasa hanya inilah peluang untuk dia belajar. Nanti di Malaysia susah pula. Dia segan nak belajar dengan orang yang dikenalinya. Kawan kawan nya hampir semua jenis tidak suka dengan semua ni. Warak. Dia je jenis rock sikit. Lagipun masanya banyak terluang di sini. Dia bosan.

 

Dia juga mahu cuba belajar instrumen yang Donghae pandai. Bukan mahu menunjuk, tapi rasanya dia akan lagi dekat dengan lelaki itu melalui cara itu. Dia tahu lepas ni mereka tidak akan berjumpa lagi. Dia lagi selesa dengan status artis -peminat. Bukan apa, dia takut, andainya hati ini hanya bertepuk sebelah tangan. Dia yakin selama ni Donghae hanya mengannggapnya sebagai teman biasa.

 

" belajar main gitar sahaja? Yang lain lain tak nak?" tanya Yong sambil merenung mata Maira. Tenang dirasakan bila melihat wajah itu.

 

"Boleh ke? Kalau boleh lagila saya suka." Maira senyum lebar. Dia sangat gembira. Kalau boleh dia mahu belajar piano sekali. Dia tahu Donghae pandai kebanyakan instrument. Dia mahu belajar semua itu. Dalam kepalanya sudah berangan angan akan mainkan semua lagu super junior menggunakan instrument yang dipelajarinya sambil membayangkan Donghae menyanyi bersamanya. How sweet~~ hehehe…

 

Yong memerhati segala tingkah Maira. Dia tahu Maira tak pernah perasankan dia. Dalam kelas Maira sangat fokus terhadap pelajaran. Dia selalu terserempak dengan Maira di perpustakaan. Segan pula mahu menegur kerana mukanya selalu serius.

 

 Tapi Yong suka perhatikan eksperesi muka Maira bila serius. Sangat kelakar. Kadang dia akn memuncungkan mulut, kadang pula dia akan mengembungkan pipi. Kadang juga dia akan mengerutkan dahi. Pelbagai eksperesi yang ditunjukkan ketika dia belajar. Yong suka melihat semua itu. Baginya Maira sangat comel. Kebetulan Maira datang padanya. Betapa girang di hati kerana gadis impiannya datang sendiri. Apatah lagi mahu belajar muzik.

 

Lagi banyak peluang untuk dia mendekati gadis itu. Dalam diam Yong juga tersenyum. Senyum yang penuh bermakna.

 

Balik ke bilik Maira menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia seronok hari ni walaupun agak penat. Yong banyak mengajarnya asas instrumen, bermula dengan gitar, terus ke piano dan drum. Dia melepaskan tension dengan memukul drum sesuka hatinya. Lepas itu hatinya agak ringan. Bebannya terasa berkurangan

 Selepas solat isyak, dia berkira kira untuk tidur. Baru sahaja matanya terpejam, tiba tiba dia di kejutkan dengan panggilan telefon. Dengan mata yang tertutup dia mengangkatnya tanpa bersuara. 'sapelah yang kacau aku malam malam buta ni. Tak reti tengok jam ke apa'. Baran juga kerana rehatnya terganggu.

 

 "yoboseyo.." kedengaran suara yang amat dikenalinya dari corong telefon. Lantas dia terbangun dari bangkit. Matanya segar.

 

"yoboseyo oppa.." suaranya bergetar. Tapi tidak sehebat getaran hatinya yang berdetik kencang.

 

" apa khabar? Lama tak dengar suara Maira." gemersik suara Donghae.

 

"oh? Im fine. Oppa dah habis jadual tour? Mesti oppa penat kan?" rindu betul dia dengan lelaki itu. Hatinya mencair bila mendengar suara Donghae.

 

"baru je sampai dorm. Penat la jugak tapi puas. Biasalah tu. Oppa rindula dengan sayang oppa ni"

 

Hatinya makin bergetar. Diikutkan hati mahu sahaja dia membalas kata kata rindu Donghae. Lelaki itu tidak tahu rindunya lebih dalam lagi. Mahu sahaja dia terbang ke Seoul untuk berjumpanya. Mahu menjerit seperti mana kebanyakan peminat lain buat.

 

Tapi drasakan diri cukup bertuah kerana antara jutaan peminat yang lain, dia terpilih untuk mendapatkan perhatian daripada Donghae.

 

 

Segera dia alihkan topik bila perkataan rindu terkeluar. Dia tidak mahu hatinya terbawa bawa dengan perasaan itu. Dia perlu menerangkan semuanya pada Donghae agar lelaki itu berhenti mendera perasaannya.

 

Umaira jenis yang cukup mudah jatuh cinta pada lelaki. Tapi bila dia cintakan seorang lelaki itu, mata dan hatinya sudah tertutup untuk lelaki lain. Sehensem mana pun lelaki lain, bila Umaira sudah jatuh cinta pada seseorang, dia buta akan semua itu. Inilah yang dirasakannya sekarang. Dia dapat rasa hatinya bukan lagi sekadar peminat biasa mala lebih daripada itu. CINTA. Tapi Umaira juga ada kelemahan yang lain. Dia cukup sukar melupakan cintanya.

 

Payah untuk melepaskan sesuatu kenangan. Seperti mana yang pernah berlaku antaranya dengan bekas kekasihnya dulu, dia tidak mahu kejadian sama berulang lagi. Biarlah hatinya terluka sekarang daripada menanggung derita di kemudian hari.

 

"oppa, better you sleep now. Kan oppa cakap tadi oppa baru je pulang. Saya tau oppa sangat penat sekarang. Nanti ada masa lain kita cakap lagi eh? Lagipun esok saya ada exam pagi. Saya takut terlewat pulak esok nanti"

 

"okaylah kalau camtu. Esok jawab exam elok elok. Malam ni mimpikan oppa tau. Bye sweetheart."

 

Talian terputus. Walaupun sedikit pelik tapi demi menghormati Umaira dia memutuskan juga talian. Tidak terlepas habis lagi ni rindu di dada tapi Umaira pula beralasan. Terpaksalah dia menerimanya. Sebelum tidur dia melihat gambar gambar Umaira yang ada di telefonnya. Ada yang diambilnya secara curi curi. Ada juga yang diambil bersama.

 

Walaupun gambar itu ditatap berhari hari tapi dia tidak pernah puas. Hanya itu cara untuk dia melepaskan rindu yang berombak di dada. Tidak sabar untuk membuat kejutan pada Umaira. Mereka sudah hampir sebulan tidak berjumpa.

 

Jadualnya bulan ini begitu padat. Tidak sempat langsung untuk mengambil cuti sehari. Begitu kepingin untuk bertemu buah hatinya yang jauh di Daejon. Ada juga dia mengajak Umaira berjumpa tapi gadis itu selalu mengelak.

 

Oh, baru dia perasan. Maira sudah jarang membalas mesej mesejnya. Selalu mesej mesti panjang tapi sekarang hanya alasan yang diberi. Sibuklah, tengah makanlah. '

 

Kenapa agaknya dengan Umaira? Dia merajuk ke sebab aku dah lama tak layan dia?' tapi Umaira mesti faham dengan kerjayanya. Persoalan yang tiada jawapan dibawa ke alam mimpi. Dia tidur dengan segala persoalan sambil handphonenya menyala dengan gambar Umaira. Dia tidur dengan memeluk handphonenya.

 

Benda yang sama berlaku juga pada Umaira. Selesai sahaja mereka becakap, Umaira terus membuka gambar gambar Donghae. 'oppa, nan, miannata..chammal..miannata' kalaulah Donghae tahu betapa sakitnya hati Maira setiapa kali dia terpaksa berbohong dan mendengar keluhan kecewa dari lelaki itu, dia membuka laptop. Penatnya hilang. Kantuknya juga hilang.

 

Sekali lagi dia melihat video video Donghae dan suju. Langsung tidak puas menatap wajah lelaki yang dicintainya dalam diam itu. Dia sedih tapi tidak dapat buat apa apa. Baginya mustahil untuk mereka bersama atas status yang berbeza. 

 

                                                        

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok