hae POV

aku suka kamu

Donghae bersiul siul di dalam kapal terbang sambil menunggu tibanya di lapangan terbang Osaka. Baru sahaja dia menghantar selcanya kepada Umaira. Dia kini jarang mengupdate aktivitinya di twitter tapi rajin pula memberitahu Umaira segala aktivit yang dia lakukan setiap hari. Dia suka mendengar komen Umaira untuk setiap perkara yang dilakukannya.

 

Dia lebih selesa memberitahu Umaira. Bila dia penat yang amat pun orang pertama yang dicari adalah Umaira. Disitulah tempat dia melepaskan segala stress. Segala penatnya terasa ringan sebaik sahaja mendengar suara tenang Umaira. Sebab itulah dia sanggup mencuri masa rehatnya semata mata mengunjungi Umaira jauh di Daejon.

 

 Dia dapat merasa ketenangan di bawah pokok ceri dan merasa makanan yang di masak Umaira. Kasihnya tertumpah melihat raut polos itu. Kadang kadang mereka akan berjalan jalan di sekitar kawasan Daejon bersama. Tiada siapa yang mengecamnya kerana pakaian yang dipakai.  Lagipun mereka bukanlah berpegangan tangan jauh sekali untuk bergandingan bahu bersama. Umaira sentiasa memastikan jarak yang memisahkan mereka.

 

Kalau wanita lain pasti mereka mahukan glamournya, mereka mahukan perhatian semua orang terhadap hubungannya. Berlainan dengan Umaira, gadis itu tidak suka diberi perhatian media. Dia mahu menjaga privasi dan keselamatan Donghae dan dirnya sendiri daripada scandal yang selalu melanda. Kalaulah ada paparazi yang melihat mereka, sudah tentu akan ada headline panas. Matilah dia bertemu dengan sosangnim. 

 

Umaira seperti faham akan keadaan itu. Dia langsung tidak menunjukkan sebarang bentuk kemesraan yang berlebihan antara mereka. Sesiapa yang melihat pasti tidak akan curiga.

 

Dia tersenyum lagi. Itulah itimewanya Umaira berbanding wanita lain. Eunhyuk di sebelahnya tertidur kepenatan. Dia baru sahaja pulang dari mengacarakan radio. Ahli lain ada yang bermain dengan telefon masing masing dan juga tidur.

 

Perjalanan yang memakan masa tiga jam membosankannya lantas dia membuka senarai filem yang ada di skrin depan tempat duduknya. Dia memlih filem romantik inggeris.

 

Tiba satu bahagian di mana watak lelaki utama menyediakan surprise untuk melamar heroin menjadi kekasihnya. Bahgian itu sangat romantis sehingga membuatkan Donghae tersenyum lebar. Tiba tiba dia mendapat keberanian untuk meluahkan perasaannya pada Umaira.

 

Dia mahu Umaira menjadi kekasihnya. Dia benar benar yakin bahawa hatinya kini sudah dimiliki sepenuhnya oleh insan bernama Nur Umaira bt Asri. Dia tidak sabar untuk pulang ke Seoul. Mindanya telah merangka pelan yang cukup baik untuk melamar gadis itu menjadi kekasihnya.

 

Malam itu ahli suju kebanyakan mengambil peluang bersendiri di dalam bilik masing masing setelah tiga jam beraksi di pentas. Ada yang bermain game, ada yang tidur, malah ada yang keluar mencari pub dan gadis sebagai peneman. Keadaan sebegiu sudah biasa bagi mereka setelah habis bekerja. Donghae mengajak Eunhyuk keluar berjalan jalan di sekitar kota Osaka.

 

Katanya ada berita penting mahu diberitahu. Mereka membuat keputusan berjalan jalan di sekitar Doutonbori, iatu kawasan terkenal yang menjual pelbagai jenis makanan dan restoran di Osaka. Setelah mengenakan pakaian untuk samaran, mereka keluar dari hotel itu.

 

Mereka masuk di sebuah restoran di sana dan menempah makanan. Sambil menikmati Okonomiyaki, iatu sejenis makanan popular di Osaka, mereka mula berbual bual. Kelihatan tidak berapa ramai pelanggan yang masuk ke kedai itu memudahkan mereka berbual tanpa gangguan.

 

"Hyuk aah.." Donghae mulakan bicara mereka malam itu. Eunhyuk hanya menganggukan kepala sambil terus menikmati makanan bergrill itu. Sedap.

 

"aku nak lamar Maira jadi awek aku"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok