siapa dia?

aku suka kamu

Donghae merebahkan tubuhnya ke katil. Konsert malam itu seperti biasa. Peminat bersorak ketika tiba part dia. Ada juga yang histeria. Dia tersenyum bangga. Situasi itu sudah menjadi kebiasaan buatnya. Apa yang beza berbanding di tempat lain, konsert di Malaysia banyak pantang yang perlu dipatuhi. Mereka tidak boleh membuat persembahan solo dengan mendedahkan tubuh sasa mereka di hadapan peminat. Malaysia punya polisi sendiri. Malaysia juga lebih panas dari Korea. Nasib baiklah mereka terus pulang Korea malam itu juga. Ahli yang lain ada yang sudah tertidur kepenatan. Ada juga bermain sesama mereka. Tiba tiba Donghae teringat peristiwa tadi. Baginya, gadis itu sangat unik. Peristiwa lima jam lalu bermain di mindanya. Perlahan lahan ibarat pita yang diputar, mindanya mencerna kembali apa yang berlaku sebentar tadi  

 

Seperti biasa ahli Super Junior membuat persembahan di pentas. Tiba masa bahagian Donghae untuk menyanyi. Dalam kejauhan dia dapat melihat orang ramai bersorak kepadanya. Semasa dia menyampaikan lagu No Other, matanya terarah pada seorang gadis yang berpakaian aneh dihadapannya. Gadis itu tidak seperti gadis lain yang bertutup kepala seperti yang biasa dia lihat di keriuhan itu. Gadis itu tidak bersorak dan menyanyi, malah tangan juga tidak diangkat. Dia hanya tersenyum riang sambil matanya tidak lepas memandang Donghae. "Unik!" desis hatinya sambil memberi ruang kepada Kyuhyun untuk menyanyi. Sepanjang konsert dia perasan mata gadis itu tidak pernah lepas dari memandangnya. Tapi tiada sebarang pergerakan mulut menunjukkan gadis itu bersorak atau menyanyi. Gadis itu pada pandangannya sangat biasa. Badanya tertutup dengan kain. Penuh. Tidak seperti gadis korea yang lain. Seksi dan selalu membuatkan naluri nya berkocak. Dia juga tidaklah secantik gadis yang lain. Mukanya pucat dan berpeluh, matanya dilindungi cermin mata gaya lapuk. Hijab yang dipakai gadis itu juga kelihatan senget sebelah. Namun entah kenapa gadis itu sangat menarik perhatiannya.

 

Tiba waktu untuk lagu terakhir, Donghae cuba merenung wajah gadis itu sekali lagi dan dia memberi kenyitan mata. Sengaja untuk melihat reaksi gadis tersebut. Telahannya benar, gadis itu pucat seolah tidak percaya bahawa dirinya diberi perhatian sebegitu. Mulutnya juga kelihatan ternganga. "lucu betul.." tanpa sedar dia tergelak sendiri. Nasibnnya baik kerana bahagiannya tidak sampai lagi. Dia merasakan gadis itu sungguh comel dengan perlakuannya itu. Kadang kadang dia sengaja menari dihadapan gadis bertudung putih itu. Ketika konsert hampir berakhir, seperti biasa mereka akan menari dan bersorak menyahut sorakan peminat sambil menyanyi. Donghae mengambil kesempatan itu untuk mendekati sekali lagi tepi pentas untuk ambil gambar dengan peminat. Tiba giliran gadis itu, dia hulurkan tangan mahu bersalaman namun gadis itu seperti biasa, hanya tersenyum melihatnya tanpa menyambut tangannya itu. Sejujurnya dia malu, "bukankah gadis itu meminatinya?" dia tahu pandangan gadis itu tak pernah beralih darinya. Tapi kenapa dia tak menyambut tangannya??

 

Lamunan Donghae terhenti bila dia mendengar suara Shing Dong yang kuat menerpa telinganya. "kenapa?" tanya Donghae. Eunhyuk memberinya satu bungkusan yang kelihatan seperti botol. "marilah join kami minum". "takpelah, aku penat malam ni" jawab Donghae. Sebenarnya dia kebosanan. Tapi semua ahli mengetahui toleransi dia terhadap alkohol sangatlah rendah. Tanpa mahu menyusahkan member yang lain, dia memilih untuk berkurung dalam bilik.

 

Tik tok tik tok.."aaarrgghhh!!" dia bosan. Sangatlah bosan!

 

Lalu tangannya mencapai hadiah yang disampaikan Shin Dong tadi dan membukanya. Dalam botol itu terdapat banyak kertas kecil yang digulung bersama origami. "comel"..mulutnya mengukir senyuman sambil membuka gulungan kertas itu. Kelihatan nama seseorang dan emelnya. Dalam gulungan kertas yang lain juga orang itu menulis pelbagai kata kata semangat untuknya. Sudah tentulah dalam bahasa inggeris. Satu lagi kertas tertulis meminta dia menulis balasan dan katanya, dia peminat dari Malaysia. Malah, peminatnya juga menulis alamat emel facebook dan twitternya. Katanya lagi, dia tiada akaun fanbase ELF, instagram dan seumpamanya.

 

Kebiasaannya Donghae tidak membalas surat peminat, bukan apa, dia kadang kala penat dan stress dengan kerja. Tapi entah kenapa hatinya mendesak untuk online malam itu. Walaupun dia sedar ketika itu sudah pun pukul 4 pagi lebih dan sejujurnya dia sangat penat ketika itu. Mentally exhausted! Tapi dek kerana hatinya mendesak untuk mengetahui siapa pengirim origami itu, dia gagahkan diri untuk on laptop. Donghae terus sign in akaun twitter miliknya dan menaip nama yang tertulis diatas cebisan origami itu.

 

Hmm…dia seperti kenal akan muka pemilik akaun twitter itu. Tapi sayang, dia sukar untuk mengecam wajah itu kerana baginya semua wajah orang Malaysia kelihatan hampir sama. Hampir kesemuanya memiliki eyelid. Donghae xpuas hati. Dia mendownload gambar gadis itu dan cuba mengeditnya dengan meletakkan gambar cermin mata yang juga di download dari internet. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu gigih melakukan kerja2 itu.seperti stalker. Omo!! Donghae cukup pasti siapa gerangan peminat yang menghantar origami itu. Dia menjerit kegembiraan. Donghae puas hati. Dia cukup cukup puas. Akhirnya segala beban di kepalanya seakan terlerai. Gadis itu! Dia lah yang datang di konsert malam tadi.yang menarik perhatiannya ketika itu.Akhirnya pagi itu dia menutup mata dengan tersenyum puas. Tidak sabar untuk beritahu Eunhyuk. Tapi dia tahu dia sangat memerlukan waktu tidur. Apatah lagi dalam masa 3 jam lagi dia ada lagi jadual yang menunggu

 

. "yaahh!!palli irreona! Kita dah lewat ni! Eunhyuk memukul tubuh Donghae dengan bantal.

"cepatlah bersiap. Nanti manager marah.." Donghae menggeliat sambil melihat jam ditangan. Oh? Dia sememangnya terlewat!

 

Terus Donghae berlari ke bilik air dan membasuh mukanya. Selepas menukar baju tidur, dia berlari ke bawah. Ternyata semua orang sedang menunggunya. Nasib baik manager tidak memarahinya. Didalam van itu dia sengaja memilih tempat di tepi tingkap dan memilih untuk berdiam diri sambil tangannya laju menaip sesuatu di handphonenya. Eunhyuk perasan akan keadaan Donghae tapi dia membiarkan sahaja sahabtnya itu. Pasti Donghae akan memberitahunya juga selepas ini. Sementara itu Donghae kelihatan tersenyum senyum sendirian.

 

Sebenarnya dia sedang online twitter dan membaca semua yang tertulis di laman sosial gadis itu. Namanya, Nur Umaira. Donghae perasan, Umaira RT kesemua gambar dan status miliknya. Macam mana dia faham akan semua yang tertulis? Bukankah semuanya dalam bahasa Korea? Dia mencuba lagi untuk melihat gambar Umaira namun sia sia kerana Umaira tidak pernah mengupload gambarnya di twitter kecuali untuk profile picture. Tapi dia kelihatan cantik disitu. Tanpa memakai cermin mata. Donghae tersenyum riang. Mood nya sangat baik hari itu. Dia membuat selca menggunakan handphonenya dan terus mengupload dalam twitter.

 

Seperti biasa, selesai sahaja kelas hari itu dia menapak terus kebilik dan membuka laptopnya. Sambil menunggu windows selesai loading, dia menukar baju dan solat asar. Terus dia membuka twitter miliknya. Sambil skroll kebawah untuk melihat cerita menarik, dia menikmati nescafe ais kegemarannya. Umaira tersenyum lebar bila melihat gambar Donghae yang memang diminatinya itu. Tergelak Umaira bila membaca caption gambar itu. ‘Im sleepy~~’ ‘nomo nomo kyeopta!!’ Umaira menjerit kegirangan. Segera dia retweet gambar itu dan didownload nya.

 

Aktiviti petangnya bermula, dia mencari semua video tentang Donghae dan memainkan video itu berkali kali tanpa jemu. Kadang kadang dia akan gelak dengan sendiri walaupun aksi Donghae itu terlalu biasa dilihatnya. Tidak pernah jemu dengan Donghae. Sebenarnya Umaira sendiri tidak pernah menyangka dia akan meminati Donghae sebegini rupa. Pada mulanya dia cukup tidak berkenan dengan lelaki itu dalam kumpulan Super Junior. Tapi setelah didesak berkali kali oleh adiknya untuk melihat lakonan Donghae, sedikit demi sedikit rasa suka terhadap Eunhyuk mula diganti dengan Donghae. Baginya Donghae mempunyai wajah asli yang cukup sempurna untuk diidamkan, tidak seperti artis korea lain yang kebanyakannya sempurna kerana plastic surgery. Setiap malam sebelum tidur Umaira selalu membayangkan Donghae datang kedalam mimpinya dan mendodoikan dia dengan suaranya yang bagi Umaira penuh dengan kematangan.

 

Aahh…kau ni Umaira, kalaulah Donghae tu kentut pun belum tentu kau tutup hidung. Umaira sedar, dia sebagai Islam tidak boleh terlampau meminati duniawi. Sedaya upaya yang mungkin Umaira cuba menahan hatinya dari terus hanyut dengan keindahan dunia yang sementara ni. Ketika Super Junior mengadakan konsert di Malaysia, Umaira berusaha untuk memenangi peraduan yang diadakan radio Era sebab dia tahu dia tidak akan mampu untuk membayar sejumlah wang yang cukup besar semata mata untuk berjumpa jejaka idamannya. Nasib Umaira baik, dia diumumkan pemenang tiket VVIP oleh radio terkenal itu. Melompat lompat dia sampai ditegur rakan sebiliknya. Habis semua orang diberitahu tentang kejayaannya itu. Heh, happy dia mengalahkan orang dapat 4 flat dalam exam!

 

Sahabat Umaira dapat tahu tentang berita itu lalu menasihatkan dia agar berhati hati dan tidak terlalu menurut hawa nafsu didalam konsert itu. Jaga maruah diri, jangan melompat lompat seperti orang lain. Banyak pesanan yang diterimanya dan Umaira mengangguk tanda faham. Pastinya, dia sendiri malu kalau berbuat sedemikian. Dia berjanji dengan diri sendiri untuk menjaga batas batas dirinya. Hanya Allah yang mengetahui betapa berdebar nya hati Umaira berada betul betul di hadapan pentas. Saat dia melihat Donghae, ingin sahaja dia menjerit supaya satu dunia tahu perasaan dia sekarang. Tapi pesanan sahabatnya tersemat kukuh dalam ingatan. Walau seronok mana pun dia, Umaira mesti menjaga maruah dia sebagai seorang wanita Islam.

 

Betul, dia langsung tidak melihat mana mana members yang membuat persembahan kecuali Donghae. Eunhyuk dan Heechul juga tidak dihiraukan sedangkan selama ni merekalah yang membuatkan Umairah mengenali siapa itu Super Junior. Parah dah Umaira ni Gelagat Donghae betul betul buatkan hatinya mencair setaraf air batu bila diletak dalam api 100 darjah celcius. Apatah lagi bilamana Donghae merenung kearahnya dan cuba menyambut tangannya. Sungguh, dia seakan mahu pengsan disitu.."tolonglah~~" Dia mengikut rombongan super junior ke lapangan terbang. Sedaya upaya dia cuba memanggil Donghae namun sayang, Donghae tidak mendengarnya. Mungkin kerana terlampau ramai peminat yang menjerit pada masa yang sama dengannya. Umaira tetap mahu memberi hadiah itu. Walaupun dia tahu, kemungkinan besar hadiah sebegitu berpuluh puluh ribu dalam bilik simpanan suju, dia mahu juga Donghae melihat usahanya. Didalam hatinya berharap yang amat supaya Donghae oppa baca kandungan origami itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok