kisah kita di sini

aku suka kamu

Pejam celik pejam celik masa  tinggal seminggu lagi sebelum Umaira berangkat ke Korea. Segala persiapan hampir siap. Puan Rashidah menyiapkan bekal makanan yang secukup mungkin untuk anaknya. Dia tahu di sana sangat susah mendapat makanan halal. Jadi dia membekalkan mihun kering, bubur nasi, kopi,milo dan tea.

 

 

Dia tahu anak sulungnya tidak suka makan mee segera jadi dia hanya membekalkan sedikit sahaja. Manalah tahu dalam terdesak mee segera juga penting. Apa apa sahaja yang boleh dibuat sebagai bekalan telah Puan Rashidah bekalkan. Terkejut juga Umaira melihat kotak kotak berisi makanan itu. Tapi dia faham memandangkan di tempatnya belajar itu sangatlah mahal harga barangannya.

 

 

Ada juga Umaira kaji sekitar tempat yang bakal dia menetap di sana disamping bertanyakan pada Donghae. Apa yang Umaira tahu, walaupun nilai tukaran Malaysia lagi tinggi dari Korea, tetapi harga barangan di Korea lagi mahal. Mungkin taraf hidup di sana lebih tinggi dari Malaysia. Donghae juga berjanji akan melawatnya di Daejeon jika ada masa terluang. Tidak sabar sungguh menati saat dia akan bertemu dua muka dengan lelaki itu. Ohoii Maira, kau datang ke Korea untuk belajar, bukan nak mengorat. Tempelak hatinya.

 

 

 

Malam sebelum berangkat, ibu bapa Umaira ada mengadakan doa selamat dengan memanggil orang surau sekitar kampung. Usai sudah majlis, Puan Rashidah memanggil anak sulungnya ke ruang tamu dan beliau memberi pelbagai nasihat. Malam itu juga Umaira menangis kerana dia sendiri tidak pasti akan kepulangan nya di Malaysia dalam tempoh setahun.

 

 

Dia terpaksa beraya di negara orang buat kali pertama dalam hidupnya. Ayahnya cuba menutup suasana kelam malam itu dengan jenaka dan lari dari topik asal walaupun ayahnya sendiri sebenarnya sebak akan pemergian Umaira. Pada masa yang sama beliau berbangga dengan kejayaan anak sulungnya. Pagi esok Umaira akan menaiki Boeing 177 ke lapangan terbang Incheon dan seterusnya menaiki kenderaan awam ke Daejeon. Semuanya perlu dibuat sendiri tanpa bantuan orang lain.

 

 

Esok, bermulalah kehidupan Umaira di bumi 4 musim itu. Jauh dari keluarga, kawan kawan. Dia perlu belajar berdikari sendiri kerana di sana sudah tiada orang yang boleh membantunya. Hanya Donghae sahaja kenalannya di sana. Tapi dia tahu, Donghae idol. Manakan sempat untuk dia bergantung pada lelaki itu sepanjang masa.

 

 

 Rasanya dia mampu menjejak ke KAIST tanpa bantuan sesiapa kerana dia ada juga mencari info tentang tempat tinggalnya di sana. Tentang makanan pun rasanya tidak perlu dirisaukan kerana di Daejeon terdapat beberapa kedai Arab. Bukanla susah mana. Itu yang dipujuk Umaira kepada ibunya.

 Tepat pada pukul 3 petang, kaki Umaira menjejak di bumi Korea. Alhamdulillah dia selamat sampai. Sekarang dia Cuma perlu berfikir bagaimana untuk samapai ke Daejeon kerana di sana nanti dia sudah mempunyai tempat tinggal yang disediakan oleh pihak KAIST.

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana dia boleh menaiki bas atau KTX kerana barangang yang dibawanya cukup banyak. Kotak makanan sahaja sudah tiga, beg pakaian  lagi. Dia mengeluh sendiri. Sepatutnya dia tidak membawa barang yang banyak.  Bekalan makanannya boleh sahaja di pos ke sini. Sekarang dia juga yang pening memikirkan bagaimana untuk mengangkut semua barang miliknya itu ke tempat tinggalnya. Orang pertama yang terlintas di fikirannya sekarang hanyalah Donghae.

 

 

 Dia mencari telefon awam yang berdekatan dan cuba mendail nombor Lee Donghae. Mahal guna nombor Malaysia. Donghae meminta Umaira keluar dari lapangan terbang itu dan mencari kereta berdasarkan nombor plat yang diberi.

 

Rupanya Donghae telah meminjam kereta stylist nya semata mata untuk menjemput gadis yang kini mula mendapat ruang di hatinya. Apabila dia mendapat tahu tarikh ketibaan Umaira, terus dia memujuk managernya supaya mengosongkan sebarang jadualnnya hari itu. Dia mahu menjemput dan meluangkan masa bersama Umaira. 

 

Punyalah susah dia pujuk managernya untuk berbuat sedemikian. Dengan stylistnya juga dia berjanji untuk belanja makan selama seminggu. Bukan dia tidak ada kereta sendiri tapi masalahnya tiap kali dia keluar mesti ada mata sasaeng yang memerhati dan mengekor. Sehabis daya dia menyamar agar tiada peminat dapat mengecam. Dengan cermin tingkap yang bertinted hitam, dia memberanikan diri untuk membawa Umaira ke tempat belajarnya.

 

 

 

Dari jauh Donghae dapat melihat sesusuk tubuh mendekati keretanya. Dia cam wajah itu. Itulah Umaira. Kali kedua dia melihat gadis itu setelah beberapa bulan konsertnya lepas. Hatinya berdebar debar. Dia diam menanti hingga kelibat gadis itu betul betul di tepi kenderaannya.

 

Rasanya dah betul kereta yang dia cari dari tadi. Punyalah jauh kereta tu parking. Susah juga dia bawa barang barang semua. Itupun masih ada yang tertinggal di pintu lapangan terbang tadi. Berani mati tinggalkan barangnya sekejap disana. Dia mengetuk ngetuk tingkap kereta yang berwarna hitam tu. Dah la kereta hitam, cermin pun kasi tinted hitam jugak.

 

 Haih, siapa jela yang Donghae hantar untuk menjemput dirinya. Mungkin kawannya atau mungkin juga managernya. Walaupun dia ragu ragu siapa yang ada didalam kereta itu, tapi dia yakin orang itu baik kerana Donghae tadi sudah berpesan supaya menaiki kereta itu. Katanya dia sibuk, tidak sempat untuk mengambil sendiri Umaira dari airport. Inipun Umaira sudah berbesar hati. Dia memang langsung tidak mengharapkan kedatangan Donghae.

 

 

Kereta yang menjemputnya buat Umaira bersyukur sangat. Sekurang kurangnya terlepas beban untuk dia mengangkut semua barang barangnya ke Daejeon. Kedengaran pintu kereta dibuka dari dalam. Segera Umaira mengetuk bonet belakang untuk memberi isyarat dia mahu meletakkan barang barangnya didalam. Masa itu Umaira langsung tidak nampak wajah pemandu kerana selain cermin tingkap yang gelap, pemandunya memakai mask dan menutup sebahagian wajahnya dengan hoodie.

 

 

Dua kali dia berlari lari anak ke pintu airport untuk mengambil kotak makanannya untuk diisi di dalam kereta itu. Dingin musim sejuk di sana begitu mengigit sehinggakan dia agak sukar untuk bernafas. Segera dia menyiapkan segala kerja kerja nya lantas membuka pintu hadapan kereta dan duduk.

 

 "minta maaf kerana terlambat. Banyak barang yang saya bawa dari Malaysia."

 

Umaira memulakan bicara dalam bahasa hangul yang fasih. Dia senyum untuk menutup rasa bersalah. Sudahlah menyusahkan orang lain untuk mengambilnya, terhegeh hegeh pula masukkan barang dalam kereta.

 

"kenchanaa…it's me baby.."

 

Melalui suara sahaja Umaira tahu siapa yang ada disebelahnya sekarang ini. Kakinya serta merta menjadi lembik. Andaikata dia berdiri sekarang, pasti dia sudah rebah ke tanah. Lumpuh. Perlahan lahan Umaira memalingkan wajahnya ke arah sebelah pemandu. Dengan jarak 20cm, dia dapat melihat dengan jelas mata galak milik artis pujaannya itu.  Ya Allah, mahu sahaja dipeluk batang tubuh itu. Donghae membuka hoodie dan mask yang menutupi sebahagian mukanya setelah pasti tiada siapa yang meihatnya.

 

 "annyeong!" dia mengenyitkan mata pada Umaira.

 

"ann….nyeong..haa..see..yyo"

 

Muka Umaira berubah menjadi merah. Matanya membulat merenung Donghae. Mulutnya sedikit ternganga. Tangannya diletak di dada. Berulang kali dia istighfar untuk menenangkan diri. Sabar Maira, kat sini bukannya tempat untuk kau menjerit seperti biasa. Rileks.

 

"mesti awak sejuk sangat kan?oppa pasangkan heater untuk awak eh"

 

"hmm.." Umaira terus menerus memandang Donghae. Lagaknya seperti mahu menelan lelaki itu.

 

"kenapa pandang oppa macam itu sekali. Oppa segan la.haha"

 

"oh, sorry oppa." pantas dia mengalihkan pandangannya ke hadapan jalan raya sementara Donghae membetulkan kembali hoodie dan mask.

 

"bahasa Hangul kamu makin baik. Cuma ada sedikit pelat. Tapi oppa kagum, dalam masa beberapa bulan sahaja Maira mampu bercakap lancar. Maira jjang!"

 

"hehe..kamsahamnida."

 

 

Bangga dipuji Lee Donghae, dia tersengih lebar.  Dia tidak puas menatap wajah Donghae. Dia mahu terus melihat lelaki itu tapi setelah ditegur Umaira menjadi segan untuk berpaling lagi. Selepas itu dia hanya senyap. Diam mebisu.

 

 

 Janggalnya terasa berada disebelah lelaki ini. Tidak kerja kah dia? Bukankah sepatutnya dia sibuk membuat persediaan comeback? selalunya kpop idol semuanya begitu? Kalaupun tidak sibuk, kenapa dia tak luangkan masa dengan buah hatinya? Kenapa nak kena jemput dirinya?

 

Minda Umaira berperang hebat. Luaran dia kelihatan tenang tapi dalam hati dan mindanya berkocak hebat. Pelbagai andaian dan kata kata bermain di minda. Tetapi sikit pun tidak terluah.

 

 "Maira, pendaftaran kolej awak lusa bukan?" Donghae berbasa basi. Dia sudah lama tahu hal itu tapi sengajamencari modal untuk memecah keheningan yang dirasakan semakin menekan.

 

 

 

"yes. Tapi saya nak ambil masa untuk kemaskan semua barang dan rehat sementara waktu. Nanti jadual saya pasti lebih padat. "

 

"Kalau macam itu, apa kata hari ini oppa bawa Maira berjalan jalan di sekitar Seoul?"

 

"err…tidak mengapalah. Oppa hantar saya ke Daejeon pun sudah bernasib baik." Bukan Umaira tidak mahu pelawaan itu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menjerit persetujuan dan melompat kegirangan tapi masalahnya dia sangat gugup dan kekok bersama lelaki itu.

 

 

 

" Maira tidak sudi ke keluar dengan oppa?" matanya menatap Umaira mengharapkan jawapan sebaliknya.

 

"hah? Err.. Err…annyaa..bukan macam tu. Tapi saya segan.." tolonglah jangan pandang aku camtu Donghae oii

 

"segan dengan oppa? Takde apa la yang perlu disegankan. Jomlah kita jalan jalan. Ni kan pertama kali Maira dekat Korea. Okey?"

 

 

Sebenarnya Umaira bukanlah faham sepenuhnya bahasa Hangul. Kadang kadang dia keliru kerana banyak perkataan korea yang mempunyai bunyi yang sama tapi maksud yang berbeza. Lagipun dia masih lagi dalam proses belajar. Tidak semua perkataan yang dia tahu. Tidak tahu apa lagi perlu dikatakan, Umaira bersetuju sahaja dengan pelawaan Donghae.

 

 

 

''assa!! Maira, oppa ada sediakan hadiah untuk Maira. Ambillah tengok. "

 

Sudahlah terkejutnya belum sepenuhnya hilang, masih ada lagi kejutan buatnya. Apabila dibukanya kotak hadia itu, mata Umaira terpegun melihat sesuatu yang berada di hadapannya. Rupanya Donghae menghadiahkan kepadanya sebuah Iphone model terbaru. Terharu, serius masa tu dia rasa nak menangis.

 

"oppa…" Umaira tidak tahu nak berkata apa lagi

 

"sekarang ni jangan mengelak lagi bila oppa nak kakatalk dengan Maira. Oppa nak video chat dengan Maira."

 

Kenapalah Donghae sampai buat macam ni dekat dia. Tidakkah Donghae tahu hatinya bergetar setiap kali lelaki itu membuat pelbagi kejutan? Minatnya dahulu terhadap lelaki itu dah bertukar menjadi perasaan cinta sejak mereka mula berchatting.

 

 

 

"oppa, tidak perlulah sampai macam ni sekali. Saya Cuma peminat oppa. Bankruptla oppa nanti kalau semua peminat oppa nak bagi hadiah mahal macam ni" Umaira menegur lembut.

 

 

"terima sahajalah. Oppa bagi ni sebab Maira budak pandai. Oppa bangga ada peminat seperti Maira. Tidak mudah lalai dalam belajar" memang itulah niat Donghae masa membeli telefon itu. Dia merasakan Umaira memang layak menerima hadiah sebegitu.

 

 

Dalam mereka berbual, destinasi yang ditujui sudah sampai. Donghae mencari tempat yang paling sesuai yang jauh dari peminat dan paparazzi supaya mereka boleh menghabiskan masa dengan lebih aman. Mata Maira tidak lepas dari terus merenung Donghae. Nasi di hadapannya sikit sahaja di sentuh. Dia bagaikan tiada selera. Hanya Donghae yang menjamah makanan atas meja dengan berselera. Lapar kerana dari pagi dia tidak menjamah apa apa makanan.

 

 

Donghae perasan Umaira tidak menyentuh makanannya. Kepalanya mendongak ke arah Umaira

 

 

" ammogo? Tidak sedap ke? Tapi ni restoran halal. Jangan risau. Oppa dah pastikan. Makan lah"

 

 

" oppa. U got something on your mouth." Umaira menguis nasi yang terlekat di tepi bibir Donghae menggunakan sudu. Gila mahu pakai tangan. Dia dengan Donghae bukan muhrim. Donghae memberi senyuman paling manis dan menyuruhnya makan samabil matanya tidak berkelip memandang Umaira.

 

"sudah sudahla pandang oppa. Im here. Not going anywhere. "

 

 

Sudahnya, Umaira menghabiskan makanan nya dengan bantuan Donghae. Selepas itu mereka terus ke Daejeon kerana Donghae perlu pulang segera sebelum menjelang tengah malam.

 

 

 

Usai menolong Umaira mengangkat barang ke dalam bilik sewanya, Donghae meminta diri untuk pulang ke asramanya. Umaira pula merebahkan diri ke atas tilam keran badannya sangat penat hari itu. Dia tergelak bila teringat peristiwa tadi.

 

  

Betapa usahanya Donghae menolong Umaira mengangkat barang ke tingkat 5 tapi pada masa yang sama dia terpaksa menyembunyikan identitinya sendiri. Dengan memakai spek hitam dan mask. Kalaulah dekat Malaysia memang sah orang nampak cam perompak atau perogol bersiri. Umaira mencapai Iphone 5C yang dihadiahkan oleh Donghae kepadanya tadi.

 

 

Bila dipastikan tiada orang, Umaira berdiri dan melompat lompat sambil menjerit kesukaan. Terlepas juga emosi yang cuba di kawal sejak dari petang tadi. Dia membelek belek telefon itu berulang kali. Esok dia perlu membeli nombor tempatan yang baru. Rindu tak menahan pada keluarga di Malaysia tapi untuk menelefon agak mustahil. Mahal sangat. Mahu video chat juga tidak boleh sebab rumahnya di kampung tiada talian internet seperti rumah rumah biasa.

 

 

 Haih, malam itu Umaira tidur berlinangan air mata. Dia terlampau rindukan keluarganya. Bukan sekali ini dia berjauhan tapi entah mengapa perpisahan kali ini sangat menyakitkan. Beza waktu Korea dan Malaysia hanyalah sejam jadi dia tiada masalah untuk adapt dengan wkatu tempatan. Cuma di sini sangat sejuk. Maklumlah pertama kali dia pergi tempat bersalji. Diluar tingkap bilik kelihatan salji turun. Dia terpaksa tidur menggunakan baju berlapis lapis. Sejuk.

 

 

 

Umaira bangun awal pagi dan menyiapkan sarapan. Di rumah sewanya terdapat 4 orang pelajar muslim yang sama belajar di KAIST. Bezanya mereka berasal dari negara yang lain. Memandangkan bilik Umaira paling kecil, jadi dia mendapat keistimewaan untuk tinggal berseorangan. Manakala 4 yang lain berkongsi dua bilik yang lebih besar. Umaira merupakan satu satunya pelajar dari Malaysia dan paling muda di dalam rumah itu.

 

 

 Dua orang daripada Arab, seorang dari Jepun dan seorang lagi dari Singapura. Umaira dapat merasakan ikatan lebih dengan gadis singapura yang bernama Sarah itu kerana mereka merupakan dari rumpun yang sama. Bahasa mereka juga sama. Sarah kelihatan seperti gadis yang bebas bersosial. Tapi dia tidak begitu mengambil berat sangat tentang itu kerana dia tahu dia sendiri perlu menjaga diri dengan lebih ketat tidak kiralah dengan siapa dia bersama kerana hidup di bumi asing memang mencabar. Tersilap langkah, jatuhlah dia dalam jurang kesesatan.

 

 

Nauzubillah. Selesai sahaja sesi perkenalan dengan housemate, Umaira keluar untuk mengambil angin sekaligus mencari nombor telefon baru. Sudah tidak tertahan ni rindunya pada keluarga di kampung. Dia perlu menggunakan nombor Korea kerana bill lebih murah jika dibandingkan menggunakan nombor Malaysia di sini. Dia mahu mendaftar untuk IDD ke Malaysia.

 

 

Usai sahaja membuat pendaftaran nombor baharu, Maira berjalan jalan di kaki lima dan menelefon orang tuanya di kampung. Sambil bercakap, Umaira menangis. Dia terlampau rindukan keluarganya. Semasa kecil Umaira sering mengatakan dia mahu ke luar negara menikmati indahnya salji, musim bunga dan sebagainya.

 

 

Tapi kini dia tahu, tiada maknanya semua ini tanpa keluarga disisi. Angin sejuk Daejeon menyapa mukanya. Dia menghulurkan tangan dan kelihatan beberapa titis salji hinggap di tangannya yang berbalut dengan stokin. Indah. Tapi lagi indah jika suasana ini dapat dinikmati bersama ahli keluarga tersayang. Dia menunaikan solat zohor yang berkumandang di surau yang terletak bersebelahan sebuah restoran arab. Ada masyarakat korea di situ yang turut bersama sama mengimarahkan jemaah. Untuk menenangkan hati, Umaira membaca surah Al Mulk dan Kahfi.

 

 

Kemudian barulah dia terasa perutnya berkeroncong meminta di isi. Keadaan di Korea sekarang, hari siang lagi singkat dari malam.  Oleh itu, dia hanya ada masa sejam lebih untuk solat zohor kerana asar akan tiba tidak lama kemudian. Menunggu masuknya asar, dia masuk ke dalam restoran arab yan terletak di sebelah surau dan menikmati makanan tengah hari.

 

 

 

 Mahal. Itu yang diucapkan ketika melihat menu. Tapi kerana tiada pilihan dia terpaksa memilih makanan yang paling murah. Alhamdulillah, perutnya sudah terisi. Dia kembali ke surau untuk solat asar. Kemudian dia menelefon ahli keluarganya di kampung. Mendengar sahaja suara ibu yang tersayang, serta merta air mata Umaira tumpah.

 

Teresak esak dia menangis sambil bercakap dengan ibunya. Orang di sekeliling tidak mempedulikannya. Mungkin keadaan itu sudah biasa di sana. Kalaulah di Malaysia, mampus asyik kena perhati dengan masyarakat. Puan Rashidah seperti biasa menasihati Umaira supaya belajar bersungguh sungguh dan menjaga diri. Setelah selesai menceritakan serba sedikit tentang kehidupan yang bakal dilalui sepanjang setahun di sini, Umaira memutuskan talian.

 

 

Dia pulang ke rumah untuk berehat. Esok bakal menjadi hari yang panjang buatnya. Waktu isyak lebih kurang pukul 6.30 petang dan seterusnya menjadi waktu malam yang sangat panjang. Umaira masih tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan baru di sini. Tangannya mencapai handphone barunya lalu mendail nombor Donghae.

 

 

Mula mula dia agak takut menganggu jadual lelaki itu tapi dia memberanikan diri. Lagipun Umaira masih belum memberitahu Donghae tentang nombor barunya. Semalam Donghae ada memintanya agar menelefon selepas membeli nombor baru. Tut tut ..

 

"yoboseyeo.."

 

"oppa..Maira ni.."

 

"ohh..lama oppa tunggu Maira call."

 

"hari ni sibuk sedikit. Hehe…"

 

"oh. Maira buat apa tu?"

 

"baru lepas solat. Tapi sekarang baru pukul 7 malam. Terlalu awal untuk tidur"

 

"haha.."

 

"kenapa?"

 

"hangul kamu pelik. Oppa kena faham sendiri apa yang Maira cakapkan."

 

"Maira kan baru belajar dua bulan. Zhoumi oppa pun takkan boleh cakap hangul dalam masa sesingkat ni kan?"

 

"araa..Maira, oppa already miss u"

 

"oppa..cuba teka apa yang Maira buat?"

 

"hmm…Maira tengah tengok gambar oppa kan?haha.."

 

"almost..tapi salah.hehe..Maira tengok oppa berlakon..awesome!"

 

"biasalah..Lee Donghae..kekeke..^^"

 

"oppa..are'nt you busy? Now its for Eunhae's comeback right?"

 

"yupp..Maira, selepas ni oppa akan jadi sangat sibuk. Nanti oppa dah takde masa nak jumpa Maira. Tapi tak bermakna kita tak boleh mesej macam biasa"

 

"okey..tapi Maira bimbang ganggu oppa.Maira lagi suka kalau dapat mesej tiap masa dengan oppa."

 

"its okay dear. Bila bila oppa ada masa free oppa balaslah.Maira, oppa kena pergi.jumpa lagi.good night"

 

 

 

Donghae terus memutuskan talian bilamana ada panggilan baru masuk. YOONA! Ah, dia hampr terlupa akan gadis itu seteah mereka pulang dari bercuti

 

 

 

"oppa, busy?" gemersik suara Yoona.

 

"takdelah. Tadi ada hal sikit. Sayang oppa lama tunggu?"

 

"hmm…oppa senyap saja lepas hari tu. Saya ingat saya ada buat salah."

 

 

 Yoona takde salah langsung sayang. Oppa yang bersalah. Oppa yang mudah jatuh hati. Mianhei jagiya. Dia hanya mampu mengatakan kata kata itu dalam hati. Tidak sanggup dilafazkan. Yoona sangat baik. Cantik. Sempurna. Kenapa dia tegar melukakan hati Yoona? Mereka berbual bual. Donghae menemani Yoona sehingga gadis itu tertidur. Penat barangkali. SNSD sekarang sedang membuat comeback pasti kekasihnya itu sibuk tapi masih lagi mempunyai ,masa untuk menghubunginya.

 

 

Donghae betul betul rasa bersalah. Dia membelek gambar di dalam telefonnya. Banyak kenangan mereka berdua. Tetapi entah kenapa sejak tahun lepas hatinya mula rasa tawar dengan hubungan ini. Dia mula rasa bosan dengan Yoona. Bukan bosan, tapi lebih kepada penat. Penat dengan hubungan yang entah bila akan berakhir. Mereka bercinta selama lebih enam tahun. Tiada siapa pun tahu kesahihan ini melainkan member masing masing.

 

 

 

Dia Cuma mahukan sebuah keluarga bahagia. Mahukan peneman setia. Pendamping yang sentiasa bersamanya walau di mana sahaja dia berada. Memang dia punya sahabat yang mampu menemani, tapi dia lelaki biasa. Punya naluri terhadap wanita. Punya rasa untuk berkeluarga. Saat mengenali Umaira merupakan antara saat yang indah dalam hidupnya.

 

 

Dia dapat rasa kasih sayang bukan dari peminat tapi lebih dari itu. Sikap tarik tali Umaira menimbulkan perasaan teruja dalam hatinya. Dia teringin nak tahu semua mengenai gadis itu. Walaupun untuk lelaki idamannya, Umaira sanggup tidak merendahkan prinsipnya. Seolah olah rambutnya, tubuhnya terlalu mahal untuk didedahkan pada semua orang. Itu bezanya Umaira dengan gadis lain yang dia kenal. Cantiknya Umaira tersembunyi pada cermin mata yang dipakai, tudung yang menutup rambut, pakaian yang menutup seluruh tubuhnya.

 

 

 Bila Umaira nampak sangat selekeh walaupun dia katakan dirinya sudah sehabis daya untuk bermekap, sentiasa gelak dengan lawak Donghae walaupun benda itu bukanlah sesuatu yang lawak, ketawa Umaira sudah cukup membuatkan badan yang penat, minda yang stress menjadi segar.  Umaira pernah katakan hanya orang yang betul betul istimewa dapat melihat semua itu. Hanya seorang, suaminya.

 

 

 

 Dalam tidak sedar airmatanya menitis. Dia memang sensitif dalam hal yang melibatkan perasaan. Dia ke dapur untuk mencari sebarang minuman keras. Sedang dia duduk di atas sofa dalam kegelapan, Eunhyuk yang baru sahaja pulang dari gym datang menghampiri. Eunyhuk terperasan kelibat sahabat baiknya itu ketika dia membuka pintu rumah. Lantas dia mendekati.

 

 

 

"do wey?" Eunhyuk menepuk perlahan bahu Donghae.

 

 

 

Senyap.

 

 

 

"Donghae yaa.."

 

 

 

senyap lagi.. Tidak tahan melihat keadaan itu, Eunhyuk menguatkan suaranya

 

 

 

"Lee Donghae!"

 

 

 

Terpinga pinga Donghae mengangkat mukanya menoleh wajah kemerahan Eunhyuk.

 

 

 

"Hyuk aah…" air matanya menitis lagi

 

"sshh…kenapa ni? Citerla. Aku ada. " dia memeluk sahabat baiknya. Dia tahu ketika ini Donghae sangat memerlukan semangat. Dia tahu Donghae menghadapi masalah. Selalu sahaja dia lihat Donghae termenung. Sudah tidak ceria.

 

 

 

Mahu tidak mahu Donghae meluahkan segala yang terpendam. Dia tertekan sebenarnya. Antara kekasih yang sangat mencintainya dengan gadis yang baru sahaja dikenali beberapa bulan. Mendengar sahaja pengakuan Donghae, Eunhyuk tunduk menekur ke lantai.

 

 

Setakat ni dia tidak pernah jatuh hati pada peminat. Artis dan peminat punya jurang. Dan dia mencuba untuk mempertahankan jurang itu. Nampaknya Donghae kalah. Kalah pada perasaan sendiri. Apa apa pun semua dah berlaku. Dia cuba menasihati tapi nampaknya Donghae telah jatuh tersungkur dalam cinta.

 

 

 

"chingu yaa.." Eunhyuk diam sebelum meneruskan kata kata. Dia menarik nafas panjang. Donghae memandang tepat wajah Eunhyuk. Jarang benar lelaki itu memanggilnya chingu jika tiada perkara yang betul serius hendak dicakapkan

 

 

 

" no matter how impossible, unattainable, or unimaginable something may seems, if it means to be, it will be." dengan itu, Eunhyuk menepuk perlahan peha Donghae dan bangun dari sofa. Dia menyokong segala apa keputusan Donghae. Dia tahu, cinta itu buta. Dia juga bercinta. Dia mahu Donghae membuat tindakan sesuai dengan hati dan akalnya. Bukan atas paksaan sesiapa. Sebagai sahabat dia mahu Donghae bahagia. Ikhlas.

 

 

 

Pagi itu Donghae membuat keputusan. Untuk mendapat sesuatu berharga dia perlu melepaskan sesuatu yang mungkin lebih berharga. Yoona, oppa mianhei. Dia tahu keputusan yang dibuatnya itu bakal memberi kesan yang sangat besar dalam hidupnya, dan juga Yoona. Tapi dia nekad. Tidak guna untuk terus menipu diri sendiri dan juga orang lain kerana kelak hati mereka juga yang sengsara.

 

 

Dia tidak sanggup untuk terus melukakan hati Yoona.  Dia menelefon Yoona dan mengajaknya berjumpa. Mereka berjanji untuk keluar malam ini. Sementara itu Donghae seperti biasa ke studio untuk berlatih. Kemudian dia perlu menghadiri beberapa rancangan  televisyen. Hari hari sibuk sebegitu sudah biasa baginya. Hari itu dia tidak sempat menelefon Umaira. Biarlah, gadis itu juga pasti sibuk dengan pendaftran di universiti.

 

 

 

Pukul 12 malam, Donghae memandu keretanya laju meninggalkan perkarangan bangunan SM untuk bertemu dengan Yoona. Hari ni dia memang tidak sempat berjumpa dengan Yoona kerana mereka masing masing mempunyai jadual yang berbeza.

 

 

Keretanya berhenti betul betul di bawah tiang lampu di tepi sungai Han. Tempat itu menjadi tempat biasa dia dengan Yoona berdating. Tiada papparazi boleh menjejaki mereka di situ kerana tempat itu berada di hujung sungai Han dan lokasinya tidaklah begitu cantik sperti biasa. Dia menunggu Yoona dengan sabar. Makanan kegemaran Yoona juga dibelikannya. Dia cuba memikirkan apa kata kata sesuai untuk diperkatakan. Sungguh dia berasa serba salah.

 

 

 

"oppa.." Yoona mengetuk tingkap kereta Donghae. Dia melihat Donghae sedang dalam lamunan panjang. Dia perasan sejak beberapa kebelakangan ini Donghae sangat lain padanya. Ketika mereka bercuti juga, Donghae lebih banyak termenung. Dia cuba bersangka baik.

 

 

Mungkin Donghae sangat penat dengan persediaan comeback. Memang dia ada sedikit terasa hati dengan perangai kekasihnya yang dirasakn sudah berubah tapi didiamkan sahaja. Tidak mahu mengeruhkan hubungan mereka yang telah mula dingin.

 

 

 Dia juga terasa hati sebab Donghae sudah tidak memanggilnya 'jagiya' seperti biasa. Dia sudah tidak sedap hati 'tak mungkinlah. Oppa dengan aku sudah lebih enam tahun.' dia sedaya upaya memujuk hatinya.

 

 

 

"ohh Yoona aah..masuklah" Donghae memberi senyuman paling manis.

 

"oppa ada belikan makanan. Jom makan dulu"

 

"hmm..gommawo oppa"

 

Mereka makan sambil bercerita tentang kisah cinta mereka sepanjang enam tahun lebih. Yoona memandang wajah kekasihnya itu dengan penuh rasa cinta dan kasih. Dia terlalu cintakan Donghae. Sepanjang mereka bersama banyak dugaan yang dihadapi tapi mereka dapat atasi dengan jaya. Dia mencium pipi Donghae tanda sayang.

 

 

Kelihatan Donghae agak terkejut dengan perlakuannya walaupun mereka sudah biasa sedemikian. Malah lebih daripada itu.

 

 

 

" Yoona aah..pandang oppa" Donghae agak serba salah untuk menuturkan kata kata seterusnya. Dia memegang tangan Yoona dengan harapan gadis itu boleh menerima pengakuannya selepas ini

 

 

 

"ne?" Yoona menatap wajah kesayangannya. Dia berasa tidak sedap hati. Bagai ada sesuatu buruk akan berlaku.

 

"hhmm..oppa minta maaf. "

 

"oppa..we reyyo?"

 

"perasaan yang pernah ada untuk Yoona selama 6 tahu ni. Oppa dah tak rasakan benda yang sama"

 

 

 

Saat itu dirasakan kaku. Dia seperti dipanah petir. Terkejut.

 

 

 

"oppa..jangan buat bergurau benda begini. Shireo.."

 

 senyap.

 

"oppa.busummariyya??.oppa, sayang ada buat salah ke? Bagitahu saya. Sayang akan baiki. Oppa, saya minta maaf. Tolong jangan begini." Yoona menangis. Dia menggerak gerakkan tubuh Donghae yang kaku.

 

 

 

"oppa yang salah. Yoona langsung tiada salah apa apa. Oppa minta maaf" Donghae turut mengalirkan air mata. Sedih melihat orang yang pernah disayang menagis sehingga begitu sekali.

 

 

 

"oppa. Bagitahu saya apa yang saya boleh buat. Apa yang saya perlu lakukan untuk oppa. Saya sanggup buat apa sahaja. Perpisahan bukan caranya"

 

 

 

"annya.. Yoona paling sempurna. Sebab Yoona sempurna, oppa terpaksa menarik diri"

 

 

 

"oppa..dah jatuh cinta pada orang lain?" dengan mata yang basah dia cuba mencari kebenaran di ablik muka keruh Donghae

 

 

 

"mianhei Yoona. Bagi oppa Yoona cukup baik untuk siapa pun. Cari pengganti oppa. Ramai. Ramai yang sukakan Yoona"

 

 

 

"Oppa lupa janji kita? Oppa lupa memori kita? Kita dah janji bukan? Lepas sahaja kontrak kita tamat, kita akan berkahwin. Kita akan ada anak. Sampai hati oppa buat saya macam ni"

 

 

 

"oppa tak pernah lupa. Tapi Sampai bila kita kena hidup begini? Bila kita boleh capai impian tu?"

 

 

 

"oppa..kita dah janji kan, tamat je kontrak kita akan kahwin. Tak sampai sepuluh tahun sahaja. Oppa, tolonglah jangan macam ni. Saya sayang oppa sangat. Saya boleh mati tanpa oppa" air mata nya sudah membanjiri muka.

 

 

 

"Yoona…ramai lelaki sukakan Yoona. Yoona terlalu sempurna." Donghae mengusap wajah gadis yang pernah menjadi kegilaannya suatu masa dulu

 

 

 

"ottoke oppa? Saya tak boleh hidup tanpa oppa. Saya cintakan oppa lebih dari segalanya"

 

 

 

"Yoona ahh..tolong faham oppa. Tolongla.." Donghae memegang kepalanya.

 

 

 

"ne arraseo..kreun.." Yoona menarik nafas panjang. Dia mengesat air mata yang bersisa lalu keluar dari kereta milik Donghae. Tiada guna lagi memujuk jika ini yang Donghae betul betul inginkan.

 

 

 

Kelihatan kereta putih milik Yoona meluncur laju keluar dari kawasan itu. Donghae menghantuk kepalanya ke streng berkali kali. Walaupun dia dapat mengagak ini akan terjadi tapi dia masih tidak percaya apa yang baru berlaku. Kisah cinta mereka yang terbina dalam enam tahun musnah. Berkali kali dia minta maaf. Tapi dia tahu, maafnya tidak bererti buat Yoona.

 

 

 

 

 

Sejam dia berda disitu tidak berbuat apa apa. Fikirannya kosong. Dia keluar menghadap sungai Han. Airnya tenang seperti selalu. Tapi tidak setenang hatinya yang bergolak hebat. Ini jalan yang dipilih. Dia tidak menyesal langsung. Cuma terkilan sedikit.

 

 

Dia mahu Yoona bahagia. Bahagia bersama lelaki lain yang mampu memberi cinta yang sepenuhnya. Dia mengeluarkan telefon miliknya yang hanya untuk Yoona. Keluarkan simkad dan patahkan. Kemudin dia keluarkan telefonnya sebuah lagi dan mendail nombor Umaira.

 

 

 

"yoboseyeo.." kedengaran suara Umaira yang tengah menonton video Donghae di dalam laptop miliknya.

 

 

 

"Maira.." sekali lagi dia menumpahkan air mata bila mendengar suara gadis itu. 

 

 

 

"oppa..waereyeo?" Umaira yang berbaring menghadap laptop segera bangun dan menutup laptopnya. 'kenapa dengan oppa?'

 

 

 

"boleh tak oppa pinjam masa awak sekejap?" Donghae sudah tersedu sedu

 

 

 

"oppa..ada masalah eh? Takpe..Maira ada ni. " dia kenal Donghae. Dia tahu lelaki itu sangat sensitif. Dia membiarkan sahaja lelaki itu menangis. Tiada sebarang kata kata keluar dari mulut Donghae selepas itu. Stengah jam. Keadaan antara mereka senyap. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan. Sebak hati Umaira. Dia juga menangis dalam diam. Dia sedih dengar lelaki yang kini dicintainnya dalam diam itu menangis.

 

 

 

Selepas setengah jam,barulah  Donghae kelihatan tenang.

 

 

 

"Maira, terima kasih baby.."

 

 

 

"saya takde buat apa apa pun untuk oppa. Takyah lah oppa berterima kasih bagai"

 

 

 

Donghae tergelak sendiri dengan loghat Umaira. Dia pun tak berapa faham tapi dia cuba untuk memahami maksud yang cuba disampaikan Umaira. Seperti dijangka, Umaira mampu menenangkan hatinya.

 

 

 

Mereka berbual lagi. Hingga Donghae betul betul penat, barulah dia memutuskan talian. Kini dia yakin dengan perasaan sendiri. Hatinya dipenuhi Umaira. Tiada lagi Yoona. Hanya ada gambaran manis Umaira di matanya.

 

 

Perlahan lahan Donghae bangkit dari batu tempat dia duduk dan melangkah pergi. Kemudian dia berhenti dan berpaling menghadap sungai Han sekali lagi. Disinilah tempat mereka mula mula dating, dan disinilah semuanya berakhir antara dia dan Yoona.

 

 

Dia melemparkan cebisan simkad kedalam sungai. Dia kembali ke kereta dengan perasaan tenang. Lima minit kemudian kelihatan sebuah lagi kereta putih keluar dari kawasan tersebut

 

 

 

Umaira termenung selepas sahaja panggilan mereka ditamatkan. 'kenapa oppa macam itu?' dia tidak tahu apa yang terjadi pada oppanya tapi dia tidak  bertanyakan. Dia mahu  Donghae memberi tahunya dengan rela. Mungkin juga Donghae ada masalah dengan Yoona.

 

 

Sedikit sebanyak dia tahu scandal mereka berdua. Dia cemburu sebenarnya. 'Eh kejap, cemburu? Ya Allah Maira. Kau takde hubungan apa apa dengan Donghae pun.'  walaupun tiada sebarang pengesahan dari mereka berdua tapi dia sebagai peminat tahu. Umaira menghadap cermin.

 

 

 Dia berpusing pusing meneliti tubuhnya. Terlalu jauh bezanya antara dia dan Yoona. Pehanya besar, tubuhnya walaupun slim tapi tidak sekurus Yoona. Mukanya, dahla pakai spek, banyak pula parut di muka. Mukanya tiada jerawat. Tapi banyak parut lekuk akibat perbuatan tak senonohnya yang suka memicit jerwat satu masa dahulu.

 

 

Haih, menyesal sungguh punya tangan gatal. Sekali lagi dia membandingkan dirinya dengan Yoona. Memang macam langit dan bumi la. Mustahillah Donghae pilih dirinya. Tapi perasaannya terhadap Yoona bukanlah seperti dahulu. Kini dia makin cemburu.

 

 

 Hatinya sakit tengok video mengaitkan mereka berdua. Apa dah jadi ni? Segera dia menutup tab video mereka. Malam sebelum tidur sekali lagi Umaira memikirkan hubungan antar dia dan Donghae. Kenapa Donghae begitu beria ia bersahabat dengannya? Dia hanyalah peminat biasa. Akhirnya dia tidur dengan pertanyaan begitu sahaja. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dyamier
first time login..dengan tak tahu apa apa..maaf sekiranya banyak kekurangan..:)

Comments

You must be logged in to comment
SJblueBB
#1
Chapter 3: Hi there.. i really rare read ff in malay.. but this one is make me smile like an idiot.. hahaha maybe i m in love with that stupid fish too hahaha btw ths story is good.. keep writing ok