Ayam Rendang CAPPP Satu Tujuh (Bersama SEVENTEEN S.Coups, Jeonghan & Joshua)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Awan mendung yang berarak membawa tangis dan resah menyelubungi kawasan kampung yang sangat lengang tanpa bunyi motor Ysuku milik Hyuk ataupun milik penduduk kampung disitu. Ysuku sangat femes di kalangan orang-orang kampung, terutamanya pakcik-pakcik yang ulang-alik pegi masjid. Kedengaran pula bunyi kereta yang datangnya dari pintuk masuk kampung menuju ke rumah budak berenam tu. Kelihatan sebuah Myvi kuning ala-ala transformer Bumblebee menyelusuri pokok rambutan Haji Si Kyung sehingga memasuki perkarangan rumah.

"DAH! JOM MASUK RUMAH!", jerit Ken yang masih lagi berada di dalam kereta bersama-sama Ravi, Leo dan N selaku pemandu. Hari ni Ken takde mood nak bawa kereta.

Setelah keluarnya mereka berempat dari kereta yang boleh terbang kelangit ini, kelihatan dua budak kaki PS5 balik dengan bunyi desiran Ysuku yang kuat. Desiran? Lain macam taipan Si Penaip ni. Ehem-

"Kita bincang kat atas terus.", tegur N selepas melihat Hongbin dan Hyuk bangun dari motosikal kesayangan si kecik nan panjang tu.

Mereka berlima hanya akur lalu beratur panjang untuk naik ke atas. Sewaktu nak naik tu, Ravi sempat berpaut pada leher Ken lalu berkata dengan nada yang comel, "Alaaaa~ Sorry la Jaejjanjji...".

"Ahhhh! Jangan pegang-", jerit Ken lalu menepis tangan Ravi yang melingkari lehernya yang kecik gedemit itu. Sambungnya, "Jaga SOP tu.".

Dan ketika itu Haji Si Kyung sedang melihat gelagat mereka berenam sambil menyapu dedaun yang gugur dari pokok rambutan cap Haji Si Kyung. N sedar Haji yang garang tu sedang melihat mereka dengan penuh curiga jadi N memandang Haji Si Kyung sambil tunduk hormat bersama senyuman yang manis bak air minuman Bubblebee. Nampak perbezaan antara Kereta Myvi Leo dan N disitu.

Haji Si Kyung? Mendengar perkhabaran budak-budak Bikjju baru balik dari hospital untuk 'swab-test' sudah cukup untuk membuatkan Haji Si Kyung gentar dan takut. Dia terus melempar penyapunya lalu bergegas masuk ke dalam rumah tatkala Hana berada di buaian besi bersebelahan pintu masuk rumah.

N ternampak Hana disitu lalu cuba untuk melambai tangan sambil menampakkan gigi putihnya pada si gadis berbaju T biru langit labuh dan berkain susu separa kembang. Macam biasa lah, bagaikan smash Dato' Lee Chong Wei mendarat dengan cantiknya, Hana membalas kembali senyuman dan lambaian bagaikan sepasang kekasih yang cinta mereka terhalang oleh orang tua~ Maaf Si Penaip ternyanyi pulak. Tapi memang terhalang pun.

"BORA! MASUK DALAM. LAM ALIF LAAA NI!", jerit Haji Si Kyung dari dalam rumah macam tau-tau ja anak dia tengah bermain mata dengan jiran sebelah. Jadi Hana pun meluru masuk tanpa mengendahkan N yang hilang senyumannya.

N tahu Haji Si Kyung ni percaya dengan konspirasi illuminati dari grup wasap yang mengatakan vaksin adalah agenda Freemansion. Tapi Haji Si Kyung tak tahu yang mufti telah mengesahkan fatwa bahawa mengambil vaksin itu harus kerana mencegah dari kemudaratan diri. N naik ke atas lalu melihat semua adik-adiknya berada di ruang tamu.

"Ok guys! Abang Long sudah naikkk!", jerit Ken yang masih tak berhenti menjerit dari hospital tadi hinggalah sekarang.

Lalu, semua orang terpumpu pada pengumuman yang bakal diumumkan oleh Hakin Rusli Bin Abdullah.

"Cha~ Semua. Abang Long ada pengumuman. Disebabkan kawan Rahman-", kata N sambil menunjukkan tangan bak pramugara pada Ravi. Sambungnya, "Dah confirm ada kes COVID-19 dekat tempat kerja dan dia salah seorang yang dekat dengan orang yang kena tuh. Dannnn Ravi pulak pegi beli PS5 dengan Jongin kemarin. Maka dengan itu, sesiapapun tak boleh sentuh PS5 sehingga keluar result swab-test.".

Dengar sahaja pengumuman pasal PS5 tu, Hyuk merungut, "Apa ni bang?! PS5 tak salah, yang salah Abang Ravi ni-".

"Diam!", tegur N lalu menetak leher Hyuk dengan menggunakan tangannya, sambungnya lagi, "Abang Long dan Abang Ngah akan ambik MC untuk kuarantin. Jadi Ravi dan Ken pun kena duduk kat rumah jugak. Tak boleh keluar ke surau atau ke ladang.".

Dengan rasa bersalahnya Ravi mengangkat tangan kanannya walaupun N tak tak buka soalan lagi.

"Silakan~", ujar N yang masih lagi posing ala-ala pramugara pencen.

Badannya bergoyang dari kiri ke kanan, jari-jemarinya bermain-main macam tengah gemuruh gittew. Ravi menundukkan kepalanya sambil berkata, "Sorry guys sebab aku, korang semua kena macam ni. Aku janji, lepas ni aku tak kawan dengan Jongin-".

"Aku tak suruh hang putus kawan dengan anak orang-", dengan pantas N memotong kata-kata Ravi, sepantas tangannya menetak leher si saudagar kambing itu. Dia cuba untuk mengawal kemarahannya dengan mengibas-ngibas tangannya pada wajah nan cantik berseri itu. Sambungnya, "Sesapa pun tak sersalah dalam hal ni, baik Kai, baik Ravi. Jadi jangan salahkan sesiapa dalam hal ni sebab yang salahnya virus tu merebak. Jadi jangan bertelagah dan duduk dalam rumah diam-diam.".

"Kalau macam tu, aku tarik balik lah apa yang aku cakap tadi.", kata Ravi yang masih menundukkan pandangannya sebab malu berganda-ganda.

"Tapi kan, malam ni nak bukak puasa apa?", soal Hongbin yang menunggu peluang untuk menanyakan soalan thorsebut.

"Malam ni Abang Ngah nak masak Maggie Masak Tiga Rasa so kita makan maggie je lah malam ni. Beras kita simpan untuk sahur nanti..", kata N dengan yakinnya walaupun Leo tak cakap apa-apa pasal nak masak malam ni.

Sewaktu mereka berenam berbincang tentang nak makan apa malam ini, datangnya 3 jejaka berambut panjang macam dah 3bulan tak potong rambut, bersama sebuah tupaware berisi lauk misteri. Sampainya mereka di hadapan tangga, mereka memberi salam bagaikan murid-murid sekolah, "Assalamualaikum, PIANNNNNNN~".

"WAALAIKUMSALAM! KEJAP HOIT!", jerit Hyuk dari atas lalu meminta izin pada orang-orang tua, "Izinkan Baby Pian meninjau siapa yang berada di bawah.".

Dengan sopan santunnya Hyuk lalu di hadapan N dan Leo lalu menuruni setengah anak tangga. Betapa riang dan gembiranya Hyuk apabila terlihat rakan sepasukan bola baling masa sekolah menengah yaqni jiran belakang A.K.A Geng Satu Tujuh datang bersama hajat dihati. "Uish! Cheol, Han, Shua! Buat pa mai sini?".

S.Coups, Jeonghan dan Joshua datang kemari membawa testimoni dan agenda tersendiri. Maka dengan itu, bermulalah celoteh si Jeonghan ni, "Kami bukan saja-saja ja mai sini. Kami mai dengan buah tangan. Ni haa~! Resepi turun temurun nenek moyang haku ni. Ayam rendang CAPPP Satu Tujuh.".

"Ayam gred A ni~", kata S.Coups sambil menunjukkan tupaware yang dipegang oleh Jeonghan.

Sambung Jeonghan lagi, "Dihasilkan dengan rempah-ratus yang berkualiti, diadun dengan sebati, ditumis bawang merah, daun kari, kulit kayu manis, herba campuran dan juga ramuan istimewa~".

"Kalah Secret Recipe", kata Joshua siap bagi 'angkat jempol ya pak'.

"Untuk hang ja Pian, aku bagi hang try test dulu-", ujar Jeonghan yang membuatkan S.Coups dan Joshua masing-masing di kanan dan kiri Jeonghan, terus memandang tepat ke arah jejaka tersebut dengan penuh kehairanan. 'Try test' ehh?

"Takpa, takpa. Hangpa boh ataih tangga dulu. Aku baru lepaih balik dari hospital ni.", kata Hyuk sambil tersengih. Mana tak tersengih kalau dapat makanan free?

"Balik dari hospital?", soal S.Coups terkejut. Tapi bukan dis sorang saja terkejut, yang lain pun terkejut.

Jadi Joshua pun menanyakan soalan, "Why lah Pian?".

Agak serba salah untuk dicaritakan tapi ini demi kebaikkan berjemaah, jadi Sanghyuk pun... "Ahhh~ Tadi pi buat swab-test sat. Member Abang Ravi kata kilang dia ada yang kena corona.".

Tergamam terus tiga jejaka yang berada di bawah. Apa lagi? Dengan cuaknya Jeonghan meletakkan tupaware berisi Ayam Rendang yang dimasak berjemaah oleh Geng Satu Tujuh itu di atas tangga. "Kalau macam tu, aku letak kat sini dulu lah.".

"Kami dah lambat ni. Gerak dulu, paper rojer.", ujar S.Coups yang terburu-buru untuk balik ke rumah sebab nak mandi hadas takut berjangkit.

"Assalamualaikum~!", kata mereka bertiga dengan berteraburnya pada Hyuk. Selang 6 ke 7 tapak macam gitu, kedengaran Jeonghan berkata "Wei hangpa. Kalau Pian betoi-betoi kena corona, macam mana wei?".

"Woiiiii~ Mintak simpang laaa.", jawab S.Coups sambil menolak Jeonghan.

Sama seperti Joshua, dia menolak Jeonghan ketepi sambil berkata, "Aju the scary uiii~".

Lalu mereka bertiga berlari bagaikan Boruto yang sedang mencari kawannya di perkampungan sebelah kampung Uchiha. Berdesup lari hingga ke rumah sampai berebut-rebut nak ke bilik air sebab nak mandi. Sabar guys sabar...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!