Hari Marhaban : Pertempuran Lencai Kampong Pt. 1 (Bersama ATEEZ, THE BOYZ, iKON & BTOB)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Kita terus ke hari ke-6 disebabkan para jejeka VIXX tidak dapat berbuat apa-apa sepanjang tempoh kuarantin kecuali bersahur dan berbuka dengan nasi bersama telur dan kicap dan juga air Milo. Sedih sungguh kisah mereka sehingga boleh di-apply masuk ke dalam rancangan "Bersamamu" terbitan TV3.

 

Hari yang ke-6, hari yang masih jauh lagi perjalanannya untuk bebas dari terpuruk di dalam rumah, memandang sesama sendiri dan bergaduh hanya kerana berebut komputer. Ketika ini, N dan Leo sibuk didapur tatkala membuat kuih semperit kegemaran Han Sanghyuk A.K.A Baby Pian. Ken pulak sibuk mengajar Ravi mengaji Al-Quran. Alhamdulillah. Dengan Izin Allah, target Ravi untuk khatam Al-Quran sepanjang tempoh kuarantin. Manakala Hongbin dan Hyuk....

"She so good, she so fly~ Tengok muka you I lalai~ Quarantin got me feeling like~"

Ketika masuknya part "Hey DAB" tersebut, Hyuk dan Hongbin hanya mampu dab di atas tangga lalu mengeluh berjemaah. Mana tak mengeluhnya mereka berdua? Sejak-sejak PS5 mereka dikuatiri terkena virus COVID-19, mereka berdua tidak dapat meneruskan perjuangan sebagai pemain e-sukan. Padahal main game Naruto ja pun.

Ketika mereka mengelamun jauh ke rumah usang dihadapan, kedengaran bunyi irama lagu yang berkumandang menggunakan speaker mahalan. Semakin lama semakin kuat lagu "Win" yang dipasang. Rupanya, sekumpulan yanqni 8 anak muda yang dipanggil 'Lanun Kampong' yang pasang lagu tersebut sambil kereta mereka bergerak perlahan.

"JANGAN LUPA UNTUK UNDI KAMI, 'LANUN KAMPONG' ATEEZ UNTUK HARI MARHABAN NANTI! KAMI JANJI KOMPANG KAMI PADU!", kedengaran jeritan kuat dari Jongho si bongsu daripada kelapan-lapan budak ini. Bersama Yeosang dan San yang berdiri di atas kereta sambil mengibarkan bendera yang tertulis "ATEEZ". Fuhhh! Berani betul budak-budak ni.

Tidak lama kemudian, setelah budak-budak lanun menyusuri jalan rumah VIXX, muncul lagi satu kenderaan tapi kali ni bermodalkan lori angkut telur ayam. Tanpa segan silu bernyanyi lagu "The Stealer" secara beramai-ramai sambil mengibarkan bendera "THE BOYZ". Tapi yang kibar tu Juyeon dan Hyunjae lah sebab yang lain semua karoke.

"UNDI KAMI 'PENCURI TELUR' THE BOYZ! MOTO KAMI "SOMBONG, BONGKAK, RIAK, BELAGAK TAKDAK DALAM KAMUS" CIAAAA CIAAAAAAA~", jerit Eric yang Si Penaip pun tak tahu apa yang dia merepek ni tapi tu lah tu.

Makin lama, makin tertarik pulak si Hongbin dan Hyuk ni dengan manifesto budak-budak kampung. Kali terakhir buat perarakkan ni masa Maulidul Rasul 2 tahun lepas. Itu pun bukan dorang berdua pergi pun, cuma mengintai dari tirai kamar ja tu.

Selesai The Boyz dengan manifesto di hadapan rumah dan beransur pergi, muncul pula kereta Proton Wira merah siap dengan sticker "iKON" disetiap penjuru kereta. Simple as that bak kata orang putih. Tapi masih lagi dengan manifesto dorang nak menang dengan lagu "Love Scenario". Amboi. Lagu...

"Woi Babi! Berarak jugak ka weh?!", soal Hyuk pada Bobby yang duduk bersama Donghyuk di bonet belakang. Hyuk dengan Bobby ni satu kelas jadi paham-paham la cara dorang bergurau tu. Jangan laa marah Si Penaip. Kalau nak tahu lebih, boleh tengok "House Or Remix" sebab dorang 2 group + Monsta X ada dalam show tu.

"YOOO! SAPOT TEAM AKU WEH! iKON 'USAWAN KAMPUNG'! NANTI AKU BELANJA HANG BUBBLEBEE SATU!", kata Bobby yang kuat kedengaran walaupun pakai speaker sekolah.

"CANTEK BOSSKURRRR~~!!!". Jerit pula si Hyuk sambil menjempolllll jari ibunya tanda bagus.

Tatkala mereka bersembang dari jarak jauh, Cha Hakyeon A.K.A Abang Long N berdiri di hadapan pintu sambil menelefon seseorang. Dengan muka ketatnya ala-ala orang kaya bernama Han Soohyuk dalam drama "MINE", beliau berkata, "Kau datang area kampung aku sekarang. Budak-budak kampung keliling kampung tak ikut SOP.".

Setelah hilangnya kereta Proton Wira tersebut, muncul lagi satu kereta tapi kali ni memang sangat familiar dengan N. Kedengaran lagu "BEEP BEEP" yang bergema disetiap penjuru. Bukan biashe-biashe ni.

Minhyuk yang ketika itu berada di dalam kereta besama-sama Eunkwang sebagai pemandu, Changsub dan Peniel yang berada di belakang. Dia segera mencapai walkie talkie apa tah yang ada dalam kereta tu sambil memasang speaker lalu berkata, "KEPADA BUDAK-BUDAK YANG BERARAK TADI, SILA PARKING KETEPI. ANDA SEMUA DITAHAN ATAS KESALAHAN MELANGGAR SOP-".

Dari jauh boleh nampak air muka N yang nampaknya berpuas hati dengan tindakkan pantas para petugas di barisan hadapan. Mana tak nye~ Sejak jadi polis bantuan ni, dia makin tegas dan beramanah dalam menyelesaikan tugas. Walaupun sabun pinggan mangkuk didapur dia beli 3 botol. Tak tahu lah apa kaitan sabun Joy dengan tugas dia tu.

"DAN JANGAN LUPA UNTUK UNDI KAMI NANTI! 'OTAI MASIH BERDOZEN' BTOB!", sambung Minhyuk sebelum kereta Polis Proton Persona memecut laju untuk mengejar 'rombongan Kak Kiah' tadi.

Senyuman N tiba-tiba hilang dari radar. "Bacot ini budak bandel", omel N sambil berpeluk tubuh. Dia memandang Hyuk dan Hongbin yang dari tadi melihat perarakan bersekutu lalu bertanya, "Woi! Yang dari tadi dorang berarak tu sebab apa? Parlimen nak bukak balik ke?".

"Tadi Jiwon (Bobby) bagitau besok ada Hari Marhaban.", jawab Hyuk sambil menggentel-gentel serpihan batu yang ada di atas tangga.

Sambung Hongbin sambil bersila panggung, "Ha'ah. Bang Cik Ken yang jadi juri tetap tahun ni. Ni pun tau dari orang dalam la...".

N mengerut dahi sambil mengangkat sebelah kening kanannya. Lain macam Si Penaip tulis tapi takpe asakan korang paham. Tanpa pesan atau ingatan, N berlalu pergi dari pintu rumah lalu berjalan menuju ke bilik Ken. Dia mengalihkan tirai bilik Ken dan terlihat Ken masih mengajar Ravi dengan tertib dan sopan. Niat dihati nak tegur lah si Jamal tu tapi takut kacau pulak orang dok kusyuk cari pahala akhirat ni jadi dia terus beredar dari perkarangan bilik Ken dan terus ke dapur.

"Apa yang riuh kat luar tu?", sapa Leo yang masih menunggu Kuih Semperit siap dibakar di dalam ketuhar kecil jenama SHARP. Tapi ketuhar ni dah lama dorang beli jadi takde masalah lah ye dengan kes cluster tempat kerja Kai tu.

N melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang empuk walaupun terdapat kesan 'kokak' dan menjawab, "Adalahhh~ Budak-budak kampung ni buat perarakkan suruh undi dorang kat Hari Marhaban nanti.".

"Hari Marhaban...", terus Leo teruja mendengar ayat tersebut. Sejak-sejak Kumpulan Jamal tu menang Hari Marhaban, terus si Tajuddin ni jadi macam makcik bawang nak ambik tau pasal ni.

"Iye. Hari Marhaban. Tapi tak tau lah kalau dorang tu buat Hari Marhaban tu bila, dekat mana, orang boleh pegi ke tidak, SOP ketat ke tidak...", rungut N sambil menyusun lebihan Kuih Semperit yang sudah dimasak tadi ke dalam balang kuih.

Leo hanya mampu mengangguk sambil berpeluk tubuh. Kalau nak tanya panjang-panjang kang kena 'neck slice' pulak dengan brotherhood dia ni. Jadi mereka pun hanya mendiamkan diri ditemani lagu raya daripada Monoloque sambil menunggu kuih mereka yang ke-5 siap dengan jayanya.

Tapi tu lah. Ken jadi juri. Tapi macam mana dia nak menjuri Hari Marhaban nanti kalau dia pun kena kuarantin kat rumah? Itu yang musykil bin bingung ni...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!