Ostat Jamal dan 7 Anak Muridnya (Bersama VERIVERY)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Jam di dinding berdetak tepat pukul 2.30petang menandakan masuk waktu mengaji bagi kawasan berdekatan dangan rumah VIXX. Al-maklumlah, yang nak mengajar pun Ostat KEKEN : D. Jadi bermulalah sesi pengajian Al-Quran bersama anak muridnya yang terdiri dari 7orang pelajar lelaki yang rata-ratanya tak ambik PT3 tahun ni sebab PM umum PT3 dibatalkan. Kalau ada yang ambik SPM tahun ni pun, kena jawab SPM tahun depan. Sabo je lah~

"Haaaa~ Semua dah standby dengan Mukhadam (Level Semi-high A.K.A. suku dari juzuk dari Al-Quran ada dalam buku ni.) Semua?", soal Ken sambil melihat seorang demi seorang anak muridnya di dalam komputer.

Disusuli jawapan "Dahhhhhh~", yang agak berterabur sebab ada sesetengah pakai U-Mobile dengan DiGi. Aduhhhhh~ Dah tau kawasan kampung ni terima Celcom ja, pakai lah Celcom tu...

"Okay, sekarang buka surah 'Wattini'. Tau 'Wattini' yang mana?", soal Ken lagi yang merujuk kepada surah Al-Tiin.

Hampir semua anak buahnya dapat meneka dengan tepat kecuali budak kecik Kangmin ni. Maklumlah, dia masih baru lagi masuk dalam kelas mengaji. Kangmin mula menanyakan soalan pada Ustaz Jamal, "Ustaz, muka surat berapa ni?".

Cuak jugak lah Si Ken ni nak terangkan dekat kat budak sorang ni, sebab dia pun pakai phone nak mengajar. Lalu, dengan selamber biawaknya dia berkata, "Tanya abang-abang kau tu. Tak pun, tanya jiran sebelah.".

"Kangmin. Kangmin-", kedengaran salah seorang dari pelajar Ken bersuara, terus Ken melihat Gyehyeon di skrin. Sambung Gyehyeon , "Muka surat 30, belah kiri."

"Ahhhhhhh~", angguk Kangmin faham. Selamat lah ada abang-abang yang membantu.

"Okay. Sekarghang ni ostat baca dulu, baru hangpa semua sambung nahhh~!", tegas Ken yang mula menjadi seorang 'ostat' yang serius. Lalu dia mengalunkan surah Al Tiin dengan merdu...

"Wat-tiini waz-zaitun" (Demi buah Tiin dan Zaitun)

Maka, anak-anak muridnya membaca rangkap pertama dengan berterabur sekali. Mana taknya, line sesetengah tempat tu lembab macam siput.

"Sat sat satttt~ Hangpa ni baca betaboq!", marah Ken padahal bukan salah budak-budak tu pun. Apa punya ostat.

Kalau diikutkan dah seminggu dah Ken ni ajar budak mengaji dalam Skype sebab PKP. Walaupun dah bertukar jadi PKPB, ken tetap buat kelas online sebab takut pandemik ni kena kat rumah dia. Tak pasal-pasal nak kena samak rumah ni.

Sambung Ken dengan menunjuk ke arah seorang lagi anak muridnya, "Haaaa~ Yeonho. Baca dulu. Ustat nak dengar.".

"Saya baca ye ostat.", Dengan tenangnya Yeonho mengalunkan ayat Al-Quran tersebut dengan nada yang tenang. Ken juga dibuai angan-angan yang entah apa yang difikirkannya.

"Bagus. Sekarang ostat nak dengar Dongheon baca pulak.", ujar Ken lagi selepas melihat Dongheon yang sedikit terleka akan sesuatu di skrin.

"S- Saya, ostat?", soal Dongheon yang gagap sebab terkejut nama dia dipanggil sewaktu dia bermain Game Worm. Yeah you got that yummy~ yummy~ yummy~

"Ye lah, sapa lagi nama Dollah Husin Bin Sarip kat sini?", soal Ken sambil memegang rotan. Eh? Macamana nak sebat budak-budak ni kalau takde depan mata? Hairon pulak dengan si Jamal Pak Tongko ni.

"Saya cuba ya ostat. Bismillahirrahmannirrahim~", dengan nama Alla sebagai pembuka kata, Dongheon mula membaca ayat pertama Al-Quran tersebut tapi dengan suara robotnya bagaikan terlupa minum Milos masa sahur tadi.

Kedengaran bunyi rotan dipukul(?) di atas lantai membuatkan Dongheon dan VERIBIES (Si Penaip panggil dorang VERIBIES sebab dorang ni umpama bayi Si Penaip. VERIVERY + BABIES) semua tergamam melihat ostat Ken naik angin, "AIPPPPPPPPP~ Awat macam takdak tenaga ja?! Baca elok-elok!".

Akibat takut dimarahi, Dongheon sekali lagi mulakan bacaan Al-Quran walaupun tak boleh nak buat hafazan. Al maklumlah, idola dia rapper MK K-Klique. Nak alun macam Tuju K-Klique pun susah. Tapi dia cuba jugak takut Ken buat report kat mak dia.

"Okay. Ni lagi bagus dari tadi...", kata si Ken dengan puas hati. Kemudian dia melihat pada telefon bimbitnya yang baru dibeli dekat Shopee bulan lepas kemudian scroll ke ayat yang kedua. Sambungnya, "Kita teruskan ke ayat ke-2 ye.".

"Watu-ri si-ni" (Dan Gunung Tursina)

Perhhhhhhhh~ Sedap baqqqqqhanng suara Ken bila dia taranum. Melting kalau sesiapa yang mendengarnya, baik Anak Haji Sikyung mahupun Makcik Kiah.

"Sekarang ni Ostat nak dengar Yongseung dengan Hoyoung baca balik ayat tadi.", ujar Ken yang merujuk kepada dua beradik yang lain mak tapi sama bapak ni. Selamat dorang share 1 komputer, kalau tak, penuh skrin ni dengan muka-muka anak murid dia ja.

Maka, Yongseung dengan Hoyoung pun mulakan alunan bacaan surah Al-Tiin tersebut walaupun agak kurang jelas suara mereka sebab duduk jauh dari komputer.

"Kuat sikit ostat tak dengar!!", jerit Ken lagi, mengalahkan Ustaz Kazim Elias bagi ceramah.

Mereka berdua sekali lagi membaca rangkap kedua tersebut dengan suara yang kuat sehingga suara Hoyoung kedengaran 'crack' sedikit. Kuat sangat jerit tu.

"Ni Yusof, nanti bagi si Yunus minum air masak banyak-banyak.", kata Ken pada Yongseung dengan lembut. Mungkin sebab dah penat sangat mengajar dorang mengaji barangkali. Dan sekali lagi dia melihat skrin telefonnya sambil berkata, " Sekarang kita ke baris yang ke-3. Ostat nak Minchan baca.".

Minchan mula menggelabah. Dia tak tahu macam mana nak hafazan di ayat yang ke-3. Patutnya Ken kena baca dulu sebelum anak muridnya, "Tapi ostat tak baca lagi, macam mana saya nak-".

"Sekarang ni sapa ostat, saya ke Minchan?".

Amboi soalan Ken. Macam nak bunuh orang je soalan tu. Tapi Minchan pintar orangnya. Dia mulakan reverse BOB (Buat Orang Bersalah) pada Ken, "Abang Ken lah ostat. Kalau saya ostat, dah lama saya sailang posisi ostat kat surau sebagai AJK surau.".

Ken terdiam sebentar memikirkan apa yang dikatakan oleh Minchan. "Betul jugak cakap dia ni." Bisik hati Ken yang dah lama mengidamkan jawatan AJK surau. "Baiklah. Dah benar apa yang dikatakan oleh tuan Minchan A.K.A Malique Edruce ni, jadi ostat sambung je lah rangkap yang ke-3 ye.".

Jadi, macam tu lah si Keken ni ajar mengaji menggunakan teknologi. Tapi hairan jugak drngan perangai dia ni, kejap moody, kejap dalam hati ada pelangi. Kejap mintak kena syarahan dengan PU Azman, kejap mintak penyepak Ayahanda Rani Kulup. Tapi itulah Muhammad Jamal Bin Abdullah.

Tapi, dalam keriuhan yang menggamatkan seluruh tiang seri rumah, ada yang dihurung derita. Tak- Bukan Hyuk. Tapi orang lain. Aik? Dah kenapa pulak ni? Siapa pulak yang frust menonggeng? Kita tunggu je lah episod baru besok.

Si Penaip just nak pesan, Ken nak Debut Solo (Patutnya komeback lah sebab dulu dia dah buat solo tapi duet dengan Hani EXID) dalam bulan ni, jadi dimintaki STARLIGHTS yang tidur masa puasa ni untuk simpan duit Bantuan Prihatin Rakyat tu untuk strim lagu Abang Jamal kita ni kat MelOn, Genie, Mnet, Naver dan platform muzik yang sama waktu dengannya. Ok lah. Si Penaip nak sambung typing ni...
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!