Pusingan Kalah Ninggal (Bersama TWICE Tzuyu, CLC Elkie & G(I)DLE Shuhua)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Di hari Rabu yang sendu lagikan layu melayu berhuhuhu sebab takde berita yang best-best kat TV. Hyuk hanya mampu duduk melangut sambil menggoyangkan kaki kanannya yang diletakkan di atas lutut kirinya ('Silang panggung' lah katakan), di bangsar bawah rumah yang luas lagikan rendah. Sejak Ken berubah betul-betul masa Pertandingan Kompang peringkat Tikam Batu ni, Hyuk hilang member tempat mengadu domba batu api mangkuk tingkat. Hyeyeon pun dah keluar kampung sebab sambung belajar kat UiTM kat Perak. Memang takdak member nak main badminton berpagar lah gamaknya. Sejeong dengan Mina? Ada ja, cuma Haji Sikyung tak bagi keluar rumah.

"Wahai bondaku~ Bondaku si ikan kembungggg~", nyanyi si Hyuk sambil memetik gitar yang ada di atas ribanya sejak dari tadi. Apa yang ada dalam kepala tu, main petik je lah.

Tiba-tiba, kedengaran suara ketawa sekumpulan gadis cina yang melalui jalan di luar perkarangan rumah. Macam pernah dengar suara budak-budak ni. Hyuk merenung ke arah the gadis who walk-walk while eat ais krim. Ehhhhh~ Tu kan budak yang kalahkan aku masa pertandingan kat sekolah dulu. Bisik hati Hyuk yang tak puas hati. Apa lagi, menjerit keluar suara jantan lah si Baby Pian ni. "WOI KORANG! TAK TAHU KE TENGAH PKP NI?!".

Dengan terkejut lalu tanjat boboi-nya, mereka bertiga memandang ke arah Hyuk yang sedang mengalihkan gitarnya dan menggenggam kedua dua lututnya sambil rukuk sebab takut kena papan silling rumah. Shuhua, salah seorang dari mereka mula bersuara. "Ehhhh~ Abang Hyuk Kawaii. Tunggu orang bagi sedekah ke tu?".

Hyuk mula berang dengan ejekkan mereka yang lebih muda darinya. Eleh~ Mudah koyak betul mamat ni.

"Tak payah layan orang macam ni. Dah la haritu pegi langgar pasu rumah Kak Seunghee. Habis kena reject jadi menantu dengan mak Kak Seunghee", kata Elkie sambil mengipas tanggannya. Kuat membawang betul dia ni.

"Eyyyyyyyyy~ hidung kemek macam kena langgar dengan lori Indah Water, aku nak rematch dengan kau.", pekik Hyuk yang geram bertaram lama dengan si tengah tu.

Apa lagi, Tzuyu pun mula membuka langkah kehadapan sambil berlagak macam baru lepas menang SOTY, "Abang Hyuk nak rematch apa?!".

 

 

Adat melayu bersopan santun duduk bersila di atas beranda(?) nan besar gedebak hingga ke hujung kiri dan kanan tiang rumah. Ditengah-tengahnya ada sebuah papan yang berlubang kecik besar kecik besar macam lubang hidung. Mata Tzuyu bertentang mata Hyuk, semangat revange semakin membara. Burung-burung pun berkicauan bunyinya. Kedengaran lagu "Bangun" nukilan Aman-RA yang datangnya dari dalam bilik Ravi dan Hyuk sendiri. Budak flat, BANGUNNNNNN!!!!!

"Dah ready?", soal Hyuk sambil tersenyum sinis bagaikan karakter Detactive Conan yang terjumpa pembunuh dalam lokap.

Tzuyu menunjukkan kehebatan melipat-lipat tangannya sambil berkata dengan nada riak tak sado diri, "Always ready.".

Elkie dan Shuhua dipilih sebagai pengadil di kedua-dua pihak. Baik Hyuk mahupun Tzuyu. Tiada rahsuah ais krim untuk pertarungan bermaruah ini.

"Kita mulakan.", kata Hyuk yang masih tidak tenang.

Lalu, Hyuk dan Tzuyu menghitung saat-saat yang mendebarkan, "Satu... Dua... Tiga!".

Maka, bermulalah pusingan kalah mati pertandingan congkak rematch diantara Hyuk dan Tzuyu. Kedua-duanya sama hebat mengambil dan menghitung guli. Satu demi satu guli ditabur ke dalam lubang baik lubang sendiri mahupun lubang pihak lawan. Kalau dilihat dari CCTV yang terletak di sebelah kiri tiang rumah, gerakkan Tzuyu menabur guli lebih banyak dari Hyuk.

2minit kemudian, pusingan Hyuk terhenti di lubang yang tak berguli membuatkan Tzuyu meneruskan kiraan taburan guli. Tapi betapa panjangnya akal si Baby Pian bila dia dapat 'tikam' guli pihak lawan yang membukit sampat tak cukup ruang nak letak. Menjadikan Hyuk sebagai pendahulu bagi permainan ini.

Tzuyu tak tengok saja. Setelah gulinya cukup ke dalam 'rumahnya' A.K.A lubang besar, dia mengambil sebiji guli untuk disimpan didalam 'rumah' sebelum memilih 4biji guli yang berada di lubang ke 2 sebagai savage kill. Kenapa Savage kill? Sebab 1, dia dapat ambil guli yang menggunung di lubang dua terakhir pihak lawan dan terus menyusun hingga ke dalam 'rumah'. 2, dia lakukan benda yang sama dengan membawa masuk guli di lubang pertama ke dalam 'rumah'. 3, dia mengambil sebiji guli di lubang ke-2 dan sebiji guli di lubang ke-3 terus ke 'rumah'. Itu dah dikira sebagai 'double kill' tu. 4, 3 biji guli yang berada di lubang ke-4 digunakan sebagai senjata untuk 'menikam' lubang terakhir pihak lawan yang masih dipenuhi guli. Secara keseluruhannya, Tzuyu mendahului.

Hyuk hampir kecundang dek skill yang dipamerkan oleh junior sekolahnya. Tapi dia telah menela'ah skill pihak lawannya untuk diguna pakai. Dia memulakan langkah dengan mengambil 2 biji guli di lubang yang ke-4, ditabur dan ambil lagi 3biji guli untuk mara ke lubang pihak lawan yang masih banyak saki-baki guli yang tinggal. Kalau nak ditaip panjang-panjang ni boleh penat jari-jemari Si Penaip ni sebab Hyuk main dah umpama sebuah lagu baru Dato' Aliff Syukri. I just want to be happyyyyyyyy~~

Setengah jam kemudian, permainan masih lagi berlangsung dan hanya tinggal sebiji guli di kebanyakkan lubang. Aksi 'tikam-menikam' berterusan hingga tinggal sebiji guli di dalam lubang masing-masing. Inilah saat paling getir di dalam perjuangan seorang insan yang terrer permainan congkak. Tidak tahu lagi siapakah pememang bagi pusingan kalah mati ini. Bukan setakat pemain je yang neves, Shuhua dan Elkie yang jadi pengadil pun neves baqqqqhang.

Sementara itu, N dan Leo meronda di sekitar kawasan kampung bagi menghadkan pergerakkan orang awam semasa PKP. Dah menjadi tanggungjawab sebagai polis bantuan. Segalanya bermula ketika N berhenti dari Hotel Meriam Buluh yang jatuh gedebuk gedebak bankrap lalu mahu membawa diri. Jadi dia pun mengheret Leo untuk ikut sekali menyertai Polis Bantuan. Nawaitu nak jadi polis bahagian narkotik tapi gagal sebab fail subjek sains. Sabo je lah Hakim uiii~

Setibanya mereka dihadapan jalan menuju ke rumah, kelihatan bahagian bawah rumah ditutup rapat dengan bidai(?) yang diperbuat dari kayu. Dia macam langsir buka tutup kat office tapi ni lain sikit, macam nak naikkan bendera kat sekolah.

"Ni takde kerja lain ni. Ni mesti si Hyuk punya kerja...", bebel N sambil mengintai dari luar tingkap untuk melihat apa yang ada di dalam bangsal.

Leo cuba ber-husnuzon, memandu perlahan sambil menepuk bahu N, " Dia tengah tidur kot. Haritu masa kita balik pun dia terbujur kaku kat anjung.".

"Iyooooooolah.", jawab N dengan nada yang rimas. Semenjak mereka jarang pulang ke rumah ni, makin risau si N tu. Takut- takut ular masuk rumah lah, Hongbin order barang kat Shoppe banyak sangat lah, Ravi bawak balik Bada$$ lah. Paling dia takut sekarang kalau Ken ajar mengaji face to face macam sebelum PKP.

Maka, kereta yang dipandu Leo bersama N disampingnya berlalu pergi tanpa rasa curiga pada bidal(?) yang meliputi bangsal. Ada banyak lagi rumah yang mencurigakan selain rumah mereka sendiri....

"Aaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!