Goat Groove Goblin Enterprise (GROOVL1N FAM)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Tengah hari yang tenang dan indah, ditemani bunyi-bunyian yang datangnya dari ladang ternakkan nun jauh di atas bukit di Berapit. Kalau nak cari pun takkan jumpa sebab terpencil sangat. Kambing mengembek sumbang sambil memakan rumput organik yang halalan toyiban. Kelihatan tiga orang pekerja yang mengenakan baju tanpa lengan bersama baju kotak-kotak yang pernah menjadi kegilaan para remaja tahun 2010, seluar panjang dan kasut but yang dicuri dari rumah Pua Chu Kang di Singapura. Ada yang mengagihkan rumput-rumput, ada yang membersihkan kandang. Dan ada yang tengah mengira untung rugi penjualan kambing bulan ini. Maklumlah, sejak PKP ni semuanya terbatas. Nak supply kambing pun tak boleh jauh-jauh. Bisnes pulak kecil-kecilan walaupun ada 30 ekor kambing dalam dua kandang.

Kemudian, datangnya sebuah kereta Honda putih yang baru sahaja dicuci bersih menggunakan sabun 'One Shot' yang dibeli di TV Al Hijrah. Diparkirnya di hadapan kandang kambing, bersebelahan dengan pondok kecil yang boleh memuatkan 4orang sekali gus.

"Assalamualaikum! APA KABAR KAMBING-KAMBING KAMPUNG!!!", Jerit Ravi sebaik sahaja dia mengunci pintu kereta. Dia terus menuju ke arah akauntan yang masih lagi tak henti-henti mengira. Salah kira barangkali. Ravi terus menyapa dengan penuh senyuman. "Haaa~ Zarul. Dah siap kira stock minggu ni?".

Ahmad Zarul Bin Dolah atau mana pena nya Xydo mendongakkan kepalanya untuk melihat Ravi yang masih berdiri disampingnya. Dia menjawab dengan penuh kekusutan hingga kelimumurnya berterbangan, "Makin berkurang, bosskur. Kedai Pakcik Moon kena tutup sebab pulis ambush jumpak ketum dalam kedai.".

"Aduhhhhh~ Ketum pulak?!", Soal Ravi sambil mencekak pinggang. Sepertimana yang korang bacalah ye, Ravi dah berjaya membuka sebuah ladang kambing hasil dari titik peluh jual beli saham sambil memarut kelapa bersama Hongbin dulu. Ladang kambing yang bernama Goat Groove Goblin Enterprise atau singkatannya GROOVL1N Enterprise pada mulanya disambut baik seluruh daerah Kuala Muda. Tapi segalanya telah berubah semenjak PKP dimana satu demi satu permintaan perniaga terpaksa ditolak kembali kepada mereka sebab ada yang tutup kedai dan ada yang menghadkan bekalan daging. Nak taknak, kenalah tunggu lepas PKP ni habis.

"Bosskur! Pakcik Johan cakap kat saya stock dekat dia ada lagi", jerit Coldbay atau nama sebenarnya Che Bayu Bin Che Saad, yang masih menyusun rumput-rumput untuk para kambing menjamu selera di tengah hari.

"Aduh....", Ravi mengeluh sambil menepuk dahi yang berpeluh bagai puteri lilin yang tak boleh langsung kena panas lit lit. Dia cuba untuk bertenang dan menuding jari tanpa arah tujuan sambil menjawab, "Takpe lah, stock untuk Pakcik Johan Joker Koyote tu kita simpan.".

"Aittt aittttt, Bosskurrrr~", jawab Coldbay sambil menabik spring bagaikan seorang askar wataniah yang baru di rekrut dalam brigad.

Ravi mula teringat sesuatu dikala dia tidak nampak kelibat pekerja barunya, "Jap. Si Cili Hobit tu mana? Dari tadi tak nampak batang hidung dia.".

"Ada ja tu. Kat kandang sebelah, tengah bersih taik 'kesayangan' Bosskur.", tegur Xydo yang masih mencari konklusi untuk kira-kira yang kurang meyakinkan. Guna ilmu hisab je lah Zarul oiiii~

"'Kesayangan' hamba?", soal Ravi yang terkinja-kinja macam monyet dapat keropok Super Ring, siap berkais macam zaman kegemilangan Mat Kilau. Dia terus pergi meninggalkan Xydo dan Coldbay lalu menuju ke kandang yang bertenangan dengan kandang pertama. Ni boleh dikira kandang kecik lah untuk anak-anak kambing.

Sampainya si Ravi di dalam kandang anak-anak kambing, kelihatan Charlie Howard atau nama penggilannya Chillin Hommie. Ravi menggelarkannya sebagai 'Cili Hobit' sebab fizikalnya yang pendek macam Hobit tapi bila dia mengata macam cili padi. Small small paddy chilli lah ni. Ravi mula menegur Chillin Homie yang masih menyapu tahi-tahi kambing 'kesayangan'nya, "Cili. Ohhhhhhhh~ Cili.".

Chillin Hommie yang sebelum ini menari mengikuti irama lagu Tik Tok 'Pengiring Keranda Ghana', terkejut lalu beralih kearah Ravi yang berada di belakangnnya. Dia mula cuak macam baru sahaja membuat jenayah ponteng puasa. Tapi memang pun dia tak puasa sebab dia sorang je bukan Islam kat kandang ni, "M- Maaf, Bosskurrrr~ Saya ta pasan Bosskur ada kat bakang.".

Ravi cuba menghadam apa yang disampaikan oleh budak Sabah ni namun gagal sebab error 404. Tapi dia hanya mengangguk sambil berkata, " Walaupun aku tak paham sepatah harom, tapi aku tau kau takajut lalu takantut.".

"Lain machiam Bosskurrrr~", soal Chillin Hoomie yang terasa dengan gurauan standard kanak-kanak Ribeena.

"Gurau je. Alah~ Aku faham lah.", pujuk Ravi yang cuba kenjernihkan keadaan yang masih berbau tahi kambing. Dia teringat 'kesayangan' nya lalu mebyambung, "Haa~ Mana 'kesayangan' aku?".

"Situ bah Bosskurrrr~", jawab Chillin Hommie sambil menunjukkan haiwan kesayangan Ravi di sebuah kandang yang special lagikan selesa macam rumah sendiri.

Tanpa berlengah, Ravi terus berjalan menuju ke 'kesayangan' nya. Terlihat seekor kambing putih yang handsome berjanggut dan berambut alun macam pernah diviralkan tahun lepas. Dia menerpa kambing yang juga berjalan kegembiraan melihat tuannya yang separuh busuk itu. Kedengaran suara kecil Ravi yang kuat disekitar kandang yang dikelilingi pokok yang tidak diketahui spesisnya.

"EONGDONGIIIIIIEEEEEE~".

Kalau dilihat pada habitat asal, Bada$$ merupakan seekor French Bulldog yang katik tapi untuk fanfic yang halal ini Si Penaip dah ubah seekor anjing menjadi seekor kambing. Diharapkan puan-tuan mampu menghadam fanfic ini sambil memakan rumput. Ehem-

"Alolololooo kesayangan hamba yang kecil molek ini. Sudah lama tuan hamba mencarimu.", Ravi sempat lagi berkias bagaikan ai jantan yang berkokok.

Chillin Hommie hanya mampu merenung keanehan seorang lelaki berpangkat 'boss' beramas mesra dengan kambing yang dibelanya semenjak hari pertama dia meninggalkan kerjaya sebagai penanam anggur yang berjaya. Sementara Xydo melihat dari jauh di atas kerusi plastik hasil dari sumbangan Pak Jong Jong Inai manakala Coldbay terlepas ikatan rumput yang digendongnya. Berderai rumput-rumput di atas kakinya tatkala Che Bayu melihat kemesraan Ravi dan Bada$$ yang kalaubboleh Si Penaip taknak taip tapi kena jugak lah taip.

Dan begitulah ceritanya si Ravi dan Ladang GROOVL1N Enterprise yang mempunyai 3pekerja yang ber-daddy-kasi dan rajin, walaupun berbelas kali kena tahan dengan polis sebab takde surat tunjuk sebab bekerja. Adoyai Rahman ni. Bagi je lah hostel kat dorang ni. Tak lah bersusah payah sangat dorang dari Kepala Batas sampai ke Berapit ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!