BBB (Bukan Bonggol Biasa)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

Sebelum Si Penaip meneruskan fanfic yang tunggang-langgang ini, Si Penaip nak mengajak semua yang membaca ni untuk menyokong VERIVERY dalam "Road To Kingdom". Tak kiralah minat siapapun dalam show tu, tapi mohon sokong anak murid Ken A.K.A VRVR ni ye. Sekian... Ehem-


 

Pulangnya Ravi dari ladang kambingnya bersama lagu "DOTA" yang didendangkan oleh Basshunter yang dipasang di dalam keretanya, mula menggamatkan suasana yang lengang tatkala PKPB dilanjutkan selama sebulan. HAHAHAHAH PADAN MUKA SEMUA TAK DAPAT BALIK KAMPUNG! ・゜(。┰ω┰。).・゜

Sesudah Ravi menaiki tangga rumah yang agak mereput sedikit sebab tiada siapa yang nak menukang, dia melihat ke arah dua ketul ubi kentang yang menonggeng macam kucing yang penat bermain dengan tuannya. Ni dah kenapa pulak dua bonggol ni depan TV? bisik hati Ravi yang sedang berbicara bagaikan Detactive Conan.

"Haa~ Balik dah kau, saudagar kambing?", soal Ken yang baru keluar dari bilik sambil memegang tasbih (dia macam rantai tapi bukan rantai. Dia lebih kepada nak mengira barapa banyak selawat pada Tuhan) yang diberi oleh mak Kangmin yang balik dari haji tahun lepas.

"Baru je balik Bang Cik." Jawab Ravi lalu memberikan hormat 'wakanda' sebab tahu Ken ni memang tengah berusaha cegah COVID-19 kat rumah. Bagus jugak budak ni. Boleh dibuat calon menantu.

Ken juga memberikan homat yang sama walaupun dia lebih sukakan Iron Man lebih dari Chopper "One Peace" sekarang ni. Punnnnn boleh~

Tanpa berlengah, Ravi terus menanyakan soalan, "Bang, yang dua bonggol ni dah kenapa?".

"Ha! Baru sekarang kau perasan?!", soal Ken pulak sambil mencekak pinggang bagaikan Kak Ros yang tengah naik hantu dengan kartun kegemaran rakyat Indonesia, Upin Dan Ipin A.K.A Van Disel dan Dwayne Johnnson. Sambungnya lagi sambil menuding jari seorang demi seorang, "Yang si Baby Pian Hyogi ni sebab kalah congkak dengan pompuan. Hat Hongbin ni pulak sebab Twitch dia kena banned sebab lawak 'Agama BTS'. Tu pun anak murid aku lah yang ceritakan kat aku.".

Seperti sedia maklum wahai puan-tuan, Hyuk masih lagi frust menonggeng disamping Hongbin yang tumpang menonggeng disebelahnya, membuatkan si Hyogi ni menyampah pulak dengan si tua sorang ni dengan muka 'derp' yang menyakitkan hati.

Kalau diikutkan cerita dari budak-budak VRVR ni, Hongbin ada buat live streaming sambil minum air tebu sumbangan B.A.P Sdn. Bhd. Masa tu pulak ada yang tanya pasal 'Agama BTS'. Dengan pendek akalnya dia mengaku dia yang buat agama tu, sedangkan dia tengah buat lawak hambar. Jadi, disebabkan lawak kelaut dalam itu, Twitch dia dibanned terus tanpa notis. Punah harapan nak berbinikan anak si Haji Sikyung tu. (Kalau ikut cerita asal, Twitch Hongbin memang kena banned tapi sebab-bebab yang lain. Kalau nak baca, bukak Soompi. Kalau Allkpop tu tak boleh percaya langsung.)

"Aik?! Macam tu pun boleh?", soal Ravi lagi yang masih bingung dengan kebengongan dua budak ni. Terus Ravi menanyakan soalan pada Hongbin, "Ni, Bin. Kau betul ke minum air tebu?".

"Diamaaaaahhhhh~ Akumarahsangattauuuu~", rungut Hongbin sambil menekap mukanya dengan bantal 'cusion' kerusi. Memang tak jelas lah suara budak-budak ni.

Kemudian, kelihatan N dan Leo yang baru pulang dari 'tugas negara' yaqni menjaga dan mengawal kawasan pasar basah Tikam Batu. Kedengaran juga suara N yang riang ria bersama bungkusan yang mengandungi barang-barang dapur, "Assalamualaikum. Kami dah pulang emak buat cucur-".

"Mudah saja tambah air...", sambung Ken yang terleka dengan lagu zaman 2000an milik Adabi. Lalu dengan serentak bersama Ravi menjawab salam, "Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh~".

Macam biasalah, yang tua dihormati lah kan. Dengan 'cara Wakanda'. Tak pasal-pasal dengan si tua pun terikut budaya Wakanda. Kalau N, dengan barang-barang sekali dia buat silang dada. Tapi bila dah masuk Leo ja terus tak boleh tahan gelak. Itulah Tajuddin Abdullah ataupun disapa sebagai Atok Tajul dikalangan jiran sebelah kanan yaqni geng 'Samseng Seventeen'. Amboi nama...

Sewaktu N terpandang pada dua bonggol di hadapan, wajah yang ceria bertukar jadi menyampah. Alamak, Abang Long nak marah lahhhhh~ "Yang dorang dua ekor ni tak habis lagi ke dengan frust tu?".

"Nampaknya belum lagi lah kot.", jawab Leo sambil memeluk tubuh macam boss-boss.

Dengan itu, maka N pun memberikan plastik yang bertimbun-timbun kepada Ravi lalu meluru ke arah Hongbin dan Hyuk. Entah dari mana datangnya musik lagu tema 'Sailor Moon', N terus menetak tangannya pada punggung kedua-dua budak yang menonggeng bersebab sambil berkata, "Dengan kuasa Byulbit, akan menghukummuuuuu~!!!".

Dan dengan kuasa byulbit itulah si Hongbin dan Hyuk terbangun dari tonggekkan ala-ala budak Tiktok sambil mengerang kesakitan. Mana tak sakit kalau kena on the spot kan?

N menepuk-nepuk tangannya sambil mukanya penuh dengan perasaan puas hati. Memang lain macam ayat Si Penaip ni. Haish~ Mengidam nak makan ayam Kepci kot? Ehem-

"Aduhhhhh~ Rasa ngilu berpanjangan...", keluh Hingbin sambil menggosok punggungnya yang nipis lagikan macam papan tu.

"Apa ni Bang Long?!", jerit Hyuk yang hampir bertukar menjadi Hulk sebab dia ingat yang buat tu Abang Ngah A.K.A Leo.

Leo, Ravi dan Ken hanya terdiam melihat gelagat budak-budak yang tak puas hati dengan Abang Hakim ni.

Tiba-tiba, Ravi terfikir sesuatu yang mungkin boleh menggembirakan HH brothers ni. Rasanya lah. Lalu dia bertanyakan kepada Leo yang berada disebelahnya, "Bang Ngah, besok Bang Ngah free tak?".

Mata Leo meliar di lantai tatkala memikirkan jadual mingguannya. Dengan muka kesiannya dia menjawab, "Rasanya dak kot. Besok nak kena jaga area Taman Ria pulak. Sorry lah naa~".

Kemudian Ravi memandang Ken yang sudah dapat agak soalan Si budak kambing ni. Lalu Ken menjawab dengan tergesa-gesa, "Ohhhhh tak tak tak. Besok aku kena ada kat surau. Ada buat 'Quran Hour', jadi aku tak boleh teman kau.".

"Eleh~ Suru teman un ta ollllllllllehhh~", mulalah bahasa Wicet UFO si Ravi ni. Belajar dari mana pun tak tahu.

Entah datang dari mana, N terus mengambil semula barang dapur yang dipegang Ravi dan mengheret Leo menuju ke dapur. Laju jugak lah si N ni buat kerja. Mungkin terbawa-bawa pengaruh dari tempat kerja barangkali.

Boleh dikatakan Ravi sekarang ni tengah mati kutu nak ajak siapa. Plan dah ada, tapi kena ajak sesiapa tu yang masalah. Dan masalah lagi satu, nak buat surprise kat HH Brothers ni, jadi sebab itulah Ravi taknak ajak dorang berdua tu. Selepas 3lagu yang diputarkan di corong radio berakhir, Ravi teringat pada seseorang. Apa lagi, call terus 'seseorang' tu.

"Hello, Jongin. Boleh tolong aku tak?".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!